NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, March 15, 2012

#FitnahPR : Siapa Kata @NajibRazak & Keluarga Tak Mampu Belanja RM400k Untuk Anak Sendiri? @PMOMalaysia


Identiti wanita pekerja Hotel Shangri-La yang dikatakan telah bertindak 'menjual' borang pesanan 'Majlis Banquet' pertunangan anak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah dikenal pasti dan akan didedahkan dalam masa terdekat. (Nantikan eksklusif yang mana kemungkinan besar wanita ini akan disaman serta diberhentikan kerja)

Sebelum ini PKR mendakwa majlis pertunangan yang berjumlah RM409,767 itu dibiayai oleh Pejabat Menteri (PMO) ekoran invois yang dialamatkan secara terus kepada pejabat berkenaan. Walaupun kenyataan PMO dan pihak hotel sebelum ini yang menafikan bahawa kos tersebut dibayar PMO sebaliknya ianya dibayar sendiri oleh DS Najib dan keluarganya, ianya dilihat masih gagal menyakinkan banyak pihak.

Benarkah selaku seorang Perdana Menteri beliau tidak akan mampu berbelanja hampir setengah juta hanya untuk satu majlis pertunangan?

Menurut satu sumber yang diemelkan (dihantar oleh seseorang yang mendakwa ini tangga gaji PM & TPM tahun 1997-1999 semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM) - tangga gaji bagi seorang Perdana Menteri pada tahun 1999 serta Timbalannya adalah :
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit, tidak boleh didedah (OSA).
2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit.
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jika benar maklumat yang dikirimkan kepada saya di atas secara puratanya pendapatan bulanan bagi seorang Perdana Menteri adalah RM55,650.00.

Mengikut ilmu hisab yang saya belajar dari Siti Sifir - anggaran kasar pendapatan tahunan seorang Perdana Menteri adalah RM667,800.00 dan jumlah ini belum ditambah dengan lain-lain kemudahan serta elaun-elaun yang telah diperuntukkan kerajaan kepada PM dan TPM.

Jadi adakah seorang Perdana Menteri yang mana bapanya juga merupakan bekas Perdana Menteri tidak mampu untuk menampung kos berjumlah setengah juta jika dikira dengan pendapatan yang diperolehi oleh beliau?

Itu belum dikira dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh...

Adik kepada DS Najib Tun Razak iaitu DS Nazir Razak dari CIMB Groups dan OSK Holdings (mengikut majalah Malaysian Bussiness tahun 2008) yang merupakan antara 40 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak USD 100 juta.

Logikkah tuduhan PR bahawa DS Najib Tun Razak dan keluarga TIDAK MAMPU membiayai sendiri kos pertunangan sedangkan arwah bapa, adik beradik DS Najib Tun Razak mempunyai kekayaan sendiri yang mana ada diantara mereka memperolehi kekayaan sebelum DS Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri?

Harus diingat, individu yang melangsungkan majlis pertunangan iaitu Nooryana Najwa merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia sudah tentulah DS Najib Tun Razak selaku bapa dan juga Perdana Menteri Malaysia perlu melaksanakan kedua-dua tanggungjawabnya iaitu dengan melangsungkan majlis yang melibatkan anaknya secara besar-besaran kerana tetamu yang dijemput melibatkan individu penting negara seperti DYMM Agong dan Permaisuri, Kerabat-Kerabat Di Raja dalam dan luar negara.


Itu belum lagi kita cerita mengenai perkahwinan yang melibatkan artis 'meggi segera' di Malaysia ini yang mana ada di antara mereka melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran malah khidmat helikopter turut digunakan.

Jadi usah hairan sangat dengan jumlah yang dibelanjakan PM untuk majlis Nooryana Najwa, kerana ianya adalah majlis biasa bagi seorang VIP lebih-lebih lagi individu tersebut adalah Perdana Menteri, cuba periksa jumlah yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim untuk perkahwinan Nurul Izzah yang mana bapanya merupakan bekas banduan.

Dengar-dengar perkahwinan Nurul Izzah dilangsungkan dalam gilang-gemilang, yang mana pada waktu itu jika dikira pendapatan Anwar Ibrahim sebagai pensyarah jemputan di Universiti berapalah sangat...

Mungkin PKR dan Rafizi Ramli lebih suka DS Najib Tun Razak tunangkan anaknya secara diam-diam, lepas itu nikahkan secara diam-diam di sempadan Siam akhirnya ianya menimbulkan fitnah dan syak wasangka sebagaimana Anwar Ibrahim lakukan kepada Kak Wan masa muda-muda dulu.

Orang kata... bukan saya kata... cuba cek tengok... kikikiki...

YY : PMO cuba siasat siapa agaknya 'MOLE' dari kalangan you all... ;p

17 comments:

Anonymous said...

Takde isu sengaja nk dijadikan isu je bro. PM dh tentulah sibuk. Jd semua bil mestilah dihantar ke PMO. Jika benar Rafizi kata PMO bayar dia kena buktikan sebab sekadar dokumen yg dialamatkan kpd PMO belum membuktikan yg PM guna duit PMO.

Rafizi sengaja cari publisiti, dia berjaya dgn NFC skrg nk serang PMO. Confirm dia jd calun PRU13

HeroTamil said...

Salam Bro,

Exactly!!

Kalau Najib tak jdai Menteri pun dia tetap berharta, ramai lupa Gelaran rasmi Najib sebagai Pembesar negeri Pahang.... Orang Kaya Indera Syahbandar.

Biasa lah dengki punya hal...

bila kita tanya macaman Bekas Banduan bergaji RM1 beli rumah jutaan ringgit kat segambut tu, jejalan minta maaf kat US dulu, bagi hadiah Ferrari kat Azmin...juak pemuja peliwat/penganut PAS bebuat tak nampak jer.

herotamil@mykmu.net/jebon anak

Anonymous said...

Salam YY,

Hujah yang agak menyakinkan. Tapi hujah saudara lebih kuat jika dikemukakan dgn dokumen sokongan. Lagi smart!

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dot said...

YY,

ada ka nak dokumen segala! video tunjuk nwar sokong org Islam murtad tak nak percaya? wawancara tunjuk nwar gagal jd pm16sept sbb salah dia sendiri tak percaya? yg org tunjuk surat2 nwar ke pihak yahudi taknak percaya plak? awsj kluarkan kenyataan nwar sokong penuh keselamatan israel tak percaya jgak? video dah tunjuk nwar kongkek china doll pun tak percaya jgak? video nwr tipu penduduk kg buah pala pun tak betul jgak? smuanya konspirasi? gitu? blah la..

Yuseri Yusoff said...

Hero Tamil,

Rumah Anwar RM7juta bro bkn RM1 juta. hehehe.. Yg lain2 sy setuju apa yang bro ckp.

Anti Bohmau,

Biasalah nama pun pembangkang, keje mereka selain buat fitnah. Cari publisiti.

Ni salah satu cara cari publisiti utk jd calon PRU oleh Rafizi.

Haha!

Dot said...

sepatutnya YY tak payah lepaskan komen adik sayang yg kurang kasih sayang ni sbb komen2 cut&paste dia yg sama ni bersepah2 dlm blog2 lain.. menyemak sj. tak lalu nak baca sampah2 yg dia kaut dr blog2 busukpr tuh!!

Yuseri Yusoff said...

Done bro... komen lari tajuk otomatik buang. Saje nak bg muka kat bdk2 dahagakan kasih sayang Anwar.

Haha!

Anonymous said...

Alangkah bagus jika sebahagian dari duit 400K tu diberi kepada rakyat dibawah pemerintahannya yang miskin.

Ini barulah dikatakan mengikut kepimpinan rasul SAW.

Anonymous said...

Video Anwar pakai tuxedo menari-nari tu majlis apa? nmpk mcm grand je. benda mcm ni tak pyh la buat modal politik rafizi pondan oiii...

Anonymous said...

Pihak pembangkang kerja mereka hanya nak burukkan ahli kerajaan tahap maxima dengan fakta yg dimanipulasi supaya rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Keji betul

Anonymous said...

Pembangkang guna tektik kotor. Fitnah, tipu Dan manipulasi fakta

Anonymous said...

yang paling pelik, dia menuduh, tapi dia pulak suruh si tertuduh keluarkan bukti..confuse aku..
nampak sangat si rafizi tu baghal orangnya..

Anonymous said...

mmg la PM kita berduit byk..sapa nafikan tu..tp yg rakyat takberapa setuju ialah dimasa Pm sarankan rakyat berjimat cermat,wasatiyah buleh pulak buat knduri 400k.tu baru tunang jer.bukan total cost lg tu.kalau la PM cakap selaras apa yg dia buat kn rakyat lebih sayang.xda la pembangkang buleh spin ka apa..hakikat sebenar PM kita pun boros.tak nampak pun wasatiyah tu.rakyat hidup susah,disuruh ikat perot.mcm mana nie.PM harus berjiwa rakyat.saya tau dia kaya,tp mcm boros sgt la bro.saya pihak yg ditengah nie takakan ragu2 mengundi BN jika BN ckp serupa bikin.

Anonymous said...

aku nak jd menantu PM leh tak, kikiki

Anonymous said...

Blog pling bngang prnah sya baca.... Bdohnya mncpai tahap GABAN......

Anonymous said...

macai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...