NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, September 8, 2011

Tiga Pegawai Polis Buat Laporan Menafikan Dakwaan Penulis Blog Pro-BN


Pada bulan Julai yang lalu sebuah blog memaparkan 8 artikel mengenai kewujudan projek kontroversi yang melibatkan permasalahan yang dialami oleh Unit IT Bukit Aman.

Antara yang didedahkan adalah tiga projek kontroversi Unit IT Bukit Aman, perincian syarikat yang terlibat iaitu syarikat NZ, Kelisa dan Rania, latar belakang dan kelemahan kewangan syarikat yang terlibat serta kewujudan tiga individu yang dilabelkan sebagai 'anai-anai' dalam pasukan PDRM.

Syarikat-syarikat ini dikatakan jenis syarikat 'Ali Baba' bagi tiga syarikat milik cina yang ada hubung kait dengan kepentingan Singapura.

Ekoran dari pendedahan terbabit, Perkasa menggesa PDRM dan SPRM supaya menyiasat dakwaan yang dibuat oleh laman blog pro kerajaan tersebut.

Sama ada benar atau tidak dakwaan yang dibuat, buat masa ini wajarlah kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan penulis terbabit.

Tapi semalam tiga pegawai kanan polis dari Bukit Aman yang dilabelkan sebagai 'anai-anai' dalam artikel berkenaan bertindak melaporkan kepada polis demi menafikan bahawa mereka ditahan sebagaimana dilaporkan oleh penulis blog tersebut.

Menurut mereka dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Rujuk laporan Utusan Malaysia :

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan ditahan berhubung isu pemberian tender logistik di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti yang disiarkan sebuah blog Gerakan Anti PKR, sebelum ini. 
Menurut Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, laporan yang dibuat pada 4 Ogos lalu itu adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

"Ketiga-tiga pegawai berkenaan membuat laporan itu bagi menafikan dakwaan tersebut yang dianggap tidak benar.
 "Secara umum, proses perolehan yang dijalankan mengikut peraturan ditetapkan, ada spesifikasi dan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi, pihak polis hanya menyediakan cadangan keperluan yang perlu dikaji terlebih dahulu," katanya di sini, hari ini. 
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebelum ini menggesa PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat empat blog yang didakwa mendedahkan aktiviti penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam pemberian projek di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendakwa pendedahan tersebut bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dan Singapura.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris termasuk 10 ahlinya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi baru-baru ini untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu. 
Irwan Fahmi berkata, laporan dibuat susulan pendedahan oleh empat laman blog baru-baru ini, iaitu gerakan-anti-pkr.blogspot, darulehsantoday.blogspot, kerisputera.blogspot dangeraktimur.blogspot yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara.

Blog tersebut memaparkan dengan jelas pada 22 Jun lalu, maklumat lengkap termasuklah nombor kontrak projek berkenaan, individu yang terlibat malah maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

YY : Tunggu laporan siasatan... 



3 comments:

Alhamdulillah said...

Salam Bro,

Kenapa terlalu lama PDRM mengambil masa untuk menjawab berkenaan ini? isu ini sudah lama GAP keluarkan berdasarkan fakta tetapi PDRM jawab dengan air liur sahaja.

Kenapa buat laporan polis untuk menafikan, jika telus PDRM perlu siasat dan kemukakan fakta samada benar atau itu suatu tuduhan palsu semata-mata.

Jangan melenting dengan tidak membawa fakta, perlu diingat dunia kini tanpa sempadan

Yuseri Yusoff said...

Tu kena tanya PDRM hehe.. tu saya kata seeloknya tunggu polis siasat... :)

Panglima Perang Cyber said...

bahaya kalauu lambat jawab.


nanti nampak bersalah.


kita yakin orang bersalah tidak akan lepas.


tetapi orang tak bersalah perlu dilepaskan dari fitnah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...