NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Surat Sulit Kepada FBI : @Zahid_Hamidi Kena Kelentong Dengan AG, Paul Phua Klien Shafee Abdullah?


Minggu lepas heboh tentang surat sulit kepada FBI bagi membawa balik seorang ahli kongsi gelap ke Malaysia di mana surat tersebut telah ditandatangani oleh DS Zahid Hamidi. 

Dalam surat berkenaan, Menteri Dalam Negeri menafikan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicara di Amerika Syarikat atas tuduhan menjalankan aktiviti perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas adalah ahli kongsi gelap.

Surat tersebut turut menyatakan Paul Phua banyak membantu negara. Ramai melahirkan kekesalan terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri ekoran pendedahan yang dibuat South China Morning Post.

Selepas laporan tersebut, KDN mula menerima serangan bertubi-tubi oleh pembangkang serta pihak dalam UMNO sendiri. Ramai yang meletakkan kesalahan kepada Menteri Dalam Negeri sedangkan menteri biasanya menandatangi sesuatu surat selepas diyakinkan atau dipengaruhi orang lain.

DS Zahid Hamidi menandatangani surat tersebut tanpa menyedari individu bernama Pual Phua adalah ahli kongsi gelap kerana telah diyakinkan Ghani Patail serta Shafee Abdullah.

Pendedahan di Facebook page  'Kami Desak AG Letak Jawatan' mendakwa Paul Phua adalah klien kepada Shafee Abdullah sekaligus menjelaskan tindakan Shafee dibuat bagi melindungi kepentingan beliau dengan Paul Phua.

Malah, Shafee Abdullah juga mendakwa surat sulit tersebut disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh PDRM tetapi TS Khalid Abu Bakar bertindak menafikan dakwaan Shafee Abdullah selain menyatakan pihak PDRM tidak tahu menahu tentang surat berkenaan.

Baca tulisan asal di Facebook di bawah :
1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K 
2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat. 
3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia.  
4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap. 
5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan ...READ MORE  
YY : Tan Sri Shafee Abdullah, elok jelaskan perkara sebenar - kalau kenal Paul Phua bilang saja kenal jangan konar-konar...

Tuesday, December 16, 2014

1MDB Bersikap Terbuka Gesa Pihak Terbabit Tunjukkan di Mana Berlaku Penyelewengan, Korupsi & Rasuah



Isu 1MDB bermula sejak Oktober lalu selapas satu laporan yang dikeluarkan melalui The Edge edisi 27 Oktober 2014, di mana selepas Tun Mahathir Mohammad mendesak DS Najib Razak memberikan penjelasan mengenai jumlah hutang yang bernilai RM36 billion.

Namun, selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang meminta agar 1MDB disiasat, membuatkan 1MDB menjadi topik panas. 

Sedikit perkongsian serta penjelasan 1MDB
Terbitan Bon / Hutang 
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. 
Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.
Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. 
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. 
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. 
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi 
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. baca laporan penuh klik [SINI]

Wednesday, June 25, 2014

Pulau Batu Puteh : Sultan Ibrahim Bertitah Kerajaan Johor Tubuh Pasukan Khas Batalkan Keputusan ICJ!


Sebaik sahaja Pulau Batu Puteh sah diputuskan oleh ICJ milik Singapura pada 23 Mei 2008, Almarhum Tuanku Sultan Iskandar mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura dan akan berikhtiar mendapatkan semula pulau milik rakyat Johor kepada sidang DUN Johor.


Malaysia kalah dalam perebutan 30 tahun Pulau Batu Puteh disebabkan hujah Ghani Patail tidak legal dan menepati standard antarabangsa selain Ghani Patail mengemukakan sekeping gambar yang diambil dari blog di mana ia mudah dipertikaikan oleh barisan peguam Singapura. 

Keputusan barisan 16 hakim ICJ menyaksikan 12 hakim ICJ tidak berpihak kepada Malaysia.

Ghani Patail hanya akur...

Kini, usaha Almarhum Sultan Iskandar diteruskan oleh anakandanya Sultan Ibrahim yang mana telah bertitah ketika merasmikan sidang DUN Johor penggal ke-12 pada 29 Mei lalu agar kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan membatalkan keputusan ICJ.



Sekarang rakyat Johor harus bangkit menyokong usaha Tuanku Sultan Ibrahim dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia agar kita berjaya dapatkan kembali hak kedaulatan negara yang terlepas ke tangan pihak asing disebabkan Ghani Patail.

Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan rakyat Johor sendiri, siapa lagi?

Nyatakan sokongan anda di laman Facebook :



Video dari laman Facebook : Kami Desak AG Berundur & Disiasat



Arios...!

Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang : Ikrar Calon BN @ChewMeiFun Mampu Direalisasikan Berbanding Manifesto PKR @DrWanAzizah


Manifesto Kajang, yang dilancarkan PKR pada 12 Mac lalu adalah empat komitmen calon PKR, Dr. Wan Azizah, antaranya meningkatkan prestasi kutipan sampah di Kajang.

Malah tiga teras yang lain juga lebih kepada retorik kosong kerana dilihat tidak mampu untuk direalisasikan oleh Dr. Wan Azizah berbanding empat ikrar calon BN.

Antara teras manifesto PKR yang bersifat retorik ;


Mahu kurangkan jenayah serta meningkatkan keselamatan di Kajang hanyalah RETORIK kerana sejak PR memerintah negeri Selangor indeks jenaya negeri itu semakin bertambah saban tahun.

Statisik indeks jenayah bagi negeri Selangor yang dicatatkan Januari hingga Jun 2012 merekodkan sebanyak 19,804 kes jenayah meningkat kepada 21,672 kes dalam tempoh yang sama untuk tahun berikutnya.


Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor gagal mengurangkan kadar jenayah sepanjang memerintah Selangor, sebaliknya kegagalan tersebut diletakkan 100 peratus kepada kerajaan pusat.

Sedangkan antara punca peningkatan kadar jenayah di negeri itu disebabkan pertambahan premis hiburan seperti kelab malam, mesin judi haram, pusat urut dan pusat hiburan haram banyak terdapat di Negeri Selangor berbandingkan Negeri Pulau Pinang.

Dua penggal memerintah Selangor, kini PKR berjanji mengurangkan kadar jenayah di Kajang?

Jangan mimpi Wan Azizah mampu laksanakan...!

Manifesto retorik seterusnya ;


Pembangunan anak muda dan usahawan kecil juga RETORIK semata-mata, kerana sebelum ini PKR bertindak menutup Pusat Giat Mara iaitu sebuah kemudahan yang diwujudkan oleh kerajaan untuk golongan belia diberikan latihan kemahiran.


Adakah rakyat Kajang yakin PKR mampu merealisasikan manifesto mereka sedangkan perkara yang dijanjikan gagal dilaksanakan sebelum ini?

Lihat saja jalan raya di hadapan UiTM di Permatang Pauh, kawasan yang pernah diwakili oleh Wan Azizah dan kini diwakili oleh Anwar Ibrahim.



Tempat sendiri pun tidak terjaga, apatah lagi mahu jaga Kajang?


Ikrar calon BN diyakini boleh dilaksanakan buat warga Kajang, ikrar yang tidak bersifat retorik, tiada janji bulan bintang adalah ikrar jujur calon BN Chew Mei Fun buat warga Kajang.

Warga Kajang, jangan benarkan mereka menipu anda berkali-kali.



Arioss..!

MP Pembangkang Dikecam TS Annuar Musa Kerana Protes Sidang Dewan Pertahan Kaki Sodomi!


Wakil rakyat pembangkang tidak pernah matang dan rasional, asal keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, pelbagai tuduhan mereka lemparkan. Malah lebih keterlaluan apabila bertindak mengadakan protes ke atas sidang dewan.

Malang kerana protes yang dilakukan mereka bukan disebabkan memperjuangkan hak dan nasib rakyat yang memilih mereka tetapi lebih kepada memperjuangkan seorang individu iaitu Anwar Ibrahim.

Bukan sekali mereka bertindak biadap dan angkuh, ketika isu APCO timbul ahli parlimen pembangkang pernah memboikot dan membawa playkad ke dalam sidang dewan parlimen serta melabelkan parlimen sebagai sidang kanggaroo.


Kali ini mereka bertindak memprotes sidang dewan parlimen hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah dan penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tindakan ahli parlimen pembangkang yang protes sidang dewan dikecam oleh Tan Sri Annuar Musa sikap bongkak, sombong dan angkuh ahli parlimen pembangkang kerana menganggap segala tindakan mereka adalah betul.



Protes sidang dewan semata-mata mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa pihak pembangkang tidak pernah peduli isu rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

Bagi penduduk Kajang, jangan silap memilih wakil rakyat - jangan pilih di kalangan kanggaroo. Pilih yang berintegriti dan berkredibiliti :



Monday, March 10, 2014

#PRKKajang : Antara Air Mata Wan Azizah atau Kebolehan @ChewMeiFun 'Chomey Fun'


Wan Azizah diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil N25 Kajang menggantikan Anwar Ibrahim yang hilang kelayakkan bertanding setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan kerana bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Wan Azizah...?

Pengundi Kajang harus tahu Wan Azizah hanyalah seorang isteri yang begitu taat dengan suaminya, dia bukan seorang wanita yang berkebolehan sebagai pemimpin.

Menjadi ahli politik atas desakan untuk memperjuangkan suaminya yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, disabitkan atas kesalahan rasuah dan dipenjarakan.


Bermula dengan membentuk KeADILan Nasional (KeADILan) pada 4 April 1999 dan memenangi kerusi Permatang Pauh menewaskan calon BN Datuk Ibrahim Saad dalam PRU ke 10.

Mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam tiga PRU dengan hanya bermodalkan air mata, gambar mata lebam dan kisah Anwar Ibrahim dizalimi sewaktu disoal siasat.

Tiada apa kepentingan rakyat yang diperjuangkan oleh Wan Azizah sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada Julai 2008 ketika Anwar Ibrahim sekali lagi berdepan tuduhan meliwat Saiful Bukhari.


Kini sekali lagi Wan Azizah dicalonkan oleh PKR, walaupun sebelum ini dia dengan sengaja bertindak melepaskan amanah rakyat terhadapnya.

Pengundi Kajang tidak perlu mengambil risiko memilih Wan Azizah.

Kerana selepas ini jika ditakdirkan Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar Ibrahim menolak keputusan dan hukuman Mahkamah Rayuan.

Wan Azizah mungkin melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.



Mana satu pilihan pengundi Kajang antara air mata dan kisah sedih Wan Azizah atau kemampuan Chomey Fun?

Arioss...!

Thursday, March 6, 2014

Tun Daim Jangan Paksa Rakyat Percaya Anda Bekas Menteri Kewangan Paling Korup...


Semalam kebanyakkan blog memaparkan tuduhan calon N25 Kajang, Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Daim Zainuddin sebagai manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia ketika berceramah di Kajang.

Tuduhan yang dilemparkan Anwar Ibrahim ke atas Tun Daim amat berat, ia boleh memusnahkan imej beliau selaku bekas pemimpin yang telah banyak menyumbang jasa dalam ekonomi negara.

Antara tuduhan Anwar Ibrahim seperti disiarkan Keadilan Daily :
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Kewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi"
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini,"
Menyusuri kronologi Tun Daim, era kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir kewangan negara selepas dilantik Tun Mahathir Mohammad. 

Sebahagian jasa Tun Daim sebagai pengurus kewangan adalah memperkenalkan dasar kawalan modal yang diumumkan Tun Mahathir pada 1 September 1998 membawa kepada penetapan mata wang ringgit ketika negara berdepan zaman kegawatan 1997 hingga 1998.

Jasa-jasa yang telah dilakukan oleh beliau tidak boleh dinafikan, malah sebagai generasi selepas beliau, kita seharusnya bersyukur di atas apa yang telah beliau lakukan.

Namun saya tidak mahu mengambil pendekatan 'bersyukur' tanpa mempersoalkan adakah tuduhan yang terpalit ke atas Tun Daim sejak sekian lama adalah tuduhan yang benar atausekadar tuduhan palsu.

Umum mengetahui sekitar 1979 dan 1984, Tun Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd. iaitu sebuah daripada syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam entiti senarai awam.


Tun Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank selain memiliki saham majoriti dalam rangkaian bank antarabangsa berpusat di Afrika.

Bermakna selain pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, Tun Daim adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi nama beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan dalam mana-mana majalah perniagaan seperti Malaysian Business atau Forbes.

Apakah aset Tun Daim tidak melayakkan nama beliau tersenarai, atau ia sengaja disembunyikan agar rakyat tidak mengetahui sumber kekayaan beliau kerana umum mengetahui beliau seorang yang 'low profile'?

Bagi saya jika Tun Daim memperolehi sumber kekayaan melalui jalan yang betul, tiada hak untuk sesiapa sahaja mempertikaikan perkara tersebut lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim. 

Namun apabila sumber kekayaan kini terpalit pelbagai tuduhan, ia wajar disiasat setidaknya Tun Daim perlu menjelaskan setiap tuduhan yang dibuat ke atas dirinya.

Tuduhan terhadap Tun Daim bukan pertama kali kita dengar, perbalahan di antara dua mantan Menteri Kewangan bermula sejak Tun Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

Kali terakhir kedua-dua mantan Menteri Kewangan membidas satu sama lain pada Mei 2013, ketika kehangatan kempen PRU13.

Tun Daim dalam satu wawancara membidas Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak cekap mengurus kewangan ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan seperti dilaporkan Sinar Harian 1 Mei 2013 :
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.  Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya" 
Anwar Ibrahim bertindak balas dengan mengatakan Tun Daim akan menerima natijah yang setimpal jika pembangkang menang PRU13 ;
"Kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," 
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.
Seingat saya kali terakhir Tun Daim membidas Anwar Ibrahim ialah sekitar Februari 2014 di mana beliau meminta agar semua tidak melayan dan memberi publisiti kepada Anwar.


Kini Anwar sekali lagi menuduh Tun Daim sebagai seorang Menteri Kewangan yang korup dalam sejarah Malaysia. Sebagai seorang negarawan, Tun Daim seharusnya menjawab tuduhan Anwar Ibrahim.

Rakyat mula bercakap, lihat saja di laman Facebook di mana rakyat mula anggap kedua-dua mantan Menteri Kewangan ini adalah penyamun.



Rakyat hanya mahu jawapan mudah - cukuplah Tun Daim menjawab atau mengambil tindakan undang-undang di atas setiap tuduhan berat yang dilemparkan Anwar Ibrahim.

Kerana rakyat hari ini tidak lagi berada dalam kepompong yang mudah untuk pemimpin perbodohkan, tidak kira sama ada pemimpin itu bernama Tun Daim Zainuddin apatah lagi Anwar Ibrahim.

Justeru, saya mungkin mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim jika Tun Daim gagal menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Kritikan Tun Daim Terhadap Najib Razak

Ada rakan bertanya, apa komen saya terhadap kritikan Tun Daim ke atas pentadbiran DS Najib Tun Razak.

Jawapan saya mudah, kita teliti semula pesanan Tun Daim sebaik sahaja meletak jawatan pada tahun 2011; 
"Ramai yang memasuki politik untuk itu (tempat teratas). Ini tidak salah, tetapi di dalam masyarakat ini terdapat juga tradisi. Anda tunggu sehingga giliran anda.''
Jadi sekarang adalah giliran DS Najib Tun Razak, zaman Tun Daim Zainuddin sudah berlalu tetapi jasa dan pengorbanan membangunkan ekonomi negara tidak kita lupakan.

Berpeganglah kata-kata Tun Daim ketika kempen PRU13 ;
"Beri peluang kepada Najib. Lima tahun. uji beliau, berikan beliau mandat. Beliau melaksanakan amanah dengan baik, mari kita lihat beliau terus membuktikan kemampuannya dan meneruskan dasar transformasi beliau"
Jangan ada yang bertindak menikam DS Najib Tun Razak dari belakang :



Arioss...!

Friday, January 24, 2014

Chapter II : Kadir Jasin, Blogger UMNO, Air Ketum, Seluar Dalam dan...


Sambungan dari artikel sebelum [KLIK]

Umum mengetahui bahawa Kadir Jasin meroyan dan menyerang Najib Razak disebabkan kegagalan beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Media Prima, perkara ini telah didedahkan melalui blog Azri Malay Rights dan RBF sebelum ini.

Berdasarkan respon dari artikel sebelum ini, ada yang beranggapan saya menyerang Kadir Jasin kerana bekas tokoh wartawan itu menyerang Perdana Menteri. Sebenarnya, saya tiada masalah jika kritikan membina dilemparkan terhadap kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak.

Malah sebelum ini saya tidak mengambil peduli pun, apa yang ingin dilakukan oleh Kadir Jasin. Tetapi dek kerana kegilaan serta kebodohan tokoh wartawan ini yang menuduh blogger UMNO menyerang peribadinya melalui laman pembangkang.

Jadi, anggap saja ini serangan balas dari kami kerana keceluparan mulut Datuk sendiri! 

Melalui artikel sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa seminggu yang lalu saya menerima satu emel daripada individu yang tidak dikenali, ia menyatakan hasrat untuk bertemu dengan saya bagi berkongsi maklumat mengenai dalang di sebalik tindakan Kadir Jasin.


Apa yang membuatkan saya ingin bertemu dengan individu tersebut, kerana info yang dikirimkan menyatakan secara ringkas bahawa serangan dan kencaman memburuk-burukkan kerajaan oleh Kadir Jasin sebenarnya tidak melibatkan Tun Mahathir Mohammad sebagaimana anggapan sesetengah pihak.

Sebaliknya, nama Tun Mahathir yang sering disebut dalam setiap artikel Kadir Jasin, bertujuan mengaburi pembaca bagi meraih kepercayaan orang ramai kononnya Tun Mahathir juga tidak yakin dengan kepimpinan DS Najib Tun Razak.

Terdapat dua individu berpengaruh yang dipercayai mendalangi serangan yang dibuat oleh Kadir Jasin terhadap perdana menteri serta isteri. Menurut individu yang bertemu dengan saya tempoh hari, Tun Daim Zainuddin bersama seorang lagi individu merupakan 'tauke' kepada Kadir Jasin.

Perkara ini turut dinyatakan dalam emel yang dikirim kepada saya sebelum pertemuan kami tempoh hari :

PETIKAN KIRIMAN EMEL

Apakah punca Tun Daim Zainuddin tidak berpuas hati terhadap Najib Tun Razak sehingga menggunakan khidmat wartawan pencen bernama Kadir Jasin bagi merealisasikan impiannya?

Adakah Tun Daim Zainuddin tidak berpuas hati disebabkan rakyat terhimpit dengan kos sara hidup dan kenaikkan harga barang sebagaimana dalam ramalannya - Selain Tun Daim Zainuddin, siapa individu kedua yang turut bertindak sebagai 'tauke' kepada Kadir Jasin?

Jeng...Jeng...Jeng!

Nantikan sambungan, walaupun ramalan saya tidak seperti ramalan Tun Daim Zainuddin, tetapi ramalan saya ternyata benar belaka!



YY : Maaf nak kena cuci seluar dalam dulu, nanti-nantilah sambung... haha!

Thursday, January 23, 2014

Tarik Saman Fitnah @tianchua - Tiga Kebodohan Peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun!


Tarik saman sebab Tian Chua kesal...?

Perbuatan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun menarik semula saman fitnah ke atas Tian Chua dan Keldaian Daily bukan sahaja peristiwa memalukan tetapi turut menyebabkan UMNO diperlekehkan oleh pembangkang.

Rata-rata ahli UMNO kesal dan kecewa dengan keputusan tersebut, mungkin penjelasan Hafarizam Harun sebelum ini gagal meredakan kekecewaan ahli UMNO sehingga memaksa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan turut mengeluarkan kenyataan media semalam :



Sikap pemurah Hafarizam yang mewakili UMNO sekaligus membuka ruang kepada Tian Chua memalukan UMNO melalui laman Twitter miliknya  :


Bagi saya keputusan menarik semula saman sama sekali tidak boleh diterima malah kenyataan yang dikeluarkan juga agak dangkal!

Kenapa saya mengatakan kenyataan yang dikeluarkan kelihatan dangkal?

Pertama - kerana Hafarizam terlalu bodoh sehingga gagal memahami bahawa Tian Chua dituduh di bawah Akta Hasutan disebabkan ribuan laporan polis yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan UMNO.

Kedua - Hafarizam terlalu bodoh serta malas melaksanakan tanggungjawab sebagai peguam apabila hanya akur dengan permintaan Tian Chua atas alasan dia telah menyatakan kekesalan dan berjanji menarik semula artikel fitnah yang disiarkan di laman Keldaian Daily.


Ketiga - Hafarizam terlalu bodoh kerana hanya bersetuju dengan permintaan Tian Chua tetapi tidak membuat gesaan supaya Tian Chua dan editor Keldaian Daily menyiarkan satu permohonan maaf secara terbuka di potal milik pembangkang kerana memfitnah UMNO sehingga menjejaskan maruah parti.

Benda mudah macam ini pun Hafarizam Harun yang bertaraf peguam tak boleh fikir?

Alahai...

Ariosss...!

Tuesday, January 21, 2014

Datuk A Kadir Jasin, Blogger UMNO, Air Ketum dan Seluar Dalam...


Saya menerima emel dari individu yang tidak dikenali beberapa hari yang lepas, di mana individu tersebut memaklumkan ingin bertemu dengan saya bagi menceritakan punca kelantangan Datuk A Kadir Jasin yang kini aktif mengkritik Perdana Menteri DS Najib Razak.

Justeru, kelmarin saya bertemu dengan individu tersebut di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan kami, individu berkenaan bertanyakan soalan kepada saya - "bro, what do you think about Kadir Jasin?"

Saya hanya menjawab - "saya tidak kenal Datuk A Kadir Jasin, tetapi saya tahu latar belakang dia dalam bidang kewartawanan dan seingat saya dia pernah dianugerahkan Tokoh Kewartawanan ke-9..."

Lalu, individu tersebut menunjukkan satu artikel temubual Kadir Jasin bersama Malaysia Gazette. 

Dalam tiga jam pertemuan kami, individu tersebut menceritakan mengenai A Kadir Jasin di mana beberapa maklumat turut diserahkan kepada saya oleh individu tersebut. Sebaik saja sampai di rumah saya meneliti temubual yang ditunjukkan kepada saya.

Antara petikan temubual tersebut, Kadir Jasin mengatakan blogger UMNO bodoh kerana menyerang dirinya dalam blog pembangkang :


Saya tidak kisah tokoh wartawan ini mengkritik kepimpinan DS Najib Tun Razak di laman blognya atas dasar kebebasan bersuara.

Tetapi menuduh blogger dan cybertroopers pro UMNO tidak membantu kepimpinan UMNO bagi saya satu kenyataan bangang yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang berpengalaman seperti Kadir Jasin.

Blogger UMNO dikatakan memburuk-burukkan bakal generasi UMNO.

Benarkah tuduhan tersebut, adakah kita blogger mengkritik tindakan Kadir Jasin merupakan satu perbuatan yang merosakkan UMNO?

Ini bagi saya ia satu penghinaan, mana mungkin saya berdiam diri melihat seorang wartawan tua meroyan dan menyalahkan blogger UMNO kerana dirinya dikritik.

Jadi saya meluangkan sedikit masa meneliti laman blog milik A Kadir Jasin, fokus saya apa sumbangan Datuk A Kadir Jasin dalam membantu BN ketika kempen pilihan raya 13 tempoh hari.

Saya bermula bulan April dan bulan Mei, di mana sekitar bulan April desas-desus pembubaran parlimen telah tersebar di mana pada waktu itu setiap jentera BN termasuk jentera siber dalam keadaan siap siaga untuk mempertahankan kerajaan BN.

Mari kita tengok adakah tokoh kewartawanan ke-9 membantu BN sepanjang tempoh bahang PRU13 :


Bukan sahaja tidak membantu BN, walaupun tempoh kempen PRU13 bermula 22 April dan hari pengundian pada 5 Mei, seawal 1 April Datuk A Kadir Jasin banyak mengkritik BN serta DS Najib Tun Razak.

Malah terdapat juga artikel yang dilihat telah memberi persepsi buruk kepada BN. Antaranya artikel bertajuk Ironi Rintihan Perdana Menteri :


Apakah strategi mengutuk dan memberikan persepsi buruk kepada BN mampu membantu memberi kemenangan kepada BN semasa PRU13 tempoh hari?

Bukan sahaja mengutuk BN dan Perdana Menteri, artikel bertarikh 1 Mei pula, Datuk A Kadir Jasin turut mengaku bahawa dia meninjau kawasan parlimen Raub di mana dalam artikel tersebut Datuk A Kadir Jasin telah mempromosikan Ariff Sabri calon DAP (sengaja atau tidak hanya Allah yang tahu) 


Agaknya Datuk A Kadir Jasin bukan sahaja turun meninjau kawasan parlimen Raub malah turut membantu kempen calon DAP Ariff Sabri. Tidak hairanlah dia cukup yakin calon DAP lebih berwibawa. 

Keputusan di parlimen juga menepati ramalan sebagaimana ditulis dalam artikel bertajuk 'Melayu DAP Cabar Cina BN di Raub' di mana DAP menang dengan majoriti 2,814 undi mengalahkan calon BN Datuk Hoh Khai Mun.

Soalan saya kepada wartawan berpengalaman dan sebagai blogger yang menyokong kerajaan (dia kata la) - adakah Datuk rasa, dari April hingga Mei di mana 21 artikel yang disiarkan di blog Datuk dicampur dengan artikel promosi calon DAP telah membantu kemenangan BN dalam PRU13 sekaligus menyaksikan DS Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri?

Boleh jawab soalan ini Datuk?

Justeru, saya pulangkan semula kata-kata Datuk - "sudahlah tidak membantu BN dengan berkesan semasa kempen PRU13, dalam masa yang sama mempromosikan pula calon DAP. Apa you mabuk air ketum ke Datuk?"

Yang mana lebih bagus, basuh seluar dalam di khayalak ramai atau tak basuh langsung Datuk?

Blog you sebenarnya yang membuatkan UMNO itu lagi teruk kepada generasi baru!

Datuk A Kadir Jasin, cerminlah diri kalau tiada cermin di rumah kencing dalam tempurung tiliklah muka Datuk lama-lama, muhasabah diri.

You takut kena kritik, you jangan kritik orang!

Boleh faham bahasa Melayu saya guna ni Datuk?


Selepas ini saya buka cerita serta maklumat yang disampaikan oleh individu tidak dikenali kepada saya mengenai gerak-geri Datuk, kenapa Datuk bertindak, mengapa dan siapa 'paymaster' Datuk A Kadir Jasin.

Tidak malu ke tokoh wartawan yang kecewa hajat tidak kesampaian meroyan di blog?

Datuk layan lagu dulu la, banyak lagi nak cerita pasal Datuk A Kadir Jasin - jangan risau saya tidak serang peribadi punya.

Arioss...!


Saturday, January 18, 2014

JMS : Aktivis Siber UMNO Pilih Novandri Berbanding Kamarulzaman - UMNO #SyokSendiri Lagi!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan selamat datang ke dalam 'Circle Of Fire' kepada Al Kamarulzaman Ab Latif, individu yang dilantik mengetuai Jabatan Media Sosial UMNO (JMS), sebuah jabatan yang berada di bawah parti UMNO.

Dr. Novandri mungkin faham perihal 'circle of fire' tetapi saya yakin Kamarul tidak berapa arif mengenai 'circle of fire' yang wujud di kalangan aktivis siber BN walaupun dia merupakan individu yang berpengalaman sebagai journalis dan kini merupakan tonggak dalam Umno Online.

Beberapa hari lepas satu 'thread' di laman Facebook saya berkaitan penubuhan JMS mendapat respon ramai pihak. Ada perkara tidak sepatutnya diceritakan secara terbuka turut terdedah. Benar walaupun selepas 1,185 komen (campur Azmi APA masuk meraban) ia masih tiada kata putus.

Akhirnya saya memilih untuk 'ceasefire' sebelum lebih ramai nama individu yang terlibat dalam perang siber serta nama-nama pembesar UMNO diheret oleh pelayar-pelayar Facebook.


Berikutan 'thread' berkenaan, saya telah berjumpa dengan seorang aktivis siber UMNO yang terlibat dalam perang siber sejak tahun 1998. Dalam pertemuan kami, dia turut menyatakan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik penubuhan JMS.

Individu tersebut memaklumkan kepada saya bahawa pejabat UMNO (Abdul Rauf dan Dato Abu) menyenaraikan tujuh nama untuk mengepalai JMS. Saya juga dimaklumkan bahawa dalam tujuh nama calon tersebut nama Tun Faisal tersingkir awal gara-gara permainan dalam pejabat UMNO.

Sama ada benar atau bohong, hanya Allah sahaja yang tahu.

Tak mengapa kita ketepikan Tun Faisal (TF), kita anggap saja TF tidak layak untuk mengepalai JMS, walaupun jika disusun tujuh resume di antara calon-calon lain. Saya yakin berdasarkan pengalaman, kepimpinan dan kemahiran resume TF lebih baik berbanding enam lagi calon.

Hahaha...

Pi mai pi mai akhirnya nama Kamarulzaman dipilih dan dilantik oleh TS Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan sebagai Pengarah JMS atas perkenan Rauf dan Pak Abu, manakala Dr. Novandri pula sebagai Timbalan Pengarah.

Saya juga difahamkan TS Muhyiddin akan menetapkan satu KPI dan akan menilai perlantikkan Kamarulzaman dalam masa enam bulan.

Justeru, semalam satu 'thread' dibuka di laman Facebook di mana rakan-rakan aktivis siber UMNO yang terdiri dari pelbagai kumpulan termasuk dari MIC serta otai dari Teh Tarik Bersama YB (TTYB) telah memberikan input mereka.

Soalan saya di antara Kamarulzaman dan Dr. Novandri siapa yang mereka yakin lebih arif mengenai perang siber?

Rata-rata mengenali dan yakin bahawa Dr. Novandri lebih faham situasi perang siber :





PAUTAN UNTUK KOMEN SELEBIHNYA
Aktivis siber lebih mengenali Dr. Novandri - jadi atas kapasiti apa Kamarulzaman dilantik sebagai Ketua Pengarah manakala Dr. Novandri sebagai timbalan?

Input dari siapa Abdul Rauf serta Pak Abu guna dalam menyenaraikan individu untuk mengepalai JMS sebelum diangkat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Apa kamu ingat JMS satu organisasi main-main ke Rauf?

Dari segi hierarki parti juga ternyata Abdul Rauf dan Pak Abu memperlekehkan Dr. Novandri, kerana Dr. Novandri pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian serta Ketua Seketeriat Maya Barisan Nasional, Pulau Pinang.

Saya tidak pasti adakah Kamarulzaman pernah memegang jawatan lebih tinggi dari Dr. Novandri dalam hierarki parti UMNO. Kerana berdasarkan input yang saya dapat Kamarulzaman hanya journalis yang pernah membangunkan website pemuda UMNO dan kini bersama Umno Online.

Berdasarkan pengalaman, kebolehan, kepimpinan di mana UMNO letak pemimpin seperti Dr. Novandri?

Hello, Dr. Novandri itu pemimpin kerana pernah mengetuai Seketeriat Maya BN Pulau Pinang. Satu organisasi yang ditubuhkan melibatkan persetujuan dari UMNO, MCA, MIC dan Gerakan, Rauf tahu ke tidak.

Dia tidak sepatutnya berada di bawah individu yang tiada pengalaman serta tidak pernah mengetuai satu seketeriat yang terlibat dalam perang siber!

Jika semua perkara dalam UMNO DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin hanya mendengar dan menerima sahaja input yang dibawa oleh Abdul Rauf, apa kata kita tukarkan sahaja nama parti kepada United Malay Rauf Organisation (UMRO)

Hahaha...

Arioss..!

Hello Rauf, i'm not afraid la brader!



YY : Ini antara yang dimaksudkan dengan input - harap Rauf boleh faham. Moron...!

Saturday, January 11, 2014

Selepas DS Hasan Malek KPDNKK, Siapa Pula Bakal Jadi Bahan #UjiKaji Makmal Blogger BN?


Mula-mula sekali saya nak ucapkan tahniah kepada rakan bloggers yang berjaya menjadikan DS Hasan Malek sebagai bahan 'uji kaji' mereka. Malah blogger tersohor seperti Out Syed The Box turut bersorak gembira melihat kejayaan 'uji kaji' ini.

Nasihat saya buat Syed - "uncle syed you duduk diam-diam, just tengok saja cukup, you sambung saja misi you dedah keburukkan Najib ok!"

Saya masih ingat bagaimana rakan blogger tua saya saudara Azmi APA yang diserang dan diherdik serta diperlekehkan maruahnya di laman Facebook kerana dikatakan menyerang pemimpin UMNO secara biadap dan kurang ajar.

Sebabnya satu, sahabat saya Azmi APA menyampaikan kepayahan dan keperitan hidup yang dialami oleh rakan-rakan blogger sebagaimana mereka sampaikan di dalam 'Whats App Group'. 

Namun malang nasib Azmi APA kerana dia bukan sahaja tidak dibantu malah diherdik, dihina dan diperlekehkan dengan pelbagai kata-kata kesat.

Blogger Azmi APA dihentam kerana dikatakan melanggar sumpah baiah yang mereka buat dalam satu program bloggers di Janda Baik iaitu program 'Brotherhood'.

Saya tidak tahu benarkah dalam program tersebut bloggers pro UMNO ada melafaz sumpah atau baiah untuk tidak menghentam sesama sendiri serta pemimpin UMNO.

Mungkin kawan-kawan yang hadir program tersebut boleh sahkan perkara ini, kalau benar mereka ada melafaz sumpah, nampak gaya mereka telah termakan sumpah masing-masing.

Jika perbuatan Azmi APA menghentam pemimpin kerana fed-up dengan sikap mereka yang tidak memperdulikan nasib bloggers/facebookers selepas PRU13 dianggap biadap dan kurang ajar, apakah 'uji kaji' yang dilakukan ke atas DS Hasan Malek bukan satu perbuatan biadap dan kurang ajar?


Bagi saya perbuatan mereka ke atas DS Hasan Malek bukan sahaja kurang ajar dan biadap, malah ia adalah seperti memperbodoh-bodohkan pemimpin UMNO/BN.

Satu soalan yang bermain dalam fikiran saya, siapa di belakang mereka sehingga mereka begitu berani memperbodoh-bodohkan pemimpin UMNO/BN seperti DS Hasan Malek?

Ada sumber memaklumkan kepada saya beberapa nama pemimpin besar yang membelakangi mereka iaitu  - Najib Razak dan isteri Rosmah Mansur, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. Mereka bertindak berani kerana nama-nama besar bertindak sebagai 'payung' mereka.

Benarkah?

Nampak gaya nama-nama pemimpin yang saya sebutkan di atas kena jawab benarkah mereka mengarahkan blogger melakukan 'uji kaji' ke atas DS Hasan Malek.

Jika benar, siapa pula menteri selepas DS Hasan Malek?

Adakah Menteri Kenyataan Dalam Negeri?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan?

Saya nasihatkan para menteri berjaga-jagalah. Mulai sekarang anda mungkin menjadi bahan 'uji kaji' blogger pro UMNO sendiri.

Saya tak mahu lakukan 'uji kaji' ke atas menteri walaupun ada menteri yang menimbulkan keraguan apabila membelanjakan ratusan ribu untuk satu majlis hari jadi beliau. Saya memilih untuk melakukan 'uji kaji' ke atas Pengarah Jabatan Media Sosial yang dengarnya telah dilantik atas perkenan Perdana Menteri.

Jeng...jeng...jeng!

Trailer 47 Ronin ditaja oleh Pawagam Lido Kota Bharu :



Arioss...!

Monday, January 6, 2014

Sejam Bersama 'The Pasir Salak Gangster', Datuk Tajuddin Rahman Timb. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani


Macam anak dengan bapak tak gaya kat atas...?

Hahaha...

Mungkin ada yang pelik apabila saya bertemu dan beramah-mesra bersama Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

Kerana Datuk Tajuddin Abdul Rahman 'The Pasir Salak Gangster' sebagaimana gelaran yang saya berikan kepada beliau sebelum ini merupakan pemimpin veteran yang dikritik oleh saya terutama ketika kempen Pemilihan UMNO 2013.

Artikel hentaman saya boleh dibaca di pautan - [Tampar ahli Pemuda], [Pelingkup MOA], [Ugut Ketua Cawangan], [Pejuang Bangsa atau...?]

Waktu itu saya beranggapan bagi melakukan tranformasi dalam parti serta meremajakan UMNO perwakilan perlu menggantikan pemimpin 'season' dengan muka-muka baru.

Namun, walaupun dikritik dan dihentam teruk, beliau berjaya mempertahankan jawatan Ahli Kerja Tertinggi UMNO apabila memperolehi undi sebanyak 127 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Melihat kemenangan beliau terdetik di hati saya - "apa yang hebat sangat pasal orang tua gila ni selain 'outspoken' di Parlimen sehingga M.Kulasegaran pernah dipanggil 'bastard'? 

(memang ahli Parlimen PR 'bastard' pun haha..)

Mana tidak hebat, mampu membuat 'comeback' selepas diterima semula menyertai UMNO pada tahun 1998, dipilih sebagai Timbalan Ketua pada tahun 2000 dan kini memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak serta mendapat kepercayaan menduduki barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sehingga sekarang.

Melihat kejayaan beliau berpolitik, saya meluahkan hasrat untuk bertemu mata dengan beliau. Akhirnya hari ini satu jam beliau meluangkan masa menerima kunjungan peribadi saya di pejabat beliau Tingkat 16, Wisma Tani.

Dato Maharajalela, Demi Parti & Orang Melayu


Datuk Tajuddin, menjadikan semangat juang Dato Maharajalela dan Dato Sagor sebagai inspirasi diri serta barisan ahli UMNO Pasir Salak memandangkan kawasan ini terkenal dengan semangat perjuangan Melayu, jika parlimen tersebut tumbang kepada pembangkang ia menggambarkan kelemahan perjuangan orang Melayu itu sendiri.

Hasil semangat juang inilah antara resipi kejayaan beliau bersama barisan jentera UMNO Pasir Salak ketika kempen PRU13 yang menyaksikan BN berjaya pertahankan P73 Pasir Salak dengan majoriti lebih 7,000 undi iaitu majoriti kedua tertinggi bagi kerusi parlimen dalam negeri Perak.


Demi parti UMNO dan orang Melayu adalah asas utama setiap kali beliau melaksanakan amanah sebagai pemimpin, maka tidak hairanlah walaupun pernah dipecat dari UMNO, beliau tidak berpaling tadah kepada parti dengan menuduh atau memburuk-burukkan parti.

Setia & Tidak 'Oppurtunist'

Di akhir pertemuan beliau turut berikan tips kejayaan beliau dalam berpolitik iaitu kena berani, tegas, setia dan tidak bersikap 'oppurtunist' dan jangan sesekali memperalatkan orang lain demi kepentingan peribadi atau politik antara sebab Datuk Tajuddin disenangi oleh ahli UMNO di bahagian yang diwakilinya.

Maka tidak hairanlah sebelum menerima kunjungan saya, beliau terlebih dahulu menerima kunjungan Ketua Wanita, Ketua Puteri dan barisan AJK dari bahagian yang diketuainya.

Tujuan saya berjumpa beliau selain menjernihkan hubungan, adalah kerana saya mahu mengenali sendiri karakter pemimpin veteran yang cukup dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan bengis.

Pertemuan kami berakhir di mana Datuk Tajuddin meminta izin untuk menunaikan solat Zuhur. Hasil pertemuan kami boleh dikatakan hanya satu karakter peribadi Datuk Tajuddin yang betul iaitu beliau 'outspoken', tidak pula saya dilempang walaupun saya melemparkan pelbagai tuduhan sebelum ini.

Hahaha...

Terima kasih juga kepada Datuk Ibrahim Katop, yang turut melayan saya sementara menunggu Datuk Tajuddin selesai bermesyuarat.

Arioss...!



YY : Tak kenal maka tak cinta...haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal