NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, September 11, 2011

Mat Sabu Perlu Terima Tawaran Biasiswa Dari Gerakan #marxsabu


Hahaha...

Zaman kanak-kanak kita dulu selalu ibu mesti berpesan pergi sekolah belajar rajin-rajin, jangan ponteng dan  dengar cakap cikgu tapi Mat Sabu mungkin jenis kanak-kanak degil, dan tak dengar cakap cikgu masa sekolah dulu. Maka tidak mustahillah fakta-fakta sejarah pun beliau gagal ingat malah cuba memutar-belitkan fakta yang telah tercatit sejak berpuluh-puluh tahun dulu.

Sebab sifat buta perut dan buta sejarah Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon bermurah-hati untuk menawarkan biasiswa kepada Mat Sabu supaya Mat Sabu dapat belajar sejarah di universiti tempatan. Maklumlah sungguh memalukan jika seorang yang berjawatan Timbalan Presiden PAS (kerusi no.2) untuk parti melayu kedua teramai ahlinya dilihat terlalu cetek akal fikirannya.


Saya tahu ramai ahli PAS juga malu dengan tindakan Mat Sabu, tapi mereka terpaksa membela Timbalan Presiden mereka kerana kita tahu ahli PAS begitu wa'la kepada pemimpinnya. Mat Sabu bukan sahaja tak cerdik, tapi akhlak dia juga tidaklah seindah mana. Pendek kata tidak sesuai seseorang yang berakhlak buruk macam Mat Sabu berada di dalam sebuah parti berjenama Islam.

Kalau seseorang pemimpin Islam itu akhlaknya terpuji, mana mungkin dia bersembang lucah dengan isteri orang di telefon? Mulut sentiasa berbicara mengenai akhlak pemimpin kerajaan, kononnya buruk dan teruk.  (15,468 tontonan setakat ini panas beb...)


Tapi akhlak diri sendiri rupanya lebih teruk daripada orang yang dihina. Jadi sebagai penutup saya menyeru supaya Mat Sabu menerima tawaran biasiswa daripada Gerakan. Kalau boleh ikuti sekali kelas pendidikan moral, agar kegiatan tidak bermoral seperti bercakap lucah dengan isteri orang di telefon dijauhi bro Mat Sabu kelak.

Kita boh dulu selagu...



Hahaha...

Bro Mat Sabu... jom ke sekolah!!!
Gerakan sedia menawarkan biasiswa kepada timbalan presiden PAS Mohamad Sabu untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara. 
Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata pemimpin parti pembangkang itu boleh dikatakan buta sejarah selepas melabelkan Mat Indera sebagai wira sebenar dalam kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong.

"Adalah jelas beliau ini buta sejarah, kalau begini, Gerakan bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada beliau supaya belajar semula sejarah di universiti tempatan. 
"Selain itu, beliau boleh juga belajar sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah yang lain seperti Profesor Khoo Khay Kim," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM hari ini. 
Koh berkata Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu peka dengan perjalanan sejarah negara, dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu mengikut pemahaman sendiri. 
"Beliau mesti peka dengan apa yang berlaku dalam sejarah negara, dan jika masih gagal memahaminya, Mat Sabu bolehlah dibawa duduk di hadapan Tugu Negara untuk menghayati sejarah itu," katanya. 
Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

- Bernama

YY : Dari negara Islam tukar ke Negara Kebajikan dan kini PAS menuju ke negara 'komunis'... kata kickdefella dalam entri terbarunya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...