NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, April 15, 2011

PANAS : Poster Calon BN di Sibu di Simbah Cat Merah!!!


Hari ini hari terakhir kempen. Nampaknya ada parti luar terdesak untuk raih sokongan pengundi. Tadi ketika saya keluar menuju ke airport Sibu saya ternampak satu poster calon BN di simbah cat merah.



Kerja simbah cat merah biasanya sinonim dengan kerja along jika di semenanjung. Tidak mungkin calon BN Bukit Assek berhutang dengan along.

Siapa punya kerja? Sibu merupakan kawasan panas dan juga dikatakan kubu kuat DAP. Adakah DAP cuba membawa budaya kempen ala gangster di Sibu?

Adakah DAP guna pakai khidmat gangster untuk buat kerja jahat ini?

2 comments:

Anonymous said...

Berilah peluang dan ruang terbaik bagi rakyat Sarawak.

Usahlah rakyat Sarawak ditipu, diugut, dipaksa dengan pelbagai kepalsuan dan manipulasi politik kapitalis UMNO/BN....

Takkanlah ‘politik rakyat Sarawak’ hanya sekadar memperjuangkan POLITIK MURAHAN mengikut sentiment sempit feudalisme dan umpanan gula-gula politik UMNO/BN seperti isu sex/lucah orang2 tertentu, liwat, video lucah bikinan UMNO, Jam OMEGA atau lain2 saja …….?

Apakah tahap politik rakyat Sarawak hari ini ( selepas 48 tahun merdeka) masih tidak mampu memikirkan politik negara dan masa depan generasi mereka yang melibatkan isu2 negara dan rakyat yang lebih besar seperti
- HAK TANAH & ketidakadilan pemerintah,
- pembolotan KHAZANAH negeri/ negara,
- agihan pembangunan yang berat sebelah & pilih bulu,
- amalan RASUAH dan penyelewengan kerajaan,
- penyalahgunaan jentera kerajaan untuk parti,
- kerosakan nilai AKHLAK & budaya bangsa,
- DADAH, krisis sosial, jenayah & kesejahteraan rakyat,
- keselamatan & kedaulatan Negara,
- sistem kerajaan demokrasi yang betul & konsep ‘separation of power’,
- kepimpinan negeri/negara yang berkredibiliti, progresif & berintegriti,
- dll.

BN tak payah lah lagi mempolitikkan dan mengeksploitasikan ‘dana rakyat & pembangunan infrastruktur’ untuk kepentingan politik peribadi ketua2 mereka. … kononnya “politik pembangunan”?

Yang ada peruntukan adalah kerajaan, bukan parti/ individu tertentu dari UMNO/BN.

Siapa yang diberi kuasa untuk tubuh kerajaan, maka dialah yang memegang kunci dana dan peruntukan negeri/ Negara!

Sesiapa yang berkuasa dialah yang mampu memberi peruntukan projek/ pembangunan kepada rakyatnya.

Oleh itu, rakyat perlu focus kepada siapa yg tadbir kerajaan negeri Sarawak selepas 16 April 2011?

BERILAH KEBEBASAN DAN KEADILAN DEMOKRASI bagi rakyat Sarawak.
Hanya rakyat Sarawak menentukan nasib dan bentuk kerajaaan negeri yang dinginkan.
Kerajaan Negeri Sarawak adalah hak mutlak rakyat Sarawak dan dengan izin Allah.

Anonymous said...

hoi anon mabuk 6:05pm.

1. HAK TANAH & ketidakadilan pemerintah,
2. pembolotan KHAZANAH negeri/ negara,
3. agihan pembangunan yang berat sebelah & pilih bulu,
4. amalan RASUAH dan penyelewengan kerajaan,
5. penyalahgunaan jentera kerajaan untuk parti,
6. kerosakan nilai AKHLAK & budaya bangsa,
7 DADAH, krisis sosial, jenayah & kesejahteraan rakyat,

SILA TENGOK SECARA LIVE DI SELANGOR
DAN PULAU PINANG UTK 1,2,3,4,5,6
DI KELANTAN UTK NO. 1,2,3,4,5,6 dan 7.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...