NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, April 27, 2012

Mahasiswa #AmanKampus Tolak Demontrasi - 3,000 Keping Risalah Fakta #PTPTN & Kesan Demontrasi Diedarkan


Seramai 30 mahasiswa hari ini bertindak mengedarkan 3,000 keping risalah kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.

Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh pembangkang.

Walaupun dimaki-hamun oleh seorang lelaki dengan kata-kata kesat serta dituduh sebagai tali-barut kerajaan, ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka  untuk terus menyampaikan mesej sebenar agar maklumat tepat tidak terus dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

Rata-rata masyarakat serta warga kota memberikan respon positif terhadap penerangan serta fakta-fakta yang disampaikan oleh mereka.

Bentuk risalah yang diedarkan :




Selain memberi penerangan mengenai fakta sebenar PTPTN mereka turut mengedarkan risalah tentang kesan serta akibat yang ditanggung oleh rakyat akibat demontrasi Bersih 3.0 yang bakal dirancang esok.

Tujuan mereka adalah untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman serta sikap berdemontrasi di jalanan tidak menjadi amalan oleh rakyat Malaysia sebaliknya rundingan serta musyawarah perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit.

Foto dari lokasi :




Warga kota meneliti risalah yang diedarkan oleh mahasiswa Aman Kampus


Memberi penerangan kepada warga kota tentang fakta sebenar PTPTN




Lelaki ini mengemburkan kata-kata kesat kepada mahasiswa apabila risalah diberikan kepadanya.

2 comments:

Bukan Eciz said...

Yg last tu, kalo ada video lagi bagus. pakai serban, bg kata2 kesat? dia singh atau ulama'?

Anonymous said...

Haji yg bantah tu tak ade anak yg layak masuk U kut dan tak pernah baca 'Agreement PTPTN'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...