NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, April 9, 2011

Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman - Part 2

Pembangunan Pendidikan.

Kemajuan sesebuah negara tidak bermakna tanpa kemudahan pendidikan yang sempurna kepada rakyatnya. Menyedari kepentingan pendidikan kepada rakyat saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri beberapa buah sekolah di sekitar pendalaman Sarawak dalam penjelajahan saya ke tujuh buah Dun semalam.

Perjalanan kami semalam turut disertai oleh kakitangan pengendali portal www.sarawakpage.com

Dalam misi kami semalam yang memakan masa 16 jam, matlamat utama saya yang sebenarnya adalah ingin melihat kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan BN di kawasan pendalaman Sarawak kerana ramai pihak yang beranggapan bahawa sekolah-sekolah di pendalaman Sarawak dalam keadaan daif.

Lokasi pertama sekolah yang kami tuju semalam adalah ialah Sekolah Kebangsaan Kg. Serdeng Daro. Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 61 orang manakala guru pengajarnya pula berjumlah seramai 13 orang. Bersebelahan sekolah ini terdapat sebuah tadika Kemas.

Papan Tanda Menyambut Kedatang Tetamu SK Serdeng.

Daripada apa yang saya lihat, kemudahan pendidikan di sekolah ini dalam keadaan selesa untuk digunakan. Memandangkan jumlah muridnya yang tidaklah terlalu ramai.

Kemudahan Taman Permainan di SK Serdeng.
Kemudahan Tadika Kemas Bersebelahan SK Serdeng.


Murid-Murid SK Serdeng Teruja Melihat Kedatangan Kami.
Dahulu jalan utama yang menghubung Kg. Serdeng hanyalah melalui feri air, namun kini kemudahan jalanraya yang sempurna telah lama disiapkan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh BN.

Selepas meninjau kemudahan di Sekolah Kebangsaan Kg. Serdeng. Kami ke perkampungan seterusnya iaitu Kampung Belawai yang terletak di bawah parlimen Tanjung Manis. Di kampung Belawai terdapat dua  sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abg. Desa dan Sekolah Kebangsaan Abang Buyuk. 

Jika melihat kemudahan bangunan sekolah bagi saya ianya cukup selesa untuk rakyat setempat.

Di sini saya tidak sempat merakamkan secara terperinci jumlah murid sekolahnya kerana memandangkan rombongan kami mendapat sambutan hangat penduduk. Di sini ada beberapa penduduk yang memanggil saya dan meminta saya rakamkan pandangan mereka serta hasrat mereka. Saya akan muat-naik rakaman video mereka dalam artikel yang akan datang.

Penduduk Kg. Belawai Menyambut Baik Kedatangan Kami.
Selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Abang Desa, lebih kurang 10 minit dari situ terdapat sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abang Buyuk Jerijeh juga terletak dalam Kampung Belawai.

Papan Tanda SK Abang Buyuk.
Sekolah ini memiliki 114 orang murid manakala tenaga pengajarnya pula berjumlah 15 orang dibantu dengan 2 kakitangan.  Ketika meninjau kemudahan di Sekolah ini, saya sempat berbual bersama Penolong Kanan HEM di sekolah tersebut iaitu Cikgu Alawi Haji Sidek.

Pen. Kanan HEM Cikgu Alawai Haji Sidek.


Blok Kelas di SK Abang Buyut

Dalam perbualan ringkas kami, beliau menyatakan bahawa selama beliau mengajar di sekolah berkenaan yang mencecah hampir 15 tahun. Tidak pernah kerajaan mengabaikan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada sekolah tersebut.

Antara Salah Satu Kelas di SK Abang Buyuk.
Suasana Pembelajaran di SK Abang Buyuk.

Namun dalam masa yang sama, beliau berharap agar dapat ditambah satu blok baru memandangkan beliau menjangkakan pertambahan murid akan berlaku ekoran daripada kemajuan yang sedang dinaik-taraf di Kampung Belawai. Ini saya nyatakan di sini kerana menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat guru terbabit.

Selesai sahaja meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan Abang Buyuk, rombongan kami beredar ke sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abang Galau.

Papan Tanda SK Abang Galau.

Keadaan sekolah ini lebih baik kerana sekolah ini menggunakan 100 % bangunan batu. Di sekolah ini kami disambut meriah oleh para guru serta kakitangannya.

Blok Bangunan SK Abang Galau
Kemudahan Makmal Komputer SK Abang Galau.

Bersebelahan bangunan sekolah terdapat dua blok iaitu karters guru lelaki dan wanita. Malah terdapat juga satu pondok pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam demi memastikan keselamatan sekolah terbabit.

Blok Kuarters Guru SK Abang Galau.


Bersambung..








Double Y : Esok kisah ekonomi penduduk pula.. Maaf mengambil masa yang lama untuk menyiarkan artikel 2-3 hari ni broadband slow wifi juga agak slow.. hehehe

4 comments:

hilbert said...

Salam bro YY,

Jangan lupa bawa rombongan menjelajah sehingga ke N50 Dalat dan terus ke N51 Balingian.

Saya di N50 Dalat.. tapi blom balik kawasan lagi setakat ni..dekat hari mengundi baru balik

Anonymous said...

Tahniah kepada rakyat rakyat Sarawak, pembangunan di sana amat membanggakan, begitu juga di Negeri Sabah,selamat mengundi.Maaf Saudar Y, Tulisan warna emas berlatarbelakangkan biri tua amat sukar dibaca.
Salam Se Malaysia
Angin Menderu

Yuseri Yusoff said...

Bro Hilbert.

InsyaAllah kalau sempat saya singgah di DUN bro Cover.

anon April 10, 2011 1:44 AM,

Lagi gambar saya akan upload kemudian..

Anonymous said...

Salam Bro Double-Y,

Tahniah atas laporan. Kesanggupan meredah masa 16 jam perjalanan sangat membanggakan pembacamu.

Ingat fokus, nilai dan tunjukkan adakan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat telah dibawa ke kawasan pedalaman juga.

Sesungguhnya masyarakat luar bandar atau kawasan pedalaman ini tidak banyak songeh tetapi kejujuran dan amanah kerajaan jadi penentu.

Moga lu terus sihat dan kuat menjalankan tugas murni ini.

Selat Tebrau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...