NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, August 3, 2011

Oh Mismah - SPR Sudah Jawab, JPN Mana?


Sehingga ke saat ini status Mismah masih menjadi misteri, lelaki atau perempuan malah ada yang kata  Mismah pernah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand. Bermacam-macam persoalan bermain dalam fikiran pengamal media online.

Semuanya gara-gara 'kecelakaan' Malaysiakini yang mendakwa SPR menerima orang yang memiliki IC Merah didaftarkan sebagai pemilih.

Di sebalik persoalan yang membelenggu semua pihak SPR pihak yang paling cepat menjawab isu Mismah. Berikut kenyataan daripada Pengerusi SPR sendiri Tan Sri Abdul Aziz Yusof :

"Kesilapan yang dinyatakan oleh pembangkang adalah kesilapan JPN, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS bagi menjawab tuduhan portal pembangkang Malaysiakini.


Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.


"
PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana dakwaan pembangkang sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN


JPN mana?


Mana JPN?



Jawablah wahai JPN...




YY : Ada pengalaman buruk berurusan dengan JPN, kalau sebut pasal sistem tak update saya percaya apa yang dikatakan oleh Tan Sri Aziz.

8 comments:

Anonymous said...

Senangnya orang yg bekerja dgn kerajaan. Bila salah sendiri, cepat2 dia beritahu semua orang: INI SALAH KERAJAAN. Betul2 x amanah, x brtanggungjawab dan makan gaji buta. Tak takut mati ke.

CIFUT said...

Tahniah SPR yg pantas menjwb persoalan. Hrp JPN dpt mencontohi SPR.

Yuseri Yusoff said...

August 3, 2011 11:36 AM,

Sabar... kita tunggu perjelasan kedua-dua pihak.

Kita tengok siapa yg akui kesalahan mereka.

jo said...

Ada kaki busuk PR dlm JPN kot utk buat kacau..Harap SPRM juga masuk campur jika ada sesuatu yg. tak kena..

siasat segera said...

jika perkara ini benar,
aku percaya ini sabotaj. maklumla, kan ramai penyokong2 pembangkang dlm agensi2 kerajaan.

jika bukan sabotaj pun, mesti melibatkan rasuah. tengokla nanti..

Yuseri Yusoff said...

saudara Anon August 11:57 AM dan Anon August 12:05 PM,

Saya pun merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka yang dapat akses ke dalam sistem JPN.

Kita tunggu JPN respon, jika jawapan macam tidak logik.

Saya sbg warganegara Malaysia tidak boleh terima kelulusan warganegara diberikan dlm tempoh 4 jam...

malaysiakini dah kantoi menipu kononnya Mismah pengundi yg sah. skrg kita nk tahu benar atau tidak dalam masa 4 jam taraf warganegara diberikan kepada Mismah.

Baru dapat panggilan tadi katanya JPN masih menyiasat kita tunggu respon JPN wahai sahabat2 pembaca yang budiman semua...

:)

Anonymous said...

Tidak ada klulusan jd warganegara dlm masa 4jam. aku rasa kkliruan berlaku kerana kita sgka PEMEGANG kad mypr itu (mismah) bukan warganegara!
Tapi kita lupa satu perkara penting! iaitu mismah mgkin telah mndpat status warganegara dan telah memperolehi SIJIL WARGANEGARA! Bermakna dia berstatus warganegara meskipun masih mmegang kad mypr tp layak mendaftar.Sbb itu semakn online kita dapati masih mypr.
NAMUN, dia BELUM MEMBUAT PERTUKARAN ic mypr merah dia kepada mykad biru. Pertukran kad dari mypr kpd mykad biru perlu dipohon dan SIJIL warganegara perlu disertakan. Proses ini tidak lama.
Atau mgkin dia telah mmbuat pmohonn pertukaran dan cuma mgambilnya baru2 ini.

Jadi jelasnya, terdapat kekliruan antara pertukaran STATUS pr kpd warganegara(ambil masa lama) DAN
pertukaran ic mypr kpd mykad (masa singkat).

-WAU

Anonymous said...

anonymous, August 3, 2011 12:54 PM.. btul, ada logiknya... semakan melalui website(online) bukanlah semakan terkini dan di update seperti data sulit jpn.
*saya yakin pihak JPN sedang menjalankan siasatan terperinci mungkin dr segi bagaimana no ic misbah dan lain2 yg diperolehi oleh malaysiakini boleh didapati???!!!...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...