NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, April 6, 2011

Sibu : DUN N49 Nangka Pertembungan 1 Lawan 1 - Penyokong PKR 20 Orang Saja?


Sibu : DUN N49 Nangka Pertembungan 1 Lawan 1.

Calon DUN49 Nangka Dr.Annuar Rapa`ee menyampaikan ucapan ringkas.

Proses pengumuman calon Pilihanraya Negeri Sarawak untuk kerusi DUN N49 Nangka di dalam Parlimen Sibu selesai pada jam 11.00 pagi tadi dan menyaksikan dua borang pencalonan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Pengumuman calon dibuat di Dewan Kelab Melayu Kg. Nyabor (MUC) Jalan Bandong Sibu pagi tadi menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon BN yang diwakili Dr. Annuar Rapa`ee manakala calon PKR pula diwakili oleh Norhisham Mohamed Ali.

Dua calon yang sah bertanding
Calon BN Dr. Annuar Rapa`ee merupakan calon baru yang juga merupakan anak tempatan dan berbangsa Melayu Melanau. Daripada sumber yang saya terima daripada penduduk setempat, calon BN merupakan orang yang mudah mendekati rakyat setempat.



Sebelum berarak menuju ke pusat penamaan calon, Dr. Annuar Rapa`ee menyampaikan ucapan ringkas di hadapan 2,000 penyokong BN. Dalam ucapan tersebut beliau menyatakan hasrat untuk memberi khidmat kepada rakyat setempat jika diberikan peluang untuk mewakili mereka.

Dalam perarakan menuju ke pusat penamaan calon tadi, calon BN diringi lebih 2,000 penyokong yang rata-rata terdiri daripada masyarakat setempat.


Manakala suasana menyedihkan dapat dilihat dari kem PKR memandangkan jumlah penyokong mereka yang mengiringi calonnya ke pusat penamaan hanyalah 20 orang. Ini satu fakta jelas bahawa masyarakat setempat sememangnya menolak sebuah parti luar yang cuba masuk untuk menakluki negeri mereka. 

Kesian 20 orang saja penyokong PKR di Dun Nangka?

Dari pemerhatian saya sebentar tadi di pusat penamaan calon yang turut dihadiri oleh nama besar dalam Pakatan Haprak iaitu Nik Nazmi dan Lim Kit Siang. Kelihatan suasana 'suram' di sebelah penyokong PKR mungkin kerana jumlah mereka yang sangat kecil berbanding jumlah penyokong BN.


Gua blah dulu.. malu gua manyak sikit olang datang..

Namun Lim Kit Siang dilihat beredar sebelum proses pengumuman calon dibuat ini menimbulkan tanda tanya adakah beliau bertindak beredar kerana malu dengan sambutan yang dingin dari penduduk setempat terhadap calon Pakatan Haprak.

 


Double Y : Cakap-cakap mulut penduduk setempat di DUN Nangka. Dr Annuar mampu menang lebih 3,000 majoriti...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...