NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, April 11, 2011

Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman - Part 4

Pembangunan Ekonomi Kepada Penduduk Pendalaman Sarawak.

Ketika menjelajah tujuh buah DUN tempoh hari, selain memfokuskan aspek kemudahan sekolah kepada rakyat pendalaman Sarawak. Saya turut memerhatikan dari sudut pembangunan ekonomi.

Kebanyakkan kegiatan ekonomi penduduk di pendalaman Sarawak adalah ada diantara mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan kedai runcit dan kedai makan.

Malah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk Sarawak, agensi kerajaan di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memperkenalkan Satu Daerah Satu Industri di beberapa buah perkampungan.




Dan antara perkampungan yang mengadakan Satu Daerah Satu Industri adalah Kampung Kuala Rajang yang terletak di Dun Belawai.

Industri tenunan songket dijalankan oleh kaum wanita kampung tersebut dan dengan cara ini ianya banyak meningkatkan ekonomi mereka.



Selain daripada industri kecil yang dilakukan oleh kerajaan, ada satu pusat pegumpulan ikan yang baru disiapkan di Tanjong Manis iatu Noble Mermaid.  Di sini menjadi pusat pengumpulan ikan oleh para nelayan setempat.



Daripada maklumat yang saya dapat mengatakan bahawa, pusat pengumpulan ikan Noble Mermaid sejak dibuka memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat. Pusat pengumpulan ikan yang besar ini mempunyai beberapa peti sejuk beku untuk menempatkan ikan-ikan para nelayan tempatan sebelum ianya diborong oleh pemborong sekitar Sarawak.





Mengikut pekerja di pusat ini, kebanyakkan ikan yang dikumpul selalunya habis diborong dan ianya tidak cukup bekalan memandangkan pusat pengumpulan ikan Noble Mermaid kini menjadi tumpuan hampir semua pembekal ikan di Sarawak.

Peti untuk menyimpan ikan sementara diborong oleh pemborong tempatan.

Begitulah antara kisah penjelajahan saya ke tujuh buah Dun yang memakan masa 16 jam. Perjalanan seawalnya jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam itu membuatkan saya demam. Hehehehe.. Bro Jinggo yang memandu tanpa henti juga demam dan batuk-batuk.

Namun inilah perjuangan. Kita ingin sampaikan kepada masyarakat luar apa yang ada di pendalaman Sarawak. 

Jika diikutikan kisah ini sangat panjang, tetapi saya terpaksa ringkaskan sebaik-baiknya kerana masa saya di sini agak terhad dan suntuk. Banyak lagi kempen calon BN untuk saya bersama pasukan saya membuat liputan khusus, oleh itu saya terpaksa ringkaskan kisah ini. 

InsyaAllah gambar keseluruhan penjelajahan kami saya akan muat naik untuk tatapan pembaca.


Double Y : Demam ke, sakit ke perjuangan mesti diteruskan... 

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih sdr.Moga perjuangan sdr diberi pahala.

Jgn ikut perangai kutuk mengutuk PAS.Tak reti nak berterima kasih.Jauh sekali bersyukur.

Bukan tidak mahu pembangunan.Negeri Swak luas.Bahagian Kapit(daerah Kapit,Song n Belaga)sebesar neg Pahang.Tak silap Melaka bertuah hanya sebesar Bahagian Kuching.Maka pembangunan infrastruktur di Swak memerlu wang yg banyak.Bayangkan kalau semua peruntukan disalurkan di Kuching saja sudah tentulah kemajuannya terserlah.Hakikatnya wang dibahagi2kan utk semua kwsan.Maka tak nampak sangat ada pembangunan di tempat2 tertentu.Bukan senang nak mtadbir Swak yg luas ni.Rome is not built in a day.

Kami tetap bersabar.Cukup makan,ada tempat berlindung dr hujan n panas,hantar anak sekolah (free),sedikit simpanan utk hari tua,cukuplah tu.Kalau nak lebih kerja kena lebih kuat.Jgn pandai meminta saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...