NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, April 11, 2012

[HOT] : Bekas Nazir 'Songlap' Duit Masjid Sijangkang Buat Laporan Polis - Siapa Fitnah Siapa?


Sambung kisah bekas Nazir Masjid Sijangkang Tuan Haji Yassin yang disiarkan di SINI dan SINI 

Kisah bekas Nazir Masjid Sijangkang yang dikatakan melesapkan wang tabung masjid berjumlah lebih RM100,000 oleh Ketua Pemuda PAS Sijangkang makin hangat diperbualkan di sekitar Sijangkang, Kuala Langat.

Pada awalnya bekas nazir iaitu Tuan Haji Yassin langsung tidak mempedulikan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya. Paling mendukacitakan adalah penyebaran fitnah ini dilakukan oleh orang PAS di masjid-masjid sekitar Sijangkang sejak tahun 2009 semata-mata mahu memburuk-burukkan nama Tuan Haji Yassin yang mana seorang individu berpengaruh di kawasan tersebut.

Disebabkan fitnah yang dilemparkan di atas dirinya semakin dasyat, anak dan cucu Tuan Haji Yassin meminta beliau membuat laporan polis.

Kerana fitnah yang dilemparkan ke atas tuan Haji Yassin bukan sahaja melibatkan nazir masjid tetapi ianya merebak sehingga nama UMNO Kuala Langat turut diheret kononnya melesapkan tanah wakaf seluas 35 ekar.

Kerana tidak mahu fitnah ini terus berleluasa, keluarga Tuan Haji Yassin dan UMNO Kuala Langat bertindak membuat laporan polis ke atas Ketua Pemuda PAS Sijangkang yang menyebarkan fitnah jahat di dalam laman facebook.

Menurut maklumat ini bukan fitnah pertama yang ditulis oleh Ketua Pemuda PAS Sijangkang Abdul Ghani Abdul Manaf, sebaliknya telah banyak kali beliau menulis fitnah liar, cuma yang ini sempat di'print' oleh salah seorang ahli keluarga Tuan Haji Yassin :

Repot polis dibuat oleh Hairuddin Jamil Bin Ahmad atas kapasiti beliau sebagai ahli UMNO Kuala Langat, bertujuan menafikan fitnah PAS bahawa UMNO Kuala Langat menerima duit tabung masjid serta hasil tanah wakaf seluas 35 ekar.





Salinan laporan polis oleh UMNO Kuala Langat (klik gambar untuk paparan lebih jelas) :

SALINAN REPOT OLEH UMNO KUALA LANGAT


Sungguh mengejutkan kerana pada malam Tuan Haji Yassin dan UMNO Kuala Langat membuat laporan polis ke atas fitnah jahat Ketua Pemuda PAS Sijangkang, hampir 200 masyarakat setempat hadir menyatakan sokongan kepada Tuan Haji Yassin dengan membawa pelbagai sepanduk.

Selain UMNO Kuala Langat bendahari masjid iaitu Tuan Haji Muzammil turut membuat laporan polis menolak tuduhan yang dilemparkan oleh PAS Sijangkang ke atas bekas nazir masjid tersebut iaitu Tuan Haji Yassin di atas kapasiti beliau selaku bendahari semasa Tuan Haji Yassinn kerkhidmat sebagai nazir di masjid tersebut.

Lihatlah masyarakat yang hadir menolak fitnah Pemuda PAS Sijangkang ke atas nazir yang tua yang telah banyak berjasa kepada Masjid Jamiul Ehsani, Sijangkang Kuala Langat Selangor.





Benarkah wujudnya satu perancangan oleh pihak tertentu yang cuba melesapkan wang tabung masjid berjumlah lebih RM100,000 dengan menjadikan Tuan Haji Yassin serta pengurusan masjid sebelum ini sebagai 'kambing hitam'?

Anehnya kenapa fitnah yang disebarkan PAS sejak tahun 2009 dibiarkan sahaja oleh ADUN kawasan tersebut iaitu YB Dr.Ahmad Yunus?

Kenapa Pemuda PAS Sijangkang tidak membuat laporan polis dan SPRM jika mereka benar-benar mempunyai bukti bahawa bekas nazir dan UMNO Kuala Langat telah melesapkan wang tabung masjid dan tanah wakaf seluas 35 ekar?

Kenapa sebuah parti Islam menggunakan masjid sebagai medan menyebarkan fitnah, yang mana tindakan mereka telah mewujudkan perpecahan kepada masyarakat Islam sekitar Sijangkang?

Di mana wang tabung berjumlah ,lebih RM148,000 sebagaimana penyata yang saya paparkan dalam entri sebelum ini?

Adakah masih dalam akaun bank di bawah nama masjid atau ianya telah hilang dari akaun masjid?

Nantilah kita sambung lagi..

Jeng...Jeng...Jeng...

YY : Tuan Haji Yassin uzur pun terpaksa gagahkan diri ke balai buat laporan - orang PAS ini ada hati perut ke tidak?

4 comments:

Anonymous said...

PAS memang gila. bkn kat Sijangkang je bro. Kat kpg aku Nilai ni org dh meluat nk pegi masjid sbb org PAS guna utk sebar fahaman dia. org nk beribadat pun ganggu!

X-PAS said...

Pergh YY...

Mcm drama bersiri, saspen bro!

Anonymous said...

sapa kata orang PAS ni baik ? sap akat aorang pas ni benar2 lurus dan islamik zahir batin ? kalau kita anggap asal orang pas itu islamik , silap besar ..

tak sah nama pas jika tak menipu , memfitnah , adu domba,fitnah adalah makanan azali orang pas , menabur kebohongan dan dosa siang malam

aku cadangkan ..kariah masjid buat solat hajat, doa sungguh2 minta Allah tunjukkan kebenaran , biar orang pas yg menabur dosa fitnah tu pecah perut , biar dia tahu siapa dia , kalau benar dia seorang islam pasti perasaan gerun dan takut bersarang dalam hatinya

PRU akan datang , tolak PAS ! jangan undi pas , jangan undi PR , jangan undi PKR atau DAP , asal nama parti pembangkang wajib ditolak !!

uwong batu loro said...

sesungguhnya pengaruh yahudi dan nasrani memang sudah terlalu lama mempengaruhi masyarakat dunia, termasuk di malaysia. penjajahan portugis, british, mereka adalah semua talibarut yahudi untuk menghancurkan akidah umat nabi muhammad SAW. tapi masih ada umat nabi muhammad SAW tidak sedar. kenapa masih terus menggunapakai kanun peninggalan british? sedangkan kanun untuk umat nabi muhammad SAW yang telah ALLAH buatkan dalam al-quran masih lagi tiada keyakinan pada umat nabi muhammad SAW? alasannya negara kita ada pelbagai kaum. sebagai yang memegang tampuk negara adalah orang islam, maka mereka ada peranan untuk menerangkan dan menjelaskan kepada semua kaum, bahawa sebagai ketua yang memegang tampuk negara orang islam maka perlu menggunakan kanun islam. apa guna jadi orang islam, tapi tiada keyakinan pada kanun yang ALLAH buat. sebagai umat nabi muhammad yang mnenagaku islam keyakinan pada ALLAH adalah menyeluruh. jika sedikit tidak yakin pada kanun ALLAH, apa akan jadi pada akidah? selama masih meneruskan fahaman penjajah ini, apa sudah jadi pada orang islam? tengoklah, para muslimin tak tahu jaga aurat yang betul, para orang islam tak tahu solat dan ramai yang tak solat serta suka tinggal solat. orang lebih suka berhibur di tempat maksiat dari pergi masjid untuk menambahkan ilmu agama islam. berlaku jenayah, rompakan setiap hari. macam-macam lagi. wallahu alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...