NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, April 13, 2012

[FOTO] #AmanKampus : Aktiviti Ini Mungkin Tak Pernah Dilakukan Pelajar #ProPembangkang

Sebak - warga emas yang uzur ini sebak menerima lawatan mahasiswa Aman Kampus

Foto yang dirakam petang tadi di sekitar Kg.Langgar, Pekan Pahang ketika Jelajah Aman Kampus tiba di negeri Pahang.

Sebaik tiba mahasiswa Jelajah Aman Kampus terus mendekati golongan yang memerlukan bagi membantu serta menyelami permasalahan yang dihadapi mereka dalam meneruskan kehidupan harian.

Program yang diberi nama 'SISWA PRIHATIN' bertujuan mendekatkan para mahasiswa Jelajah Aman Kampus dengan golongan yang kurang bernasib-baik.

Jelajah Aman Kampus yang memasuki minggu ke-5 kini menjengah negeri Pahang di mana parlimen YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak iaitu Pekan menjadi lokasi pilihan.

Inilah usaha-usaha murni yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam mendekati masyarakat serta mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka.

Ketika pelajar pro-pembangkang sibuk dampingi pemimpin politik, tetapi ASPIRASI MAHASISWA nampaknya lebih waras kerana berusaha mendekatkan diri mereka dengan golongan yang memerlukan.

Sopan - Mahasiswi Aman Kampus bersalaman dengan warga Kg. Langgar, Pekan Pahang
Gembira - itulah reaksi dari wajah warga emas yang terharu menerima lawatan mahasiswi Aman Kampus

Sekadar yang mampu - Wakil Jelajah Aman Kampus menghulurkan sumbangan ikhlas dari mahasiswa Jelajah Aman Kampus.

Malam tadi pula mahasiswa Jelajah Aman Kampus dihidangkan dengan program berbentuk kerohanian di mana forum berbentuk keagamaan menjadi program pertama di Institut Kemahiran MARA Pekan, Pahang.

Forum yang diadakan di Dewan Teknologi Abdul Aziz, Institut Teknologi MARA menampilkan dua tokoh agama tempatan iaitu Ustaz Badlishah Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang dan Ustaz Mahmud Mat seorang penceramah bebas.

Forum yang turut diserikan dengan persembahan nasyid itu mendapat sambutan hampir 1000 orang yang terdiri daripada penuntut institut MARA serta masyarakat setempat.

Penuntut, peserta Jelajah Aman Kampus dan warga setempat memenuhi ruangan dewan

Dua penceramah yang berjaya mencuri perhatian para penuntut institut Latihan MARA dan mahasiswa Aman Kampus

Selain berbakti mahasiswa Jelajah Aman Kampus turut diselitkan dengan ilmu-ilmu kegamaan, tetapi pelajar pro-pembangkang mereka lebih obses mendengar ceramah Mat Sabu dari ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz bertauliah.

Esok kenduri sekampung...?

Kampung mana...?

Gempak ke...?

Esoklah kita cerita, itu pun jika aktiviti mereka lakukan berguna dan beri manfaat. Kalau tidak beri manfaat dan bersifat syok sendiri.

Aku pun malas nak tulis...

Hahaha!

Untuk foto selebihnya boleh dilihat di SINI dan SINI

1 comment:

Anonymous said...

TAhniah buat aman kampus...wah..cayah lah...Pro aspirasi mantap lah..smga ALLAH menerima amalan korang..aamiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...