NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, September 11, 2011

Cukai 6% ke Atas Pengguna Prabayar - Rais Yatim Anda Gagal!




Datuk Seri Utama Rais Yatim usah banyak sangat bermain 'silap-mata' dalam isu caj 6% ke atas pengguna talian prabayar. Kenyataan beliau  dalam Berita Harian semalam bakal 'makan diri' malah tidak mustahil boleh membuatkan populariti BN hancur berkecai!

Kenyataan semalam seolah-olah menteri SKMM tidak tahu tentang pengumuman yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi.

Benarkah menteri yang menjaga SKMM tidak tahu berhubung isu caj 6% akan dikenakan ke atas pengguna? Sukar untuk saya percaya bahawa menteri terbabit tidak tahu mengenai tuntutan yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi. Kerana syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini telah pun mengadakan rundingan dengan pihak SKMM.

Buktinya pada 24 Ogos 2011 syarikat telekomunikasi mengeluarkan kenyataan dalam The Sun sebagaimana di bawah :

PETALING JAYA (Aug 24, 2011): Prepaid mobile phone users will have to pay more for airtime next month as telecommunication companies are going ahead with a plan to pass on the 6% service tax to consumers despite opposition from several quarters, sources said. Currently, the operators are absorbing the tax. 
theSun had reported on May 31 that the telcos had planned to impose the 6% service tax from July but it was put on ice after several quarters questioned the move. However, they will go ahead with the plan this time, sources said. 
It was reported earlier that the service tax will be implemented on Sept 1 but a source said the implementation date may not be the first of the month but sometime during the month. 
Sources said the dealers have been informed of the companies' plan to impose the service tax next month. Telcos are believed to have lined up strategies to address any objections to the tax imposition. 
DiGi Telecommunications Sdn Bhd head of market operations & partnerships Moharmustaqeem Mohammed, when contacted, said the company is still waiting for Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) direction but declined to speculate when the service tax will be implemented. 
"If MCMC comes up with a concrete statement, then we (telcos) will have to build an action plan on how to address that increase. There are a lot of models we can do. As an industry we need to agree on how the consumers using our services will be treated when there is an increase in tax," he said after the launch of Super Reload Social Promosi Impian Buddyz here today. 
In a statement to SunBiz, Maxis Bhd said it will respond as part of the industry at an appropriate time. "At this point, we as an industry are deliberating on the details of the service tax and also in discussion with MCMC," it said. 
Telcos' decision to pass the service tax to prepaid mobile phone users is due to dwindling revenues, cannibalised by the need to protect market share and win new customers, and forcing them to rethink their pricing strategy. 
As of March 31, 2011, Celcom has 11.33 million subscribers, of which 8.72 million or 77% were prepaid users. As it is, postpaid users are already paying the 6% service tax on top of their usage bill.

Baca bahagian yang dimerahkan dalam artikel, rundingan telah diadakan dengan SKMM cuma pihak syarikat telekomunikasi masih menunggu kata putus (arahan) daripada kementerian terbabit. Iskk..isk.. Takkan syarikat telekomunikasi bertaraf gergasi mengadakan rundingan dengan SKMM tanpa pengetahuan pak menterinya?

Hahaha...

Di sini saya membuat satu andaian bahawa Datuk Seri Rais Yatim sebenarnya dari awal tahu mengenai hajat syarikat telekomunikasi ini, sebab SKMM berada di bawah bidang kuasanya. Mana mungkin menteri yang berkaitan tidak dimaklumkan mengenai perbincangan di antara SKMM dan syarikat telekomunikasi?

Kenapa dari awal menteri terbabit tidak membentangkan perkara ini ke dalam mesyuarat jemaah kabinet? Kenapa setelah dibantah ramai pihak dan telah menjejaskan populariti BN di mata rakyat barulah uncle Dasuri keluarkan kenyataan berikut :

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membawa bantahan pengguna terhadap pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus yang dikenakan syarikat telekomunikasi seperti diumumkan semalam ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan. 
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu bagi mencari penyelesaian dan pertimbangan interim yang lain. 
“Mengikut undang-undang, cukai berkaitan levi perkhidmatan dikenakan untuk semua sektor dan caj yang dikenakan selama ini ditanggung syarikat telekomunikasi tersebut. 
“Pengenalan caj itu terhadap setiap amaun yang terlibat dalam langganan itu menyebabkan syarikat tidak lagi menanggung cukai sebaliknya dilepaskan kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau mengulas rungutan beberapa persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan pelajar berhubung pengenalan cukai itu yang dianggap membebankan dan tidak relevan dengan situasi ekonomi semasa dan bersifat menindas pengguna. 
Kelmarin, dalam satu kenyataan secara bersama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telco terbabit, pengenalan cukai itu akan dimaklumkan akan berkuatkuasa pada 15 September ini.  
Rais berkata, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak ada kuasa untuk menahan proses itu di sisi undang-undang cukai perkhidmatan sedia ada.

Bahagian yang dimerahkan di atas nampaknya lagi sekali Datuk Seri Utama Rais Yatim cuba bermain 'silap-mata'.

Bukankah Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai?


Atau pun talian prabayar tidak lagi diletakkan di bawah kategori harga perkhidmatan? Dalam kes caj 6% ini bukankah telah melibatkan kepentingan orang ramai? Hello 13.2 juta pengguna prabayar terkesan daripada keputusan ini. 


Alahai uncle Dasuri sayang...


Jangan kuat sangat main 'silap-mata' bimbang nanti BN akan menerima kesannya.  


YY : Kesian PM populariti kerajaan di bawah pimpinannya terjejas teruk gara-gara gelagat sesetengah menterinya...

3 comments:

Anonymous said...

Nah petikan The Sun 24 ogos bakal porak-peranda plan rais yatim utk menipu.

kesian pencacai UMNGOK kena tipu dgn menterinya.

Jas Salleh said...

Kesian pencacai pengganas Pakatan Pro Komunis yang ternyata menipo diri mereka sendiri.

Dalam seksyen 199 AKM, hanya melibatkan harga perkhidmatan dan bukannya CUKAI PERKHIDMATAN.

Cukai Perkhidmatan terletak di dalam Akta lain.

Diharapkan dikaji terlebih dahulu impak seksyen 199 AKM.

Polisi mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna tidak boleh dicampuri oleh Menteri MCMC melainkan dalam soal kadar harga perkhidmatan sahaja contoh kenaikan caj panggilan caj sms mms sahaja.

Harap maklum

Anonymous said...

menteri atau pemimpin yg jadi liabiliti camni la yg patut ditendang keluar. ada ramai lagi tu. pandai2 korang la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...