Semalam Pemuda BN di bawah pimpinan Khairy Jamaluddin 'serbu' dua buah rumah panjang di Dun N30 Saribas.
Kehadiran KJ selaku Ketua Pemuda BN disambut meriah oleh anak-anak muda tempatan Saribas yang memang menginginkan kehadiran pemimpin muda ke kawasan mereka. Dun N30 Saribas merupakan satu kawasan panas kerana pada Pilihanraya tahun 2006 kawasan ini menyaksikan BN menang dengan hanya bermajoritikan 94 undi.
Kedatangan Khairy Jamaluddin semalam turut ditemani Datuk Megat Firdaouz Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Razi Sitam calon BN untuk Dun N30 Salibas dan Exco Pemuda UMNO Malaysia saudara Lokman Noor Adam.
Tuai Rumah Lokasi Pertama Sokong Penuh BN! |
Lokasi pertama rumah panjang yang kami tuju mempunyai 39 pintu yang dihuni lebih 200 keluarga. Tuai rumah ternyata gembira dengan kedatangan Khairy Jamaluddin. Dalam ucapan ringkas semalam, ternyata ucapan KJ agak menggamatkan suasana.
KJ menerangkan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam membela nasib dalam berhubung isu Kg. Buah Pala, dan kegagalan kerajaan PKR Selangor memberikan kemudahan air percuma yang adil kepada semua rakyat.
Selepas rumah panjang pertama, kami bergegas ke lokasi berikutnya yang juga sebuah rumah panjang. Di sini kehadiran Pemuda BN dikejutkan dengan ceramah PKR di dalam rumah yang sama. Suasana di sini agak panas memandangkan kedua-dua pihak dilihat berentap dan saling memprovokasi satu sama lain.
Calon N30 Saribas dapat pelukan daripada penghuni rumah panjang. |
Apa yang dapat saya saksikan semalam agak berlainan, KJ terus menyerang pihak PKR sehingga memaksa pihak mereka menutup ceramah yang diadakan dalam rumah tersebut yang dilihat dihadiri oleh 10 orang penghuni rumah tersebut.
KJ memerhati gelagat penceramah PKR di sebelah. |
Suasana begini saya tidak pernah lihat di semenanjung, penceramah PKR dilihat malu setelah KJ berjaya membogelkan satu persatu pembohongan mereka yang cuba di bawa kepada penghuni rumah tersebut.
Lokasi terakhir program pemuda 'serbu' Saribas semalam adalah di pekan Saribas dimana program ceramah oleh Lokman Noor Adam berlangsung. Di sini suasana panas agak mengejutkan kerana kehadiran lebih 2,000 penduduk setempat yang dahagakan kebenaran.
Di program ini selain ceramah pertandingan baju beragam kanak-kanak turut diadakan oleh Pemuda PBB untuk menghangatkan lagi suasana.
Kehadiran terlalu banyak penduduk setempat memaksa polis mengawal lalu-lintas kerana dikhuatiri berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment