NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label AMAN KAMPUS. Show all posts
Showing posts with label AMAN KAMPUS. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

[POLITIK DULU & KINI] #PRKampus : Bila Duduk di Kerusi Itu, Anwar Guna AUKU Ikat Pelajar - Bekas Presiden PMUM


Pilihanraya kampus datang lagi jika sessi 2010/2011, selain insiden pecah pintu sehingga mencederakan pengawal keselamatan kita turut dihidangkan dengan misteri kehilangan seorang calon pada malam pengundian.

Paling istimewa sekali adalah kehebatan Tian Chua, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar menyusup masuk ke dalam Universiti Islam Antarabangsa tanpa kebenaran.

Penglibatan pelajar pro-pembangkang dengan parti politik luar membuktikan bahawa kumpulan Pro-M bukan membawa suara mahasiswa sebenar sebaliknya mereka dijadikan alat untuk parti-parti pembangkang menyebarkan ideologi kepartian mereka ke dalam kampus universiti.

Ringkasan Kisah Kampus Dulu-Dulu



Gambar di atas merupakan salah satu wajah manusia pelbagai rupa yang bernama Anwar Ibrahim ketika menuntut di Universiti Malaya.

Satu wajah yang cukup dikenali, dikagumi, dipuja di kalangan aktivis mahasiswa ketika zaman gerakan mahasiswa sekitar era 60-an sehingga 70-an, dan kini manusia pelbagai wajah ini menjadi ikon dan sumber inspirasi bagi pelajar pro-pembangkang dalam menjayakan gerakan mereka.




Era 70-an menyaksikan suara mahasiswa cukup berkuasa dan pengaruh pelajar ketika itu sangat kuat. Suara pelajar mampu mempengaruhi pandangan rakyat.

Selain Anwar Ibrahim yang mengasaskan dan menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971,  satu nama besar dalam gerakan mahasiswa ialah Kamaruzaman Yacob, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1973/1974.

Kamaruzaman Yaacob - Bekas Presiden PMUM 1963/1974
Kamaruzaman Yacob merupakan individu yang bertanggungjawab menggerakkan demonstrasi Baling, Peristiwa Tasek Utara, gerakan anti imperialis dan rampasan kuasa Universiti Malaya pada 1974.

Suara pelajar ketika era 70-an dikatakan cukup memberi kesan kepada masyarakat, sehingga pihak luar (dikatakan CIA dan KGB) cuba mendekati pelajar-pelajar sosialis pada bagi melaksanakan kepentingan tertentu hal ini diakui Kamaruzaman Yaacob ketika ditemubual Akhbar Mahasiswa (Bil 24/2007) :

Petikan Wawancara :

SOALAN : Mengenai Amerika, Pak Salleh (Salleh Hj Yusof) pernah mendedahkan yang UMSU (University Malaya Student Union) secara terang-terangan pernah didatangi CIA sekitar 60-an. Malah katanya, papan tanda dan buku-buku di perpustakaan turut dihadiahkan. Sekitar 70-an CIA pernah menyusup masuk kampus?
JAWAPAN : Saya tak begitu pasti, tetapi ada kemungkinan. Pegawai dari Kedutaan Amerika sering menghubungi PMUM, malah saya sendiri ditawarkan macam-macam benda daripada mereka. Pelajar ketika itu sangat anti-imperialis. Kita tak suka Amerika. Kalau ingat, di Jalan Ampang kita pernah berdemonstrasi anti-Amerika di Bangunan A.I.A.
SOALAN : Khabarnya saudara pernah didekati agen perisikan luar negara, KGB (Russia)?
Saya tak pasti sama ada KGB atau CIA benar-benar terlibat. Yang pasti, memang ada pihak kedutaan Russia cuba mendekati saya masa itu. Ada dua orang pelajar perempuan dari Russia. Ini lain macam sedikit. Duduk satu kolej dengan saya, selalu makan bersama. Nampak macam cuba nak ‘goda’,cuba pengaruhi saya untuk menyokong Russia. Boleh nampaklah macam ada ‘wayang’.


Wawancara Akhbar Mahasiswa - AUKU

Selain itu cubaan ejen asing mendekati pelajar sosialis Kamaruzaman Yaacob turut mengatakan Anwar Ibrahim ketika menduduki kerusi Menteri Pendidikan turut menggunakan AUKU untuk mengawal pelajar :


Muka depan kenyataan Anwar Ibrahim (penasihat organisasi Pro-M sekarang) untuk tatapan mahasiswa (baca mahasewel) seperti Adam Adli, Khalid Ismath 'Syiah Boy', Safwan Anang dan isterinya yang hilang malam pengundian sessi 2010/2011 :


SOALAN : Sepatutnya Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu, malah berjaya menjawat Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempunyai kuasa untuk mengubah AUKU. Tetapi beliau tidak berbuat apa-apa. Kenapa agaknya? 
KAMARUZAMAN : Bila dia dah duduk di kerusi itu, dia fikir akta ini sangat perlu untuk mengawal pelajar.
Zaman berubah seiring teknologi begitu juga dengan Anwar. Dari ABIM terjun ke dalam UMNO kononnya mahu menerapkan nilai-nilai Islamik ke dalam UMNO. 

Tetapi malangnya hanya beberapa patah perkataan islamik diterapkan ke dalam UMNO seperti nawaitu,ketirisan, iltizam ketika pembentangan bajet selaku Menteri Kewangan.

Jasa sebenar dan terbesar peninggalan Anwar dalam UMNO hanyalah memperkenalkan politik wang untuk melebarkan pengaruh kuasanya di setiap bahagian.



Kisah Kampus Sekarang

Kamaruzaman Yaacob pelopor gerakkan mahasiswa mengakui ramai pelajar tercicir sebelum AUKU diperkenalkan, namun akademik pelajar mula meningkat sebaik sahaja ia diperkuatkuasakan.

Aktivis mahasiswa harus membawa suara mahasiswa, bukan suara pihak berkepentingan, dan perkara ini dilihat tidak berlaku dalam gerakan mahasiswa hari ini lebih-lebih lagi gerakan yang disebut sebagai Pro-M atau bahasa kasarnya (Pro-Mahasewel)


Siapakah mereka, hebat sangatkah mereka?

Setahu saya ramai daripada mereka gagal di IPTA sebelum diterima masuk di IPTS di bawah kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang yang kini muncul mahu mendakwa mereka aktivis mahasiswa? [sini]

Tengok sikit gerombolan yang mendakwa diri mereka aktivis mahasiswa zaman sekarang, tengok ramai ke tidak sokongan yang mereka perolehi setiap kali mengadakan sesuatu bantahan.

Jeng...jeng...jeng!




Campur, tolak, bahagi dan selepas didarab dengan jumlah kameraman, pejalan kaki, orang tunggu bas, orang yang nak tengok saja adalah dalam 6 orang kot.

Kejadian ini dilaporkan berlaku siang tadi di UPSI.

Aktivis mahasewel hari ini hanya mampu mencipta satu sejarah besar, yang TIDAK SEDIKIT pun mengubah lanskap politik negara, sebaliknya hanya ditertawakan oleh rakyat seluruh negara.

Apakah sejarah yang dicipta oleh Pro-Mahasewel?

Taaadaaaa...


Sejarah 'gigi Safwan Anang berterabur, rusuk patah, dan dalam keadaan nazak'. Tapi ironiknya dari peristiwa tragis yang menimpa Safwan Anang, dia dilihat tersenyum riang keesokkan harinya.


Rusuk patah wak lu...!

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja...

Dari tulisan panjang lebar di atas, apa yang saya nak sampaikan adalah. Zaman sudah berubah, Anwar Ibrahim juga tidak lari daripada arus perubahan.

Dulu ABIM, selepas itu UMNO kini Anwar Ibrahim berubah menjadi PKR dan yang paling gila berubah menjadi pejuang LGBT!

Reformasin!

Hahaha...


Ini baru Aspirasi Mahasiswa yang sebenar, tunggu...!

Arios!



Friday, April 27, 2012

Mahasiswa #AmanKampus Tolak Demontrasi - 3,000 Keping Risalah Fakta #PTPTN & Kesan Demontrasi Diedarkan


Seramai 30 mahasiswa hari ini bertindak mengedarkan 3,000 keping risalah kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.

Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh pembangkang.

Walaupun dimaki-hamun oleh seorang lelaki dengan kata-kata kesat serta dituduh sebagai tali-barut kerajaan, ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka  untuk terus menyampaikan mesej sebenar agar maklumat tepat tidak terus dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

Rata-rata masyarakat serta warga kota memberikan respon positif terhadap penerangan serta fakta-fakta yang disampaikan oleh mereka.

Bentuk risalah yang diedarkan :




Selain memberi penerangan mengenai fakta sebenar PTPTN mereka turut mengedarkan risalah tentang kesan serta akibat yang ditanggung oleh rakyat akibat demontrasi Bersih 3.0 yang bakal dirancang esok.

Tujuan mereka adalah untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman serta sikap berdemontrasi di jalanan tidak menjadi amalan oleh rakyat Malaysia sebaliknya rundingan serta musyawarah perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit.

Foto dari lokasi :




Warga kota meneliti risalah yang diedarkan oleh mahasiswa Aman Kampus


Memberi penerangan kepada warga kota tentang fakta sebenar PTPTN




Lelaki ini mengemburkan kata-kata kesat kepada mahasiswa apabila risalah diberikan kepadanya.

Monday, April 16, 2012

Rakyat Mesti Sokong Perjuangan Mahasiswa - Jika Syarat Ini Diamalkan Mereka!




Tulisan menarik dari blog Prince Of Pilah :
"Mahasiswa mempunyai tanggungjawab sebagai generasi pelapis yang berketrampilan serta berakhlak tinggi dalam menentukan arah perjalanan negara dalam menghadapi persaingan global pada masa depan. 
@princeofpilah tidak menyalahkan perjuangan mahasiswa.
@princeofpilah juga pernah menjadi 'suara mahasiswa' yang lantang termasuk mengajukan persoalan kepada Bekas PM Tun Dr.Mahatir ( pada ketika itu masih menjadi PM Malaysia ) ketika hadir mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa Malaysia di Jakarta,Indonesia, namun segalanya mempunyai platform danmode yang tertentu.
Sebelum menyertai perjuangan mahasiswa, ketahui dulu syarat syaratnya :
Syarat Pertama : 
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi jangan diperbodohkan oleh parti politik,terutamanya parti pembangkang yang ingin menguasai Putrajaya dengan menggunakan pelbagai helah,termasuk mempergunakan mahasiswa untuk mencapai tujuan politik mereka.
Syarat Kedua : 
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus berakhlak tinggi,mereka harus menjadi contoh kepada generasi muda bagi membentuk negara yang mempunyai nilai nilai murni. Turun ke jalan mengalungkan bunga kepada foto PM @NajibRazak merupakan tindakan yang kurang bijak , ianya bukan saja menghina pemimpin negara malah menghina penduduk kaum Hindu di Malaysia.
Mahasiswa harus tahu menghormati agama dan kepercayaan kaum lain bagi mewujudkan keharmonian dan bukannya menghina mereka demi kepentingan politik parti pembangkang.
Syarat Ketiga :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus melihat diri mereka sebagai pelapis pemimpin negara dan bukannya sebagai budak suruhan parti pembangkang. Turun ke jalan dan membuat demonstrasi bukan merupakan ciri ciri pemimpin yang berwibawa, sebaiknya segala permasalahan diselesaikan melalui meja perundingan.
Kalau menurut teori turun ke jalan, jika negara Malaysia menghadapi masalah dengan negara jiran , maka kita harus turun ke jalan dan berperang dengan mereka bagi menegakkan pendapat kita ,adakah ini merupakan tindakan yang bijak? Mahasiswa sebagai pelapis pemimpin negara harus belajar bagaimana untuk mengadakan perbincangan melalui meja perundiangan.
Syarat Keempat :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus dapat menilai kebaikan serta keistimewaaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka,terutamanya melalui pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Kenapa mahasiswa India dan Cina yang turut mendapat pinjaman PTPTN tidak turun ke jalan meminta PTPTN dimansuhkan? Mahasiswa harus menghargai bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka.
Syarat Kelima :
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus mengutamakan pendidikan mereka dan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut sebelum menyertai politik. Mereka sedar bahawa kegiatan politik hanya bersifat sementara terutamanya sokongan pembangkang kepada mahasiswa.
Syarat keenam.
Mahasiswa sebagai golongan berpelajaran tinggi harus tahu bahawa segala permasalahan boleh diselesaikan melalui meja perundingan dan bukannya melalui turun ke jalan. Kerajaan barisan nasional sedia mendengar pendapat masyarakat,dan tersedia pelbagai media untuk berbincang masalah masyarakat termasuk berhubung secara langung dengan PM @NajibRazak melalui Facebook,Email dan Twitter,seharusnya mahasiswa gunakan media tersebut sebelum turun ke jalan.
Teruskan Perjuangan..."
Mana satu pilihan masyarakat kita, mahasiswa yang benar-benar membawa perjuangan ASPIRASI MAHASISWA atau mahasiswa yang hanya tahu membawa suara pemimpin pembangkang sehingga membiarkan diri mereka dijadikan 'alat' parti politik tertentu?

[VIDEO] #AmanKampus : Siswa #UiTM Shah Alam Bina Ikatan Manusia Sejauh 4 Kilometer



Rujuk artikel sebelum [KLIK SINI]

Sunday, April 15, 2012

[FOTO] : Mahasiswa #AmanKampus & #UiTM Shah Alam Cipta Rekod 'Ikatan' Manusia Teramai


'Ikatan' manusia teramai tercipta hari ini di UiTM Shah Alam apabila hampir 2,000 mahasiswa/i UiTM dan mahasiswa Jelajah Aman Kampus berjaya membentuk 'ikatan' manusia sepanjang 3 kilometer mengelilingi beberapa kolej dalam kampus UiTM Shah Alam.

Kumpulan mahasiswa ini berpimpinan tangan di antara satu sama lain membentuk satu bulatan yang besar bermula di Padang Kawad Stadium UiTM seterusnya mengelilingi beberapa kolej kediaman dalam kampus berkenaan.

Bacaan doa sebelum bermulanya program Ikatan Ukhwah Aman Kampus

Mula bergerak mengelilingi kolej-kolej UiTM


'Ikatan' manusia mula terbentuk apabila peserta mula berpimpinan tangan di antara satu sama lain.


"Jangan lepaskan daku...!"




"Peace PM!" 
Payung merupakan 'gadget' paling penting siswi ketika program ini dijalankan. Takut hitam eik.. haha!
Tetamu terhormat diiringi Polis Bantuan UiTM bergerak memeriksa 'Ikatan' manusia yang berjaya dibentukkan setelah hampir 30 minit kumpulan mahasiswa/i  Aman Kampus & UiTM menyusun strategi.

Program santai yang dinamakan 'Ikatan Ukhwah Aman Kampus' itu diadakan sempena kunjungan Jelajah Aman Kampus ke kolej berkenaan sebagai lokasi terakhir untuk minggu ke-5 sebelum menyambung penjelajahan mereka ke kampus di Melaka dan Negeri Sembilan beberapa hari lagi.

Program yang mendapat sokongan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam itu turut dihadiri oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri YB Dato Shahlan Ismail dan mendapat sokongan penuh VC UiTM Dato Ir. Sahol serta Bahagian Pembangunan Hal Ehwal Pelajar UiTM yang diketuai oleh Prof. Dr. Saiful Bahrin.

Walaupun gagal mencipta rekod dalam Malaysia Books Of Records sebagai Ikatan manusia teramai di Malaysia, sekurang-kurangnya kumpulan mahasiswa yang mengikuti program ini berjaya menguji kesabaran diri sendiri serta diajar agar sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama di antara satu sama lain bagi merealisasikan setiap perkara yang dirancang.

Ini hanyalah aktiviti riadah sempena hujung minggu, tetapi aktiviti riadah sebegini mampu menarik 2,000 pelajar UiTM Shah Alam. Melihat situasi ini 'hero' mahasiswa Adam Adli dan Safwan Anang perlu akui bahawa dirinya bukanlah ikon atau pemimpin kepada mahasiswa kerana setiap kali dirinya mengetuai sesuatu demontrasi mesti gagal menarik 'crowd' yang ramai sebagaimana diadakan pemimpin mahasiswa yang lain.

UiTM di Hatiku...

Foto 'candid' sebelum dan selepas 'Ikatan' terbentuk yang dirakam lensa kami :








Ada yang nak cakap wajah-wajah ceria ini 'DIKERAH' untuk program ke?





Kental - Srikandi UiTM Skuad Palapes UiTM yang menjalankan sessi latihan mereka
Panjangnya muncung cik adik!... hehe

Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri (kanan) dan Presiden Alumni Aspirasi


FOTO CANDID TERBAIK UNTUK MINGGU KE-5 JELAJAH AMAN KAMPUS :


Hehehe....
YY : Nak jenguk-jenguk Central Market kejap lagi, dengar cerita ada pelajar Pro-M (PRO-MILITAN) nak buat kecoh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal