NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, September 8, 2011

Mat Sabu Berani Berforum Tapi Takut Berdebat Dengan KJ - Apa Punya Timbalan Presiden Ni?


Kah..kah..kah...

Apalah nasib PAS dapat Timbalan Presiden pengecut dan bacul yang gagal mempertahankan maruah parti yang didokong. Semalam dilaporkan berlangsungnya satu forum di Kuala Lumpur.

Forum tersebut diadakan kononnya bertujuan untuk memberi perjelasan sebenar mengenai fakta sejarah yang diungkapkan Mat Syabu sebelum ini.

Oppss.. maaf terbalik la pulok...
Antara panel yang hadir adalah mereka yang berfahaman sosialis iaitu Hishamuddin Rais dan Prof Aziz Babi eh.. Aziz Bari. Antara tetamu yang hadir adalah bekas-bekas aktivis mahasiswa adalah dalam 100 orang, bila sebut aktivis mahasiswa ini kita sedia maklum mereka ini adalah kumpulan yang dilahirkan oleh Anwar Mat King Leather.


Apa yang dibebelkan oleh Mat Syabu-Syabu semalam?

“Kalau dibuat referundum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama. 
“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”. 
Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan. 
“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan. 
“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.
Ini antara yang diperkatakan oleh Mat Syabu-Syabu, tapi yang anehnya Mat Sabu hanya berapa berdepan dengan penyokong sendiri. Mat Syabu menolak untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin (KJ) walaupun jemputan debat tersebut bukan diusulkan oleh Pemuda UMNO sebaliknya PAS yang mencadangkan.

Nampaknya golongan hawa dalam PAS lebih 'bermaruah' berbanding dengan lebai malang PAS, sekurang-kurangnya Ketua Penerangan Muslimat PAS di Athirah Al-Bendul 'berani' jugalah untuk berdebat dengan KJ, tetapi muslimat PAS ini terdiri dari mereka yang tak cerdik, apa kelas hendak berdebat dengan orang macam KJ?

Lagipun muslimat PAS ini selalu dipinggirkan dan dinafikan hak dalam parti PAS, sebab itulah Ketua Penerangan Muslimat PAS mengatakan mereka sedia berdebat dengan KJ. Ini semua adalah untuk menaikkan diri masing-masing bertujuan supaya mereka dicalunkan dalam PRU yang akan datang.

Tapi maaflah muslimat PAS, kalau Husam Musa pun kena 'tapau' dengan KJ, apa kelas Ketua Pemuda UMNO sambut pelawaan kamu semua.

Kami mahu Mat Syabu bukan muslimat....


YY : Malaysiakini kata 500 orang.. tak patut mereka menipu yang hadir forum semalam adalah 50,00000 orang lah!!! hahahaha!



1 comment:

tokgaru said...

Sudut Tafakur.

Apa sebenarnya yang nak di perjuangkan oleh Pas ?

Adakah nak mengangkat darjat Islam ? Adakah nak mengangkat darjat Komunis ?

Orang melayu yang sokong Pas .. cuba lah cari kebenaran dalam menilai perjuangan Pas. Adakah anda mahu Islam ? Adakah pada masa yang sama anda juga mahu Komunis ?

Kepada askar dan polis pencen ..

Masa dalam tugas anda bermatian berlawan dengan komunis sampai ada yang mati dan ada yang cacat anggota seumur hidup. Kerana pada waktu itu anda melihat komunis sebagai musuh kerajaan, musuh orang melayu, musuh islam.

Tetapi bila dah pencen, anda pakai ketayap putih, takbir sana takbir sini, tandanya anda dah jadi penyokong Pas .. pada anda Umno dah tak islam lagi, kerajaan juga dah tak islam .. yang islam hanya lah Pas.

Sekarang Pas puja komunis sebagai pejuang kemerdekaan .. maknanya pada penilaian Pas anda polis dan askar pencen adalah "pengganas kejam" yang telah memerangi komunis yang dianggap pejuang kemerdekaaan oleh Pas .. dan secara tak langsung Pas nak bagi tahu memang patut pun ada di antara anda yang mati dan cacat seumur hidup kerana berlawan dengan " hero kemerdekaan " .. dan kalau di minta fatwa daripada Nik Aziz mungkin dia akan kata " pade muko askar dan polis, itu balase tuhe belako "

Jadi kalau anda askar dan polis pencen masih lagi nak sokong Pas .. memang padan lah muka korang semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...