NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, April 23, 2012

Alahai TIBAI...




Makin hampir pilihanraya, makin banyak NGO yang ditubuhkan. NGO-NGO yang ditubuhkan muncul dengan pelbagai nama-nama singkatan yang menarik, dan terbaru kita dikhabarkan dengan penubuhan NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau singkatannya TIBAI.

Perangai orang UMNO ini kadang-kala aneh, mereka lebih mengangkat golongan yang mencerca UMNO satu ketika dahulu, sehingga muncul perasaan tidak puas hati dikalangan pejuang-pejuang yang setia bersama UMNO di saat naik dan turunnya populariti parti keramat Melayu itu.

Malah ada yang mengatakan jika mahu pangkat dan darjat, kita perlu masuk parti lawan terlebih dahulu. Cipta nama dalam parti berkenaan, kutuk, caci, hina, maki UMNO selepas itu kita lompat. Maka senanglah kedudukan kita dalam UMNO.

Benarkah dakwaan ini...?

Video di atas sekadar penghias artikel semata-mata...

Tahniah di atas penubuhan TIBAI...

 Petikan akhbar :
Muhammad Zahid berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan penyokong Anwar dan Ketua Pembangkang itu sendiri meskipun menerima kecaman hebat menerusi laman sosial Facebook dan Twitter. 
"Dia kata saya tali barut Umno tapi saya tidak gentar dengan setiap ugutan malah akan turun padang ke setiap pelosok negeri untuk mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar. 
"Kita juga akan menyeru rakyat supaya menolak Anwar dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kita akan guna pendekatan seperti Gerakan Sumpah Keramat yang pernah digerakkan Angkatan Muda PKR pada lewat tahun 90-an dahulu," katanya. 
Muhammad Zahid turut menyatakan kesanggupan untuk bertanding menentang Anwar di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang. 
"Andai diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk bertanding di sana, saya sanggup menentang Anwar," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Mohon dipautkan blog saya di blog hebat ini. Blog anda telah dipautkan.

http://assassincyber.blogspot.com

TQ

Yb Raz said...

memang betulpun..pandai putarbelit, ampu sana sini senang dapat jawatan.

tgklah ezam dgn nala..dulu balaci nuar..maki umno kaw kaw tapi sekarang umno angkat macam anak emas..pengikut setia umno yang tak pernah berpaling tadah dapat apa? pemimpin umno langsung tak pandang.

inilah politik..makin dunia nak kiamat, makin mengarut jadinya manusia ni..

Anonymous said...

tiada sahabat yg setia, tiada musuh yg kekal. itulah politik.

tp betul apa bro ckp, org yg setia dgn umno saat jatuh bangun parti umno mmg terkilan dgn budaya mcm ni.

kenapa kita nk julang manusia yg tak berpendirian?

Anonymous said...

napa plak die nak bertanding atas tiket bn kat permatang pauh?

Anonymous said...

SATU KEPINCANGAN DIDLM UMNO IALAH KETANDUSAN PEMIMPIN YANG BOLEH MENJAWAB DAN MEMBIDAS KEMBALI MOMOKAN PIHAK PEMBANGKANG, MALAH ADA YANG TAKUT BERHADAPAN DGN HUJAH PEMBANGKANG MACAM H20 TU. JADI, PADA SAYA KEHADIRAN BEKAS PEMIMPIN PEMBANGKANG AKAN MEMPERKUATKAN BARISAN PEMIMPIN UMNO. KALAU YANG ADA PUN TAK PANDAI NAK MEMATAHKAN SERANGAN PEMBANGKANG, BAIK INDIVIDU-2 BEKAS PEMBANGKANG YANG BERBAKAT INI BUAT KERJA.
TIDAK TIMBUL SOAL MEMBESARKAN MEREKA, MUNGKIN PEMIMPIN YANG ADA INI MULA TAKUT KEHILANGAN KEDUDUKAN, MAKA MEREKA PUN MULA MENYUARAKAN KEBIMBANGAN YANG TAK MASUK DEK AKAL.
MUNGKIN BEKAS PEMIMPIN PR TAHU BAGAIMANA NAK HANDLE PEMBANGKANG NI DISAMPING MEREKA TAHU RAHSIA BESAR PEMBANGKANG YANG PEMIMPIN UMNO TAK TAHU, PEMIMPIN UMNO NI ADA YANG TAK BUAT KERJA, ASYIK MENUMPANG POPULARITI ORANG LAIN JE.

Anonymous said...

Sikap toleransi sebahagian pemimpin politik Melayu menggugat bangsa sendiri. Contohnya isu kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam mengambil masa yang lama untuk dipindahkan kerana keengganan pihak kuil untuk keluar dari tapak itu. Disebabkan sikap toleransi pemimpin politik Melayu juga mereka dapat bertahan lama dikuil itu. Penduduk sekitar kuil Seksyen 19 terpaksa berhadapan pelbagai cabaran, risiko dan tekanan emosi akibat gangguan keterlaluan kuil itu walaupun dalam pelan asal kawasan perumahan Seksyen 19 tidak ada kuil disitu. Masalah penduduk Seksyen 19 tidak akan berpanjangan selama 4 tahun (Mac 2008 – Feb 2012) jika pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN pada 29/12/2007 tidak dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Pada Januari 2009 isu kuil Seksyen 19 jadi panas kerana penduduk minta campur tangan Pertubuhan NGO Islam kerana gangguan kuil sudah keterlaluan. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 penduduk terima berita kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 membuat bantahan tidak setuju kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka kerana penduduk tidak mahu masalah di Seksyen 19 berlaku dikawasan mereka. Pemimpin PR tidak peduli bantahan penduduk Islam. Kuil dikatakan 200 meter dari kawasan perumahan itu terletak bersebelahan padang permainan. Pagar tapak kuil satu ekar diconteng penduduk kerana marah, tetapi MB berkeras hendak teruskan bina kuil disitu?.Pada 28/08/2009 penduduk buat demonstrasi di SUK. Melayu bawa kepala lembu menjadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli pun sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19?. Kenapa ada sikap double standard dalam isu ini?. Pada 26/07/2008 Hindu kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar kuda terbang waktu tengah malam jam 1 pagi depan rumah penduduk Islam Seksyen 19, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada Wakil-wakil Rakyat Shah Alam walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. Pemimpin PR wajar dipersalahan dalam isu kuil Seksyen 19 dan Seksyen 23, mereka tidak perlu menuding jari kepada UMNO demi untuk menutup kesilapan sendiri. Jika tidak berlaku demonstrasi kepala lembu masalah penduduk Seksyen 23 mungkin lebih teruk lagi jika kuil besar ditapak satu ekar dibina disitu. Selepas campur tangan NGO Islam kuil Seksyen 19 sudah dirobohkan pada 02/02/2012. Terima kasih kepada Pertubuhan NGO Islam yang prihatin membantu penduduk Islam di Seksyen 19 dan Seksyen 23.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...