NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, September 5, 2011

Hishamuddin & Waris Pejuang Bukit Kepong Patut Saman Mat Sabu - NGO Belia Putrajaya


Sebentar tadi sekitar jam 4.30 petang Majlis Belia Kawasan Putrajaya membuat enam laporan polis ke atas kenyataan Mat Sabu  Timb. Presiden PAS yang disiarkan Utusan Malaysia pada 27 Ogos 2011.

Dalam laporan tersebut Majlis Belia Kawasan Putrajaya yang terdiri daripada  enam NGO-NGO belia menganggap kenyataan Mat Sabu yang mengangkat golongan komunis sebagai hero adalah satu perbuatan yang menderhaka, mengkhianat dan biadap.

Selain itu NGO-NGO ini juga mendesak agar pihak berkuasa bertindak tegas ke atas anasir-anasir atau sesiapa sahaja yang didapati cuba menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini.


Wakil Majlis Belia Kawasan Putrajaya ditemubual wartawan Utusan Malaysia

Waris Pejuang Bukit Kepong Patut Saman Mat Sabu

Semasa mengikuti wakil NGO-NGO ini membuat laporan saya sempat berbual bersama seorang pegawai polis berpangkat tinggi, yang mana saya sempat bertanyakan pandangan beliau dari sudut perundangan di atas kenyataan Mat Sabu.

Mengikut apa yang dikatakan kepada saya, beliau berpendapat bahawa kenyataan Mat Sabu tidak sesuai disiasat di bawah I.S.A atau Akta Hasutan kerana selepas meneliti rakaman penuh ucapan Mat Sabu beliau berpendapat bahawa kenyataan Mat Sabu lebih kepada serangan peribadi terhadap arwah-arwah anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong.

Oleh sebab itu tindakan yang sesuai dikenakan ke atas Mat Sabu ketika ini adalah waris-waris Pejuang Bukit Kepong (isteri dan anak-anak anggota yang terkorban) ini patut mengenakan tindakan saman ke atas Timb. Presiden PAS di atas ceramahnya di Tasik Gelugor tempoh hari. 

Selain waris-waris anggota yang terkorban individu yang yang berhak mengheret Mat Sabu adalah Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn kerana Mat Sabu telah menghina Allahyarham Datuk Onn  kerana mengatakan Datuk Onn bukan pejuang negara sebaliknya pengkhianat. Bagi saya kenyataan ini cukup biadap, dan selaku waris Datuk Onn yang masih ada Datuk Hishamuddin wajar mengemukakan saman malu ke atas Mat Sabu.

Dalam pada itu saya melihat Datuk Hishamuddin Tun Hussein cukup bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai Menteri Dalam Negeri kerana walaupun beliau mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menyegerakan tindakan ke atas Mat Sabu tetapi beliau tidak bertindak menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan peribadinya.

Secara peribadi bagi saya Datuk Hishamuddin Tun Hussein adalah orang yang berada dalam keadaan marah ketika ini kerana Mat Sabu telah menghina datuknya, dan sebagai waris beliau kena mempertahankan maruah dan perjuangan arwah datuknya.

Baca twitter Datuk Hishamuddin Tun Hussein :


Dari sini boleh disimpulkan bahawa Datuk Hishamuddin Tun Hussein merupakan orang yang paling terkilan pada waktu ini.

Tok.. susah-susah saman sajalah Mat Sabu...

Hehehe...


YY : Takde sesiapa buat open house ke teringin makan lemang la bila cerita pasal Mat Sabu ni... hahaha!

**edit 7:59pm twitter H20.

1 comment:

Jeepers Creepers said...

isu mat sabu ni drama lakonan dap pas je..tak payah layan sangat.lagi banyak kita spin, lagi dorang tu suka.sebab dorang sengaja nak alihkan isu lain macam isu BERSIH,lynas

report polis buat banyak2 tapi polis tetap x ambil tindakan..mana pergi report polis masa BERSIH hari tu? dah buat kertas recycle ke hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...