NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, September 11, 2011

Tahniah PAS - Kelantan Juara... Juara Apa???


Tahniah ambo ucapkan kepada kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, kerana sepanjang 21 tahun pemerintahan sudah terbukti banyak kejayaan yang dibawa oleh PAS.

Jom ucap tahniah kepada PAS di atas kejayaan :

1) Kejayaan menjadikan Kelantan sebagai 'hub AIDS' sebagaimana diakui oleh YB Wan Ubaidah Omar, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan pada tahun lepas bahawa Kelantan mencatat jumlah pesakit AIDS yang tertinggi. 14 buah negeri di Malaysia negeri yang ditadbir oleh para ulamak mencatat jumlah penyakit AIDS tertinggi.


Tahniah PAS...


2) Kejayaan meningkatkan statistik kes sumbang mahram walaupun bukan negeri kes sumbang mahram tertinggi tapi kes ini dilaporkan meningkat di Kelantan - Dari bapa 'taler' anak sehinggalah kes ibu 'panjat' anak lelaki sendiri, dari muda sehinggalah yang menunggu masa nak mampos.

Bulan November 2010 seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,900 selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram bersama ibu kandungnya, Hasmah Mat Adam, 49, seorang penoreh getah yang juga dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM2,900. Termasuklah kes bapa sebaya usia dengan Nik Aziz 'taler' anak berusia 10 tahun dalam kandang lembu.

Ada banyak lagi kes sumbang mahram, cukuplah diberikan dua contoh untuk membuktikan bahawa PAS memang 'berjaya' mendidik rakyat Kelantan.

Tahniah PAS...


3) 'Kejayaan' PAS dalam memberikan perkhidmatan air yang terbaik kepada rakyat Kelantan, sebagaimana kenyataan Nik Aziz bahawa PAS Kelantan memerlukan 7 tahun lagi untuk menyelesaikan kemelut krisis air yang dialami oleh rakyat Kelantan. 21 tahun pemerintahan dia  gagal sediakan mutu air yang sempurna diminta lagi 7 tahun peluang diberikan?

Tahniah PAS...


4) Kejayaan terbaru  PAS dalam mentadbir negeri Kelantan rujuk paparan akhbar di bawah :


Kahwin pada usia muda bukan satu perkara pelik, tapi bila orang muda kahwin disebabkan terlanjur itu adalah perkara yang perlu dipelikkan. Dan mengikut jumlah terbaru Kelantan mencatat jumlah perkahwinan membabitkan gadis bawah umur tertinggi berbanding dengan negeri-negeri diperintah oleh 'kafir BN'. Gadis yang terlanjur meningkat di Kelantan?

Sekali lagi kita ucapkan tahniah PAS...


YY : Yang terbaru dengarnya Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan dinaikkan kadar sewa oleh kerajaan PAS Kelantan memaksa pihak KAFA membayar jumlah yang tinggi bermula musim depan betul ke?

3 comments:

JOJO said...

Tolong la bg fakta dan statistik yg jelas sikit. Yg aku tau, bukan setakat kelantan, kt seluruh malaysia, masalah jenayah, sosial makin meningkat. Kt kelantan khususnya, elok2 kerajaan buat pelbagai program nak betulkan semula rakyat, BN buat dajal rosakkan minda. Apa tidaknya. Korang bukalah TV dan tgkla rancangan apa yg ditayangkan. Usahkan adegan filem luar, drama kita skrg pun dh berani tonjol adegan TV/media masih papar benda xsenonoh!! Ustaz2 ulama2 UMNO, takkan xboleh larang? Ustazah Mashitah yg cantik manis, takkan xboleh bg komen kot..

Anonymous said...

Kahkahkah... pencacai DaPIG bernama JOJO tk terima hakikat

Anonymous said...

Abe Nas Kata :

Bertuah kepimpinan PAS punya penyokong tahap taksub seperti JOJO. Kalau kita kata :
a) AIDS tertinggi di Kelantan , mereka kata orang siam yang bawak.
b) sumbang mahram meningkat, mereka kata program umno yang buat.
c) Masalah air yang serius , mereka kata itu biasa di padang pasir zaman nabi pun takde air.
d) Sistem jalanraya yang teruk, mereka kata itu kerja kerajaan pusat.
e) Gagal tarik pelabur, mereka kata kerajaan pusat yang block.

Maka, apakah alasan untuk menyokong PAS? Kerana ISLAM? Apa PAS buat untuk ISLAM? Dimana Hudud? Dimana negara Islam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...