NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, July 25, 2011

Wajib Baca : Ambiga Sebenarnya Engkar 3 Titah Agong? - SUHAKAM Kami Akan Beri Kerjasama!


Pada beberapa hari lepas saya dibantu dengan sahabat 1peluru ada memuat-naik satu rakaman video yang memaparkan bahawa polis juga dikasari ketika demonstrasi BerSHIT 2.0 pada 9 Julai 2011.

Rakaman di bawah merupakan rakaman yang dimuat-naik oleh kami di akaun youtube tvtrimatra :



Hari ini ketika meneliti komen, saya melihat ada komen dengan nama akaun MrCwtjh yang meminta saya menghantar rakaman tersebut ke emel  izyanif@suhakam.org.my sebelum 2 Ogos 2011.

Lalu saya menyemak di Direktori Staff SUHAKAM dan hasilnya terbukti ianya memang dimiliki kakitangan SUHAKAM


Sebagai warganegara bertanggungjawab kita akan beri apa yang Suhakam minta. Mungkin kakitangan SUHAKAM tidak pandai dalam muat-turun (download)  video tersebut di laman youtube. Jadi kita kena bantu SUHAKAM jalankan proses siasatan mereka.


Cuma harapan saya pihak SUHAKAM jangan bertindak bias dalam membuat sebarang keputusan kelak. Kerana dari pemerhatian saya dari rekod-rekod demontrasi yang lampau segala keputusan yang dibuat SUHAKAM selalunya tidak mengambil kira suara majoriti.

SUHAKAM membuat keputusan berdasarkan suara yang menyokong BerSHIT, tanpa mengambil-kira faktor-faktor atau suara-suara rakyat lain yang mana ramai yang membantah demontrasi BerSHIT. 


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Jun, SUHAKAM menggesa kerajaan membenarkan perhimpunan BerSHIT 2.0 namun hendaklah terancang dan bertanggungjawab.

Hari ini lebih kurang 15 hari sudah berlalu, rata-rata kita dapat melihat bahawa perhimpunan BerSHIT tempoh hari memang dijalankan dalam keadaan yang tidak bertanggungjawab. Malah menyusahkan kebanyakkan wargakota meneruskan kehidupan harian mereka.

Tapi perkara yang lebih penting adalah...

AMBIGA INGKAR TITAH YANG DIPERTUAN AGONG?

Dalam masa yang sama juga Ambiga yang merupakan  penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya bertindak melanggar titah DYMM Yang di Pertuan Agung semasa pertemuan Baginda dengan Ambiga.

Kita dapat maklumat bahawa Baginda menitahkan 3 perkara kepada Ambiga :

1 - Jangan berhimpun.

2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.

3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.

Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?

Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.


Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BerSHIT!!



YY : Wahai rakyat Malaysia.. Jom serbu Ambiga pada 26 Julai 2011 di Wacana 'Selepas 9 Julai'. Kita tanya benar atau tidak Tuanku menitahkan 3 perkara ini kepada beliau!...

1 comment:

Al-Gonjo said...

Suhakam bkn ada hantar wakil ke memerhati setiap lokasi perhimpunan bodoh tu.. xkan tak rakam gmbr.. suhakam ni pro sana.. wayang je lebih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...