NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, September 10, 2011

Dulu Caj Astro, Kini Caj 6% Prepaid... BN Nak Menang Ke Tidak?

Alahai... apalah nasib kerajaan hari ini, selepas satu-satu 'bala' menimpa, bermula dengan Astro yang ingin menaikkan kadar yuran langganan sebanyak RM15 sebulan pada bulan Jun lepas kini pihak telekomunikasi pula mencetuskan 'bala' terbaru buat kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Tindakan Astro yang kononnya melaraskan harga langganan mereka berkuatkuasa pada 11 Julai 2011 yang lalu sebenarnya sudah membuatkan kerajaan dilihat tidak popular dan gagal mengatasi beban yang dihadapi oleh pengguna.

Malah SKMM yang berada di bawah Datuk Seri Utama Rais Yatim juga gagal mengatasi kehendak 'gila' Astro tempoh hari. Alasan pihak SKMM pada waktu itu adalah "Perkara berkenaan sememangnya dalam perhatian kami" dan "SKMM masih berbincang dengan Astro".

Dek kerana mendapat bantahan rakyat, menteri bertanggungjawab tampil dengan aksi 'garang' memberi kata dua kepada pihak Astro, tapi yang seronoknya pihak Astro juga tampil menyatakan bahawa mereka mendapat kelulusan daripada SKMM dan arahan kabinet adalah tidak sah.

Untuk selamatkan 'tengkuk' daripada dijerut rakyat yang membantah keputusan 'gila' tersebut pihak SKMM mengeluarkan kenyataan balas sebagaimana disiarkan dalam Harian Metro seperti di bawah :

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin menjelaskan mengenai pelbagai laporan yang dipaparkan oleh media mengenai keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan stesen TV berbayar Astro untuk menaikkan kadar harga langganan. 
SKMM ingin menyatakan bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai. Proses Siasatan Awam bukanlah pra-syarat kepada perlaksanaan seksyen Akta tersebut.  
Ini bercanggah dengan ulasan yang dibuat oleh beberapa media bahawa Siasatan Awam perlu diadakan sebelum Seksyen 199 di bawah AKM berkenaan penetapan harga oleh Menteri digunapakai. 
Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.  
SKMM mengawal selia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital. 
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my
Astro kata mereka dapat kelulusan SKMM, SKMM kata itu semua kuasa menteri. Hahaha...

Itu isu Astro kini kerajaan bakal 'dihentam' lagi gara-gara tindakan syarikat telekomunikasi ingin mengenakan caj 6% kepada pengguna talian prabayar. Walaupun bukan kerajaan yang diputuskan ianya turut memberi impak buruk kepada populariti kerajaan yang terus dibelenggu dengan isu kenaikkan harga barang.

Dengarnya cadangan ini datangnya daripada syarikat telekomunikasi Celcom manakala Maxis dan Digi tiada masalah dengan kenaikkan cukai 6% yang ditetapkan kerajaan sebelum ini. Sama ada betul atau tidak pihak Celcom mungkin boleh memberi kenyataan mereka.

Pengguna Celcom ada lebih kurang 11.1 juta orang di Malaysia, keuntungan suku tahun pertama saja RM499 juta. Lainlah kalau syarikat gergasi ini rugi sepanjang tahun, kira relevan jugalah kalau mereka mengatakan caj 6% adalah terlalu tinggi untuk mereka 'subsidikan'.

Mungkin ada yang cerdik pandai berhujah mengatakan cukai ini wujud sejak 1998, ya betul ianya wujud sejak 1998. Tapi itu semua rakyat di luar sana tidak ambil peduli, yang mereka tahu bila sebut ianya naik dan membebankan hal itulah yang rakyat akan bantah dan mereka akan protes.

Tidak mustahil tindakan-tindakan 'bengong' syarikat swasta boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang. Kerana kita sedia maklum apa sahaja isu yang timbul pembangkang akan guna dengan sebaik-baiknya.

PRU 13 tidak lama lagi, kerajaan sepatutnya berhati-hati menguruskan pentadbiran negara. Menteri-menteri kabinet juga perlu peka dengan sesuatu isu. Di saat ini BN tidak boleh atau jangan sesekali melakukan sebarang kesilapan yang boleh menjejaskan kepercayaan pengundi terhadap kerajaan BN.

Akhir sekali diulangi menteri terbabit ada kuasa untuk menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai....

Siapa woii menteri terbabit...?

Cuba teka... jeng...jeng...jeng...


YY : Aku kata kau... kau kata aku, akhir sekali aku dgn kau sama2 terjun lombong...


5 comments:

Hashim Putera said...

Terima Kasih dan Tahniah untuk DS Najib kerana kebijaksanaan menyelesaikan masalah kenaikan cukai kad prabayar oleh pengusaha telco.


Ingin tahu petua jadi bijak macam DS Najib sila klik katsini

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa umno sudah bersunggoh kerja kuat untuk menjadi pati pembankang ! ?
Blogger pro umno dah lama malas nak tahan banyak sangat keputusan dasar yang lihat negatif kapada umno.
Umno sokong banyak keputusan yang untungkan kaum elite .

Andaian hari ini buat PRU 13 ,PR tak payah kerja kuat sbb MUFC tendang bola masuk goal sendiri,bukan sekali.
arjuna waspada
chnagkat lobak

Anonymous said...

adakah ini unsur sabotaj terhadap kerajaan?
kpd pak2 menteri yg ada kuasa tu, jika takde telur, baik letak jawatan. memalukan!

Jeepers Creepers said...

caj astro akhirnya dah dinaikkan juga tanpa pengguna sedari.tahu tahu kena bayar lebih..akhirnya siapa yang bodoh? menteri dan kerajaan hahahaha.

Anonymous said...

Beb......kenapa BN tunduk kepada Tokan tokan Astro, Pre-paid, Tokan Judi.....senang aje beb...

Tu sebab penting kerajaan yang memerintah bersih dari segala penyelewengan, tidak merampas kuasa..tidak menipu. Rampasan kuasa memerlukan modal untuk menarik wakil wakil rakyat lompat parti. Tokan tokan dicari. Apabila BN berjaya merampas Perak. Siapakah yang sebenar mengawal keadaan?...siapa lagi jika tidak Tokan Tokan...pembahagian kontrak menjadi tidak adil lebih kepada Tokan tokan...lesen lesen dicipta untuk tokan...

Begitu juga menipu untuk berkuasa, menipu memerlukan modal yang besar, Tokan tokan terpaksa dicari..apabila memang Tokan jadi raja...

Yg memrintah hanya patung..macam UMNO kuasai parlimen kakikat nya tokan tokan yang kawal...nasib baik ada PR..kalau tidak habis Malaysia kena gadai oleh UMNOXXX.

Jom berubah...Selamatkan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...