NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, April 18, 2012

TERKINI - Rumah Menantu P.Ramlee Berjaya Diselamatkan Usaha Biro Pemuda UMNO

Suria bersama Pemuda UMNO dan wakil SENIMAN.


Sambung dari artikel [SINI]
"Barang yang lepas, hai... jangan dikenang kalau dikenang meracunlah diri.  Ooo... tak guna menangis memilu makin sedih menambah derita lupakanlah semua yang lalu tidakkan mungkin kembali semula..." 
Bait lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul 'Barang Yang Lepas' adalah salah satu lagu popular peninggalan Allahyarham. 

Petang tadi sekitar jam 2.00 Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO menziarahi satu-satunya menantu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Suria Bakar. 

Suria yang hilang punca pendapatan selepas pemergian suaminya Nasir P.Ramle berhadapan masalah hidup selepas gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu yang mana rumah mereka bakal disita pihak berkuasa.

"Terima kasih" - Jamawi Jaafar dan Zed Zaidi dari SENIMAN menghulurkan sumbangan
Kini Suria mampu menarik nafas lega apabila Pemuda UMNO Malaysia, SENIMAN dengan bantuan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik berjaya mencari jalan penyelesaian dengan pihak DBKL di mana DBKL bersetuju untuk memberi potongan sebanyak 50% cukai pintu yang tertunggak.

Manakala baki sebanyak 50% lagi akan dijelaskan kepada pihak DBKL oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Azeez Rahim Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia.

Suria dan dua anaknya
Selain masalah rumah berjaya diselesaikan, bantuan kepada anaknya turut diberikan agar pelajaran mereka dapat disambung semula. 

Bagi memastikan keluarga ini tidak lagi berhadapan masalah kewangan, dana perniagaan turut diberikan dengan harapan punca pendapatan dari perniagaan itu nanti dapat menampung segala kos kehidupan mereka 3 beranak.

Selain itu Exco Pemuda UMNO Malaysia selaku Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Saudara Jamawi Jaafar bermurah hati untuk menanggung segala kos cukai pintu yang akan datang secara peribadi.

YY : Thumbs up Pemuda UMNO Malaysia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...