NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, August 12, 2011

Update : Kakitangan JPN/SPR Individu Bertanggungjawab Dalam Kes Mykad-MyPR?


Isu Mismah telah gagal secara 'total' sehingga bloggers PR menikus dan mendiamkan diri, namun mereka tidak akan berhenti menabur fitnah walaupun kita sekarang sedang berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Mereka akan terus memfitnah dan menyerang mana-mana agensi kerajaan yang telah dipilih untuk diburukkan.

Dengan kuasa Allah SWT yang ingin memperlihatkan kepada kita bahawa golongan pembangkang ini jijik dan penipu hari ini Sinar Harian menampilkan berita eksklusif mengenai Mismah. Padan muka PR yang saya pasti Mismah tidak akan mengundi parti lahanat mereka.

Jadi misi #mismahgate yang cuba ditimbulkan telah digagalkan oleh kami dengan izin Allah SWT. Tidak putus asa walaupun fitnah jahat dipatahkan oleh kami, mereka menimbulkan satu lagi isu iaitu mengenai lelaki misteri yang dikatakan boleh mengundi sampai 4 kali kerana lelaki yang bernama Mohd Rashid Bin Ismail dikatakan memiliki dua kad pengenalan yang nombornya adalah berbeza.


Dalam entri tersebut adalah jawapan kenapa Rashid memiliki dua kad pengenalan dalam satu masa, persoalannya adalah bagaimana PR tahu dan mampu memasukkan data/nombor mykad lama milik Mohd Rashid Bin Ismail yang dilaporkan telah digunakan oleh penyamar semasa sistem JPN belum dikemaskini?

Untuk membuktikan bahawa  jika nombor mykad yang TIDAK AKTIF atau sudah dinyah-aktifkan oleh JPN saya menggunakan nombor kad pengenalan milik arwah bapa saya yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Januari 2006 (Al-Fatihah)

Jika seseorang meninggal dunia dan dikeluarkan sijil kematian sistem JPN akan mengnyah-aktifkan nombor mykad si mati dan dikategorikan sebagai TIDAK SAH yakni nombor berkenaan sudah tidak lagi digunakan oleh mana-mana individu.


Di atas adalah paparan skrin  semakan secara talian menggunakan nombor mykad bapa saya yang telah meninggal dunia. Dalam paparan berkenaan dinyatakan status permohonan dan nombor yang dimasukkan adalah TIDAK SAH! - Ini bermakna JPN telah mengnyah-aktifkan mykad milik arwah bapa saya.

Jika mykad seseorang masih aktif dan digunakan di luar sana, saudara masukkan apa sahaja nombor mykad yang sah walaupun sudah bertahun dituntut sistem online JPN tetap akan mengeluarkan paparan skrin sebagaimana di bawah :



Dua gambar di atas adalah milik saya dan abang saya yang telah bertahun dituntut dan belum pernah hilang. Namun sistem JPN tetap menunjukkan bahawa KAD TELAH DIAMBIL, maknanya mykad ini sah digunakan sebagai nombor pengenalan diri.

Dalam kes Mohd Rashid Bin Ismail, beliau mengadu kepada JPN bahawa mykad miliknya 620108-08-6713 yang lama telah digunakan oleh penyamar. Disebabkan itu pihak JPN bertindak mengeluarkan mykad yang baru dengan nombor yang baru iaitu 620108-08-6991. 

Lalu JPN mengnyah-aktifkan mykad lama miliknya, tetapi pada waktu itu sistem secara online belum dikemaskini. 

Hari ini jika diperiksa hasilnya adalah seperti di bawah :

620108-08-6713 status TIDAK SAH

Jika JPN mengeluarkan nombor yang sama sudah tentu Mohd Rashid Bin Ismail akan memiliki dua identiti kerana kad sebelumnya telah disalahguna oleh penyamar.

Sistem SPR yang menunjukkan Mohd Rashid Bin Ismail berdaftar sebagai pemilih dua kali, adalah kerana SPR tidak boleh membuang sebarang nama pemilih jika ianya tidak dimaklumkan bahawa individu berkenaan mati atau pun sudah menggunakan kad pengenalan yang baru.

Dalam kes ini Mohd Rashid Bin Ismail berdaftar dengan SPR kali kedua dengan mykad yang baru tanpa memaklumkan bahawa dirinya sudah didaftarkan sebagai pemilih sebelum ini dengan mykad yang disalahguna oleh penyamar.

Hello... daftar sebagai pemilih SPR di pejabat POS hanya beri mykad sahajalah! tiada soalan maut pun ditujukan semasa proses pendaftaran! - Jika Mohd Rashid Bin Ismail bawa mykad lama 620108-08-6713 yang digunakan oleh penyamar untk mendaftar kali ke-2 di Pejabat POS percayalah sistem SPR 'rejek' semasa kakitangan POS hendak memasukkan maklumat ke dalam sistem mereka.

Mohd Rashid Bin Ismail daftar dua kali dengan dua mykad berbeza sebab itulah berlakunya pertindihan dalam sistem SPR. Faham ke tidak wahai tolol pembangkang yang bodoh!

Persoalan di sini adalah bagaimana pihak pembangkang tahu bahawa mykad bernombor 620108-08-6713 belum dikemaskini dalam sistem JPN?

Sudah tentulah adanya penglibatan 'orang dalam' di bahagian mykad/warganegara yang menyalurkan maklumat ini kepada pembangkang.

Suka atau tidak pihak JPN perlu memeriksa setiap kakitangan mereka yang bertindak melanggar 'akur-janji' sebagai penjawat awam dengan mendedahkan rahsia-rahsia serta perjalanan sistem JPN kepada pihak tidak bertanggungjawab.




YY : Kakitangan JPN di bahagian Kad Pengenalan dan Warganegara yang melanggar OSA, jaga-jaga ada mata dok perhati sekarang...jangan esok lusa gambar korang terpampang kt blog ni...  :)


9 comments:

Anonymous said...

kemungkinan yang ada kad pengenalan lama tu orang yang aduan, patut, di senarai hitamkan, bila nak mengundi, tangkap dah pasti pengundi hantu.

patut bila JPN nak bagi kad nombor baru, nombor lama diiktiraf sebagai mati.

Anonymous said...

Ada Anon-Anon bodoh dh mula meroyan bro dalam entri pertama lu... tak faham isu antara HILANG dgn DISALAHGUNA.

Hahaha...

Anonymous said...

suda la, tgk komen kat post#1 tu

jgn nk jadi bangang kat sini

ckp atas angin, kalau bodo tak tahu sistem jgn maen ckp je

j-maya said...

Salam...

Saya pembaca setia blog Double-Y.

Blog saudara sudah dipautkan.
Harap dapat pautkan juga blog saya.

Terima kasih.

JENDELA MAYA
jendelamy.blogspot.com
.

Anonymous said...

Ok..pertama ni la tulisan paling bahalul aku pernah baca..hujah hang macam sampah..

Ni tahun 2011 la monyet..kata e kerajaan la..apa la..klu hilang xkn la kau xbole dlte privious punya no kad pengenalan..jgan jadi bahalul macam kau tinggal kat zimbabwe.

Lagi 1 dah ramai la polis2 yang mengaku mengundi 2-3 kali dlm satu parlimen.tunggu akan ada pendedahan tu nnt..

Kita bg ckit2..xbole keluar semua:)..teruskan tulisan berlevel rendah kau ni.

Anonymous said...

bro mrk yg bocorkn maklumat tu bukan 'orang dalam'. tapi Hantu-hantu pmbgkang! dan hantu2 inilah yg melahirkan hantu hantu dlm jpn dan spr.

Anonymous said...

Salam,

Aanon-anon yg berkata kesat.

Bahasa tu cantek sikit sedara, awk kerja JPN ke?

Kalau awk nak tahu, ada peraturan tertentu yang membolehkan seseorang menukar nombor kad pengenalan mereka jika ia terbukti telah digunakan oleh pihak lain.

Tapi pemohon perlu mengemukakan bukti-bukti kepada pihak JPN dan melalui prosedur yg ditetapkan sebelum memohon utk menukar nombor kad pengenalan mereka.

Kalau tak tahu tanya, jangan tunjuk pandai lps tu ckp orang bangang.

-pesara JPN-

Anonymous said...

sebab itu lah SPR kena ubah guna sistem Biometrik supaya cap jari yang sama boleh dikesan selepas setiap individu itu mengundi. Dakwat kekal masih boleh dibersihkan dengan menggunakan alkohol yang kuat. Mana ada bukti jika seseorang yang pernah terkena atau tersentuh dakwat kekal dari umur kecil dan dakwat itu kekal sampai anak itu tua... Melainkan tanda cap jari kekal ciptaan Allah dari bayi hingga ke umur tua atau mati... boleh lah dikesan pengundi-pengundi hantu yang nak mengundi kali kedua dan terus berkas mereka ini.. identiti dan gambar pengundi hantu itu semua hendaklah didedahkan kepada awam supaya rakyat akan kenal mereka semua..

Anonymous said...

Kes Rashid ni kes dua individu yang berbeza tetapi mempunyai nama yang sama secara kebetulan. Hanya gambar dan cap jari pada kedua-dua nombor IC yang disebut adalah berbeza. Hanya dengan screenshot kad telah diambil dari halaman semakan JPN dan daftar pengundi SPR tidak cukup meyakinkan dan maklumat itu diputar belit untuk kelirukan pembaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...