Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah & Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin |
Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.
Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.
Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.
Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?
Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.
Kegagalan Pro-AM di UKM dan UIAM menggambarkan kepada masyarakat mengenai sikap tidak peduli Naib Canselor UKM dan Rektor UIAM dan timbalannya terhadap persekitaran politik kampus, malah mereka juga tidak peka dengan denyut nadi mahasiswa serta pensyarah-pensyarah di sana.
Tindakan Naib Canselor UKM dan Rektor di UIA membuktikan bahawa penerangan secara jelas mengenai dasar-dasar kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna.
Sehinggakan pentadbiran universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri dalam membawa aspirasi atau suara sebenar penuntut IPT.
Kejadian yang berlaku di UKM di mana 7 kerusi dikatakan dimenangi tanpa bertanding oleh pelajar pro-pembangkang adalah asas kukuh bagi membuktikan kegagalan Naib Canselor UKM dalam melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai keberanian, pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dalam memikul setiap amanah yang disandarkan.
Kesedaran-kesedaran berbentuk kepimpinan ini prosesnya harus diambil tempat di universiti, yang mana ianya merupakan langkah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan dalam pelbagai bidang termasuk profesional.
Jika Naib Canselor UKM iaitu Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin beserta TNC HEP & TNC Akademik menjalankan tugas mereka mendekati pelajar, nescaya pelajar pro-pembangkang tidak akan mampu menjalankan gerakan membawa suara parti pembangkang ke dalam kampus.
Gantikan Naib Canselor UKM & Rektor UIAM
Kegagalan ini tidak boleh dibiarkan, sewajarnya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menggantikan Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik dari kedua-dua kampus ini dengan mereka yang lebih faham tentang agenda transformasi kerajaan.
Tempat mereka wajar digantikan dengan Naib Canselor dan Rektor yang mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia.
Disebabkan kegagalan dan sikap tidak peduli inilah, penyambungan kontrak Naib Canselor UKM tidak disambut baik oleh mahasiswa serta pensyarah di kampus terbabit. PM DS Najib Tun Razak telah dinasihati secara salah dan satu tindakan segera diperlukan bagi memperbetulkan semula keadaan ini.
Mahasiswa serta pensyarah menolak sikap bodek pemimpin yang diamalkan oleh sesetengah Naib Canselor untuk memastikan mereka terus kekal berjawatan.
Malah disarankan DS Najib Tun Razak turun ke UKM dan UIAM untuk lebih memahami situasi yang berlaku di kampus tersebut dan bukan hanya mendengar laporan 'palsu' daripada pembodek yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga UKM dan UIAM serta kampus-kampus lain di dalam negara.
YY : Laporan kepada PM "semua putih bos!" - sedangkan hakikatnya hitam...
26 comments:
Suruh hassan ali dan ibrahim perkasa jd TNC ..habis cete. He..he..he..
NC ni ketika org sibuk pilihanraya kampus, dia boleh ke luar negara. Dengarnya nak jadi ahli politik skrg sibuk melobi?
Mana ada denyut nadi! Denyut PUKI adalah!
dulu ckp yakin pro-AM leh sapu bersih tp kalah teruk kat 2 IPTA ni lagi2 pro-M sapu bersih kt UIA.. dah kalah, salahkan rektor,NC n pentadbiran ukm,uia pulak... perangai korg sama je ngan pro-Mahasiswa.. huh
Sewajarnya NC dilantik dari kalangan mereka yang layak. Bro kenapa gua tengok Najib asyik salah pilih je. Sape penasihat Najib ni?
Idris Jala?
Nash,
Faham isu dulu,
1) Kalah sebab tiada calon, jadi ProAM bagi menang free 7 kerusi.
2) Sbg NC tak patut dia tak ada ketika kampus sibuk pilihanrya.
3) IPTA milik kerajaan sewajarnya dasar, penerangan mengenai kerajaan disalurkan kpd mahasiswa, sama ada mahasiswa nak terima atau tidak itu soal lain.
4) tiada usaha untuk membawa mahasiswa bersama-sama menjayakan agenda yang dibuat kerajaan.
Jadi untuk apa kontrak mereka disambung, ramai lagi NC, TNC, Rektor yang berwibawa yang boleh ambik berat dan dekati student.
Ko nak NC yang tk jenguk dan tanya khabar student?
:)
Dia wujudkan jurang antara NC dan mahasiswa, tak dekat dengan kami siswa/siswi UKM. Pemimpin pun bersama kami mahasiswa, Prof. Dr. Sharipah jangan sombong!
apa kaitan NC dalam pilihanraya kampus?
PRK sepatutnya wadah Mahasiswa untuk menonjolkan di universiti, sbg personal achievement.
kalau NC terlibat, tak payah buat PRK, pilih saja. bunuh demokrasi.
btw, NC tak patut dipersalah dgn ayat
"mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia."
-PERLU KE AYAT NI? yg bertanding NC ke STUDENT? (paham, penulis refer as a whole, tapi kita sdg bercakap pasal PRK)
lagi satu:
"universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri"
yg di pilih ni bodoh dan takde idealisme la? bodoh la sape pangkah calon pointer rendah.
apa kaitan NC dalam pilihanraya kampus?
PRK sepatutnya wadah Mahasiswa untuk menonjolkan di universiti, sbg personal achievement.
kalau NC terlibat, tak payah buat PRK, pilih saja. bunuh demokrasi.
btw, NC tak patut dipersalah dgn ayat
"mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia."
-PERLU KE AYAT NI? yg bertanding NC ke STUDENT? (paham, penulis refer as a whole, tapi kita sdg bercakap pasal PRK)
lagi satu:
"universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri"
yg di pilih ni bodoh dan takde idealisme la? bodoh la sape pangkah calon pointer rendah.
u'r not uia student..so shut up.....no need to interfere of student matters or their choices......
seluruh mahasiswa UKM merasakan, sudah tiba masanya pihak atasan perlu dengar luahan diperingkat bawah. Silalah turun ke bawah dan dengar luahan ini. sampai bila nak biarkan nama PM dan Datin Rosmah di gunakan sebigitu rupa, ntah2 PM dan DSR tak tahupun semua permainan ini, sbb maklumat palsu sampai mengatakan semunya ok bosssssss....ubahlah sebelum mahasiswa mengubah..
Pada aku, Pro-Aspirasi memang susah nak menang kat UIA, sbb UIA mmg dah byk agen2 pembangkang. Aku bekas student UIA, 10 tahun jadi student kat situ, drpd Matriks sampai ke postgrad. Dah tahu sgt pasal benda2 camni. Dulu masa Pro-Aspirasi conquer kejap, ada saja la yg sebarkan mcm2 cerita buruk pasal diorg. Macam2 risalah kitorang dpt. Memang sahih agen banyak sangat kat situ.
Apa daa...pi turun UKM N UIA...tgk majoriti org mana..as ex students uia...sgt ramai students dr Kelantan..so ofcoz u leh predict dia sokong mana...dr sejarah pon kerusi aspirasi di UIA mmg jarang menang...ade pernah tahun dia menang tp budaya Hedonisme kuat sgt..x sesuai dgn title INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY...so next tenure step down balik semua..hak pelajar..tetap hak pelajar...
Anon October 3, 2012 12:37 PM,
this article is my personal opinion.
gua punya sukalah brader, blog gua... - So shut up your mouth moron!
zzzzz...
Sekarang zaman internet lagi pun mahasiswa ada otak dan boleh berfikir dan menilai. Tak kan nak pilih "mereka" yang jadi zombies pak turut kepada parti/kerajaan yang korup dan zalim.
Hormatlah sikit pilihan mereka dan jangan nak salahkan orang lain..
Anon October 4, 2012 3:49 AM,
Saya hormat keputusan bahawa Pro-M dipilih di kampus tersebut, tapi sygnya sebab mereka byk menang tanpa bertanding.
Skrip biasa bdk2 anti melihat sesuatu yg stabil iaitu parti, kerajaan korup dan zalim.
Aneh sungguh di negara yang diperintah oleh sebuah parti yg zalim dan korup kamu para mahasiswa dapat belajar dlm keadaan yg selesa, berjalan tanpa bimbang peluru berpandu melintasi kepala, melepak di kedai mamak bersorak gembira menonton EPL.
'Zalim' sungguh kerajaan terhadap rakyatnya!
Disebabkan mahasiswa ada otak la mereka tolak NC yang tidak turun dekati mereka. Benda simple pun tak boleh fikir?
Dari kamu komen sy dh tahu, bahawa kamu mahasiswa yg tak pandai membuat penilaian dan analisis.
Tolak! UMNO Kampus!
Anda ada hak uyntuk tulis apa sahaja. Tetapi menggunakan alasan NC adalah sangat menampakkan ketidakcerdikan anda sebagai mahasiswa/bekas mahasiswa. Ini cerita PRK. Bila sebut PRK, ia adalah "totally owned by STUDENT" kerana itu falsafah diadakan PRK. If not, baik tak payah ada lansung. Anda bicara soal idealisme mahasiswa, sedangkan penulisan ini jelas menunjukkan yang penulis ini lansung tidak beridealisme!
artikel paling kelakar untuk mahasiswa pasca pilihanraya kampus..kahkahkah!
Cukup kelakar sehingga Timbalan Rektor UIAM keluar statment nafi Pro-AM tewas besar?
Hehehe....
kau bising2 nk suruh PM gantikan NC ni apa psl?siapa plak upah kau kali ni?kau tu penah mausk uni ke bai?
Thumbs up to u bro
Aku rakyat yg memerhati perkembangan politik semasa, so aku berhak bersuara, sama ada PM nak dgr ke tak kamu usah berasa khuatir.
Aku tak perlu ikut masuk kampus mcm Shamsul Iskandar, Nurul Izzah etc.
Hehehe...
Rilex la brader...jgn gelabah...kau dah post entry..and a whole world can read it...so terima la org comment...bak kata bijak laksana...berfikir sebelum berkata...terlanjur kata...buruk padahnya...de mo kra si....
Khabarnya NC UKM sangat rapat dgn rosmah mansor esp dlm membangunkan program Permata sb tu sharifah ni rasa kebal dan akhirnya jadi bebal di ukm. Najib ni tak boleh berkeras dgn rosmah mansor ke? Ada satu lagi insiden yg membuktikan najib tak boleh control rosmah mansor! Harap rosmah mansor tidak menjadi perosak dan parasit tanpa disedari!!
Betul ker Pro-M sokong PR, suka2 bagi andaian. Mereka ni semua cerdik2 belaka sebab tu mereka nak tak suka melihat perkembangan yg diterajui oleh BN. Adakah mereka salah? tidak tapi ni lah manusia yang sepatutnya universiti lahirkan, bukannya manusia yg bebal berfikir menggunakan kepala lutut seperti lembu dicucuk idung. Ada pihak mencadangkan penghapusan PTPTN elok sambut dengan doa semuga tiada yuran pendidikan dari sekolah rendah hingga peringkat university, ini tak cuba menentang. kan kurang bijak namanya.
Post a Comment