NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, July 29, 2011

Yayasan Selangor Tutup Asrama Sebab Dah Nak Bankrap?

Sambungan dari artikel I.N.I


Yayasan Selangor (YS) telah ditubuhkan pada 5 November 1970. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang-peluang dan kemudahan- kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor.

Dulu Yayasan Selangor (YS) dilaporkan mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta hanya selepas dua tahun regim Khalid Gagap memerintah. 



Bermula dengan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam atas alasan tidak menguntungkan. Walhal kos untuk menguruskan tersebut adalah sebanyak RM 60,000 sebulan atau RM 720,00 setahun.

Secara puratanya YS perlu mengeluarkan belanja sebanyak  RM 2571 (RM 720,000 / 280 pelajar)  untuk memberi pendidikan dan kemahiran kepada setiap orang pelajar.

Angka ini sangat rendah dalam usaha hendak memberi pendidikan dan kemahiran kepada rakyat, kerana rakyat yang ada kemahiran adalah salah satu aset negara atau negeri yang berharga.

Kini asrama yang menjadi penyambung talian hayat pelajar ke dua sekolah terkemuka pula ditutup dengan alasan yang tidak masuk akal. Mereka cuba mengaburi mata rakyat Selangor dengan alasan bodoh kerana mereka memikirkan rakyat Selangor bodoh seperti mereka.


YS yang diuruskan oleh kerajaan negeri milik PKR menutup dua buah asrama pusat yang menempatkan 450 pelajar sebenarnya disebabkan kegagalan mereka menjalankan urus tadbir yang baik dalam yayasan berkenaan.

YS sebenar telah kurang sumber kewangan memandangkan pihak yang menerajui yayasan berkenaan membelanjakan wang milik yayasan mengikut nafsu dan selera mereka.

YS sejak diterajui oleh kerajaan regim PKR sebenarnya tidak pernah sunyi dari kontroversi. Sebelum ini pada tahun 2010 Menteri Besar Khalid Gagap dikatakan bertindak merahsiakan laporan audit yayasan berkenaan.


Kita juga perlu ingat kontroversi perlantikkan Ilham Marzuki yang merupakan kroni kepada Khalid Gagap yang dibawa masuk ke dalam yayasan berkenaan dan diberikan jawatan Pengurus Besar.

Ilham Marzuki yang juga kroni Khalid Gagap ini dikatakan penyebab utama YS mengalami defisit. Ketika menjawat jawatan Pengurus Besar Ilham Marzuki pernah menandatangai 50 keping cek yang bernilai RM10 juta. Dakwaan ini dibuat banyak pihak termasuklah didedahkan oleh Presiden 4 Justice Anuar Basiran dan juga GAPS.

Tidak cukup dengan merugikan RM10 juta milik YS, kroni Khalid Gagap ini juga menggunakan peluang majlis ulang tahun ke-40 yayasan berkenaan untuk memenuhkan poket masing-masing dengan membelanjakan sebanyak hampir RM300,000 hanya untuk satu majlis makan malam yang melibatkan 1000 orang.

Pihak Audit Dalaman Pejabat SUK telah berpendapat bahawa perbelanjaan yang dicadangkan itu adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Pihak Audit juga telah mendapati YS telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM270,750 yakni 90% dari jumlah sebenar walaupun majlis tidak lagi berlangsung.

Pada 27/9/2010 YS telah membuat pembayaran pendahuluan 50% sebanyak RM142,500 daripada jumlah peruntukan dalam bentuk 3 baucer bernombor 20102738, 20102739 dan 20102740.

Manakala bayaran kedua 45% dari jumlah yang diperuntukan dibuat pada 5/10/2011 ssebanya RM 128,250 dalam bentuk baucer bernombor 20102782, 20102783 dan 20102784

Tarikh

No Baucer
Jumlah(RM)
27 Sep 2010
Bayaran 50% daripada jumlah peruntukan
20102738
20102739
20102740
50,000
50,000
42,500
5 Sept 2010
Bayaran 45% daripada jumlah peruntukan
20102782
20102783
20102784
50,000
50,000
28,250


Jumlah
270,750

Baki akhir sebanyak RM14,250 tidak dibayar kerana Pengurus Besar Yayasan telah membatalkan majlis tersebut melalui surat bil (97)YS/HEK/05/023 bertarikh 9/11/2011 selepas pembatalan keberangkatan DYMM Sultan Selangor.

Sultan pun murka dengan tindakan boros regim Khalid Gagap. (Laporan di atas dari KitaGempur)

Ahli Lembaga Pengarah selepas itu sebulat suara memecat Ilham Marzuki tetapi MB Khalid Gagap dikatakan tidak bersetuju, lalu Ilham Marzuki tidak diberikan kuasa untuk menandatangi sebarang cek lagi selepas itu.

Dah hangus RM10 juta baru tidak diberi kuasa untuk tandatangan cek...




Ada juga laporan audit yang mengatakan bahawa YS pernah menganjurkan pertandingan memancing dengan melibatkan kos RM1 juta. Satu jumlah yang tidak masuk akal tapi masuk dalam poket kroni-kroni PKR Selangor.

Yayasan Selangor juga telah membelanjakan sebanyak RM396,370 bagi perkara-perkara lain yang melibatkan tempahan kain ela sutera digital, kain songket, kain sampin, baju rasmi lelaki dan perempuan, sejadah kepala, untuk sambutan 40 tahun yayasan YS telah membeli Al-Quran dan pembelian peralatan pameran.

Ada yang mendakwa langkah regim Khalid Gagap menutup beberapa institusi yang memberikan faedah kepada rakyat dan anak Selangor ini sebenarnya disebabkan YS telah pun ketiadaan sumber kewangan untuk menampung segala kos institusi berkeaan.

YS dilihat sudah lari dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk memberi kemudahan dan biasiswa kepada warganegara Malaysia dan anak Selangor tetapi kini YS digunakan demi kepentingan peribadi untuk mengkayakan kroni masing-masing.

Mereka cakap FELDA bangkrap, tetapi FELDA yang dikatakan bangkrap ini baru sahaja memperuntukkan RM15.77 juta untuk pelbagai aktiviti sempena Ramadan dengan jumlah terbesar sebanyak RM12.3 juta bagi membaik pulih infrastruktur di 246 sekolah agama di tanah rancangan itu di seluruh negara.

Wahai rakyat Selangor lihatlah kemusnahan yang dibawa oleh regim PKR ke negeri yang paling kaya di Malaysia ini. Dalam tempoh 3 tahun menerajui negeri berkenaan pasir di negeri berkenaan bagaikan kawah mereka korek. Duit milik yayasan dibelanjakan ikut suka kepala bapak mereka. 

Itu baru tiga tahun, bayangkan kalau mereka terus mentadbir negeri tersebut?

Pendek kata rakyat Selangor bakal ikut jejak rakyat Kelantan. Terpaksa redha dengan keborosan pemimpin bangs** demi 'syurga' yang dijanjikan.

Inilah bukti dan kejayaan hasil daripada nasihat yang diberikan oleh penasihat ekonomi RM1 di negeri Selangor.

Cuba teka siapa penasihat ekonomi RM1?





YY : FELDA bangkrap peruntukkan RM15.77 juta. Selangor negeri berkebajikan tutup asrama untuk anak Selangor... Nampak sangat siapa pembohong besar!!

2 comments:

Khalid Memang Gagap said...

Dah habis dah depa enjoy dgn duit rakyat Selangor.. zaman Toyo dulu takde la teruk mcm ni walaupun dia tu suka bg penyapu kt org...

BN Wajib amik balik Selangor!!!

Anonymous said...

hmmm.. betul gak ni.. tiap2 hari aku pegi keje mesti nampak banner pkr buat majlis makan malam la.. majlis bersama ngo la.. macam2 lagi.. dulu zaman khir toyo takdela lak mende2 ni.. masalahnya mana dorang dapat fund nak buat semua majlis ni?? berapa yg dibelanjakan utk satu sesi majlis ni?? hmmmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...