NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, August 30, 2011

Eksklusif : 200 Ribu Orang Meriahkan Rumah Terbuka PM - Siapa Kata Najib Tak Popular?

PM ditemani Datuk Seri Utama Rais Yatim memotong kek
 Disebabkan berlaku sedikit kelewatan, nampaknya saya tak dapat balik beraya di kampung, jadi kesempatan yang ada tadi saya singgah di Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri sempena sambutan Aidilfitri yang diadakan di Seri Perdana.

Mengikut rekod yang saya dapat daripada pengacara majlis iaitu Mahadzir Lokman, dilaporkan bahawa sekitar 200,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelancong membanjiri rumah terbuka tersebut.

Ada yang datang sejauh Melaka dan Seremban satu keluarga semata-mata untuk bersalam dan berjumpa dengan Perdana Menteri kesayangan mereka.

Selain menyambut Aidilfitri bersama rakyat, turut diadakan ialah sambutan Hari Merdeka yang mana laungan "merdeka" 7 kali dilaungkan oleh PM dan diiringi nyanyian lagu 31 Ogos.


Tetamu menyanyi lagu 31 Ogos bersama-sama PM
Pelbagai juadah yang enak dihidangkan untuk tetamu yang hadir terdiri makanan tradisi dari pelbagai kaum di Malaysia.

Nampaknya kajian 'Dr.Google' boleh dicampakkan ke dalam bangkul sampah!.. Hahahaha...

Berikut gambar sekitar kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri petang tadi.

Seisi keluarga dibawa untuk beraya bersama PM
Sabar menunggu untuk bersalaman dengan PM

Orang ramai sabar menunggu peluang untuk bersalaman dengan menteri-menteri kabinet.
Jemaah Menteri berbaris bersalaman dengan rakyat jelata.. sorry angle ni saja mampu amik!
Pakcik ini begitu bersemangat nak sambut Merdeka.. bekas pejuang katanya.. Mat Sabu dia nk tempeleng!
Dari jauh ni beb.. satu keluarga turun nak jump PM
Orang ramai berpusu-pusu walaupun jam sudah 4.00 petang

Berpusu-pusu rakyat pelbagai kaum datang beraya bersama PM
Keluarga cina ini sokong penuh PM katanya...
Mere bhai.... kesian berpeluh bhai.. bawak karipap kejap je kena sapu habis. Haha...
Menyanyi lagu 31 Ogos bersama-sama PM
Orang ramai memilih juadah yang beraneka jenis
Gua nak ambil gambar stage.. awek ini pula senyum.. hihi.
Dari 10 pagi makcik ini tak menang tangan buat putu piring.
Orang ramai menikmati juadah hari raya, makan sampai pecah perut... hehe
Antara gerai pilihan ramai.. Roti John
The Clown untuk menghiburkan kanak-kanak.
Pelancong dari Iran cuba satay..
Takut ada yang bengong tak faham... 200,000 adalah kedatangan yang bersilih-ganti dari pukul 10.00 hingga 4.00 petang saya meninggalkan majlis...

YY : Selamat Hari Raya Aidilfitri semua... lemang-lemang kirim la sikit tak balik beraya ni oii.. hahaha!


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir & Batin...


Kata orang tua-tua "banyak kata, banyaklah silapnya"...

Begitu juga jika kita banyak menulis, lagi-lagi menulis untuk mendedahkan kebenaran mengenai kebengongan pembangkang di Malaysia, mungkin banyak yang saya tersilap kata yang mengguris hati rakan-rakan pembaca.

Esok kita umat Islam akan menyambut 1 Syawal, sempena kesempatan yang ada ini saya hendak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog saya...




Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya, Azmin Ali dan Ferrari...


Gambar di atas adalah kereta jenis Ferrari Muletto F450, model kereta ini dipasarkan pada tahun 2010. Kalau bercakap pasal kereta Ferrari, kereta ini memang terkenal dengan kuasa pecutan. Harga pasaran pada tahun 2010 untuk model kereta ini adalah sekitar  $230,000-$250,000 (tukar sendiri ke Ringgit Malaysia ok)

Mungkin sahabat pembaca tanya, apa gila... YY tiba-tiba cerita pasal Ferrari tatkala umat Islam akan menyambut 1 Syawal lagi sehari. Sebenarnya saya nak sampaikan di sini, orang macam saya tidak mampu untuk memiliki kereta semewah ini.

Tapi Azmin Ali mampu, malah tahun lepas dia sekeluarga beraya dan bergambar di hadapan model kereta mewah ini. Baguslah ada orang Melayu mampu guna kereta mewah-mewah, tapi pelik juga selepas setahun lebih merampas dan memerintah Selangor ramai wakil rakyat pembangkang dikatakan hidup mewah dengan tiba-tiba.

Tapi saya tahu Azmin Ali beli kereta ini dari hasil duit yang disimpan sejak kecil, sebab orang PKR kalau hidup mewah pun bagi penyokong mereka semuanya tak salah. Hanya orang BN saja kalau ada kemewahan barulah ianya rasuah, salah guna kuasa, seleweng duit beli jet sukhoi bla bla bla...

Jom imbas memori kita dengan gambar-gambar Azmin Ali sekeluarga :



Ishh... ini bukan saya kata, cakap-cakap mulut rakyat-rakyat biasa yang sering melihat dan memerhati pemimpin-pemimpin mereka.

Tahniah pemimpin 'ketuanan rakyat'...

Tahniah pemimpin yang berjuang untuk 'ekonomi rakyat'...

Rakyat Selangor sekarang semuanya hidup 'kaya-raya' hasil pemerintahan PKR, sebab itulah ada yang murtad kerana kesempitan wang...

Wahai pemimpin BN...

Contohilah sikap 'rendah diri' wakil rakyat PKR yang bernama Azmin Ali...

Mereka sentiasa hidup dengan cara 'bersederhana'...

Akhir sekali Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Azmin Ali, Shamsidar dan anak-anak... teristimewa yang bernama Afifah...


YY : Tak mampu pakai Ferrari... hanya mampu tengok saja...


HOT : #Lynas Dr. Che Rosli Bakal Dipecat?


Dr. Che Rosli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang membuat pengakuan kepada TV3 berhubung isu pembinaan kilang Lynas akan dipanggil untuk memberi keterangan  kepada pucuk pimpinan PAS. 

Dr. Che Rosli yang merupakan saintis nuklear sebelum ini menempelak pucuk pimpinan PAS dan PKR kerana didakwa menipu dan memanipulasi isu pembinaan kilang Lynas bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Difahamkan Dr. Che Rosli akan akan dipanggil memberi keterangan selepas Aidilfitri ini, buat masa ini pucuk pimpinan PAS yang merupakan 'Pak Turut' DAP menganggap tindakan Dr. Che Rosli telah melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan peraturan parti.

Apa maksud PAS di sini yang mengatakan tindakan Dr. Che Rosli bercanggah dengan disiplin parti?

Dr. Che Rosli mengatakan bahawa pembinaan kilang Lynas selamat dan penduduk Kuantan tidak perlu bimbang, selain itu beliau juga mengatakan bahawa Fuziah Saleh telah menipu berkenaan fakta-fakta kilang berkenaan.

Dr. Che Rosli berkata yang benar atas kapasiti beliau sebagai saintis nuklear, tapi PAS sekarang menganggap tindakan Dr. Che Rosli tampil mendedahkan kebenaran adalah melanggar disiplin parti?

Maknanya sekarang ini parti isle PAS tidak mahu ahli dan wakil rakyatnya menyatakan sesuatu yang benar kepada rakyat, mereka lebih rela menipu rakyat demi kepentingan kerjasama yang dijalinkan dengan dua parti penipu iaitu DAP dan PKR.

Fuziah Saleh mendakwa laporan khas TV3 tempoh hari telah memperdayakan orang ramai, walhal pada hakikatnya Fuziah Saleh adalah manusia yang bertanggungjawab menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat Kuantan kononnya kilang Lynas tidak selamat.

Hakikatnya adalah Fuziah Saleh telah merancang dengan rapi untuk menimbulkan kemarahan rakyat Kuantan dengan menyeleweng fakta sebenar kilang Lynas. Fuziah Saleh mengatakan Lynas adalah loji nuklear walhal pada hakikatnya kilang Lynas yang dalam pembinaan dengan kos RM700 juta hanyalah kilang memproses nadir bumi.

Apakah tindakan pucuk pimpinan PAS terhadap Dr. Che Rosli selepas sahaja Aidilfitri ini? Sudah-sudahlah Dr. Che Rosli keluar sahajalah parti Isle PAS, jadi sahaja wakil rakyat bebas.

Kesian juga kepada penduduk dan rakyat Kuantan kerana ditipu dan dipergunakan hidup-hidup oleh wakil rakyat yang mereka pilih iaitu Fuziah Saleh 'pakar loji menipu' kelahiran PKR.



"PAS akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat, yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

“Kami akan minta YB Che Rosli (gambar) agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.”

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

“Saya bukan pengerusi jawatankuasa disiplin, tetapi apa yang boleh dikatakan ialah setakat ini, ia bukan kes disiplin. Tetapi sekretariat ibu pejabat akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan,” katanya lagi.

Katanya, tindakan susulan akan diputuskan sebaik sahaja setiausaha agung parti mengemukakan laporan hasil penjelasan Che Rosli nanti.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.
"

YY : Hasan Ali cakap benar pun dikatakan salah, sekarang Dr. Che Rosli pula, eh dalam PAS  menipu tu dianggap sunnah ke...?



Mat Sabu, Normah, Seks dan Komunis...?

"Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes Anwar akhir 1990-an berkata, beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

“Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu,  di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,”
Klik untuk bacaan selanjutnya...
Di atas adalah petikan The Malaysian Insider yang disiarkan  pada 21 April 2011. 

Lihat video di bawah, dengar dengan teliti fakta yang dikemukakan Mat Sabu 121.Saya dapat merasakan bekas guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah ketika Mat Sabu di bangku sekolah mesti malu dengan kebengongan bekas pelajarnya.

Sudahlah dirinya bengong, dungu, bodoh, bebal (ada perkataan lain sila tambah), diajaknya pula rakyat Malaysia ikut jadi bengong macam dia.




YY : Hanya orang bengong yang sanggup dengar ceramah orang bengong...


Dato Razali Ibrahim Turun Bersahur Bersama PDRM dan Rakyat Muar


Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita lagi dua hari, dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini ramai pihak mengadakan aktiviti bermasyarakat dan juga bersedekah. Antaranya pemimpin-pemimpin pemuda dan belia-belia dari NGO-NGO tertentu.

Sebentar tadi Timbalan Menteri Beliau & Sukan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Ibrahim dengan kerjasama TV3 mengadakan majlis sahur bersama warga PDRM di Balai Polis Pt. Jawa Muar dan penduduk-penduduk sekitar.


Selain bersahur bersama warga PDRM dan penduduk sekitar, Dato Razali Ibrahim turut menyampaikan sumbangan kepada anggota-anggota polis dan bekas polis yang pernah berkhidmat di balai tersebut. 

Dengan sumbangan hari raya ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati para anggota ini dan juga demi menghargai jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan kita rakyat Malaysia.


Selain menikmati juadah sahur bersama-sama Singgah Sahur bersama Dato Razali Ibrahim turut dimeriahkan  dengan acara menganyam ketupat dan mengacau dodol.


'pakar dodol' sedang berkira-kira untuk mengumumkan juara dodol sedunia. Hahaha...
Nampaknya pemimpin-pemimpin muda hari ini begitu komited dalam menjayakan aspirasi perjuangan parti dan mereka teguh menjalankan amanah-amanah yang diberikan. Tahniah untuk pemimpin-pemimpin muda yang buat kerja.

Dari lain lokasi pula - iaitu Putrajaya, semalam belia-belia di sini 'menyerang' penumpang-penumpang bas yang hendak balik ke kampung halaman masing-masing. 

Belia-belia ini bertindak 'meredah' ke dalam bas dan menghulurkan juadah sahur, selain juadah sahur Jalur Gemi;lang turut diberikan kepada mereka sempena menghayati sambutan bulan kemerdekaan yang mana Hari Raya turut jatuh pada hari yang sama.

Sebelum ini dikhabarkan 3 lokasi telah 'diserang' oleh belia-belia sekitar kawasan Putrajaya, tapi sepanjang mengikuti aktiviti belia kawasan Putrajaya yang mana turut disertai oleh UMNO Bahagian Putrajaya tidak pula saya melihat kelibat Keeetttuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaa peeeeee tot..tot...tot....

siaran tergendala....

Layan video sekali-sekala, layannn....




Nota kaki : tak perlu komen apa-apa, ini cuma laporan biasa berkenaan aktiviti pemimpin pemuda dan juga belia-belia kawasan...

Saturday, August 27, 2011

HOT : Mat Sabu Kena Bantai Dengan Hishamuddin Tun Hussein

"Semua sejarah negara kita bohong kecuali sejarah Normah di Hotel Perdana"

Hahaha...

Mat Sabu 121 dalam ceramahnya di Tasik Gelugor pada 21 Ogos lalu mendakwa sejarah yang ada di Malaysia ini semuanya adalah sejarah bohong, malah beliau mengagungkan pengganas komunis dalam Pasukan ke-4 Komunis Malaya yang terlibat dalam menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Dek kerana kenyataan bodoh Mat Sabu dalam ceramahnya, seorang 'penduduk baru' di 'twitterjaya' iaitu @hishamuddinh20 telah memberi respon dengan menyatakan perjuangan PAS dan mula sonsang.

Antara respon Datuk Seri Hishamuddin terhadap Mat Sabu '121' adalah :


PAS bukan sahaja telah songsang arus perjuangan mereka, malah melalui kenyataan Mat Sabu berhubung kononnya Muhammad Indera, iaitu seorang lelaki melayu yang terlibat dalam menyerang Balai Polis Bukit Kepong bersama 200 anggota parti komunis yang lain  adalah hero sebenar merupakan kenyataan yang terlalu bodoh.

Ekoran kenyataan bodoh Mat Sabu, dikhabarkan bahawa kebanyakkan anggota PDRM baik yang masih menjawat jawatan dalam pasukan mahu pun yang telah bersara amat marah dengan tindakan Mat Sabu yang dilihat menghina pengorbanan anggota-anggota PDRM.


Tindakan Mat Sabu memburuk-burukkan perjuangan dan pengorbanan anggota-anggota Polis, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar adalah kerana si 'kaki cilok' bini orang ini cuba untuk menarik perhatian puak Parti Sosialis Malaysia yang mana mereka selama ini begitu mengagungkan perjuangan komunis. 

Dari sini saya melihat ada kebenaran dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS hari ini sebenarnya telah 'berTuhankan' sosialis. 

Serangan Dato Seri Hishamuddin tidak berhenti di situ, 'serangan' kepada Mat Sabu 121 diteruskan dengan tweet yang berikutnya di mana beliau menyatakan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab Mat Sabu sebenarnya telah melukakan hati ramai pihak, malah Mat Sabu dilabelkan sebagai seorang yang BUTA SEJARAH.


Namun yang paling menarik perhatian saya adalah, Dato Seri Hishamuddin membuat desakan kepada pimpinan PAS dan PKR di mana pendirian mereka berhubung kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya.


Apa komen PAS berhubung ceramah Mat Sabu ini? 

Adakah PAS hendak kata sejarah boleh diubah sebagaimana Nik Aziz bertindak mengubah perjalanan kes khalwat Mat Sabu?

Nampaknya langkah positif kini sudah dapat dilihat dari pemimpin-pemimpin BN untuk menggunakan pengaruh media baru seperti twitter untuk memberikan penerangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mereka sebenarnya telah 'menyentuh hati' rakyat bawahan walaupun hanya berbicara dengan menggunakan 140 huruf. 

Menteri-menteri BN yang lain, yang kononnya 'anak jantan' bila nak mulakan serangan melalui twitter sebagaimana dilakukan oleh menteri yang dikatakan 'pondan'?

Kini yang aktif menggunakan twitter adalah Dato Najib, Khairy Jamaluddin, YB Rahman Dahlan, YB Kamalanathan, YB Saifuddin Abdullah, Mukhriz Mahathir dan yang terbaru Menteri Dalam Negeri pun sudah berjinak-jinak dengan twitter. Kalau ada nama yang saya tertinggal saudara pembaca boleh tambah sendiri.

Dari Utusan Malaysia :
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya

YY : Mat Sabu mungkin terlupa cucu Dato Onn masih ada untuk meneruskan perjuangan datuknya...

[Video] : Rakaman Ucapan Salam Aidilfitri Dari Ketua Pemuda & Naib Ketua Pemuda UMNO

Eksklusif rakaman ucapan Salam Aidilfitri dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin (KJ) dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Bin Ibrahim (DRI)







YY : Syoknya raya...



Friday, August 26, 2011

Ada Desakan Jangan Sambung Kontrak KSN Tan Sri Sidek Hassan?


Sejak kebelakangan ini banyak cerita yang tidak enak mengenai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, cerita-cerita tidak enak ini diluahkan sendiri oleh kakitangan kerajaan terutama mereka yang berpangkat tinggi dan yang menetap di sekitar Putrajaya. 

Semalam Out Syed The Box atau nama betulnya Syed Akbar Ali meletakkan satu artikel mengenai KSN ini, beliau memaklumkan bahawa beliau menerima sms daripada seseorang yang mendakwa dirinya daripada Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Berikut sms yang dihantar kepada Out Syed The Box :
"Tolong support usaha ni bro, tolong cari angle yang ada lagi, thank you. Pemuda UMNO Putrajaya sebulat suara minta Perdana Menteri jangan sambung kontrak KSN.


1. Tidak prihatin terhadap rakyat dalam isu parkir berbayar Putrajaya dan isu saman ekor
2. Tidak perform sepanjang RMK9, perlaksanaan slow sehingga rakyat tidak rasa benefitnya dan jejas pertumbuhan ekonomi
3. Ramai penjawat awam pun marah kepada Kerajaan sebab masih sambung kontrak dia
4. Salah satu punca kakitangan Kerajaan marah dalam tahun 2008, sikap dan kenyataan dia pasal bonus"


Banyak pihak merungut, tindakan KSN akan membuatkan kakitangan kerajaan membenci BN dan menjauhi untuk mengundi BN dalam pilihanraya yang akan datang. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang merungut bahawa mereka dinafikan peluang untuk berkhidmat di peringkat yang lebih tinggi.

Buat masa ini saya masih berkira-kira sama ada ingin menulis perihal Tan Sri Sidek Hassan atau tidak, jadi buat masa ini lebih baik sekiranya saudara pembaca mengikuti apa yang ditulis oleh dua orang blogger otai iaitu Another Brick In The Wall dan Out Syed The Box untuk mengetahui apa sebenarnya masalah yang membelenggu  pengawai-pengawai kerajaan sepanjang berada di bawah Tan Sri Sidek Hassan.

Klik Sini untuk artikel dari Out Syed The Box

Di bawah ini pula adalah petikan dari Another Brick In The Wall :
"For the past many years, particularly during the tenure of Tun Abdullah Badawi, it has become a practise to extend top civil servant's retirement.

What started as only for special cases during Tun Dr Mahathir's premiership, it has become almost a norm and abused by the pandai bodek ones to remain in the aspired position of power.

In Government service, where seniority matters more than merit, capable Government officers are denied opportunity to serve at the highest level. This practise of giving extension contracts has a demoralising effect on other Government servants on standby awaiting promotion.

It may have contributed to the lower quality pool of officers serving the Government due to pre-retirement resignations.

When our new Prime Minister, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak extended the contract of Tan Sri Sidek Hassan last year as Chief Secretary to the Government for a year to June 23rd, 2010, it created quite hue and cry.

But it didn't attract much attention. However, the recent extension again announcement has caused restlessness in Putrajaya.

Last year, there was accusation cooked up by opposition that Sidek was extended because he hailed from Kg Cherok Paloh, Pekan. No one bought the crony story.

It did not attract serious support since it is the PM's prerogative to choose his team member. It is believed that Najib needed time to choose his team, be at Cabinet and Government level.

However to-date, after more than a year, Najib seemed apprehensive about undertaking a major cabinet reshuffling to discard the non performers and those of questionable integrity.

It is more discouraging and demoralising to many quarters in Putrajaya now that Najib had announced another extension for Sidek by another year till June 23rd, 2011 in May 2010."
Read More Click Here...
Malam ini ada seorang pengawai kerajaan ingin bertemu saya, katanya hendak memberi sedikit maklumat mengenai KSN dari perihal keegoaannya sepanjang menjadi KSN, cerita pengawai kerajaan yang tidak mahu menguruskan status PR menantu KSN yang dikatakan telah ditukar ke bahagian lain oleh Tan Sri Sidek Hassan dan banyak lagi.

Sama ada betul atau tidak saya kena periksa dan selidik terlebih dahulu.

Selepas saya buat sedikit penyelidikan yang ingin didedahkan oleh pengawai kerajaan ini, barulah saya tulis apa cerita sebenar mengenai Tan Sri Sidek Hassan. Rasanya tidak salah kita menyatakan kebenaran lagi-lagi jika seseorang itu boleh dianggap liabiliti kerajaan.


YY : Tan Sri... dengar-dengar cerita anak dapat 5A pun dapat biasiswa penuh... tapi anak pengawai kerajaan yang lain dapat 10A belum tentu dapat biasiswa... betul ke?


Liwat II : Anu-War Main 'Trick' Untuk Menghidupkan Revolusi?


Terlebih dahulu terima kasih kepada otai TheUnspinners di atas liputan secara langsung perbicaraan Anu-war yang bermula pada 23 Ogos sehingga 25 Ogos. Untuk memudahkan saudara pembaca membaca liputan yang dibuat TheUnspinners saya sediakan pautan sebagaimana di bawah :

Live Dari Mahkamah Jalan Duta 23/8

Live Dari Mahkamah Jalan Duta 24/8

Live Dari Mahkamah Jalan Duta 25/8 dan Kemaskini Laporan Dari Mahkamah Jalan Duta 25

Ada yang berpendapat Anu-war sengaja memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh untuk memudahkan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atasnya. Selepas itu beliau akan bertindak mengatakan sistem mahkamah sudah dikuasai oleh BN dan tidak habis-habis menganiayai dan memfitnah dirinya.

Namun sebelum dijatuhkan hukuman tersebut, Anu-war terlebih dahulu akan lari ke luar negara dan bertindak mencetuskan huru-hara dari luar sebagaimana dilakukan oleh Thaksin Sinawatra yang menghidupkan rusuhan 'baju merah' di Thailand.

Oleh sebab itu desakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato Razali Ibrahim supaya pendakwaraya memohon kepada mahkamah agar pasport Anu-war ditahan adalah sangat tepat pada masanya. Anu-war memang tidak bersungguh membela diri, malah dari mahkamah pun beliau masih mampu 'tweet' pengikutnya.

Tujuan utamanya adalah untuk mengalih tumpuan pengikutnya dari fakta-fakta kes yang dibicarakan di mahkamah. Beliau bermain dengan psikologi pengikutnya agar menampakkan bahawa beliau telah memberi keterangan tetapi gagal disoal-balas oleh pendakwa. Bagi yang buta perut dan fakta mereka mungkin melihat mahkamah tidak berlaku adil dalam perbicaraan liwat Anu-war ini.

Dari blog Tun Faisal :
1. Apabila tertuduh kes Liwat 2, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang bersalah, Anwar telah menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan diri. Dia dengan sengaja mahu mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan bersumpah dan mengelak dari disoal balas oleh pendakwa raya.

2. Anwar takut kenyataannya dipertikai oleh pendakwa raya dan mahu mengelakkan kenyataannya dari direkod oleh Hakim.

3. Dengan tidak menggunakan sepenuhnya peluang untuk membela diri, ada kemungkinan Anwar sengaja untuk membiarkan dirinya dihukum oleh Mahkamah.

4. Apabila Anwar dijatuhi hukuman kerana kegagalannya untuk membela diri dengan bersungguh-sungguh, dijangkakan bahawa spin-doctor pro-Anwar akan menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa dia telah dianiayai oleh mahkamah. Malah kenyataannya pun langsung tidak direkod oleh Hakim. Ada kemungkinan ayatnya `Saya telah menyatakan segala-galanya dalam pembelaan saya, kebenaran kenyataan saya langsung tidak dipersoalkan oleh pihak pendakwa dan langsung tidak direkod dan diendahkan oleh Hakim. Ini adalah `kangaroo court' dan bukti bahawa tidak ada keadilan dalam sistem kehakiman Malaysia'.

5. Pastinya dalam ramai rakyat Malaysia, budak-budak PR lah yang paling pandir dan mudah diperbodohkan oleh Anwar nanti. Tanpa usul periksa mereka akan mempercayai kata-kata Anwar tanpa memahami fakta kes dan perjalanan perbicaraan. Akhirnya mereka akan berdemonstrasi di jalanan semata-mata kerana GAGAL memahami bahawa Anwar dengan sengaja memilih untuk tidak mempertahankan diri di dalam mahkamah sehingga Hakim tiada pilihan lain melainkan menjatuhkan hukuman ke atasnya.

6. Jadi kata Dato' Razali Ibrahim, eloklah pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk menahan pasport Anwar, memandangkan sikapnya yang sengaja tidak bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Memandangkan kes sudah sampai ke penghujung dan disebabkan keengganan Anwar berada di kandang saksi, besar kemungkinan dia akan didapati bersalah.

7. Mengenali tipu helah Anwar sebelum ini, mungkin elok pasport ini ditahan agar jika terdapat rancangan untuk Anwar menghilangkan diri, maka rancangan ini dapat dihalang sebelum ia berlaku.

Berikan undian saudara di sebelah kanan blog ini berhubung perbicaraan Liwat II. Adakah saudara berpendapat bahawa Anu-war akan didapati bersalah dan kembali ke Sg. Buloh atau sebaliknya?

YY : NGO-NGO yang ada jom buat desakan besar-besaran supaya pasport Anu-war ditahan!

HOT : KJ, Marina Mahathir & Nik Nazmi di The Stream Al-Jazeera





Ini rakaman live streaming Al-Jazeera bersama Khairy Jamaluddin, Marina Mahathir dan Nik Nazmi. Isu yang dibincangkan adalah 'Malaysia's ethnic and religious divide'.
Antara komen-komen menarik di laman twitter berhubung hujah-hujah yang dikemukakan adalah :
RT : #AJStream You talking on very few non-Malays in govt sector. Don't you head-count how many non-Malays applied for d job? Do homeworks, pls!
RT : #AJStream What opposition can to to help people? They only can talk sweet, but do bitter! What benefits d people in d opposition states get?
Manakala ada juga yang bantai Marina Mahathir kerana dikatakan menipu dalam hujahnya :
RT :  Marina talking more like a politician nowadays ye. Bila masa universiti kita tak buka utk cina india?
 :  Marina, its very distracting. pls starts giving real facts. 

Selebihnya saudara tengok video di atas, lihat hujah siapa yang boleh digunapakai?

KJ, Marina atau Nazmi?

Liwat II : Pendakwaraya Didesak Supaya Menahan Pasport Anu-War

SILA TAHAN PASPORT ANU-WAR!!!

Perbicaraan Liwat II dilihat sudah hampir ke penghujungnya, setakat ini dilaporkan kes ini sudah ditangguhkan sebanyak 67 kali atas pelbagai alasan dari pihak peguambela Anu-War.

Pada 23 Ogos yang lalu Anu-War memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh yang tidak memerlukan Anu-War mengangkat sumpah, yang mana telah menyelamatkan dirinya dari disoal-balas pasukan pendakwaan.

Hendak cari kebenaran tapi memilih untuk memberi keterangan dalam kandang tertuduh yang tidak memerlukan angkat sumpah, pendakwaraya tiada peluang menyoal-balas bagaimana kebenaran dapat dicari jika Anu-War sendiri memilih jalan 'mengelak'.?

Dilaporkan selama hampir 2 jam Anu-War membebel dalam kandang, tapi perkara yang dibebelkan beliau tidak sedikit pun berkaitan mengenai pertuduhan yang dihadapinya, sebaliknya beliau membebel mengenai isu-isu politik semasa sebagaimana dia sajikan dalam ceramahnya di setiap pasar-pasar malam.

Hari ini dilaporkan bahawa ramai pihak gagal memahami perjalanan perbicaraan yang berlangsung selama beberapa hari ini kerana begitu teknikal. Difahamkan hujah Dr.McDonalds akan dikerat-kerat esok sebagaimana dilaporkan oleh TheUnspinners klik S.I.N.I

Disebabkan tindakan Anu-War yang dilihat bebas ke luar negara sedangkan beliau berhadapan dengan tuduhan liwat, Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu Dato Razali Ibrahim mendesak pasukan pendakwaraya supaya memohon mahkamah menahan pasport Anu-War sehingga perbicaraan kes ini selesai.

Saya melihat desakan yang dibuat ini memang wajar, kerana mengikut rekod Anu-War bebas ke luar negara dan menghina negara kita setiap kali beliau melakukan lawatan ke luar, malah sistem mahkamah juga dihina oleh beliau secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia.

Isu mendesak supaya pasport Anu-War ditahan bukan satu desakan yang baru, sebelum ini pada 12 Februari pihak Perkasa membuat satu laporan polis supaya Pejabat Peguam Negara menahan pasport milik Anu-War kerana dikhuatiri Anu-War melarikan diri ke luar negara dan merancang revolusi dari luar sebagaimana dilakukan oleh Thaksin Sinatwatra.

Laporan dari Perkasa pada 12 Februari
Dari apa yang saya tahu, mahkamah berhak menahan pasport mana-mana individu yang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah, tetapi pihak pendakwaan perlu membuat permohonan dengan mengemukakan hujah-hujah yang kuat.

Laporan polis mungkin dilihat 'tidak laku' bagi Jabatan Peguam Negara sebelum ini, oleh itu saya melihat satu desakan perlu dilakukan supaya pihak mahkamah melalui pendakwaraya memohon pasport Anu-War ditahan Dato Razali Ibrahim sudah memulakan desakan, mungkin badan-badan NGO juga perlu melakukan tindakan yang sama.    


YY : Orang biasa dah lama pasport ditahan kalau ada kes di mahkamah... Tapi Anu-War??




#Lynas : Di mana Fuziah Salleh Hendak Sorok 'Kemaluannya' Selepas Dibogelkan Oleh Dr. Che Rosli?

Dr. Che Rosli VS Fuziah Salleh
Semalam Fuziah Salleh 'dibogelkan' oleh MP PAS iaitu Dr. Che Rosli berhubung isu pembinaan kilang Lynas yang telah dieksploitasikan oleh PKR kononnya kilang tersebut merupakan satu ancaman besar terhadap penduduk di Kuantan.

Pengakuan berani Dr. Che Rosli harus diberikan pujian, saya tidak jangka bahawa dalam PAS masih ada individu yang jujur sebagaimana Dr. Che Rosli. Saya beranggapan pemimpin PAS hari ini semuanya sudah 'dicucuk' hidungnya oleh DAP dan PKR.



Ekoran dari pengakuan Dr. Che Rosli semalam yang juga merupakan seorang saintis nuklear dikhabarkan mendapat tekanan yang luar biasa dari para pimpinan tertinggi pakatan pembangkang, ada juga yang melemparkan fitnah kononnya Dr. Che Rosli telah dibayar oleh UMNO.

Pengakuan terbuka Dr. Che Rosli semalam juga merupakan satu tamparan besar buat pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan PKR yang ada hari ini. Dr. Che Rosli dalam pengakuannya semalam berkata :
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."
Mereka konon perjuangkan kebebasan bersuara, tetapi pada hakikatnya mereka sendiri bertindak mengekang ahli parti sendiri daripada bersuara menyatakan kebenaran. Lihatlah bagaimana pimpinan PAS sendiri menghalang ahli mereka berkata sesuatu yang benar.

Adakah ini yang dikatakan perjuangkan menegakkan kebenaran?

Dr. Che Rosli merupakan saintis nuklear, jadi saya melihat tidak wajar sekiranya ilmu yang beliau pelajari tidak dikongsikan kepada rakyat. Jadi pengakuan beliau semalam adalah satu tindakan terbaik selaku seorang saintis.

Tugas saintis hasilkan sesuatu yang baik kepada rakyat, bukan memanipulasikan sesuatu kebaikkan akibat kepentingan politik sempit parti yang diperjuangkan.

Berbalik kepada isu Lynas, sebelum ini saya sendiri ada lakukan sedikit 'research' yang mana selepas itu saya hasilkan 25 Fakta Lynas. Di mana sehingga ke hari ini tiada seekor pun hero blogger pembangkang menyahut atau menyangkal fakta-fakta yang saya kemukakan.

Mungkin saudara pembaca boleh panjangkan kepada hero/heroin blogger pembangkang supaya menyangkal 25 fakta saya ini.

Selain saya sahabat blogger SemutHitam80 juga selalu menyangkal Fuziah Salleh berhubung isu Lynas ini.

Akhirnya temberang si Fuziah Salleh terbongkar dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, jelas Allah SWT sentiasa bersama dengan pihak yang benar.

Read 25 Facts About Lynas CLICK H.E.R.E



YY : Wahai Fuziah Salleh, di mana kamu hendak sorokkan 'kemaluan' kamu sekarang?

Thursday, August 25, 2011

Khalid John Samad vs. PapaGomo - Perangkap 'Cap Ayam' Sedang Dibina PR?






Semalam blogger PapaGomo telah menegur saya di atas entri saya DI SINI atas rasa hormat kepada PapaGomo yang mana beliau adalah salah seorang yang memberikan semangat untuk saya memulakan blog dahulu. Saya ucapkan terima kasih kepada PapaGomo kerana menegur saya secara terbuka dan cakap 'direct to the point'.

Petang tadi terbaca laporan bahawa Khalid 'Jon' Samad seorang pejuang sejati gereja telah mengemukakan satu cabaran terhadap blogger PapaGomo supaya memberikan maklumat dirinya untuk memudahkan beliau meneruskan 'perjuangan' menyaman blogger PapaGomo atas pendedahan dokumen serbuan ke atas gereja DUMC tempoh hari.


Jika diperhatikan  ini bukan satu cabaran, sebaliknya satu perangkap untuk membuatkan PapaGomo tampil mendedahkan identiti dirinya. Mungkin Khalid 'John' Samad fikir PapaGomo sebodoh pengikut-pengikutnya. 

Wahai Khalid 'John' Samad jika benar kamu ingin berjuang menyaman PapaGomo sepatutnya kamu sendiri berusaha mendapatkan maklumat-maklumat diri blogger tersebut bukan bertindak membuat cabaran bodoh yang mana muslihat kamu sebenar adalah untuk memerangkap PapaGomo.

PapaGomo sudah mengatakan beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana pihak di mahkamah ekoran pendedahan yang dibuatnya, oleh sebab itu jika kamu di pihak yang benar mana berusahalah sendiri mendapatkan maklumat yang kamu inginkan. 

Itu baru dinamakan perjuangan, bukan dengan meminta individu yang kamu ingin saman mengemukakan maklumat diri yang mana jika disahut 'cabaran' bodoh kamu ianya ecara tidak langsung memudahkan kerja-kerja kamu. 

Oleh itu saya melihat langkah pertama 'peperangan' PapaGomo dengan Khalid 'John' Samad sebenarnya sudah dimenangi oleh PapaGomo. Khalid 'John' Samad yang tiada kredibiliti setakat ini kerana masih gagal mengemukakan proses saman terbabit. Hahahaha!

Khalid 'John' Samad semua bloggers yang terlibat mendedahkan dokumen tersebut tetap memegang pendirian mereka dan sanggup berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang, cabaran yang dibuat ini sebenarnya cuba menutup isu bahawa kamu merupakan salah seorang dalang yang menghalang MBPJ dari menyita gereja berkenaan bukan?

Sekarang ini tunggu kamu sahaja bertindak. Takkan orang yang hendak disaman pula perlu 'jilat' kamu dan berkata  "ini nombor ic saya...ini alamat saya... ini nama sebenar saya... tolong saman saya yer..".  Ini 'bunuh diri' namanya wahai Khalid 'John' Samad yang tolol.

Jika PapaGomo gagal menyahut 'cabaran' kamu, maka PapaGomo dilihat seorang bloggers penipu dan ini adalah matlamat sebenar Khalid 'John' Samad, secara tidak lansung kredibiliti PapaGomo sebagai bloggers paling digeruni pembangkang buat masa ini akan terjejas.

Buat PapaGomo usah dilayan kegilaan Khalid 'John' Samad, ianya hanyalah perangkap yang dirancang supaya identiti sebenar terdedah dan selepas ini mudahlah mereka 'memusnahkan' karakter PapaGomo.


YY : Tetap teguh di belakang PapaGomo atas dasar perjuangan...kawan tetap kawan...

Wednesday, August 24, 2011

HOT: PAS Sendiri Kata Lynas Selamat - Fuziah Nak Kata Apa?



Kah Kah Kah...

Ada orang halang ahli Parlimen PAS dari komen sebarang isu tentang kilang Lynas. Terbukti PAS hanyalah 'Pak Turut'.

Ahli Parlimen PAS berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh gerombolan Fuziah Saleh adalah satu pembohongan besar. Fuziah Saleh menipu penduduk di Kuantan.

Hahahaha...

Jom baca balik artikel saya tentang Lynas KLIK LINK BAWAH :



YY : Awal-awal dah tau Fuziah itu penipu.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...