NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, September 20, 2011

Liwat II : Dr. McDonald Ini Pakar DNA Atau Pakar Makanan Segera, Anwar Ibrahim Silap Bayar Daaa...

Dr. Brian McDonald
Hari ini mahkamah agak tersentak ekoran pakar DNA yang diimport khas oleh bro Anuwar Ibrahim bersetuju dengan andaian pihak pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan sehingga 113 jam.

taktik dan usaha Anuwar yang bergantung harap dengan kenyataan pakar ini bakal memakan dirinya sendiri. McDonald konon mendakwa dirinya berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang DNA, namun agak aneh bila seorang pakar dalam bidang yang diceburi agak tergagap-gagap menjawab soalan pihak pendakwaraya.

"Celaka hang McDonalds bikin rusak ana punya skrip..."

Anuwar sudah sakit kepala, nampaknya selepas ini McDonald wajarlah tukar karier beliau bila pulang ke negara asalnya, nasihat saya lebih elok sekiranya beliau menceburi bidang makanan segera. Lagipun nama beliau memiliki nama besar dalam bidang tersebut.

Hahahaha....
Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam. 
Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 
Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan. 
Yusof : Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam? 
McDonald: Saya bersetuju. 

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik. 
Bukan mustahil Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam. 
Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.
Beliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan. 
Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil. 
Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu supaya bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih. 
"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah. 
Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof. 
"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim. 
Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia. 
Malah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran. 
Bagaimanapun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran -MK


McDonalds buat silap besar yang mana kesilapan ini mungkin menjerumuskan Anuwar ke kamar River Buloh Inn... Klik sini baca....



YY : 76 kali tangguh kambing pun boring....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...