NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, July 27, 2011

#BersihStories : Ambiga Terperangkap Dengan Soalan Tun Faisal



Pemuda yang dikatakan 'tidak cukup inci'inilah yang berjaya memerangkap Ambiga?

Beliau Pengerusi Unit Media Baru (UMB) yang dikatakan lembik dan tidak berfungsi membantu UMNO/BN dalam perang cywar?

Beliau difitnah sebagai sombong, bongkak dan ego?

Beliaulah Tun Faisal Ismail Aziz yang mana telah memerangkap Ambiga dengan bertanyakan soalan mengenai titah Yang di Pertuan Agung.

Opss.. Tun Faisal Ismail bangun dengan menggunakan nama platform sebagai Pemuda UMNO.

Jadi dia bawa suara pemuda dalam wacana tersebut walaupun kiri kanan beliau dipenuhi oleh pihak pembangkang.

Sekarang kita tahu siapa ada 'telur' dalam pemuda.

Laporan mstar :


SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

"Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

"Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya pada majlis Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

Wacana bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin sebagai ahli panel.

Selain itu berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

"Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

"Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana," katanya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut menyatakan bahawa faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka diteruskan.

"Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya.

"Tapi ingin saya tegaskan, sekiranya pihak polis memberi kerjasama kepada Bersih untuk meneruskan perhimpunan secara aman, saya jamin tidak akan ada huru-hara berlaku seperti yang kita lihat seperti 9 Julai lalu," katanya.


YY : Selain Armand Azha dan beberapa pemuda Perkasa mana pergi hero-hero yang gedeber dalam pemuda ni.... hehehehe....

5 comments:

PAPA GOMO said...

baik punya jilat ni bro...syabas

Yuseri Yusoff said...

Hahahaha...

wénkt said...

Bro,
Kene buat satu lagi artikel jilat Papa Gomo lak...

Anonymous said...

ni bukan jilat daaa. ni FAKTA. yg penting si ambiga tu berjaya diTOLOLkan dgn SATU SOKLAN. tul tak guys???

Amantoya said...

Jgn bodek lebih bro. Buat keje jelah. Yg aku tahu peranan si fesal ni tak berkesan, klu berkesan knp majoriti rakyat khasnya org muda tak tahu kewujudan blog-blog pro kerajaan?
Buat lah keje ikhlas utk agama, bangsa dan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...