NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, September 2, 2011

Kenyataan Media KDN Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi Australia


Kenyataan Media

YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri

Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi Australia Terhadap Aturan Pertukaran dan Penempatan Pencari Suaka dan Pelarian Antara Malaysia dan Australia

Putrajaya, 1 September 2011

Kerajaan Malaysia menghormati sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Australia mengenai aturan pertukaran pencari suaka dan pelarian yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Australia di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Aturan tersebut menetapkan bahawa Australia akan menghantar 800 orang pencari suaka ke negara ini dan sebagai pertukaran Malaysia akan menghantar 4,000 orang pelarian yang sah di bawah senarai UNHCR ke negara itu.

Keputusan Mahkamah Australia yang diputuskan semalam telah tidak memihak kepada Kerajaan Australia, bagaimanapun bukan bermakna segala komitmen kedua-dua negara untuk memerangi jenayah transnasional khususnya sindiket-sindiket yang menyeludup dan memperdagangkan manusia akan terhenti.

Persefahaman yang mendalam antara kedua-dua negara telah dimuktamadkan dan dipersetujui berasaskan objektif murni yang khusus untuk memerangi isu utama iaitu kegiatan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan manusia.

Rantaian serta jalinan sindiket yang menjadikan kedua-dua negara sebagai destinasi mahupun negara transit ditolak sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Australia dan inilah matlamat yang hendak dicapai daripada aturan yang telah dipersetujui.

Saya melihat bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia akan kekal cemerlang dan hubungan kerja antara saya selaku Menteri yang bertanggungjawab dari Malaysia serta Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Chris Bowen dari Australia akan terus dipertahankan pada masa depan.

Saya juga telah mengarahkan pegawai saya untuk berhubung rapat dengan Pejabat Menteri Bowen untuk memastikan niat murni dan matlamat asas kita untuk memerangi kezaliman dan kekejaman mereka yang sanggup memperdagang manusia yang tidak berdosa dapat kita lumpuhkan.
Strategi selanjutnya perlu difikirkan bagi terus memerangi jenayah ini dan Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama memeranginya.

YY : Masih lagi dalam mood raya...

 

2 comments:

Medabee said...

Tajuk salah eja..sja nk tegur, Tinggi jadi Tingga, harap edit yer..

Yuseri Yusoff said...

Terima kasih saudara medabee... mujur saudara perasan. Hehehe...

Selamat hari raya utk saudara... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...