NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, August 8, 2011

Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan Setengah Bulan Gaji


Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

" Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.   

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.



YY : Nanti bukak sekolah lagi setengah bulan Tok... kalau golongan cikgu nak undi pembangkang lagi kawe dok tahu nok kato gapo doh...

6 comments:

Unknown said...

saya seorang guru...mmg ramai guru yg berfahaman negatif ttg kerajaan pemerintah namun bg saya, inilah kerajaan yg terbaik

Anonymous said...

yalah...yang tak sabar2 nak ambik duit bonus tu...yang tak sokong kerajaan jugak...tak faham aku..

Anonymous said...

Salam bro, ni ade satu lagi BANGKAI yg tak abis2 nak cari kesalahan org lain, harap bro cuba ungkaikan lagi...

http://biaqpila.blogspot.com/2011/08/lelaki-misteri-boleh-undi-4-kali-di.html

Yuseri Yusoff said...

MummyK terima kasih kerana dapat menerima hakikat bahawa ramai guru bersikap prejudis terhadap kerajaan.

Anon August 9, 2011 10:46 AM,

InsyaAllah saya cuba risik2... terima kasih berkongsi maklumat.

Anonymous said...

salam. dah bertahun cuepacs mintak bonus hari raya. tak dapat2. ni kebetulan dah nak pilihanraya, baru la kerajaan terhegeh2 bagi duit kepada kakitangan dengan harapan dapat undi mereka. kerajaan tak kedekut duit dan sanggup tabur duit (terang2 sogok duit waktu PRK) untuk kekal berkuasa.

Rosmah: "abang, jgn kedekut duit waktu pilihanraya 13 ni, mah pikir nak beli rantai kaki RM50Juta lak lepas ni yer. Sayang abang.."

Anonymous said...

yeker... owh kalau rasuah tak perlulah terima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...