NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, September 21, 2011

Lepas Saman FELDA - Peneroka Saman Pula Peguam Mereka...


Ini mungkin patut dijadikan pengajaran kepada para peneroka FELDA yang lain, supaya berhati-hati dalam membuat sesuatu urusan lagi-lagi ianya melibatkan kepentingan politik sesetengah pihak. Sepatutnya 304 orang peneroka ini sudah mampu hidup mewah dengan hasil kemenangan tersebut.

Jika benar peguam-peguam yang mewakili mereka menawarkan khidmat percuma sebagaimana dicanangkan oleh Mazlan Aliman.

Tapi sayang...

Ramalan kaji cuaca kadangkala tidak tepat, disangka panas hingga ke petang ribut petir pula melanda. Kini mereka bukan hendak saman kerajaan atau FELDA, tapi hendak saman pula peguam yang telah memenangkan mereka sebelum ini, kerana pihak peneroka ini tidak berpuas-hati dalam pengagihan wang kemenangan tersebut.

Hahaha...



"kami bukan along... kami hanya mau tolong songlap"

Mari sahabat-sahabat dan saudara sekelian kita  belajar sedikit ilmu kira-kira.

Mengikut blog MyMassa peguam PAS ini menuntut 30% daripada jumlah yang dimenangi oleh peneroka iaitu RM12 juta.

Jika dihitung jumlah yang diperolehi oleh para peguam ini adalah sebanyak RM3.6 juta.

Jadi RM12 juta jumlah wang yang dimenangi ditolak kepada RM3.6 juta untuk peguam-peguam ini,  baki yang tinggal hanyalah sebanyak RM8.4 juta betul?

Berapa pula  jumlah yang diperolehi oleh peneroka-peneroka ini setelah jumlah RM8.4 juta dibahagikan antara mereka seramai 304 orang?

Jumlah yang diperolehi oleh peneroka setelah puas turun naik mahkamah, hanyalah RM 27632.00 sedangkan peguam yang menguruskan kes ini mendapat sebanyak RM 3.6 juta?

Itu pun peguam-peguam ini  tidak perlu bertaki dan bertekak  panjang-panjang dalam mahkamah, sebab mereka menang kerana kegagalan peguam pihak FELDA menghadirkan diri. Mula-mula kata percuma, tapi bila menang dituntut sebanyak 30%.

Siapa yang bodoh dan dipergunakan dalam kes ini?

Jawapannya adalah peneroka FELDA...

*PAS...wa haramu, halalku.

YY : Wahai pakcik-pakcik FELDA... bukalah mata mung...

1 comment:

Jeepers Creepers said...

biasalah bro peguam akhir zaman ni banyak yang sesat..contoh terbaik si karpal singh dgn majlis peguam..

nak hidup senang jadilah peguam tapi kat akhirat menjawaplah pulak sebab menangkan orang yang bersalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...