NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, September 19, 2011

Cabar Nik Aziz Hantar Draf Hudud Kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat!!!


Semalam dalam Sinar Harian m/s 9 dan dalam akhbar Mingguan Malaysia turut disiarkan cerita yang sama kononnya kerajaan negeri Kelantan berharap agar terus dapat melaksanakan Hudud.

Mingguan Malaysia 18 September 2011.

Cerita pasal Hudud ini saya sudah dengar sejak umur 9 tahun, maklumlah sebagai anak Kelantan yang besar di bawah pemerintahan 'diktator' Nik Aziz kami sering disajikan dengan Hukum Hudud dan Negara Islam. Namun dari zaman Tun Mahathir hinggalah memasuki era Najib Tun Razak PAS nampaknya terus menggunakan modal 'Hudud' sebagai daya penarik untuk pengundi beragama Islam.

Jadi mengambil kira harapan besar kerajaan PAS Kelantan semalam, saya sebagai anak Kelantan ingin membuat cabaran kepada Menteri Besar yang saya kasihi iaitu TG Nik Aziz agar mengemukakan draf cadangan perlaksanaan Hudud di negeri Kelantan kepada pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.

Itu pun jika benar PAS masih ikhlas untuk meneruskan konsep negara Islam sebagaimana konsep yang diperjuangkan oleh mereka dahulu sebelum mereka 'cium mulut' dengan abang besar DAP.

Sebab kita tahu bahawa DAP menolak keras cadangan penubuhan negara Islam yang dibawa oleh PAS sebab itu konsep tersebut dilacurkan dan digantikan dengan konsep negara berkebajikan. Konsep negara berkebajikan yang sebenarnya sudah berpuluh tahun dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Tapi sebelum PAS mahupun TG  Nik Aziz sendiri menyahut cabaran ini, sedikit peringatan diberikan kepada pimpinan Lebai Malang yang ada dalam PAS hari ini. Jika draf ini dihantar saya yakin undi kaum cina kepada PAS akan hilang dengan serta-merta dan abang besar mereka DAP sudah tentu mengamuk sakan dengan cita-cita PAS ini.

Sebagai anak Kelantan saya sokong PAS laksanakan Hudud, kerana itulah yang dijanjikan kami sejak sekian lama. Alasan Tun Mahathir menolak konsep Hudud PAS dahulu tidak lagi boleh 'dijual' kepada kami rakyat Kelantan memandangkan Tun Mahathir tidak lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Akhir kata, silalah PAS sahut cabaran ini dan sebagai penutup terimalah video khas buat tatapan penyokong PAS yang kini menjadi 'lembu' DAP :





Cabaran ini terbuka sehingga akhir September 2011...


Hahahaha....


Politik lapuk la Tok Guru dikitar semula untuk menarik undi orang Islam... Pirahhh!!!


RBF PULA CABAR PAS BERDEMO BACA SINI


YY : Kalau hantar draf Hudud aku gerenti Karpal boleh berjalan semula... :)

4 comments:

Anonymous said...

Ambo setuju dgn gapo demo tulis, bilo lagi Tok Gaharu weii.

Anonymous said...

Jangan mimpi lah Pok Nik berani buat lagu tu bawa draf ke pakatan demo. Hok buat Karpal & Kit Siang anak- beranak katok kepala Pok Nik terus bisu Pok Nik terkadu-kedu. Tak berani Pok Nik nok gewe dengan Karpal Singh hok perkare HUDUD . Hok perkare HODOH buleh le Pok Nik begewe.

Tok Guru Pulau Cendana said...

Bro, aku harap dptlah hudud dilaksanakan di Kelantan, kesian org Kelate 20 thn di disajikan janji samo. Haha

Anonymous said...

Nik Aziz sakit palo doh,sb dia sendiri doh tak percaya pada org -org bawahan nya sb dia sendiri tahu perpecahan telah berlaku kepada 2 kumpulan iaitu Nik Amar kumpulan ulama dan Husan kumpulan yg bukan ulama.Jd perebutan atau pergolakan akan berlaku jika ke 2 org ini tidak di damaikan dgn bijaksana.Satu modal politik pas sudah basi.1-Fatwa hadi kafirkan UMNO makan diri.2-Negara Islam terhalang oleh kekasih hati(DAP)3-Reformasi PM dan buat melalui trafomasi keseluruhan dan pentadbiran.4-Berkonsi bahagia dgn Anuar Ibrahim makan diri.5-Terbaru hero sejarah Mat Sabu tersungkur di laman sendiri.Tu pasal Hudud di kembalikan kebajikan di tinggal sb PAS tahu takan kemana berdua-duan secara haram berdosa dengan PKR dan DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...