NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label JPN. Show all posts
Showing posts with label JPN. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

PR Tak Reti Beza MyKas & MyKad, Terbongkar Misteri Pesawat MH8601 Bersama 36k Pengundi Hantu #PRU13



Kita makin hampir dengan hari pembuangan undi 5 Mei 2013, pelbagai propaganda, tipu muslihat, tipu muslimah, tipu lebai janggut dan lakonan yang dihidangkan kepada rakyat. Namun semua helah mudah untuk dikesan jika kita selidik setiap kenyataan atau laporan berita yang disiarkan oleh lidah rasmi puak Pakatan Rosak (PR).

Pengundi Hantu!

Golongan Hantu yang meraih populariti setiap kali musim pilihanraya...

Isu yang tidak pernah ditinggalkan oleh pembangkang setiap kali musim pilihanraya kecil atau umum. Mereka hanya meninggalkan hantu-hantu ini sepi tanpa berita sebaik saja keputusan PRU 2008 diumumkan setelah  bapak hantu yakni pembangkang berjaya menguasai 4 buah negeri (5 termasuk Kuala Lumpur).

Selepas itu pengundi hantu timbul semula ketika kempen PRK Manek Urai hinggalah ke PRN Sarawak.

Kini misteri penerbangan MH8601 yang membawa 36,000 pengundi pula disebarkan media-media pembangkang, lebih kurang sama kes MismahGate, Kod 71 antara dua perkara yang berkaitan pengundi hantu.

Kedua-dua isu ini dijawab oleh blogger-blogger pro BN, kalau nak imbas memori boleh baca isu Mismah Gate rujuk : [Part 1 - Part 2]

Pendedahan mengenai kod 71 kononnya MyKad yang dikeluarkan oleh JPN bagi membolehkan  warga asing mengundi BN dalam PRU13 pula boleh dirujuk [Kod 71] 

Misteri Penerbangan Malaysia Airlines MH8601, Realiti atau Ilusi?

Haprakah Daily media pembangkang melaporkan berita rekayasa berikut :


36,000 tuuu....!

Mari kita selidik benarkah dakwaan pembangkang ini atau ia hanya ilusi mereka?

Disebabkan tarikh 2 Mei dan 4 Mei belum tiba, kita semak maklumat penerbangan Malaysia Airlines Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada tarikh 27 April hingga 30 April iaitu hari ini.

Adakah rekod penerbangan MH8601 yang membawa pengundi hantu sebagaimana didakwa?

Berdasarkan rekod penerbangan MAS bertarikh 27 April sehingga hari ini iaitu 30 April dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur jelas tiada penerbangan bernombor MH8601. Jika ditempah khas kenapa tiada dalam rekod perjalanan pesawat MAS pada hari yang dinyatakan?






Dari 27 April hingga 30 April tiada penerbangan pesawat MH8601 sebagaimana didakwa oleh PAS, jadi tidak hairanlah jika pesawat yang membawa hantu-hantu tidak mendarat sehingga jam 11.30 pagi, kerana tak wujud pun penerbangan tersebut!

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor kena kencing atau banyak telan pil kuda?

Jika benar maklumat daripada pihak dalaman MAS sila dedahkan, kenapa hanya artikel berita sahaja yang disiarkan tanpa sebarang jadual atau rekod penerbangan?

Perkara yang membuatkan saya ketawa terbahak-bahak mengenai Jaafar Shamsuddin apabila dia berkata "kita percaya terdapat pihak tertentu yang mengawal & mengubah penerbangan daripada terus dikesan pihak kita".

Kahkahkahkah!

Jika ada pihak mengubah penerbangan sekalipun, mana mungkin pihak yang dimaksudkan mampu menyorok sebuah pesawat yang besar gedabak daripada dikesan oleh mata-mata manusia yang berada di sekitar airport!

Laporan berita yang tidak disertakan maklumat sahih, dimainkan secara tersusun oleh pemimpin-pemimpin PAS termasuk blogger mereka bertujuan untuk memberikan persepsi kononnya BN menggunakan taktik kotor.

Penduduk Tetap Tidak Sama Taraf Warganegara

Lagi pun mana-mana individu yang memegang taraf Penduduk Tetap tidak boleh mengundi kerana mereka bukan Warganegara. Nak mengundi bawa MyKas belum sempat hulur MyKas dah kena halau dek petugas SPR!

Sebab perbezaan MyKas dengan MyKad amat ketara :


Saudara-saudara sekalian, tujuan isu ini dimainkan menjelang 5 hari sebelum pengundian adalah kerana isu ini akan dijadikan alasan jika keputusan PRU13 kelak tidak memihak kepada mereka.

Waktu itu segala agensi dipersalahkan SPR, JPN, KDN, hatta MAS akan dipersalahkan oleh pembangkang. Semua penumpang dari Sabah yang ke Kuala Lumpur untuk tujuan lain juga dipersalahkan dan dituduh pengundi hantu.

Alahai!

Mereka ulang perkara yang sama, benda yang sama cuma tukang bawa cerita dan versi cerita saja dipusing-pusing, tak percaya, lihat antara contoh laporan berbentuk persepsi menjelang PRU12.



LINK

Arios!


Saturday, February 23, 2013

#RCISabah : Lagi Fakta Yang Tidak Disiarkan - 1.1 Juta Nama Pemilih Dikeluarkan Oleh SPR!


Sambung kembali Prosiding Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah yang memulakan prosiding pertama pada 14 Januari yang lalu, manakala prosiding kedua diadakan 29 Januari hingga 1 Februari sebelum menyambung prosiding ketiga yang berlangsung 22 Februari hingga 23 Februari 2013. (hari ini)

Laman blog ini antara yang mengulas kenyataan saksi tanpa 'spin' sebagaimana dilakukan oleh Malaysian Insider, rujuk [artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4, artikel 5, artikel 6, artikel 7]

Prosiding ketiga RCI yang berakhir petang tadi mendengar kenyataan dari 8 orang saksi iaitu SP56 hingga SP62 - seperti biasa pelbagai kenyataan direkodkan daripada saksi-saksi yang dipanggil.

Namun keterangan ada beberapa keterangan dan fakta penting dalam prosiding ketiga RCI yang memang tidak akan disiarkan Harakah Daily dan juga Suara Keldaian adalah mengenai 1.1 juta nama pemilih telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia atas pelbagai sebab.

Ok ini menarik, kerana SPR sering kali dilabel sebagai agen BN, SPR merestui orang asing mengundi serta banyak lagi fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada agensi tersebut.

Menurut saksi ke-58 (SP58) Shafee Sajat yang bertugas sebagai KPUS Bahagian IT, Suruhanjaya Pilihan Raya sejak tahun 2008, beliau memberitahu ketika menjawab soalan 51, 52, 53 dan 54 RCI dimaklumkan ;
Soalan : Untuk mengundi, bolehkah seseorang pemilih guna dokumen lain selain KP biru?  
SP 58 : Saya tidak berani beri kenyataan, takut tersilap. 
Soalan : Ada tak statistik pembersihan yang terkini   
SP58 : Ada buat statistik berdasarkan yang mana telah direkod dalam sistem sahaja, iaitu mulai 2005 hingga sekarang. Hingga suku ketiga 2012, seingat saya ada lebih kurang 1.1 juta dikeluarkan atas pelbagai sebab. 
Soalan : 1,133,279 untuk seluruh malaysia telah dikeluarkan dari daftar pemilih. Untuk Sabah, berapa? 
SP58 : 78,340 
Soalan : Boleh sahkan 979,943 adalah disebabkan oleh kematian?  
SP58 : Ya
1.1 juta nama pemilih dikeluarkan daripada jumlah tersebut sebanyak 78,340 nama pemilih telah dikeluarkan atas pelbagai sebab dan daripada 1.1 juta nama pemilih dari seluruh negara sebanyak 979,943 nama pemilih dikeluarkan atas sebab kematian.

Bersambung...

Thursday, January 31, 2013

#RCISabah : Terkini Lima Trivia JPN Buktikan @MahfuzOmar Tengok Surat Dalam Keadaan Khayal!


Artikel sebelum - [sini]

Kahkahkah...

Bila saya kata Mahfuz Omar dalam keadaan khayal seperti orang hisap gam, ada yang marah.

Nah stepek!

Lima trivia JPN untuk Mahfuz Omar dan Malaysiakini :




Jangan lupa kita perlu tuntut Wan Azizah, Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Nasution, dan Azmin Ali bagaimana mereka perolehi kerakyatan memandangkan Mahfuz Omar sendiri meragui kod 71.

Reformasi!

Hahaha...

Mahfuz Omar cer jawab 5 trivia buat YB tu...

Hahaha...

Surat kepala bapak ngko YB!

#RCISabah : JPN Lapor Polis, Kerana @MahfuzOmar - Wan Azizah, Zuraida, Saifuddin Nasution Kena Jawab!


Sambung dari artikel sebelum...[sini]

Sekejap lagi Ketua Pengarah JPN akan membuat satu laporan polis dengan lima trivia untuk membuktikan surat Mahfuz Omar palsu.

Ok... saya memuji langkah dan respon pantas oleh JPN memandangkan Pengerusi Suruhanjaya di Raja (RCI) tidak kisah media seperti malaysiakini dan malaysian insider putar keterangan-keterangan saksi.

Maka memang wajarlah pasukan JPN masuk gelanggang sekali.

Nampak meriah sikit 'perang media baru'...

Ok sambung mengenai surat yang didedahkan Mahfuz Omar semalam...

Ada beberapa peristiwa pelik yang berlaku semalam, yang dapat dikesan oleh pembaca laman malaysiakini sendiri.

Pertama : malaysiakini menyiarkan kenyataan Mahfuz Omar mengenai satu surat kononnya daripada JPN pada jam 2.24 petang semalam.



Selepas meneliti nombor rujukan serta kepala surat tersebut pihak JPN dengan pantas memberi respon pada jam 4.48 pm :


Jeng...jeng..jeng!

Apa yang berlaku selepas itu?

Satu-satunya artikel dikemaskini jam 5.30 petang semalam :


Selepas penafian JPN menerusi laman twitter rasmi milik agensi tersebut malaysiakini menerusi Zulaikha Zulkifli mengemaskini artikel asal yang ditulis oleh Nigel Aw pada jam 5.30 petang, di mana pada waktu itu gambar surat tersebut dikeluarkan.

Tetapi menariknya selepas dibidas (provokasi) ramai pihak menerusi laman twitter, laporan tersebut sekali lagi dikemaskini pada jam 6.40 petang di mana gambar surat palsu tersebut dimasukkan semula.

Hahaha...

Lap...talilap...tanplong!

Iklan biskut kata sekejap ada sekejap tak ada, apa motif malaysiakini itu tidak dapat dipastikan.

Tetapi yang pasti Mahfuz Omar sendiri mengatakan dia tidak pasti surat tersebut betul atau surat palsu. Ini langkah awal Mahfuz Omar untuk memastikan dirinya tidak didakwa jika JPN mengambil tindakan undang-undang di atas sidang media dia semalam.
"Saya tak tahu sejauh mana kebenaran surat ini tapi surat ini sampai kepada saya"
Bahasa mudah fahamnya adalah, berdasarkan artikel semalam masyarakat hanya melihat Mahfuz Omar memohon penjelasan bukan membuat tuduhan kepada JPN, tetapi segi politik motif Mahfuz Omar dan malaysiakini ialah memberi persepsi buruk kepada JPN dan kerajaan memandangkan banyak keterangan saksi dalam RCI semakin hari semakin tidak memihak kepada mereka.

Siapa kata Mahfuz Omar bodoh hanya kerana berkelulusan SRP?

Kejap...belum habis lagi.

Kalau memang bodoh tetap takkan nampak cerdik, maka bodohnya Mahfuz Omar semalam adalah ayat akhir sidang media tersebut :


Hahaha...

Disebabkan angka pelik 71 ini, saya juga memohon penjelasan daripada pemimpin-pemimpin PKR bagaimana mereka memperolehi kerakyatan.

Pertama Datin Seri Wan Azizah, perlu beri penjelasan bagaimana datin masuk ke Malaysia, adakah ibubapa datin menaiki sampan semasa masuk ke Malaysia atau datin masuk dengan cara yang betul?

Pergh...macam lawyer dalam RCI gua tanya beb!


Ada lagi malaun-malaun yang perlu beri penjelasan antaranya :




Saya sebagai rakyat Malaysia pemegang kad pengenalan biru, mohon penjelasan berdasarkan kenyataan Mahfuz Omar sendiri, bukan kerana apa, ia adalah untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia.

Reforbasi!

Hahaha...

Arios!

Wednesday, December 12, 2012

@NajibRazak Akan Hapuskan Kaum India Dengan Menolak Mereka ke Dalam Laut!- @PDRMsia Perlu Siasat Tuduhan MP Kapar @HishammuddinH20


Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu  pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.


Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22 sebagaimana video yang disiarkan sebelum :



Terjemahannya adalah :


Ini satu ucapan sial daripada S.Manikavasagam yang dia berniat untuk menghasut serta menakut-nakutkan kaum India kononnya BN akan hancurkan kaum India secara berperingkat dengan menolak ke dalam laut.

Justeru itu, pihak berwajib wajar menyiasat kenyataan ini kerana jelas ianya berbentuk hasutan dan fitnah!

YY : Rindu I.S.A

[VIDEO] : Kecoh! Putrajaya di Serang 300 Ribu Kaum India 'Stateless'.


Demontrasi 'Duduk & Bantah' di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya anjuran PKR hari ini nampaknya bertukar menjadi medan untuk mencaci dan mencerca PM DS Najib Razak selain meraih simpati politik dari kaum India oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Chua Jui Meng, Latheefa Kooya, N.Surendran, S. Manikavasagam.

Melalui ucapan-ucapan yang disampaikan, demontrasi yang disertai oleh 200 orang kaum India yang dibawa menaiki tiga buah bas ini lebih bermotifkan politik untuk memburuk-burukkan kerajaan demi menjayakan agenda pembangkang selain menghasut kaum India lawan dan jatuhkan kerajaan.

"Najib tipu, BN tipu, Pakatan Rakyat tak tipu" adalah laungan mereka selain poster yang bertujuan menghina PM DS Najib Tun Razak.

Malah dari penelitian saya, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa kerajaan sebenarnya telah membantu setiap kaum India ini untuk membuat permohonan kewarganegaraan berdasarkan beberapa dokumen dan surat sokongan dari parti kompenen Barisan Nasional MIC, MCA dan Kementerian Dalam Negeri sendiri.

Ini bermakna kerajaan telah cuba membantu menyelesaikan permasalahan mereka.

Kerajaan dah bantu melalui surat sokongan KDN - bukan salah kerajaan aney...


Mungkin kerana permohonan mereka telah ditolak di atas sebab-sebab tertentu serta terpaksa menunggu tempoh masa yang panjang menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dan diperkudakan oleh pembangkang.

Pakatan Rakyat sebenarnya telah mengambil kesempatan untuk cuba membangkitkan kemarahan masyarakat India sekaligus cuba meraih simpati mereka untuk memenangi PRU13.

Oh..mengenai angka 300 ribu kaum India yang dikatakan tiada kewarganegaraan, itu saudara kira sendiri jumlah para peserta demontrasi dalam video di bawah :



Ada 300 ribu tak...?

Monday, December 10, 2012

@nsurendrann : Nah! Jawapan Untuk 300 Ribu Kaum India Tiada MyKad - @PKamalanathan

CONTOH : Mykad Warganegara Malaysia tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang hidup atau pun yang mati. Jika ada ianya secara kebetulan.

Semakin hampir dengan Pilihan Raya makin banyak isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat. Dalam PR setiap parti telah diberikan peranan untuk menarik sokongan 3 kaum utama di Malaysia.

Setelah diyakini bahawa sokongan kaum cina cenderung bersama PR, kini mereka cuba meraih sokongan kaum India pula, ini kerana pembangkang sedar bahawa sokongan kaum India telah kembali kepada BN.

Maka untuk menarik sokongan kaum India, mereka memperbesarkan angka kaum India yang  tidak memiliki kad pengenalan dan memiliki taraf warganegara, dengan  mengatakan seramai 300,000 warga India tidak memiliki taraf kewarganegaraan sekaligus kerajaan telah menafikan hak kaum India.

Untuk pengetahuan sahabat pembaca, pada tahun 2008 ketika Datuk Syed Hamid Albar memegang portfolio Menteri Dalam Negeri satu operasi besar-besaran diadakan bagi mengesan mereka yang dilahirkan dalam negara ini dan kebanyakkan mereka terdiri daripada kaum India.

Operasi yang diberi nama 'MyDaftar' merupakan inisiatif kerajaan pada waktu itu untuk turun padang mencari dan mengesan kaum India yang masih belum memiliki taraf kewarganegaraan.



Jadi benarkah 300,000 kaum India masih tidak memiliki kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan sebagaimana yang didakwa oleh N.Surendran?

Jeng...jeng...jeng!

Mengikut jawapan di dalam Parlimen oleh Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Seramai 32,440 orang kanak-kanak dan individu masih bertaraf bukan warganegara telah dikesan di seluruh negara dari tahun 2005 hingga 2008 sebagaimana disiarkan melalui blog Teo Nie Ching :

Link 
Jika berakhir tahun 2008 hanya 32,440 mereka yang tidak memiliki kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan dikesan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 5,593 permohonan kad pengenalan manakala 4,023 permohonan kewarganegaraan telah diluluskan oleh kerajaan. Sebagaimana disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 15 Februari 2012 :


Link
Bagaimana angka ini meningkat mendadak mencecah 300,000 orang sedangkan daripada 32,440 orang yang tidak memiliki kad pengenalan hampir 10,000 daripadanya telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan?

Saya ingin dapatkan pandangan sahabat pembaca, logikkah dalam tempoh 4 tahun jumlah 32,440 orang kanak-kanak dan kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan mampu bertambah sehingga 10 kali ganda menjadikan ianya 300,000 orang?

Adakah angka 300,000 yang disebut oleh N.Surendran sebenarnya meliputi semua individu yang tidak memiliki taraf warganegara dan kad pengenalan yang terdiri daripada pendatang asing warga India yang datang dari New Delhi atau mungkin juga dari Chennai, India?

Sekali teliti taktik N.Surendran hampir sama tindakan yang dilakukan oleh Fuziah Saleh berhubung isu warga Bangladesh yang kononnya beribu-ribu orang diberikan 'mykad' sebagaimana saya siarkan di [SINI]

Di sebalik usaha kerajaan membantu kaum India memiliki kad pengenalan, tahukah sahabat pembaca apa yang dilakukan oleh pembangkang pada waktu itu?

Pembangkang menuduh pula kerajaan cuba memberi kad pengenalan kepada orang asing untuk mengundi dalam pilihanraya sebagaimana berita berbentuk persepsi yang disiarkan oleh Haprak Daily ketika permulaan program 'MyDaftar' diperkenalkan :




Sebenarnya tuan-tuan 300,000 itu adalah fitnah 100%, tujuan isu ini diperbesarkan dengan angka-angka yang BESAR adalah untuk memperkenalkan N.Surendran kepada rakyat terutama sekitar Padang Serai dan mempopularkan wajah N.Surendran sebelum PRU13 memandangkan dia dinamakan sebagai calon menggantikan N.Gobalakrishnan.

Pendek kata mereka sedang cipta ikon untuk bertanding dalam PRU13.

Akhir sekali, saya tidak sabar untuk melihat 300,000 kaum India 'duduk & bantah' di hadapan JPN pada 12 Disember ini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Jadi N.Surendran kena pastikan ada 300,000 orang India yang duduk di hadapan JPN pada 12 Disember ini!


Baca bahagian yang saya gariskan dengan warna merah di atas,  ikut teori N.Surendran sesiapa saja yang lahir di Malaysia automatik jadi warganegara tak kiralah walaupun bapanya adalah Myanmar, Nepal, Bangladesh, Afghanistan dan ibunya warga Indonesia sekalipun.

Asal lahir kat Malaysia automatik warganegara?

Dey aney law mana lu pakai?

Baca Perlembagaan separuh-separuh, apa punya lawyer lu aney!

Poorahh!

YY : Kalau jumpa ular dengan N.Surendran saya ketuk N.Surendran dulu!

Wednesday, November 14, 2012

HARAKAH : Tepat Dari Sumber atau Tepat Dari Sumber Fitnah



Tiada kredibiliti! 

Itulah tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang ke atas akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan, Berita Harian atau Bernama kerana didakwa berat sebelah dalam menyiarkan laporan berita yang melibatkan pembangkang.

Namun sepanjang saya membaca berita yang disiarkan oleh akhbar ini, setahu saya para wartawan Utusan mahu pun Berita Harian tidak menjadikan status facebook sebagai sumber berita mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Harakah dan Suara Keadilan kerana status-status yang ditulis diragui kesahihannya.

Tetapi lain pula dengan wartawan Harakah dan Suara Keadilan, dengan bermodalkan satu status facebook, daripada entah mana-mana individu mereka dapat menghasilkan satu laporan berita kononnya 10,000 warga Myanmar diberi kerakyatan.

Isu rakyat asing diberikan kerakyatan bukan modal baru bagi pembangkang, sebaliknya isu ini pernah dicipta sebelum PRU12 di mana pelbagai isu ditimbulkan membabitkan kerakyatan warga asing. Tujuan pembangkang menimbulkan isu kerakyatan setiap kali sebelum menjelang pilihanraya umum adalah untuk dijadikan alasan apabila kalah kelak.

Jika diteliti isu warga Myanmar diberikan kerakyatan adalah taktik yang sama mereka gunakan dalam kes Mismah dan warga Bangladesh yang mana setelah bukti-bukti dikemukakan oleh JPN pihak pembangkang bertindak mendiamkan diri dengan menimbulkan isu yang lain pula.

Jom kita tengok sumber berita bagi Harakah dan Suara Keadilan :


Jika status facebook wartawan Harakah dan Suara Keadilan jadikan sebagai sumber untuk menghasilkan laporan berita, maka tidak hairanlah apabila kita dihidangkan dengan berita tentang ketiadaan cermin sisi komuter dilaporkan sebagai berita muka hadapan oleh wartawan dungu Suara Keadilan :


KAH...KAH...KAH! - [KLIK kalau nak baca]

Saya bersimpati dengan pembaca-pembaca dua akhbar ini, kerana mereka mendapatkan maklumat daripada wartawan-wartawan dungu yang melaporkan berita berbentuk persepsi atau 'gossip'.

Justeru itu wajarlah Harakah menukar tagline akhbar tersebut iaitu "TEPAT DARI SUMBER" kepada "TEPAT DARI SUMBER FITNAH!".

KAH...KAH...KAH!

Artikel menarik :
Printscreen di bawah menyerlahkan portal KeadilanDaily dan HarakahDaily yang menyebar FITNAH.

Kali ini, kedua-dua Akhbar pembangkang ini memang tiada kredibiliti apabila mencedok status Facebook untuk memfitnah UNHCR dan kerajaan Malaysia yang kononnya memberi kerakyatan kepada ribuan rakyat Myanmar di Stadium KLFA. 


Di bawah adalah kenyataan UNHCR yang menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku di Stadium KLFA yang tiada kena mengena dengan 'kerakyatan' seperti yang difitnah oleh kedua-dua lidah rasmi Pakatan haram pembangkang itu :
Selanjutnya [KLIK] 

Wednesday, September 21, 2011

HOT : Senarai Nama Warga Bangladesh Yang Berdaftar Dengan SPR Didedahkan...


Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberikan status kewarganegaraan.

Dalam tangan saya, lengkap nama 14 orang tersebut namun buat masa ini cukuplah sekadar 4 nama didedahkan untuk menjawab pembohongan blogger muka tak malu si MiloSohai dan Naib Presiden PKR si Fuziah Salleh.

Ikut rekod dua-dua manusia ini memang sudah banyak kali dikesan menipu. Fuziah Salleh perancang isu Lynas manakala MiloSohai pula bertindak sebagai 'kambing hitam' yang akan memainkan apa saja propaganda yang direka sendiri oleh troopers mereka.

Mengikut dakwaan pembangkang, warga Bangladesh ini diberikan kerakyatan untuk memenangkan BN di kerusi parlimen/dun yang dilihat sukar untuk BN tembusi. Maksud mereka adalah warga-warga Bangladesh ini akan didatangkan secara berkelompok dalam parlimen tertentu untuk memangkah undi dalam PRU13.

Bila saya meneliti maklumat 14 individu ini jelas mereka bermaustatin di setiap negeri di Malaysia. Tidak pula saya jumpa mereka ini menetap di tempat yang sama.

Hari ini saya berikan 4 nama warga Bangladesh yang kini adalah warganegara Malaysia yang sah .Terima kasih kepada ejen saya yang bernama Jason Bourne dari FBI kerana mengirimkan senarai nama warga Bangladesh ini.

Hahaha...


Hafiz Ahmed Patwari nombor mykad 641001-71-5607 belum lagi disahkan sebagai pengundi kerana rekod SPR permohonan beliau masih diproses. Nampaknya kod 71 bakal menghantui pemimpin-pemimpin import pembangkang sebagaimana yang berlaku isu #mismahgate.

Nama ke-2 pula :


Ismail Bin Abdur Rahman nombor mykad 750225-79-5039 menetap di Kluang Johor. Beliau adalah pemilih yang sah sebagaimana rekod SPR.

Nama ke-3 pula :


Md Safawat Hossain nombor mykad 490116-71-5003 menetap di Hulu Selangor beliau juga merupakan pengundi yang sah mengikut rekod SPR.

Nama ke-4 pula adalah :


Abdul Malek Bin Abd Mazid nombor mykad 361110-71-5159 menetap di Kalabakan Sabah dan sah pengundi SPR. Empat nama yang didedahkan ini tiga antara mereka kod kelahiran adalah 71 sebagaimana kod mykad milik Badrol Amin, Zuraida Kamaruddin, Azmin Ali dan Wan Azizah 'korea'. 

Dengan saya ada lagi 10 nama yang berdaftar sebagai pemilih dengan SPR. Namun perkara mustahak perlu ditekankan di sini adalah sejak 8 tahun yang lalu hanya 37 warga yang berasal dari Bangladesh diberikan status kerakyatan manakala 14 adalah pengundi.

Jadi sebagai penutup untuk sessi 'geli-geli' dengan MiloSohai dan Fuziah Saleh, sila kemukakan senarai nama warga Bangladesh yang didakwa beribu-ribu orang yang kamu katakan. Kita tunggu kita cabar...

Semalam MiloSohai 'up' jumlah dari ribuan kepada ratusan ribuan bersandarkan sumber Wikileaks. Dulu dia keji Wikileaks kerana mendedahkan rangkaian kabel yang mengatakan Anuwar Brahim meliwat sekarang blogger ini 'berTuhankan' Wikileaks...

Isu mismahgate kantoi mereka mainkan isu kod 71, selepas kita dedahkan bahawa pemimpin mereka pun menggunakan kod 71 mereka diam seribu bahasa. 

Alih-alih laman web Bangladesh digodam dan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh diubah-suai kononnya Najib Tun Razak sendiri mengatakan dalam perbincangan sesama mereka. Walhal PM Bangladesh dalam perbincangan dengan Najib Tun Razak mereka membincangkan berhubung program 6P yang berjalan dengan jayanya.

Disebabkan bimbang orang percaya berita palsu tersebut kedutaan Bangladesh telah menafikan perkara tersebut. KLIK SINI untuk bacaan saudara pembaca.

Akhir sekali jangan gelar individu-individu ini orang Bangladesh kerana mereka adalah warga Malaysia yang sah dan fasih berbahasa Melayu, mempunyai keluarga di Malaysia dan ada semangat patriotisme lebih dari ManoHARAM.

Pendek kata apalah malang bloggers pembangkang KANTOI ALL THE TIME...!!!


YY : Menitik air mata tengok orang bodoh percaya bulat-bulat apa yang ditulis oleh blogger pembangkang. Bodoh sangatkah pengikut PR sehinggakan tidak menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita sebelum bertindak mempercayainya...?

Monday, September 19, 2011

Kenyataan Rasmi JPN Berhubung Dakwaan Warga Bangladesh Diberikan Status Kerakyatan.

Kenyataan dari Ketua Pengarah JPN :

"Kementerian Dalam Negeri hari ini menegaskan bahawa laporan oleh Malaysia Chronical berhubung pemberian kerakyatan kepada warga Bangladesh adalah tidak benar.


Ketua Pengarah Jab Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said berkata, dalam tempoh 8 tahun sejak 1988-ogos 2011, hanya 37 rakyat Bangladesh diberi sijil kerakyatan dalam negara ini dan drpd jumlah tersebut hanya 14 layak mengundi pada PRU13 sekiranya mereka berdaftar sebagai pemilih dengan SPR."


YY : Hanya 14 orang saja mengikut rekod JPN. Kat celah mana beribu Bangla jadi warganegara?
Kantoi lagi...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Duta Bangladesh Kata Fuziah Dengan MiloSOHAI Moron...? - Kenyataan Rasmi Duta Bangladesh



Di atas adalah kenyataan rasmi daripada Duta Bangladesh yang mengatakan bahawa berita yang dihebohkan oleh pembangkang kononnya warga Bangladesh ramai jadi pengundi di Malaysia adalah palsu.

Berita yang disiarkan oleh Malaysia Cronicle adalah tidak benar.

Lagipun menurut maklumat yang saya dapat dari Kedutaan Bangladesh, di Malaysia warga yang berasal dari Bangladesh yang mana kini sah menjadi pengundi berdaftar hanyalah seramai 15 orang. 15 Orang ini telah menetap di Malaysia lebih 20 tahun dan berkahwin dengan warga tempatan.

Jadi mereka layaklah bergelar warganegara mengikut perundangan. Dakwaan konon beribu warga Bangladesh layak jadi pengundi adalah satu pembohongan yang tidak berfakta.

Kalau dakwaan mereka ini benar saya cabar Fuziah Saleh  kemukakan bukti kepada rakyat Malaysia, kami tunggu! Kemukakan nama-nama warga Bangladesh dan nombor mykad mereka yang berjumlah beribu-ribu ini.

Boleh...?


Jadi kenyataan yang dimainkan oleh blogger penipu besar si 'MiloSOHAI auw-auw' adalah satu fitnah ke atas kerajaan Bangladesh.

Desakan Naib Presiden PKR si Fuziah Saleh yang memang disahkan menipu dalam kes Lynas supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya di Raja untuk menyiasat isu tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak diperlukan.

Mula-mula warga Indonesia dikatakan disuruh bersumpah dengan kenyataan 'akuan sumpah' yang ditaip sendiri oleh pembangkang, 'senjata' tersebut dipatahkan mereka wujudkan isu #mismahgate dan kod 71, tapi semuanya telah dibongkar oleh bloggers pro-kerajaan mereka mainkan pendedahan kabel wikileaks berhubung isu di zaman Mahathir.

Kini semua 'senjata' tersebut gagal mereka dakwa Bangla pula jadi pengundi.

Lepas ini gunalah warga Myanmar dan pelarian UNHCR pula sebagai isu baru. Alasan-alasan ini sebenarnya dimainkan mereka pada tahun 2008 ketika hampirnya tarikh pilihanraya.

Motifnya adalah jika mereka kalah kelak, isu ini akan digunakan sebagai modal untuk menyalahkan kerajaan. Fuziah Saleh dah memang sah penipu itu bukan saya kata MP PAS sendiri yang kata.

Blogger MiloSohai usah cakaplah, sudah berapa banyak artikel 'bodoh piang' dia dipatahkan oleh blogger kerajaan sambil tutup mata sahaja.

Terima kasih Kedutaan Bangladesh sebab c.c fax ini kepada 'ofis' saya.

Hahahaha...

YY : PKR Bila nak desak Suruhanjaya di Raja siasat video seks Anuwar...?



Saturday, August 20, 2011

HOT : Makcik Bedah Nak Saman PR Kerana Dirinya Difitnah?


Apa dosa makcik Bedah kita ini sehingga nama beliau diheret ke kancah permainan politik bangang pembangkang?

Pembangkang yang majoriti diwakili oleh wakil rakyat yang dungu walaupun berkelulusan tinggi masih lagi menjalankan misi kononnya wujud pengundi hantu dan hantu keluar mengundi. Isu #mismahgate telah membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat pembangkang semuanya bohong dan dusta belaka.

Kini #bedahgate pula diwujudkan demi menyakinkan penyokong bodoh mereka bahawa SPR dan JPN merupakan alat kerajaan. Tapi dengan izin Allah SWT satu-satu pembohongan mereka digagalkan, individu yang didakwa sebagai pengundi hantu mula tampil menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka.

 Apa kata Makcik Bedah diatas fitnah yang dibuat ke atas dirinya oleh pembangkang?

“Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan.”

Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.

Sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.

Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.

Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.

“Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.

“Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong,” katanya.

Agaknya Badrol Amin si Ustaz Setan dapat taraf warganegara melalui jalan depan ke jalan belakang? Pi mai pi mai dok kata kerajaan import pengundi hantu, rupanya kalangan pemimpin mereka sendiri kebanyakkan mereka tidak dilahirkan di Malaysia. Wan Azizah, Saifuddin Nasution, Zuraida Mat Lampir dan terbaru Badrol Amin si nafsu setan pun rupanya Indon mari. KLIK SINI...

Tahniah kepada Sinar Harian yang menjejak dan mendedahkan kebenaran!

Imbas kembali kegagalan #mismahgate oleh Malaysiakini KLIK SINI dan saya berjaya mendedahkan status warganegara Mismah pada hari yang sama Klik DI SINI


YY : Kes pengundi hantu ini adalah senjata untuk salahkan kerajaan jika mereka bungkus dalam PRU13 kelak... tunggu dan lihat!


Thursday, August 18, 2011

Dan Kini Wan Azizah, Mat Sabu & Saifuddin Pun Pengundi Hantu - Misteri Kod 71 Terjawab??


Taktik memburukkan agensi kerajaan seperti SPR, JPN dan Jabatan Imigresen bukan taktik yang baru ianya sebenarnya turut dimainkan pada tahun 2008 ketika hampirnya dengan tarikh pilihanraya. Umum sedia maklum bahawa tahun 2008 merupakan tahun Pakatan Rabak menguasai penggunaan medium Internet dan blog.

Modus operandi mereka, menyerang SPR dan JPN serta Imigresen kononnya memberikan kewarganegaraan kepada sesiapa saja dengan syarat mesti undi Barisan Nasional. Taktik ini dimainkan sebelum munculnya tarikh pilihanraya sebagai persediaan awal jika Pakatan Rabak kalah dalam pilihanraya umum tersebut.

Namun pada tahun 2008 ditakdirkan Allah SWT Pakatan Rabak telah menang di 5 buah negeri yang mana isu-isu pengundi hantu, pengundi dua kali, nama dua kali dan bermacam alasan tidak relevan yang dimainkan oleh blogger mereka diam dan tenggelam begitu sahaja.

Kini semakin hampir dengan pilihanraya kemungkinan awal tahun hadapan (cakap-cakap orang) Pakatan Rabak mengatur 'game plan' yang sama sebagaimana mereka mainkan pada tahun 2008. Iaitu mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap agensi SPR dan JPN dengan pelbagai kes-kes yang tidak masuk akal dan jika difikir secara logik ianya keluar secara serentak. 

Mula-mula isu Mismah sudah dijawab, selepas itu Mohd Rashid Bin Ismail, Jalil Bin Sulong, Rita, Saifuddin, kod 71 dan semalam yang terbaru kod 00 pula muncul, selepas itu muncul 3 anggota tentera yang mengaku lenguh tangan pangkah undi. 

Tapi kod 71 terpalit ke muka pemimpin mereka sendiri, yang mana sehingga kini seeorang blogger Pakatan Rabak pun tidak berbunyi setelah Mismah keluar menampilkan dokumen-dokumen yang sahih. 

Tak pasal-pasal dapat dosa fitnah percuma...

Semalam yahudikini 'terpelanting' lagi dek kerana cubaan menipu yang ke berbelas-belas kali tetapi sayang penipuan tersebut gagal sebagaimana isu Mismah, portal yahudikini isu Mismah pun belum dijawab timbul pula isu pengundi tanpa mykad JPN didaftarkan pemilih kod 00. 

Hari ini blogger 1peluru mengeluarkan paparan skrin yang sama 100% dengan paparan skrin dari rekod SPR di mana menunjukkan Wan Azizah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution adalah berdaftar sebanyak dua kali dengan SPR?


Opss... benarkah Wan Azizah mengundi sebanyak 20 kali, 80 kali di Parlimen Permatang Pauh? Opss... benarkah Mat Sabu mengundi sehingga tercabut lutut di Kubang Rotan? Opss... benarkah Saifuddin Nasution mengundi sehingga mukanya ditumbuhi jerawat di Pokok Sena?

Secara mata kasar tiada sebarang perbezaan antara paparan rakaman di atas dengan di bawah namun yang mana satu adalah asli bagi mata anda?

Hahahaha....

Bagaimana percayakah tuan/puan jika saya katakan kami mampu menghasilkan paparan skrin yang setaraf dengan apa yang dikeluarkan oleh yahudikini semalam?

Percayakah tuan/puan jika saya katakan kod 00 semalam merupakan 'photoshop'  semata-mata kerana menurut rekod SPR yang sebenar kod 00 hanyalah untuk HANTU yang tiada dalam DAFTAR PEMILIH!


Dari kod 71 kita ke 00, selepas ini eloklah pembangkang menggunakan pula kod ejen tersohor British iaitu 007 lepas itu dakwa SPR telah daftarkan warganegara British sebagai pemilih di Malaysia namanya James Bond!!!... 

Jangan lupa baca brader 1peluru membebel KLIK CEPAT...

Hahahaha....


YY : Sembang dengan dinding lagi bagus dari layan kod khayalan pembangkang... Hahaha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal