Gambar Utusan Malaysia |
Masih ingat dengan remaja yang berusia 14 tahun penghidap barah tulang kronik yang ingin berbual bersama Perdana Menteri Malaysia dalam bulan lepas?
Impian remaja tersebut Nur Atikah Bazilah Samsudin, ditunaikan dengan bantuan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, yang mana pada 19 Ogos lepas impian remaja ini menjadi kenyataan dan beliau dapat berbual dengan PM Najib Tun Razak melalui telefon.
Menurut laporan Bernama Nur Atikah Bazilah dilaporkan telah meninggal dunia pada 11.05 malam semalam. Sebagai rakyat yang prihatin, bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Nur Atikah semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Takziah juga diucapkan kepada keluarga Nur Atikah di atas pemergian anak kesayangan mereka.
Al-fatihah....
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam.
Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan esok.
Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.
Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak. - Bernama
YY : Sayu bila terbayang saat bapa Nur Atikah menangis mengenangkan nasib anaknya...
No comments:
Post a Comment