NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Friday, May 9, 2014

For Harith Iskandar Everything Is A Joke Even Hukum #Hudud



Adakah anda ketawa apabila membaca lawak terbaru Harith Iskandar berkaitan hukum hudud?


Mungkin bagi Harith Iskandar ia adalah gurauan semata-mata, tetapi bagi saya gurauan Harith Iskandar berkaitan Hudud seperti mempersendakan hukum Allah. 

Jika mahu menjadikan isu semasa sebagai topik lawak jenaka, apakah tiada perkara lain selain isu-isu yang melibatkan agama.

Bagi Harith Iskandar semua perkara boleh dijadikan senda gurau, bagaimana dengan saudara pembaca...?

Arios...!

Sunday, December 9, 2012

Dulu Lain Sekarang Lain -Dulu Apa Kata Anwar...?

Bukan UMNO kata, bukan MCA yang kata, bukan MIC yang kata. Tapi Anwar Ibrahim sendiri yang berkata-kata, dulu apa kata Anwar?


Lepas itu apa pula kata Anwar...?


Bukan kita kata, Anwar Ibrahim sendiri yang kata...

Selebihnya anda fikir, analisis dan nilailah sendiri...

Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula nafsu Anwar Ibrahim...

Hahaha...

Posting sambil layan Malaysia vs Thailand.

Arios!

Selamanya Harimau Malaya!

Saturday, August 25, 2012

Bantah Hudud, Karpal Harus Bertaubat Kata Nik Aziz


Hukum Hudud terus dijadikan sebagai modal kempen oleh parti PAS dalam usaha mereka untuk menarik semula sokongan masyarakat Islam terhadap parti itu yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia termasuklah rakyat Kelantan sendiri.

PAS tanpa malu 'melacurkan' hukum Allah hanya kerana ingin melihat tumbangnya UMNO, tetapi di sebalik riuh-rendah PAS kononnya mahu melaksanakan hudud tiada satu draf hudud PAS berani usulkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat walaupun usia kerjasama mereka telah menjangkau 6 tahun.

Dari kelatekito.net :

Seorang penduduk kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas. 
Abdullah Karim, 47, berkata tindakan seolah-olah Pas cuba lepas tangan dalam isu hudud dan membenarkan DAP terus menentang undang-undang itu tanpa sebarang tindakan yang konkrit. 
"Geger pasal hudud untuk buruk orang Islam lain tok sohor kalu 18 tahun tak laksana. Lo nie DAP sedap kato tolak Hudud, Pas boleh senyap jah," katanya.

Bagi penganalisa politik tindakan Nik Aziz seolah-olah membenarkan parti politik sekutunya mempermainkan agama demi menjaga hubungan kerjasama pakatan pembangkang. 
"Ini adalah bukti bahawa Pas kini sanggup menggadaikan agama demi mendapat kuasa politik. Mereka dilihat telah menghalalkan yang haram demi mengikut selera mereka," katanya. 
Bagi beliau sifat Pas kini sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal parti itu yang kini lebih bersifat sekularisme. 
Semalam Nik Aziz berkata kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya. 
"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya. 
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut. 
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.

Tuesday, July 24, 2012

Sinar Harian Disaran Adakan 'Debat Sinar Tantawi & Karpal Singh' Bertajuk - Hudud Pilihan Siapa?


Ekoran dari Debat Sinar di antara Ustaz Fathul Bari dan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi yang bertajuk 'Anak Muda Pilih Siapa' tempoh hari berlaku kekalutan kenyataan sehingga membawa 'fitnah' di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Oleh itu kami meminta Sinar Harian mengadakan satu lagi 'Debat Sinar Ustaz Nasruddin Tantawi dan Karpal Singh' untuk membicarakan tajuk 'HUDUD PILIHAN SIAPA - PAS atau DAP?'

Beranikah Tantawi mencabar Karpal Singh untuk langkah mayatnya jika Karpal Singh menolak perlaksanaan hukum hudud dalam Pakatan Rakyat!

Boleh tak Sinar Harian buat?

Saranan ini bertujuan merungkai persoalan serta kekalutan yang timbul ekoran kedua-dua pihak tetap pertahankan kenyataan mereka, jangan biarkan anak muda di luar sana keliru!

Kalau tak nak buat portal putrajaya-online bersedia anjurkannya. Sebab mereka dalam keadaan gila menuju ke Putrajaya.

Hahaha...

Friday, July 13, 2012

Friday, March 2, 2012

Tun M Hina Hudud - Apa Komen Ustaz Fathul Bari?



Saya kira ini komen paling adil dan bernas serta boleh diterima pakai berhubung isu Tun Mahathir Mohammad yang dikatakan telah menghina Hukum Hudud.

Itulah orang tua selalu pesan, kalau hendak tahu hukum agama kena tanya pada mereka yang berkelayakan dalam bidang berkenaan.

Ulama muda dalam UMNO bukan macam ulamak dalam PAS, jika pemimpin mereka melakukan kesalahan pun mereka diam dan angguk saja.

Lain kali tanyalah orang yang sepatutnya....

Wednesday, February 29, 2012

Tun Mahathir Hina Hudud?


Semalam menerima satu emel dari seorang mahasiswa yang mengatakan Tun Mahathir Mohammad telah menghina hukum hudud, ada juga yang mengatakan Tun Mahathir Mohammad terlalu jahil tentang agama.

Benarkah Tun Mahathir Mohammad menghina hukum hudud sebagaimana didakwa kebanyakkan mahasiswa pro-pembangkang di laman-laman facebook?

"sangat trkjut dgn jwpn Tun M apabila mahasiswa UNIMAS brtanye soalan mgnai isu hudud. Sy dan rakan2 mpp ukm,usim,upnm dan uum mengucap panjang. Kami sgt terkilan. beliau mmbuktikan yg beliau sgt jahil dlm isu ni. Sy akan upload vidz ucapan beliau dan kalian boleh nilai sendiri."
Tun Mahathir terus menghina Islam berkaitan ketidakadilan hudud utk dilaksanakan di Malaysia.Ucapannya dlm konvensyen mahasiswa dan politik di Unimas.Smg beliau dikurniakan hidayah dan kembali bertaubat.

Itu antara komen yang dilontarkan di facebook serta youtube, teliti transkip penuh soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan olehTun Mahathir Mohammad

SOALAN : Apakah pandangan Tun mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dan kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah kerajaan yang beraliran Islam di Malaysia tidak menjalankan di negeri mereka sendiri.

Jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohammad :
Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini  dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran. Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras  seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah.  
Sebab itu sebelum kita nak laksanakan  sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana tulah punca kepada asas kepada agama kita . Dan kalau kita baca Quran dalam bahasa yang kita faham , kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham . Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum , hukumlah dengan adil. 
Dalam Islam yang utama bukan hukuman , bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil . Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama , ada pendapat disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia. 
Mereka berkata hukum hudud ini akan dilaksanakan untuk orang Islam shj , orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan sesuatu jenayah. Mencuri umpanya , apabila kita hukum mereka , yang Islam kita potong tangan yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan . Kalau kita tanya pada diri kita , apakah ini adil ? 
Adilkah orang Islam putus tangan , orang bukan Islam masuk jel dua bulan lepas tu keluar bebas, ADILKAH ? Kalau jawapannya TIDAK ADIL, maknanya dia bukan islam. Dalam Islam hukuman mesti adil. 
Kalau kita dapati kes rogol seumpamanya, sebenarnya dalam surah An-Nisa, tak ada hukuman yang di ... apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol , dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang yang bebas dari dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh sipolan-sipolan ...Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi , apabila dia membuat tuduhan, tuduhan ini akan dianggap sebagai tuduhannya sendiri , dan dengan ini dia akan dihukum sebat sebanyak 80 kali. 
Kemudian, jika dianya hamil , melahirkan anak, maka ,  dia dituduh pula berzina . dan kemudian hukuman bagi mereka yang berzina , ini tiada dalam quran , tapi ahli feqah kata , rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh , perogol dilepas semata-mata tak ada empat orang saksi , ini semua ditambah tokok kepada agama kita, sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini .  
Kerana kita berpendapat, kalau hukuman ini kalau berat kita ni Islam , tak benar. Dalam Quran , kalau kita baca dalam bahasa yang kita boleh faham , kita akan dapati kalau hendak dihukum, hukumlah dengan adil , yang utama ialah ADIL , bukan soal saksi , bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan . 
Sebab itu mereka yang membuat cadangan nak laksanakan hukum hudud, mereka bukan bercakap mengenai HUKUM ISLAM tetapi  ianya ialah ciptaan mereka sendiri  dan kita tak dapat terima . TERIMA KASIH. 
Saya tidak layak memberi komen yang lebih tetapi ada satu komen yang ditinggalkan di laman Azli Shukri yang turut mengulas mengenai isu ini :
Salam, 
Persepsi Tun DrM ini berkisar kepada Feqah. Feqah bagi Tun DrM adalah ciptaan manusia dari pendapat mereka bukannya lansung dari Qur'an. Tafsiran ahli feqah tak boleh dijadikan hukum untuk menghukumi seorang pesalah. Pada Tun DrM Qur'an hanya beri contoh2 yang kemudiannya boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja selama mana ianya dikira adil pada realitinya masakini. 
Jadi, dari jalan berfikir di atas kita dapat mengesan satu jenis perspektif yang dipegang oleh Tun DrM. Beliau sebenarnya tidak menerima wujudnya kesepakatan atau ijma' yang diambil dari ahli-ahli yang dipanggil Ahli Feqah yang sepatutnya diterima sebagai mereka yang adil dalam mengeluarkan hukum. Tambahan lagi ianya perlu pula diijmakan pula. Prosesnya hebat sehingga ianya boleh bertahan sampai 1,400 tahun.

Cuma jika kita lihat sekarang seolah-olah macam ada ruang lompang kerana hukum yang adil yang diijma oleh ahli feqah ini sudah tidak dilaksana selepas jatuhnya Khilafah bahkan lama sebelumnya. Ada cabaran-cabaran baru yang spt dinyatakan Tun DrM yang memerlukan kesepakatan semula para ahli fiqih ini.

Ijma atau kesepakatanlah yang menjadi isunya.

Jika Tun DrM mungkin menolak ijma yang belum dapat dimuktamadkan untuk cabaran zaman ini maka sebenarnya mereka yang cuba mempromosikan hudud juga menolak keijmaan hal-hal lain yang mungkin tidak dianggap penting oleh mereka walaupun hal itu ditekankan dalam Qur'an.
 
Contoh, keijmaan dalam aqidah Ahl Sunnah, kewajiban menegakkan khilafah dsbnya. Seolah-olehnya semacam ada masaalah telur atau ayam kah yang datang dahulu. 
Jika kita fahami perspektif begini maka isu paling besar ialah mengembalikan ahli feqah kepada fungsi mereka yang sebenar-benarnya sehingga ijma mereka boleh diterimapakai dan tahan diuji oleh kesemua lapisan masyarakat. Dan syarat paling penting ianya tidak boleh diklaim sebagai hak kepartian tertentu dalam sistem demokrasi tapi merupakan satu kehendak dari ummat. 
Sehingga kita mencapai tahap ini kita masih boleh berbaik sangka dengan perspektif yang dibawa oleh Tun DrM. Tun DrM bercakap berdasarkan pengalaman praktikal yang sebenarnya yang sudah dan sedang beliau lalui dimana hukum dijadikan bahan pancingan undi dan bukannya untuk mencari keadilan. Manusia yang mempromosinya pula adalah ahli feqah yang dilantik secara ijma para pengundi dan bukan keijmaan mengikut erti yang sebenarnya.
Nampaknya Abu Aqif Studio, Panglima Perang Cyber mungkin boleh mengupas isu ini memandangkan mereka berkelulusan dalam bidang agama.

Komen pembaca...?

Thursday, November 17, 2011

#Hudud : Dulu, Kini Dan Selamanya Kita Terus Ditipu...


Laporan akhbar semalam jelas memperlihatkan kepada kita bahawa penantian pelbagai pihak untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan sebelum ke negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bakal terkubur begitu sahaja.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata PAS memerlukan MUNGKIN setahun atau dua tahun untuk mengkaji sebelum hukum hudud dilaksanakan di Kelantan secara tidak langsung membuktikan bahawa hukum hudud ini tidak lebih sekadar alat politik PAS.

Aneh sungguh hukum hudud yang dicanang lebih dua dekad yang lalu, masih belum dikaji oleh PAS sedangkan mereka mengelilingi seluruh pelusuk negara kononnya PAS ingin melaksanakan hukum berkenaan namun ianya terhalang dek kerana sikap UMNO yang menolak hukum Allah.

Nampaknya dulu, kini dan selamanya masyarakat Islam di Malaysia lebih-lebih lagi di Kelantan terus tertipu dan terus ditipu oleh mereka yang arif dalam ilmu agama.

Kempen PAS Dalam Pilihanraya Umum 1959
Sebelum berjaya bertapak di Kelantan inilah modal kempen PAS untuk memukau masyarakat Islam. Tapi kini lain pula jadinya, sekejap hudud hendak dilaksanakan, sekejap dikatakan tiada dalam dasar perjuangan.

Hudud Hanyalah 0.001 dari Hukum Islam - Hadi Awang pada 07/03/2000

Selepas itu Nik Aziz mula menarik perhatian masyarakat dengan meminta Perdana Menteri memberi kebenaran kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum berkenaan di negeri Cik Siti Wan Kembang.




Namun  selepas itu Husam Musa pula tampil mengatakan Hudud tiada dalam polisi Pakatan Rakyat :



Lihat pula sikap Anuwar Ibrahim sebelum beliau dicampak oleh dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang kini manusia lidah biawak ini menjadi orang pujaan puak lebai PAS mengatakan :


Tapi kini setelah melihat hukum hudud mampu menarik undi masyarakat Islam manusia lidah bercabang bernama Anuwar Ibrahim ini menukar pendirian dengan menyokong hudud :


Tidak habis di situ wahai saudara pembaca, setelah menyedari kenyataan itu mampu menghilangkan keyakinan pengundi bukan Islam. Anuwar Ibrahim bertukar 'warna' dengan mengatakan bahawa :



Malah pemimpin PAS yang lain juga layak digelar sebagai 'pelacur agama' kerana hukum Allah dijadikan mainan politik mereka semuanya demi melihat saudara seagama mereka yang berlainan parti terus jatuh tersungkur di bumi Malaysia :



Siapa boleh sahkan kepada saya bahawa PAS memang benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hukum Allah ini di Kelantan dan seterusnya dilaksanakan di seluruh negeri di Malaysia?
PAS... Dulu, kini dan selamanya menipu dan terus menipu...


YY : sampai bila nak kena kencing dgn ulamak oiii!

Thursday, November 10, 2011

Nik Aziz Redha Pakatan 'Lacurkan' #Hudud

Apa cerita pasal hukum hudud?

Sudahkah PAS menyiapkan draf dan dibentangkan ke pimpinan tertinggi Pakatan?

Oh... kena kencing lagi - acap kali kita katakan bahawa PAS menjadikan hukum-hukum Allah 'alat' untuk meraih undi penganut Islam sahaja. UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan gara-gara tidak melaksanakan hudud. Walhal pada hakikatnya mereka sendiri tidak pernah bersungguh-sungguh ingin melaksanakan hudud.

Tidak perlu taip panjang-panjang rasanya saya hanya perlu meletakkan beberapa paparan skrin untuk membuktikan bahawa PAS bukanlah ikhlas dalam keputusannya untuk melaksanakan hudud. Selebihnya saudara sendiri mampu berfikir betapa gilanya PAS mempermainkan hukum Allah demi kepentingan politik sempit mereka.


Di atas adalah kenyataan Anwar Ibrahim pada 22 September - beliau mengatakan beliau menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan. Tetapi kini lain pula kenyataan Anwar Ibrahim, beliau menyatakan bahawa hudud bukan agenda utama Pakatan.


Apa reaksi Nik Aziz bila Anwar Ibrahim menyatakan demikian? - Tidak mahukah penyokong PAS hatta Hadi Awang mengkafirkan Anwar Ibrahim?

Selepas itu kita lihat kenyataan Mustapha Ali :



Melihat dari sini wajarlah jika saya labelkan PAS itu PELACUR AGAMA!

YY : Kesian totok PAS... kena kencing hidup-hidup...

Wednesday, October 12, 2011

#Hudud : PAS & DAP Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju - Nik Aziz Menipu Lagi?


Hahaha...

PAS dan DAP telah mencapai kata sepakat untuk SETUJU DAN TIDAK BERSETUJU dalam pelaksanaan hudud sebagaimana dicadangkan oleh TG Nik Aziz. Menurut Lim Guang Eng yang baru sahaja dihalau dari Segamat.
"Pertemuan itu memutuskan bahawa kedua-dua DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang hudud.” - Guan Eng
Mungkin ada yang bengong fikir apa maksud setuju dan tidak bersetuju yang disebut oleh Khalifah Lim Guang Eng? Maksudnya adalah Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan melaksanakan sebarang bentuk hukum hudud jika mereka memerintah kelak.

Sebab dasar hukum hudud juga tidak terkandung dalam agenda Pakatan Rakyat. Dalam bahasa mudahnya wahai saudara pembaca yang budiman, hukum hudud yang dilaungkan oleh PAS dari dulu sampai sekarang hanyalah modal politik untuk meraih sokongan umat Islam.

Kesimpulannya tuan-tuan PAS ini sebenarnya tergolong dalam orang-orang yang MUNAFIK!


Jom nyanyi...




YY : Menipu dan terus menipu...

Monday, October 10, 2011

UMNO Tak Tolak #Hudud -Tapi PAS Yang Melengahkannya


PAS kini sedang berusaha menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud mengikut kenyataan Nik Aziz yang dikeluarkan pada 7 Oktober yang lalu. Jawatankuasa ini akan mengkaji pelaksanaan hukum hudud dari aspek teknikal sebelum melaksanakannya di negeri Kelantan.

Untuk menubuhkan Jawatankuasa ini sudah tentu PAS memerlukan satu tempoh masa untuk memilih siapa yang akan menganggotai dalam jawatankuasa berkenaan, dan perkara yang perlu diingat hukum hudud yang mana sebelum ini tenggelam tanpa berita hanya akan dibentangkan di DUN Kelantan pada bulan hadapan.

Aneh sungguh kini baru PAS hendak kaji tentang pelaksanaannya sedangkan hukum hudud telah dicanang oleh PAS kepada rakyat Kelantan sejak mula PAS bertapak di Kelantan. Percayalah saudara pembaca, hukum Allah ini akan kembali sepi sebagaimana berlaku pada 17 tahun yang lalu.

PAS tidak pernah membawa usul ini ke Mahkamah Syariah Negeri sejak ianya diluluskan pada tahun 1993 sebaliknya mereka mempersalahkan pula BN bahawa menolak hukum Allah dengan melabelkan UMNO/BN itu kafir.

Jika ayat-ayat suci Al-Quran pun PAS sanggup melacurkannya kepada 'pasangan persetubuhan' mereka iaitu kafir DAP inikan pula hukum hudud.

PAS sendiri yang melenggahkan pelaksanaannya, tapi UMNO terus dipersalahkan...

Pengamal Undang-undang berpendapat usul yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan depan bagi membolehkan mahkamah syariah melaksanakan hudud adalah bukti Pas sengaja menangguhkan pelaksanaan hudud sejak 1993
Seorang peguam yang enggan dikenali berkata undang-undang hudud dan qisas telah diluluskan Kelantan 17 tahun lalu, namun baru sekarang Pas ingin bawa usul memberikan kuasa kepada mahkamah syariah negeri.  
Beliau berkata jika ingin menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed, pemimpin itu sudah bertahun berhenti jadi pemimpin negara.
“Apa yang Pas cuba sabitkan jika kerajaan negeri sendiri boleh bawa usul dalam dewan. Kuasa terletak pada Menteri Besar dan adun-adun Pas yang sengaja melewatkan hudud itu untuk politik songsang bukannya demi agama"
“Kenapa perlu disalahkan Umno sedangkan pada 1993, Adun Umno semuanya sokong hudud untuk diluluskan dan termasuk Adun Pas. Ini bukti Umno tidak tolak hudud"
“Halangannya hanyalah Pas yang sengaja melengahkan hudud dan memburukkan Islam,” katanya.
YY : Tunggu tubuh jawatankuasa, tunggu kaji dulu, tunggu dan terus tunggu... 


Sunday, October 9, 2011

Nanyang Siangpau : Nik Aziz Jangan Sebarang Cabar DAP Dalam Isu #Hudud



Sebelum ini Berita Harian pernah melaporkan bahawa Nik Aziz mencabar DAP untuk keluar Pakatan jika tidak bersetuju dengan cadangannya untuk tetap melaksanakan hudud sekiranya Pakatan memerintah kelak.  Isu hudud dalam perjuangan PAS bukan isu yang baru, ianya telah dijadikan modal politik PAS sejak berkurun lamanya, hukum Allah ini dijadikan modal untuk meraih sokongan Islam semata-mata.

Selepas Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ingin melaksanakan hudud di Kelantan tiba-tiba Anwar Ibrahim muncul dan menyokong hasrat Nik Aziz itu, tetapi apa yang dapat tindakan Anwar Ibrahim menyokong hasrat PAS jelas memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan hanyalah bersandarkan penipuan semata-mata.

Buktinya pada 29 September Anwar Ibrahim berkata bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana ianya tidak menepati dasar bersama, perlembagaan Persekutuan dan hudud bukan agenda utama dalam Buku Jingga serta tidak menepati keputusan yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Rakyat jangan terus jadi bodoh terpedaya dengan janji bohong Nik Aziz kerana kita tahu, walaupun Pakatan memerintah kelak, PAS tetap tidak mampu melaksanakan hudud kerana mendapat tentangan hebat daripada DAP sendiri.

Ikuti artikel dari Nanyang Siangpau yang disiarkan pada 7 Oktober 2011 :

Jika DAP Masuk BN - Nik Aziz Jangan Sebarang Cabar DAP 
Wong Zi
Nik Aziz yang begitu mendesak untuk wujudkan undang-undang kuno potong kaki potong tangan, isu ini sudah lama tenggelam ditimbulkan kembali, menggegarkan semua pihak sehingga "berbau hamis darah", pada masa PRU yang semakin hampir ini, kontrovesi yang berbau hanyir darah ini amat menakutkan orang.
DAP hampir muntah darah dibuatnya, sebaliknya PKR hanya terkena sedikit tempias cuba meredakan keadaan antara satu sama lain dalam gabungn itu, yang paling bahagian dan untung ialah MCA, Gerakan dan ahli-ahli komponen BN. Selepas Tsunami politik pada Mac 2008, MCA dalam kedudukan kena belasah, kini akhirnya dapat peluang untuk meyerang balas.
 Walaupun dikatakan potong kaki potong tangan itu amat menakutkan, teapi keadaan orang-orang bukan muslim di Kelantan sudah tidak rasa takut lagi, dan orang-orang bukan Muslim di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia, walaupun mereka takutkan hantu, namun rakyat lebih rasa benci terhadap keadaan semasa yang mereka lalui.
  Tiada Musuh Selamanya Dalam Politik
  Liow Tiong Lai mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, kelihatan Liow Tiong Lai telah matikan permainan pertaruhan catur DAP. Tetapi caturan ini amat merbahaya, jika benar-benar DAP terima cabaran Liow Tiong Lai, berbuat baik dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat.
DAP masuk Barisan Nasional, dengan syarat menggantikan MCA, sekurang-kurangnya jawatan menteri dan timabalan menteri akan diserahkan kepada DAP, adakah UMNO mahu membantahnya? Adakah UMNO dapat memikirkannya?
 Kita jangan lupa, tidak kira apa cara untuk kebaikan negara ataupun untuk kebaikan UMNO itu sendiri, kerana UMNO sendiri membantah undang-undang potong kaki potong tangan.
Jika hukum hudud dilaksanakan, jika ada politikus yang akan dihukum potong kaki dan tangan, pasti orang-orang dalam parti Islam juga akan menerima akibatnya, akhiarnya nanti orang-orang yang banyak lakukan kesalahan yang besar-besar yang berpanjangan termasuk politikus-politikus, pegawai dan menteri tidak akan terlepas dari hukuman itu.
Ahli parllimen golongan muda DAP, pasti membantah DAP masuk ke dalam BN, tetapi pada ketika dulu ada rekod mereka pernah berbincang berkaitan itu, jika keadaan politik akan datang tidak berubah, siapa tahu musuh akan jadi kawan? Nik Aziz pernah bercakap perkara yang sama. 
Jika Nik Aziz ikhlas- acap kali kita melakukan cabaran agar mengemukakan draf hudud ke dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, namun satu perkara yang perlu Nik Aziz ingat adalah jika draf dikemukakan sokongan cina akan hilang dan jika keputusan ini tidak dibawa ke dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bermakna Nik Aziz bukanlah ulama tetapi ular dalam semak...


YY : So... Tok Guru tunggu gapo lagi...? Ambo sokong demo masuk hudud dalam manifesto 
pilihanraya!



Thursday, October 6, 2011

PAS Panik Dengan Kenyataan DHPP - Tipu Kata Laporan Media Tidak Tepat


Panik nampaknya para pemimpin PAS bila Ketua DHPP membidas tindakan PAS yang tidak berbincang dengannya berhubung keputusan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Hu Pang Chaw dalam kenyataannya sebelum ini meminta PAS menghentikan niat mereka jika tidak mahu hilang sokongan dari penyokong yang bukan Islam.

Justeru itu saya melihat PAS kini dalam dilema, sebab itu draf hudud pun mereka tidak mampu kemukakan kepada pimpinan tertinggi PR. Kalau mereka kemukakan sudah tentu undi bukan Islam dari DHPP sendiri akan hilang, tapi kalau tak tunaikan cakap mereka sudah tentu orang Islam lagi tolak perjuangan palsu PAS.

"Tembelang Pas Kelantan kini pecah apabila cuba menutup kebenaran kenyataan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menyifatkan sokongan bukan Islam kepada Pas semakin merosot akibat hudud. 
Dalam keadaan Panik, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan secepat mungkin membuat kenyataan dalam harakadaily mengatakan pandangan DHPP yang dilaporkan media kurang tepat. 
Hakikatnya, kurang tepat tidak bermakna salah,cuma aspek laporan disiarkan tidak menepati citarasa Pas. Dr Mohamed Fadzli menjelaskan beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh Pas bukan sahaja untuk menentang BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama. 
Beliau dengan sendirinya mendakwa bahawasanya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong Pas di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan Pas untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud. 
“Malah ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini,” ujarnya . 
Ujarnya tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap Pas kerana beliau yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan Pas.
Tambahnya, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi. 
Isu hudud Pas kini ibarat jatuh ditimpa tangga apabila orang Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Pas dalam melaksanakan hudud. 
Pelaksanaan hudud itu tidak dijalankan berikutan keputusan Majlis Pakatan Pembangkang (MPP) minggu lepas, yang dihadiri PAS, DAP dan PKR. Tetapi Kerajaan Pas Kelantan masih mahu melaksanakannya sekaligus menimbulkan kekeliruan. 
Justeru, Dewan Himpunan Penyokong Pas Kebangsaan (DHPP) menjangkakan sokongan terhadap Pas di kalangan bukan Islam di negeri sebelah pantai barat akan merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13, berikutan isu hukum Hudud. 
Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan. Beliau berkata, bukan Islam memberi sokongan kepada Pas dan Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mahukan satu pembaharuan dalam ideologi politik yang sesuai dengan suasana negara ini. 
“Di Kelantan, ia mungkin tidak ketara kerana bukan Islam adalah kalangan minoriti, tetapi hudud menjadi isu besar isu besar dalam masayarat bukan islam di pantai barat, kerana yang mereka mahukan ialah suatu pembaharuan dari segi corak pemerintahan dan bukan hudud. 
“Tiba-tiba Pas bawa isu hudud, walaupun dikatakan hanya untuk laksana di Kelantan, tapi ia menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah satu langkah pertama, satu percubaan Pas. 
“Saya tidak nafi bahawa Pas memang tidak pernah ajak DHPP bincang (soal pelaksanaan Hudud) atau rujuk bagi dapatkan pandangan bukan Islam, malah tidak pernah jemput kami bersama dalam mana-mana peringkat mesyuarat pun. Ini merupakan satu kecuaian Pas.” 
Hu yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran KotaBharu,berkata Pas tidak boleh rumuskan bahawa hudud mendapat sokongan bukan Islam di Kelantan, memandangkan jumlah kaum Cina hanya tiga peratus berbanding jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang. 
Katanya, Pas harus berpegang kepada ajaran Islam yang mengutamakan ciri-ciri menerang dan mendidik iaitu mendakwah, namun apa yang berlaku di Malaysia ialah melarang dan menghukum. - KHABAR KOTA BARU
YY : Telan mati mak...luah mati bapak... nampaknya Nik Aziz terpaksa terus kulum saja... Hahaha

Wednesday, October 5, 2011

Must Read : PAS and DAP’s Differing Ideologies: Breakup Is Inevitable


The hudud issue and mitigation of it by PAS signals that the heat of election is drawing nearer. Fixation with the hudud debate somehow would eventually result in the three parties of Pakatan Rakyat failing to see eye to eye with one another.

There goes the ‘colorful’ unity coherence of ideologies, beliefs, races and religions of the opposition party coalition. With that five-letter word, all of their effort and hard work of trying to ‘dethrone’ its archrival Barisan Nasional for a change which has been burning in the hearts of those hopeful Malaysians may be gone.


The Hudud


So what is hudud? Hudud is the word often used in Islamic literature for the bounds of acceptable behavior and the punishments for serious crimes. In Islamic law or Sharia, hudud usually refers to the class of punishments that are fixed for certain crimes that are considered to be "claims of God" They include theft, fornication, consumption of alcohol, and apostasy.

A simmering feud within Pakatan over hudud started to crop up again after Datuk Nik Aziz Nik Mat rekindled PAS' longstanding wish to implement the Islamic law in Kelantan. The issue came to a boiling point after PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim came out to back the Kelantan government's push for hudud law to be enacted in the longtime PAS-county.

No one should be under the illusion that PAS has abandoned its hudud goal. Its espousal of a welfare state instead of a hudud-committed Islamic state is a crafty political tactic geared towards winning the non-Muslim votes. If one remembers correctly, the championing of hudud has been a bittersweet journey for PAS, with NO light at the end of the tunnel just yet. As soon as it came to power in Kelantan in 1990 PAS sought to introduce hudud. It did the same thing in Terengganu in 1999, after its victory in the 10th General Election, even though the common manifesto PAS shared with its other Barisan Alternatif partners made no mention of hudud or an Islamic state.

Anwar Backs Hudud 


“In principle, I believe it (hudud laws) can be implemented (in Kelantan).

“Looking at specific areas, there is clear guarantee of an administration of justice and it does not in any way infringe on the rights of non-Muslims,” Anwar was quoted telling the reporters.

Anwar also said that he was expressing his personal stand and it was not on behalf of Pakatan. This is the first time Anwar has openly supported the push for hudud law. Pakatan debated the hudud issue but did not come to an agreement because the DAP was voluble in opposing its implementation. Meanwhile, PAS was equally adamant in its hudud stance and is not willing to back down. The lust for power is also the reason why the de facto leader of PKR has given his backing/blessings to PAS’ in its effort to get hudud enacted. The twist in the political plot owing to Anwar’s above statement should really be no surprises to anyone.
   
Karpal and DAP’s Stand

The Opposition leader's controversial endorsement caught DAP by surprise as it had strongly opposed PAS' Islamic state ambition from day one (and by the way things have been going, very likely, forever). Karpal Singh mentioned that the fear among non-Muslims that the implementation of hudud law was a step forward in the creation of an Islamic state was justified. An Islamic state is a type of government, in which the primary basis for government is Islamic religious law.

It was offensive to the DAP guys for Anwar to be expressing his support for the Kelantan Mentri Besar's move to adopt the hudud criminal code. To add insult to the wound, Jason Ong Khan Lee, who is the Bukit Bendera PKR division head, said DAP should respect PAS on the subject of Islam.

“It is the party's right to champion an Islamic state, as PAS is by formation and nature, an Islamist party,” he was quoted responding to the Karpal and Lim Guan Eng’s statement opposing Nik Aziz on the hudud issue.

DAP apparently had enough of Nik Aziz’s rambling on hudud and turns to PAS president Datuk Seri Abdul HadiAwang to clear the air on the hudud controversy. Karpal said it was important for the PAS president to make a clear stand on the matter. Nik Aziz said the state government would go ahead and set up an Islamic state with or without the support of its Opposition coalition partners. Karpal then openly challenged Nik Aziz’s authority by calling him as PAS' spiritual advisor, and thus is “not part of the leadership proper” in Pakatan and had, therefore, no bearing on the coalition.
 Irreconcilable Differences?

The subject was abandoned for lack of consensus as neither the DAP nor PAS were willing to compromise. They met up last Wednesday to yet another less than fruitful meeting. It shows that there is a clear division in Pakatan on the hudud matter as the coalition is unable to agree on a joint stand for voters to consider them in the next general election.

The whole hullabaloo exposed the incongruity of the temporary marriage of convenience that is Pakatan. The vision of DAP is to establish what they call ‘Middle Malaysia’ – a peaceful and prosperous social democracy that can unite its disparate races and diverse religions and cultures.

PAS, on the other hand, is an Islamist political party which aims to establish Malaysia as a country based on Islamic legal theory derived from the primary sources of Islam, the Quran, Sunnah as well as Hadiths. Islamic State of Malaysia, if you want to call it that.

With a general election in the offing, PAS sees it as important to stand up to DAP over hudud to satisfy its traditional clienteles in Kelantan, Terengganu and possibly Kedah – the three Malay states where it wants to retain power. However, Pakatan might want to unsheathe their claws and refrain from scratching each other to make sure that they will still be seen as one entity before the 13th General Election. Now’s certainly not the time for that. Or else, irreconcilable differences would lead to further complications and inevitably a divorce.


YY : PAS tau 'pelanggan' tradisional mereka di Kelantan mula jauh hati dengan mereka sejak mereka 'bersetubuh' dengan DAP.. Nak tak nak Hudud mesti dikitar semula dan dijadikan modal politik. 


Friday, September 23, 2011

Kelantan Mampu Buat Hudud Tanpa Persetujuan Pusat - Nik Aziz Tunggu Apa Lagi?

Hukum Hudud mula dicanang dan di kitar semula oleh Nik Aziz untuk menarik undi orang Islam, idea kitar semula ini mula timbul ekoran penolakkan besaran orang Islam terhadap PAS sejak mereka menjalin 'persetubuhan' dengan abang besar mereka iaitu DAP.

Dulu Nik Aziz pernah menyalahkah Mahathir kononnya Tun Mahathir menolak hudud, namun kini era Mahathir sudah berlalu. Kenapa Nik Aziz masih tarik-tali berhubung isu hudud?

Menurut blog Angin Perubahan kerajaan negeri Kelantan sebenarnya boleh melaksanakan Hudud tanpa menunggu persetujuan kerajaan Pusat. Apa yang kerajaan negeri perlu hanyalah persetujuan Sultan.

Jadi apa kata Nik Aziz hantar draf Hudud kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Dengarnya Anwar pun sudah bersetuju PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.

Jadi kita cabar Nik Aziz kemukakan draf kepada DAP....

Silap hari bulan kita boleh tengok Karpal berjalan semula...

Hahaha...

Di petik dari Angin Perubahan :

Akhirnya Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Pembangkang menyatakan hudud gagal dilaksanakan kerana kerajaan pusat menghalangnya. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Mengapa perlu menunggu kelulusan kerajaan pusat? Sebenarnya kerajaan negeri Kelantan sudah pun bersetuju untuk melaksanakan undang undang hudud pada tahun 1993, namun mereka tidak melaksanakannya. 
Menurut perlembagaan persekutuan, Perkara 76 (1), kerajaan negeri boleh melaksanakan sesuatu enakmen undang undang hanya dengan perkenan daripada Sultan.
Oleh itu, mengapa undang undang hudud yang pernah dibentangkan di Kelantan dan Terengganu berbeza? Mengapa tidak ada "bughah" dalam draf hudud negeri Kelantan. Beranikah pakatan pembangkang memasukkan agenda hudud dalam manifesto pilihan raya nanti?

Bentangkanlah di parlimen, mengapa perlu menyalahkan pihak lain sedangkan mereka boleh berbuat demikian dengan sendirinya.


Dari Blog Tun Faisal :


Jangan lupa pengumuman Pas semasa di Tenang bahawa Pas tidak akan laksana hudud, suatu pengumuman yang dilihat ramai sebagai langkah `desperate' Pas untuk menarik undi kaum Cina bagi memenangi Pilihan Raya Kecil di Tenang.
LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.
Ok apa kesimpulannya di sini adalah, PAS sebenarnya tidak berniat pun hendak melaksanakan hudud, hukum ini hanya dijadikan modal politik PAS untuk meraih simpati orang Islam setiap kali menjelangnya tarikh pilihanraya.

FLIP-FLOP.....

YY : Cabar PAS masukkan Hukum Hudud dalam manifesto pilihanraya yang akan datang...

Monday, September 19, 2011

Cabar Nik Aziz Hantar Draf Hudud Kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat!!!


Semalam dalam Sinar Harian m/s 9 dan dalam akhbar Mingguan Malaysia turut disiarkan cerita yang sama kononnya kerajaan negeri Kelantan berharap agar terus dapat melaksanakan Hudud.

Mingguan Malaysia 18 September 2011.

Cerita pasal Hudud ini saya sudah dengar sejak umur 9 tahun, maklumlah sebagai anak Kelantan yang besar di bawah pemerintahan 'diktator' Nik Aziz kami sering disajikan dengan Hukum Hudud dan Negara Islam. Namun dari zaman Tun Mahathir hinggalah memasuki era Najib Tun Razak PAS nampaknya terus menggunakan modal 'Hudud' sebagai daya penarik untuk pengundi beragama Islam.

Jadi mengambil kira harapan besar kerajaan PAS Kelantan semalam, saya sebagai anak Kelantan ingin membuat cabaran kepada Menteri Besar yang saya kasihi iaitu TG Nik Aziz agar mengemukakan draf cadangan perlaksanaan Hudud di negeri Kelantan kepada pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.

Itu pun jika benar PAS masih ikhlas untuk meneruskan konsep negara Islam sebagaimana konsep yang diperjuangkan oleh mereka dahulu sebelum mereka 'cium mulut' dengan abang besar DAP.

Sebab kita tahu bahawa DAP menolak keras cadangan penubuhan negara Islam yang dibawa oleh PAS sebab itu konsep tersebut dilacurkan dan digantikan dengan konsep negara berkebajikan. Konsep negara berkebajikan yang sebenarnya sudah berpuluh tahun dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Tapi sebelum PAS mahupun TG  Nik Aziz sendiri menyahut cabaran ini, sedikit peringatan diberikan kepada pimpinan Lebai Malang yang ada dalam PAS hari ini. Jika draf ini dihantar saya yakin undi kaum cina kepada PAS akan hilang dengan serta-merta dan abang besar mereka DAP sudah tentu mengamuk sakan dengan cita-cita PAS ini.

Sebagai anak Kelantan saya sokong PAS laksanakan Hudud, kerana itulah yang dijanjikan kami sejak sekian lama. Alasan Tun Mahathir menolak konsep Hudud PAS dahulu tidak lagi boleh 'dijual' kepada kami rakyat Kelantan memandangkan Tun Mahathir tidak lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Akhir kata, silalah PAS sahut cabaran ini dan sebagai penutup terimalah video khas buat tatapan penyokong PAS yang kini menjadi 'lembu' DAP :





Cabaran ini terbuka sehingga akhir September 2011...


Hahahaha....


Politik lapuk la Tok Guru dikitar semula untuk menarik undi orang Islam... Pirahhh!!!


RBF PULA CABAR PAS BERDEMO BACA SINI


YY : Kalau hantar draf Hudud aku gerenti Karpal boleh berjalan semula... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal