Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.
"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat.
Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya. "Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.
Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.
"Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun.
Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela. "Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.
Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
"Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.
"Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa – apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.
"Tapi kalau tengok kepada wakil – wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah – mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya.
Double Y : PAS dulu tak sama PAS sekarang..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
pas yang terlepas
fatwa pas "allah" bolih digunakan olih semua agama sebagai kata nama tuhan.
huraian kapal sink "itu kitab injil buleh guna allah, itu kuil sama tokong sama gwadarha bulih tulis allah atas itu tuhan berhala, kerana allah ada atas semua tuhan" ... so apa nak jadi.
fatwa pas "liwat, zina dan lain-lain kena ada 4 saksi yang nampak"
(kalau nak guna sumpah laknat dan ayat 6-10 surah an nur hanya untuk saspek dari kumpulan umno and the gang sahaja)
itu azan tidak buleh kasi kuat kerana ustazah teresa kok sudah marah
pas banyak terima kasih kepada dap kerana dap telah beri tanah kubur yang luas untuk melayu
hukum hudud bolih dilaksanakan dengan syarat mendapat restu tetuan kapal sink dahulu, restu buleh dapat sekiranya itu kapal sink telah tengelam, kita kena tunggu itu kapal sink tengelam dahulu, harap rakyat bersabar.
adalah tidak salah dan buleh membela penzina, perogol, peliwat, pembohong, perasuah dan apa-apa pe yang lain dengan syarat orang itu adalah sahabat bagi parti pas. aduhai ....
Post a Comment