BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, April 16, 2012

Rakyat Mesti Sokong Perjuangan Mahasiswa - Jika Syarat Ini Diamalkan Mereka!




Tulisan menarik dari blog Prince Of Pilah :
"Mahasiswa mempunyai tanggungjawab sebagai generasi pelapis yang berketrampilan serta berakhlak tinggi dalam menentukan arah perjalanan negara dalam menghadapi persaingan global pada masa depan. 
@princeofpilah tidak menyalahkan perjuangan mahasiswa.
@princeofpilah juga pernah menjadi 'suara mahasiswa' yang lantang termasuk mengajukan persoalan kepada Bekas PM Tun Dr.Mahatir ( pada ketika itu masih menjadi PM Malaysia ) ketika hadir mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa Malaysia di Jakarta,Indonesia, namun segalanya mempunyai platform danmode yang tertentu.
Sebelum menyertai perjuangan mahasiswa, ketahui dulu syarat syaratnya :
Syarat Pertama : 
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi jangan diperbodohkan oleh parti politik,terutamanya parti pembangkang yang ingin menguasai Putrajaya dengan menggunakan pelbagai helah,termasuk mempergunakan mahasiswa untuk mencapai tujuan politik mereka.
Syarat Kedua : 
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus berakhlak tinggi,mereka harus menjadi contoh kepada generasi muda bagi membentuk negara yang mempunyai nilai nilai murni. Turun ke jalan mengalungkan bunga kepada foto PM @NajibRazak merupakan tindakan yang kurang bijak , ianya bukan saja menghina pemimpin negara malah menghina penduduk kaum Hindu di Malaysia.
Mahasiswa harus tahu menghormati agama dan kepercayaan kaum lain bagi mewujudkan keharmonian dan bukannya menghina mereka demi kepentingan politik parti pembangkang.
Syarat Ketiga :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus melihat diri mereka sebagai pelapis pemimpin negara dan bukannya sebagai budak suruhan parti pembangkang. Turun ke jalan dan membuat demonstrasi bukan merupakan ciri ciri pemimpin yang berwibawa, sebaiknya segala permasalahan diselesaikan melalui meja perundingan.
Kalau menurut teori turun ke jalan, jika negara Malaysia menghadapi masalah dengan negara jiran , maka kita harus turun ke jalan dan berperang dengan mereka bagi menegakkan pendapat kita ,adakah ini merupakan tindakan yang bijak? Mahasiswa sebagai pelapis pemimpin negara harus belajar bagaimana untuk mengadakan perbincangan melalui meja perundiangan.
Syarat Keempat :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus dapat menilai kebaikan serta keistimewaaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka,terutamanya melalui pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Kenapa mahasiswa India dan Cina yang turut mendapat pinjaman PTPTN tidak turun ke jalan meminta PTPTN dimansuhkan? Mahasiswa harus menghargai bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka.
Syarat Kelima :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus mengutamakan pendidikan mereka dan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut sebelum menyertai politik. Mereka sedar bahawa kegiatan politik hanya bersifat sementara terutamanya sokongan pembangkang kepada mahasiswa.
Syarat keenam.
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus tahu bahawa segala permasalahan boleh diselesaikan melalui meja perundingan dan bukannya melalui turun ke jalan. Kerajaan barisan nasional sedia mendengar pendapat masyarakat,dan tersedia pelbagai media untuk berbincang masalah masyarakat termasuk berhubung secara langung dengan PM @NajibRazak melalui Facebook,Email dan Twitter,seharusnya mahasiswa gunakan media tersebut sebelum turun ke jalan.
Teruskan Perjuangan..."
Mana satu pilihan masyarakat kita, mahasiswa yang benar-benar membawa perjuangan ASPIRASI MAHASISWA atau mahasiswa yang hanya tahu membawa suara pemimpin pembangkang sehingga membiarkan diri mereka dijadikan 'alat' parti politik tertentu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...