Wajah ini dikategorikan sebagai bahaya jika dibiarkan berkeliaran di kampung anda.. |
Walaupun Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun selesai, tapi sebenarnya banyak cerita-cerita dari Sarawak yang boleh dikongsikan dengan pembaca sekelian.
Antara kisah menarik adalah Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin yang dihalau oleh orang kampung di Saribas kerana mencetuskan provokasi serta bertindak mengugut pengundi ketika berlangsungnya proses mengundi untuk Dun terbabit.
Kejadian ini dilaporkan oleh rakan saya yang berada di sana, untuk makluman Dun Saribas merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai panas dan mendapat persaingan sengit daripada PKR. Malah ada yang meletakkan kerusi tersebut sebagai 'kerusi tidak selamat' pada awalnya.
Kejadian bermula pagi hari, di mana Zuraida Kamaruddin datang dan menyertai jentera perayu undi PKR. Zuraida Kamaruddin dikatakan merayu undi dengan cara yang tidak disenangi oleh orang tempatan, baik orang BN atau PKR sendiri.
Daripada maklumat yang saya dapat, Zuraida Kamaruddin bertindak menakut-nakutkan pengundi sehingga memaksa jentera perayu undi PKR bertindak meminta Zuraida Kamaruddin beredar dari kawasan tersebut.
Jentera perayu undi PKR ini dikatakan tidak senang dengan tindakan Zuraida Kamaruddin kerana mereka menganggap cara yang digunakan Zuraida Kamaruddin boleh menjauhkan pengundi dari memilih calon mereka.
Disebabkan kehadiran beliau yang dilihat tidak membantu, malah boleh menjauhkan sokongan pengundi Saribas terhadap PKR. Jentera wanita PKR tanpa segan silu bertindak meminta Zuraida Kamaruddin beredar dari kampung mereka.
Apa maknanya bila seorang Ketua Wanita PKR dihalau dan diherdik oleh jentera perayu undi wanita PKR sendiri?
Maknanya orang tidak suka, maknanya orang benci melihat tindakan melampau beliau yang cuba memperkenalkan budaya politik ugut dan caci ke kampung tersebut. Rata-rata penduduk kampung baik BN atau PKR bersatu meminta Zuraida Kamaruddin keluar dari kampung mereka.
Disebabkan malu dengan tindakan jentera perayu undi menghalau beliau, Zuraida Kamaruddin terus beredar dari peti undi terbabit, saya dengar-dengar ketika Zuraida Kamaruddin si mulut huduh ini juga di herdik dengan ayat "Booo balik semenanjung la" oleh orang kampung tersebut.
Inilah yang bagusnya orang Sarawak, mereka tidak akan terima jika ada orang luar masuk ke kawasan mereka dan cuba mengacau keharmonian serta ikatan ukhwah yang telah lama mereka jalinkan.
Orang Sarawak tidak terikut cara dan gaya politik semenanjung yang mana ada sanggup putus keluarga gara-gara berbeza idelogi politik.
Orang Sarawak tetap orang Sarawak walaupun berbeza fahaman politik, jika ada orang luar bertindak mencetuskan kekacauan di kampung mereka. Soal fahaman politik mereka boleh ketepikan dan mereka akan bersatu atas semangat kejiranan dan bertindak menghalau si pengacau daripada terus mengacau keharmonian kampung mereka.
Inilah semangat orang Sarawak yang wajar dicontohi.
Wahai Zuraida Kamaruddin. Jadikan ini sebagai pengajaran. Jika difikirkan kembali, memang wajarlah beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak.
Kerana dari awal lagi Ketua Menteri Sarawak sudah tahu kedatangan mereka hanya akan mencetuskan kekacauan di Sarawak.
Double Y : Orang PKR halau orang PKR. Mana pergi semangat serta kesepakatan sesama mereka?. tukar saja nama KetidaksePakatan Rakyat. Wa kah kah kah...
3 comments:
Muka pun menyeramkan lebih dari hantu Kak Limah....ha....ha...ha.
Terperanjat aku tengok gambar tu masa tengah layan Papagomo.
Ingat ke Mak Nyah pakai tudung rupanya Mak Lampir.
Tengok dekat pun masih gak macam Mak Nyah.
Sesia mengusung 'bende' tu kehulu kehilir tapi tak nampak macam pompuan.
Patut la dia masuk PKR yang berfikiran terbuka.
Kata Mat Saleh, arak di jadikan supaya perempuan bagaimana hodoh pun merasa di tiduri lelaki!
Senyum Mu Membunuh Anu Dalam Botol!!
Post a Comment