NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, September 2, 2011

Mat Sabu, ISA, Hishamuddin dan KDN...

Mat Sabu bukan sahaja buta Sejarah.. Tapi buta perut!


Masih dalam mood raya, tapi tangan gatal hendak beri sedikit pandangan berhubung kes Mat Sabu 121...

Raya tahun ini disambut dengan kisah bengong Mat Sabu berhubung ceramahnya yang menjadi kontroversi dan mencetuskan kemarahan ramai pihak. Semuanya gara-gara pemimpin no.2 PAS ini mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong.

Manakala ada pihak yang meminta Mat Sabu dikenakan I.S.A termasuklah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan, sahabat bloggers juga tidak terkecuali ramai yang meminta KDN bertindak, malah ada yang melepaskan 'tembakan' dengan mengecam Datuk Hishamuddin Tun Hussein ada yang kata Datuk Hishamuddin hanyalah 'menteri amaran' dan juga 'pondan'.
 


Tapi sayang, ada yang bersifat melepaskan tembakan sembrono ke atas Datuk Hishamuddin Tun Hussein kerana mereka tidak dapat membezakan antara kuasa Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Kebanyakkan dari mereka hanya 'menembak' KDN kerana ramai beranggapan bahawa Datuk Hishamuddin Tun Hussein mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak polis menahan Mat Sabu di bawah I.S.A, walhal pada hakikat sebenarnya kuasa untuk menahan mana-mana individu di bawah I.S.A adalah kuasa penuh polis.

Teliti apa Tan Sri Musa Hasan kata dalam perengan kedua yang berbunyi :
"Polis di Raja Malaysia perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden PAS dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataanya itu mempunyai kecenderungan menjadi pengganas".

Penulis di link di atas marah dengan kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang dikeluarkan Utusan Malaysia pada 30 Ogos yang lalu :
"Kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataan menghina pejuang kemerdekaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang tindakan ke atas Mat Sabu akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehinggakan mendatangkan simpati kepada beliau. -
UTUSAN MALAYSIA
Saya berpendapat apa yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri ini amatlah tepat, tiada sebarang salah apa yang diungkapkan bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Hairan juga ada yang 'meronta-ronta' bila dengar kenyataan begini.

Apa yang tak kena di sini?

Lagipun kuasa untuk menahan mana-mana individu di bawah I.S.A ada kuasa penuh polis di mana PDRM berhak menahan mana-mana individu jika didapati mereka boleh mengancam keselamatan negara dan terlibat dalam kegiatan subversif.

PDRM boleh menahan individu-invidu ini di bawah I.S.A selama 60 hari, tetapi dalam tempoh 30 hari pihak PDRM hendaklah memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri mengenai penahanan terbabit, selepas itu barulah keputusan sama ada untuk melanjutkan atau membebaskan tahanan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri.

Tapi PDRM tak boleh main tahan sembrono, nak tahan orang I.S.A mereka mestilah mempunyai bukti dan asas yang kukuh, dalam kes ceramah Mat Sabu saya melihat tiada sebab kenapa perlu digunakan I.S.A memandangkan Mat Sabu tiada menggunakan sebarang senjata semasa ceramah beliau tempoh hari, mungkin sebab inilah PDRM tidak mengenakan I.S.A terhadapnya, tiada unsur subversif sebaliknya kenyataan Mat Sabu hanyalah berunsur menghasut.

Situasi Mat Sabu berbeza dengan 6 orang anggota PSM yang ditahan sebelum demontrasi Bersih 2.0 tempoh hari, kumpulan ini menjalankan kegiataan subversif di mana pihak polis menjumpai pelbagai senjata dipercayai untuk mencetuskan kekacauan pada hari demontrasi Bersih 2.0. Mengambil kira dari situlah mereka ini ditahan di bawah I.S.A sebelum dibebaskan dan didakwa di mahkamah.

Jadi dalam kes Mat Sabu wajarlah hanya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, bukannya Akta Keselamatan Dalam Negeri, ada yang guna kenyataan bekas Ketua Polis Negara kononnya kenyataan tersebut mendesak Hishamuddin Tun Hussein bertindak kenakan I.S.A walhal kenyataan Tan Sri Musa Hasan yang sebenar adalah beliau meminta PDRM memantau gerak-geri Mat Sabu kalau perlu guna I.S.A.

Tiada satu patah perkataan pun menyebut Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussein jika diteliti daripada kenyataan Tan Sri Musa Hasan tempoh hari, kerana kenyataan beliau merujuk kepada kuasa yang ada pada polis yakni Ketua Polis Negara.

Kalau selepas polis sediakan kertas siasatan, tetapi tidak didakwa di mahkamah sebagaimana tahanan Bersih 2.0 tempoh hari, saudara dan sahabat-sahabat sekelian sepatutnya 'membelasah' individu dalam gambar di bawah.

Siapa yang sepatutnya membuat pendakwaan di mahkamah...?

Menteri yang berkuasa adalah tu sebelah kanan... individu bertanggungjawab mengheret dan mendakwa mana-mana individu di mahkamah selepas polis menyediakan kertas siasatan tu.. gambar sebelah kiri!


Polis tangkap, jalankan siasatan, sediakan kertas siasatan tapi kalau individu dalam gambar atas sebelah kiri tak mahu dakwa di mahkamah tak guna juga.

Akhir sekali orang 'tembak' KDN lembik, pondan, bla bla bla...

AG rilek dok goyang telur.... lagipun tak seronok kalau Mat Sabu dikenakan I.S.A hilanglah seekor badut dalam PAS, asyik-asyik Mahfuz Omar boring juga kan?

Syok juga orang no.2 PAS IQ dia rendah, banyak faedah untuk kita juga...

Hahaha...


YY : Dalam blogging kita sahaja yang betulkan?.... masih mood raya lagi... chiow!





6 comments:

anak melayu said...

yang sebenarnya PM kita yang punya kuasa...dia la segalanya yang buat percaturan...Tadi dah tengok TV3 dah buat promo drama namewee... heran la aku..

Yuseri Yusoff said...

Namawee utk menarik sokongan kaum muda cina kepada BN bro.... saya rasa la... :)

Anonymous said...

YY,ENGKAU IKUT LA BONTOT MENTERI KDN TU SEBAB ENGKAU DAH TERMAKAN BUDI DIA.HIDUP KENA BELA MEMANG MACAM NI.

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih Anon... bukan saya kata Tan Sri Musa Hasan sendiri yg kata kat saya tempoh hari. Saya cuba tulis

Mengong said...

Haha~~ mengong! Cmtu ler otak pmkran krg kan, lain kali, cri la video yg mat sabu ni ckp tme crmah hr tu.. ni tak, main serbu ikut sedp korg ja.. tggu jer lar utusan meloya korg tu, mat sabu nak saman sbb FITNAH!! Haha. keja fitnah ja.

tokgaru said...

Sudut Tafakur.

Apa sebenarnya yang nak di perjuangkan oleh Pas ?

Adakah nak mengangkat darjat Islam ? Adakah nak mengangkat darjat Komunis ?

Orang melayu yang sokong Pas .. cuba lah cari kebenaran dalam menilai perjuangan Pas. Adakah anda mahu Islam ? Adakah pada masa yang sama anda juga mahu Komunis ?

Kepada askar dan polis pencen ..

Masa dalam tugas anda bermatian berlawan dengan komunis sampai ada yang mati dan ada yang cacat anggota seumur hidup. Kerana pada waktu itu anda melihat komunis sebagai musuh kerajaan, musuh orang melayu, musuh islam.

Tetapi bila dah pencen, anda pakai ketayap putih, takbir sana takbir sini, tandanya anda dah jadi penyokong Pas .. pada anda Umno dah tak islam lagi, kerajaan juga dah tak islam .. yang islam hanya lah Pas.

Sekarang Pas puja komunis sebagai pejuang kemerdekaan .. maknanya pada penilaian Pas anda polis dan askar pencen adalah "pengganas kejam" yang telah memerangi komunis yang dianggap pejuang kemerdekaaan oleh Pas .. dan secara tak langsung Pas nak bagi tahu memang patut pun ada di antara anda yang mati dan cacat seumur hidup kerana berlawan dengan " hero kemerdekaan " .. dan kalau di minta fatwa daripada Nik Aziz mungkin dia akan kata " pade muko askar dan polis, itu balase tuhe belako "

Jadi kalau anda askar dan polis pencen masih lagi nak sokong Pas .. memang padan lah muka korang semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...