NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, April 3, 2011

PRN Sarawak : Isu Tanah NCR Jangan Terpengaruh Dengan Pembangkang.

BINTULU – Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang yang cenderung menuduh kerajaan mengambil tanah NCR milik rakyat dalam melaksanakan estet ladang kelapa sawit, nasihat Menteri Muda Kesihatan Awam dan Kemudahan Awam Dr Stephen Rundi Utom kepada penduduk di DUN Kemena.

Jelas beliau, kerajaan sememangnya mengakui hak milik penduduk lebih- lebih apabila melibatkan tanah NCR sekaligus menyifatkan tuduhan liar dan tidak berasas pihak terbabit(pembangkang) hanya semata- mata bertujuan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian penduduk.

Pihak kerajaan, katanya, tidak akan sewenang- wenang mengambil tanah penduduk sekiranya terbukti tanah terbabit adalah tanah NCR sepertimana yang berlaku ke atas penduduk di dua buah rumah panjang di Ulu Niah- Rh. Ranggong dan Rh. Belilie baru- baru ini.

Rundi yang juga penyandang kerusi DUN N60 Kemena turut mengingatkan golongan pemimpin akar umbi terutama ketua masyarakat, kaum dan tuai rumah termasuk pegawai kanan jabatan kerajaan untuk sama- sama mengemblengkan tenaga dan menumpukan usaha ke arah membawa pembangunan berterusan kepada penduduk luar bandar, khasnya.

Pihak terlibat perlu sedar masyarakat luarbandar masih dahaga dan laparkan pembangunan bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal maupun infrastruktur malah dari segi pembangunan pemikiran, ujarnya.

Oleh itu, jelasnya, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin akar umbi untuk menumpukan usaha yang berterusan ke arah mencapai matlamat dan impian penduduk agar seiring dengan pembangunan yang dinikmati penduduk di bandar

-www.sarawakupdate.com-


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...