NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label PATI. Show all posts
Showing posts with label PATI. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Program Pemutihan PATI - Medan BN Kutip Indon Jadi Pengundi? - KDN Risik-Risik Sikit


Kadangkala bermacam persoalan bermain di fikiran saya setiap kali membaca penulisan blogger-blogger PAS. Gaya bahasa yang digunakan mereka langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik. 

Kata-kata kesat diselang-selikan dengan alunan hadis untuk menyedapkan artikel yang bertaraf sampah mereka. Mereka mendakwa merekalah paling Islamik dari semua pihak, dari segi pakainya, gaya tuturnya sekali baca tidak ubah seperti mendengar leteran 'burma mabuk'.

Laungan suaranya lantang dan kuat tapi isinya kosong.

Dek kerana sudah tertewas dengan asakan bloggers pro-kerajaan berhubung isu Mismah. Hari ini mereka timbulkan lagi fitnah kononnya program 6P yang dijalankan KDN dengan kerjasama Imigresen sekarang adalah medan untuk UMNO mendaftarkan warganegara Indonesia sebagai pemilih.


Tulisan yang ditulis bersandarkan emosi kebencian dan diselitkan dengan fakta-fakta yang salah serta merapu,jelas menunjukkan bahawa bloggers yang dilahirkan oleh PAS hanyalah bloggers yang menulis berdasarkan kehendak hati serta dendam mereka terhadap kerajaan.

Kita boleh gelar mereka 'bloggers jumud'

Maka tidak mustahillah setiap artikel yang terhasil sebenarnya tidak layak dibaca oleh kita yang normal, waras serta rasional.

Artikel Biometrik ditulis oleh blogger terbabit membuatkan saya keliru malah hampir hilang akal selama 7 hari sebagaimana dihadapi oleh Suhardi Mat Isa.

Saya masih tertanya-tanya adakah penulis tersebut benar-benar faham apa itu biometrik. Dari isu kononnya biometrik tidak berkesan, walhal dia tak tahu pun apa itu biomtetrik sehinggalah ke isu Program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan Imigresen sekarang ini.

Semunya ditulis ikut selera kepala hotak dia.

Beliau memaklumkan mempunyai seorang rakan yang menjalankan urusniaga pemutihan PATI. Malah beliau turut menyatakan bahawa rakannya mengenakan caj sebanyak RM450 untuk satu PATI yang didaftarkan.

Bila kita kata orang PAS ini bodoh, ada yang melenting tidak menerima kenyataan. Walhal pada hakikatnya mereka sememangnya sebodoh-bodoh manusia. Maaf agak kasar tiada perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan bodoh buat masa ini. Hahaha...

Kalau benar rakannya yang terlibat urusan pendaftaran PATI mengenakan bayaran dalam jumlah RM450, terang dan nyatalah mereka ini jenis manusia penipu dan spesis makan duit haram.

Sekarang ini program pemutihan belum lagi dimulakan oleh KDN dan Imigresen, yang ada hanyalah proses pendaftaran PATI yang mana setiap PATI boleh mendaftarkan diri secara percuma di setiap pejabat Imigresen dan akan dikenakan bayaran RM35 jika melakukan proses tersebut melalui syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN.

Tapi kawan penulis tersebut caj sampai RM450, MasyaAllah makan duit haram puak ni?

Proses pemutihan hanya akan dimulakan selepas 14 Ogos ini dimana setelah lengkapnya proses pendaftaran yang sedang dilakukan sekarang ini.

Isu kedua bahawa setiap PATI hanya perlu membayar RM1500 untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara, dengan hanya bersyaratkan mengundi BN maka warga Indonesia ini akan diberikan kad pengenalan biru (mykad).

Ini fitnah serius, melibatkan soal keselamatan dalam negara. Seolah-olah KDN itu menjual maruah negara kepada pihak lain semata-mata kemaruk dengan RM1500.

Jangan sampai bila kita minta kemukakan bukti, penulis blog ini terkencing dan terus bersara dari dunia blog.

Bloggers yang mengagungkan Nik Aziz ini, saya perhatikan menulis berdasarkan ilusi tidak mustahil juga beliau berada dalam keadaan halusinasi yang mana dia dengan rakan-rakan dalam dunia halusinasi dia sahaja yang mampu faham dan terima penulisan sebegitu rupa.

Sedar atau tidak bahawa setiap hari tulis artikel yang tidak disokong apa-apa bukti itu merupakan satu fitnah?

Setiap tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia mereka akan serang dan burukkan.

Niat mereka hanya satu iaitu untuk memburukkan imej kerajaan BN.

Tidakkah mereka sedar apa itu dosa fitnah?

Kantoi dengan  isu MyPR Mismah kini isu pendaftaran & pemutihan (6P) PATI pula dipertikaikan.



**Statistik terkini program 6P setakat 3 Ogos - Pendaftaran Pekerja Sah 733,662 - Pendaftaran Pekerja Tanpa Izin (PATI) 127,049 - Didaftarkan melalui Jab. Imigresen Malaysia 35,917 - Didaftarkan oleh syarikat pengurus 91,132. Pendaftaran PATI Sabah 137,217.



YY : Bloggers PAS syurgo gerenti kor..?  KDN risik-risik sikit blog tersebut...

Thursday, August 4, 2011

Peringkat Pertama PROGRAM 6P Sukses - Satu Kejayaan KDN & Imigresen

No.2 dari kiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen Dato' Alwi Ibrahim

**Laporan artikel yang ditunda waktu siaran gara-gara isu Mismah.

Pada 2 Ogos 2011 yang lalu, saya mengikuti satu sidang media yang diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Sidang media yang diketuai oleh Dato' Alwi Ibrahim iaitu Timb. Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen bertujuan untuk memaklumkan kepada media mengenai 'Hari Pertama Program 6P'.

Program 6P merupakan satu program yang besar dan penting serta berhubung kait dengan soal keselamatan negara serta perjalanan ekonomi negara. Program yang dirancang lebih setahun yang lalu dilakukan dengan melibatkan perbincangan dengan pelbagai kementerian.

Proses pendaftaran biometrik hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dilantik oleh Imigresen sahaja

Jadi program 6P bukanlah satu program bidang terjun atau program melepaskan batuk di tangga. Ketika sidang media tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa program ini bermula dengan agak perlahan namun akhirnya setelah dinyatakan tujuan sebenar, program 6P ini mendapat respon positif daripada pihak majikan yang menggunakan pekerja/pendatang tanpa izin (PATI).

Program ini dilaksanakan di semua pejabat Imigresen dan syarikat pengurus yang dilantik oleh pihak kementerian, malah setiap kaunter Imigresen akan beroperasi 24 jam bermula pada 1 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos 2011.
 
Program yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI keluar dan mendaftarkan diri kerana daripada kes kebanjiran PATI ke dalam negara ini menyebabkan pihak kementerian terbabit tiada 'figure' yang tepat mengenai jumlah sebenar golongan ini.


Golongan pekerja asing/PATI yang hadir mendaftar pada hari pertama Program 6P di salah sebuah syarikat pengurus

Jadi peringkat yang sedang berjalan sekarang merupakan fasa pertama iaitu melengkapkan proses pendaftaran di kalangan PATI sebelum program pemutihan dilakukan.

Jika PATI hadir sendiri ke pejabat Imigresen untuk proses pendaftaran dimaklumkan tiada sebarang caj dikenakan terhadap mereka. Tetapi jika ianya diuruskan oleh syarikat pengurusan yang dilantik bayaran sebanyak RM35 dikenakan.

Kaunter di Jabatan Imigresen memperuntukkan hampir 90% operasi kaunter mereka untuk menjayakan Program 6P.

Menurut sumber KDN jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan bayaran lebih daripada kadar yang ditetapkan kementerian perkara begini wajar diadukan kepada KDN untuk tindakan kerana syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN sudah termaktub pada akur janji.

Pada hari pertama perlaksanaan Program 6P ini seramai 14,801 pekerja/(PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan 336 buah syarikat pengurus. Setiap syarikat pengurus ini dibekalkan dengan 10 buah pengimbas biometrik untuk melancarkan proses mendaftarkan PATI.

Proses pendaftaran pekerja asing/PATI di salah sebuah syarikat pengurus.

Negeri Selangor mencatat pendaftaran tertinggi pada hari pertama Program 6P dilancarkan yang mana sejumlah 4,066 orang berjaya didaftarkan pada hari pertama program. Selepas itu disusuli dengan Pahang serta beberapa negeri yang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga kakitangan Imigresen diletakkan di setiap syarikat pengurus yang dilantik dan sistem yang digunakan dilengkapi dengan kata laluan yang mana tidak boleh diakses oleh semua orang dalam syarikat terbabit.


Kakitangan Imigresen diletakkan di setiap syarikat pengurus yang dilantik

Setelah lengkap fasa pertama ini, program pemutihan akan dilakukan dengan menempatkan golongan PATI yang berdaftar ini di sektor-sektor yang ada dalam negara bergantung kepada keperluan sektor tersebut.

Namun sebelum golongan PATI yang mengikuti Program 6P ditempatkan di sektor terbabit. Kekosongan jawatan ini akan diiklankan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.

Melalui portal-portal kerja Jobstreets, etc sebagai contoh.

Dalam hal ini keutamaan tetap diberikan kepada rakyat Malaysia berbanding dengan golongan PATI-PATI ini.

Langkah-langkah ini merupakan satu titik permulaan supaya imej negara kita dapat dipulihkan dan mampu menjadikan Malaysia sebagai model negara terbaik dalam menguruskan jumlah kebanjiran PATI di dalam negara.

Golongan PATI menyambut baik Program 6P pada hari pertama ianya dilancarkan

Selain itu Dato' Alwi Ibrahim juga menasihatkan golongan PATI supaya tidak menggunakan khidmat orang tengah dalam urusan pendaftaran diri kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan PATI ini sekaligus memberikan tanggapan yang negatif terhadap usaha yang dilakukan oleh KDN.

Semoga dengan usaha yang digerakkan oleh KDN dengan kerjasama Imigresen ini mampu mengurangkan golongan PATI yang kini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada rakyat tempatan.

Pihak KDN akan sentiasa memantau setiap masalah yang mungkin timbul dan akan mengambil langkah yang proaktif untuk menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit.



**Gambar PATI dan suasana di syarikat pengurus sumbangan dari rakan facebook Hisyam Datuk Baharom



YY : Kena sambut baik usaha ini, kerahkan PATI yang ada depan, belakang, tepi rumah supaya daftarkan diri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal