BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, April 6, 2012

[HOT] : Penyata Kewangan Masjid Sijangkang Yang Disonglap Nazir (UMNO Kuala Langat) Didedahkan...

Tuan Haji Yassin - Bekas Nazir Masjid Sijangkang 
Sambung dari [SINI]

Kisah wang tabung Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang berjumlah RM100,000, Kuala Langat yang dikatakan telah lesap disonglap oleh bekas Nazir masjid tersebut iaitu Tuan Haji Yassin (gambar) dan orang UMNO Kuala Langat mula menjadi topik panas di sekitar Kuala Langat sejak beberapa minggu yang lalu.

Ianya dihangatkan lagi dengan tulisan di laman facebook oleh Ketua Pemuda PAS Sijangkang iaitu Abdul Ghani Abdul Manaf yang mendakwa selama 30 tahun Tuan Haji Yassin menjadi nazir masjid tersebut tiada 1 sen pun wang dalam tabung masjid tersebut.

Sebaliknya PAS yang mengambil alih pentadbiran masjid selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor berjaya mengumpul lebih RM120,000 dalam masa 4 tahun.

Tulisan Abdul Ghani Abdul Manaf Ketua Pemuda PAS Sijangkang di laman facebook.

Persoalannya benarkah wang tabung masjid tersebut adalah hasil 4 tahun orang PAS mengurus tadbir masjid berkenaan?

Untuk membuktikan sama ada dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sijangkang ini adalah benar atau hanya bersifat fitnah semata-mata hanya kerana bekas Nazir masjid tersebut iaitu Tuan Haji Yassin merupakan orang berpengaruh dan dikatakan orang kuat UMNO di kawasan Sijangkang?

Penyata-penyata kewangan masjid di bawah adalah penyata dari tahun 2008 - 2009 sebelum diserahkan kepada akautan berdaftar untuk diaudit sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan masjid yang baru selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor.





Penyata kewangan berakhir Mei 2009 menunjukkan jumlah tabung masjid tersebut adalah RM148,845.87 - Dalam penyata kewangan juga jelas menunjukkan bahawa wang tabung masjid berkenaan berada dalam bank-bank di bawah nama masjid.

Bekas Nazir iaitu Tuan Haji Yassin langsung tidak memegang tunai atau menyimpan wang tabung masjid atau pun hasil kutipan dari tanah-tanah wakaf.

Jadi ini bermakna ketika menyerahkan pentadbiran masjid kepada orang PAS wang tabung masih ada dalam simpanan bank, persoalannya mana pergi semua wang tersebut jika Ketua Pemuda PAS Sijangkang mengatakan tiada 1 sen wang tabung masjid ketika mereka mengambil-alih pengurusan masjid berkenaan?

Kenapa Tuan Haji Yassin difitnah dan ditohmah dengan begitu dasyat oleh Pemuda PAS Sijangkang, sedangkan wang tabung dan segala hasil kutipan tanah wakaf ada dalam bank sebelum PAS mengambil alih masjid berkenaan?

Sebenarnya siapa yang 'songlap' atau cuba 'melesapkan' wang tabung masjid tetapi menjadikan Tuan Haji Yassin sebagai 'kambing hitam', hanya kerana beliau orang lama di kawasan tersebut dan merupakan orang kuat UMNO?

Jeng...Jeng...Jeng...

Kenapa exco yang baru dilantik yang juga ADUN di kawasan tersebut iaitu YB Dr. Ahmad Yunus gagal menerangkan cerita sebenar dan membiarkan orang tua yang banyak menabur jasa kepada masjid Sijangkang difitnah sebegini dasyat oleh Pemuda PAS Sijangkang?

Jeng...Jeng...Jeng..

Mana duit tabung masjid...?

Mana....?

Mana tanah 35 ekar...?

Mana...?

Nanti kita sambung lagi...

YY : RM148,000 lebih....fuyooo banyak tu der!

8 comments:

Anonymous said...

Sambung lg ke YY. aku tak sabar nk tau keje sape mkn duit masjid ni. tak tau dosa pahala ke!

Anonymous said...

apa kaitan si Yunus tu bro? silap2 PAS Sijangkang yg songlap tapi tuduh UMNO.!!!

Sudir said...

Takpe pelan-pelan kayuh YY.. Kasik suspen sikit..

Hamzah Radzi said...

Nama si Yunus diletak semata2 nak kuatkan cerita aje....macam jugak letak sumber dri NTV7 konon2 cerita benar ler....

eXception said...

Biasalah PAS... Dah berak atas jalan, dia kata org lain punya taik!! Kita tunggguuuuuu....

zakzak said...

Astaghfirullahal'azim...

Gila betul orang yg memfitnah, lagi la gila orang yang memfitnah pasal duit masjid dan tanah wakaf.

mengucap panjang aku baca pendedahan ko bro. kesian sungguh kat pakcik tu. dah tua2 ni terkena penangan fitnah. dari orang2 yang perjuangkan Islam pulak tu.sedih aku.

btw, aku rasa pendekatan ko bagus. cukup bukti, so x de la cakap atas angin jek.

k, aku tunggu pendedahan seterusnya. ko ni dah mcam penulis novel thriller la plak..haha

YY said...

Zakzak,

Mmg saspen pun, lebih2 lagi orang yg bertanggungjwb sebar fitnah ni dgr cerita saspen tunggu pendedahan seterusnya.

Terima kasih atas sokongan bro.

Anonymous said...

X PAHAM BETUL LAH DENGAN PAS NIE..HARI2 MAKI HAMUN ORANG DALAM CERAMAH, BUAT FITNAH SANA SINI TAPI MASIH YAKIN UNDI MEREKA MASUK SYURGA??MASUK NERAKA ADALAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...