Sistem Biometrik mula dikuatkuasakan di setiap pintu masuk pada 1 Jun 2011, sejak tarikh tersebut dilaporkan sebanyak empat warga asing ini ditahan di bawah Seksyen 73(1) I.S.A kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia.
Kesalahan tersebut merangkumi aktiviti menyeludup lebih setengah juta warga asing yang diuruskan melalui pintu-pintu masuk utama negara. Malah hasil perlaksanaan Sistem Biometrik juga beberapa individu ditahan di bawah kesalahan jenayah rentas sempadan iaitu satu kes keganasan antarabangsa dan 21 kes militan.
Sebelum penggunaan Sistem Biometik dilaksanakan pemalsuan identiti membabitkan dokumen perjalanan antarabangsa kerap berlaku kerana tiada sistem data biometrik. Melalui sistem ini, data biometrik setiap warga asing diambil di pintu masuk sempadan membolehkan pihak terbabit memantau keberadaan mereka berada di negara ini.
Data biometrik dikatakan dapat mengekang usaha sindiket antarabangsa yang selama ini bijak mencari jalan untuk menyeludup warga asing masuk ke negara kita. Aktiviti pemerdagangan manusia juga dilaporkan dalam Utusan Malaysia dan The Star di bawah laporan khas.
Antaranya laporan khas dalam Utusan Malaysia bertajuk "Gelap Mata Kerana Wang" , "Ibu Ayam Sasar Golongan Muda" , "Pemerdagangan Orang Haram" , "Terus Perangi Negara Transit" dan "Beri Penekanan Kes Eksploitasi Tenaga Buruh " . Laporan-laporan ini adalah dihasilkan melalui bantuan KDN, Dt Zaitun SUB Imigresen dan SUB Antarabangsa Khair Razman.
Dikatakan hasil daripada rentas sempadan yang merangkumi jenayah penyeludupan manusia sindiket dikatakan mampu hidup mewah dengan meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Manakala para 'ibu ayam' yang terlibat aktiviti pemerdagangan manusia pula meraih untung lumayan dengan hanya melacurkan remaja bawah umur dan warga asing yang diseludup.
Seorang mangsa - ibu tunggal yang punyai anak kecil. Berasal dari negara kejiranan, Indonesia. Memasuki Malaysia kira-kira 5 bulan yang lalu atas visa bekerja - sebagai pembantu rumah, katanya.
Nasibnya malang, dirinya terperangkap dalam jerat pemerdagangan manusia. Lebih perit lagi terperangkap dalam sindiket pelacuran. Terpaksa 'menjual' tubuhnya untuk diratap 'jantan-jantan hidung belang' dengan upah RM40.00 bagi setiap pelanggan.
Katanya lagi, itu jumlah bersih yang diterimanya. Manakala si 'ibu ayam' yang menjadi majikannya mengenakan bayaran RM158.00 dari setiap pelanggannya. Bila ditanya, berapakah jumlah pelanggan yang terpaksa dilayannya. Jawap beliau "500 pelanggan keseluruhannya, dalam tempoh lima bulan tersebut".
Mangsa begitu takut, tidak mampu untuk melarikan diri sehinggalah tertangkap dan kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan negara.Seorang rakan membuat kira-kira untung kasar setiap 'ibu ayam' :
Mangsa :
RM40.00 x 500 = RM20,000.00
RM20,000.00 / 5 bulan = RM4,000.00 (sebulan)
Ibu Ayam :
RM20,000.00 / 5 bulan = RM4,000.00 (sebulan)
Ibu Ayam :
RM158.00 - RM40.00 = RM118.00
RM118.00 x 500 pelanggan = RM59,000.00 (dalam tempoh 5 bulan mangsa dilacurkan)
Diandaikan seorang 'ibu ayam' punyai 10 'anak ayam'nya, maka :-
RM59,000.00 x 10 = RM590,000.00 (lebih 1/2 juta untung atas angin untuk tempoh 5 bulan)
RM118.00 x 500 pelanggan = RM59,000.00 (dalam tempoh 5 bulan mangsa dilacurkan)
Diandaikan seorang 'ibu ayam' punyai 10 'anak ayam'nya, maka :-
RM59,000.00 x 10 = RM590,000.00 (lebih 1/2 juta untung atas angin untuk tempoh 5 bulan)
Patutlah kerajaan Negeri Selangor memperbanyakkan rumah-rumah urut dan pusat pelacuran, lumayan rupanya keuntungan yang dikaut. Hahaha...
Keputusan KDN melaksanakan Sistem Biometrik dan Program 6P merupakan satu langkah tepat di mana segala maklumat PATI dapat digabungkan dengan data biometrik yang diambil dari setiap warga asing di pintu-pintu masuk negara.
Keputusan KDN melaksanakan Sistem Biometrik dan Program 6P merupakan satu langkah tepat di mana segala maklumat PATI dapat digabungkan dengan data biometrik yang diambil dari setiap warga asing di pintu-pintu masuk negara.
Melalui tindakan ini jenayah rentas sempadan terutama aktiviti penyeludupan manusia dapat dibendung dengan baik memandangkan melalui sistem data biometrik pihak sindiket tidak mampu untuk menyeludup warga asing sewenang-wenangnya.
Kerana setiap warga asing perlu menjalani imbasan cap jari ditambah dengan maklumat dari pelbagai agensi keselamatan dan melalui pengecaman identiti segala rekod jenayah lampau dapat dikenal-pasti dengan segera.
Patutlah peluru dikirim kepada MDN mungkin ada kumpulan yang susah cari makan selepas program ini dilaksanakan.
Tahniah kepada KDN, pegawai Imigresen dengan kerjasama syarikat-syarikat pendaftar.
YY : Dalam perlaksanaan Program 6P Datuk Hishamuddin bangga dengan semua pegawai Imigresen... Pukul 9.00 pagi akan disiarkan sambungan artikel rungutan kakitangan Imigresen. Harap dapat respon dari MDN, KSU dan KP Imigresen sendiri.
No comments:
Post a Comment