BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, April 21, 2011

Kelantan Beli Air Dengan Terengganu - Bukti Masalah Air di Kelantan Tahap Kronik!

Padey doh Tok Guru weii... Padey doh!

Bila kita kata Kelantan ada masalah air yang tahap kronik, ramai yang marah. Ramai yang kata kita fitnah untuk memburuk-burukkan PAS Kelantan. Walhal itu adalah hakikat yang harus ditelan oleh 1.9 juta rakyat Kelantan yang terus menerus dibelenggu masalah air.

Penduduk di Semerak yang terletak di hujung  daerah Pasir Puteh dan bersempadanan dengan Besut ini sehingga ke hari ini terus dihimpit masalah ketiadaan bekalan air yang sempurna. Belum dikira Machang dan kawasan-kawasan yang lain.

Dan ia bukan masalah baru, malah sudah berlarutan dalam tempoh masa yang agak lama. Ini semua disebabkan kegagalan PAS Kelantan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Buat masa ini syarikat Bekalan Air Kelantan (AKSB) mendapatkan bekalan dari loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk keperluan penduduk Semerak.

Malah melalui loji ini juga digunakan untuk menyalurkan bekalan air kepada seluruh Pasir Puteh dan Machang. Sebab itu kadang-kadang penduduk Semerak kejap dapat air, sekejap tiada bekalan air. Kerana loji ini tidak mampu menampung keperluan untuk 3 buah kawasan.

.

Dalam tempoh 21 tahun memerintah, mereka gagal malah meminta lagi tempoh 17 tahun untuk menyelesaikan isu air. Jika dicampur 21 + 17 = 38. Ini bermakna rakyat Kelantan perlu melalui tempoh 38 tahun pemerintahan PAS untuk dapat air yang sempurna.

Disebabkan isu air menjadi mimpi ngeri PAS Kelantan sekarang ini, maka tindakan untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan, jadi mereka bertindak mengadakan rundingan dengan kerajaan Terengganu untuk membeli  5 juta liter air sehari dari daerah Besut untuk dibekalkan kepada penduduk Semerak.

Langkah ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Ultiliti dan Alam Sekitar Kelantan Mejar (B) Dato Mohd Aznizam. Perkara ini dimaklumkan selepas mesyuarat exco baru-baru ini.

Dan saya percaya kos untuk membeli setiap liter air ini adalah dengan menggunakan sumbangan kerajaan pusat sebanyak RM19 juta pada 10 April yang lalu. Yang disalurkan melalui Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebab sumbangan inilah baru kerajaan PAS Kelantan dapat mencari penyelesaian yang berbentuk sementara.  Kalau tanpa bantuan yang disalurkan, usah mimpi masalah air akan diselesaikan.

Mereka lebih mengutamakan projek ladang rakyat, kambing dan bazar yang boleh memberi keuntungan kepada anak beranak mereka.




Double Y : Wahai oghe semerok.. mari ambo nok royak.. pembelian air dengan Ganu ni selesai masalah smeta jah.. kalu beraso padey doh keno tindas kok puak nun.. uboh la sekali kito kelih setaro mano BN!

5 comments:

Jeffry said...

WALLY SLIPOR SKE WUDUK GUNA AIR LONGKANG BRO. AIR PAIP TAK MAIN LAAA. TU PSL SYURGA DIA BAU LONGKANG JEK KEHKEHKEH

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Bro DY.
Berkenaan perjumpaan blogger pro BN 24/4 ini.Bukan soal duit bila dikatakan dikenakan bayaran olh pihak penganjur.

Tapi agak agak lah sikit.Dah lah selama ini blogger buat keje free promo umno/bn nak dikumpulkan pun kena bayar.

Tanya Najib tak ada lebihan ke dari peruntukan yang dia dah gugurkan berpuluh juta utk sekolah Cina sehingga nak caj rm50 untk jumpa blogger yang sokong dia free selama ini?

Karat punya PM?

Double Y said...

Salam bro A.P.A

Maaf silap maklum. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Just emel ke alamat emel yg tertera hari tu saja. Then tggu mereka reply.

Putih Maya said...

salam tuan mohon pautkan link terima kasih

anti bohmau said...

hmmm..apa hak heran air takdak...kan banyak emas di kelantan? sampai boleh buat matawang sendiri plak...apa tu? dinar emas? ambik je la buat beli air!! takkan nak liquidify buat beli air time darurat mcm ni pun nak kupit lagi? siapa yg patut tanggung benda ni? rakyat yg memilih pas ka? kesian....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...