NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label mukah. Show all posts
Showing posts with label mukah. Show all posts
Tuesday, April 12, 2011
Eksklusif : Rakaman Penduduk Pendalaman Tolak PKR!!
TInilah video temubual kami dengan penduduk di Kg. Belawai. Di mana beliau datang mendekati kami untuk menyatakan pandangannya ketika kami meninjau di salah sebuah pendalaman Sarawak.
Haji Oliya tolak PKR dah lama.. Orang Sarawak yang lain bila lagi??
Label:
interview penduduk,
mukah,
PRN Sarawak
Monday, April 11, 2011
Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman - Part 4
Pembangunan Ekonomi Kepada Penduduk Pendalaman Sarawak.
Ketika menjelajah tujuh buah DUN tempoh hari, selain memfokuskan aspek kemudahan sekolah kepada rakyat pendalaman Sarawak. Saya turut memerhatikan dari sudut pembangunan ekonomi.
Kebanyakkan kegiatan ekonomi penduduk di pendalaman Sarawak adalah ada diantara mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan kedai runcit dan kedai makan.
Malah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk Sarawak, agensi kerajaan di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memperkenalkan Satu Daerah Satu Industri di beberapa buah perkampungan.
Dan antara perkampungan yang mengadakan Satu Daerah Satu Industri adalah Kampung Kuala Rajang yang terletak di Dun Belawai.
Industri tenunan songket dijalankan oleh kaum wanita kampung tersebut dan dengan cara ini ianya banyak meningkatkan ekonomi mereka.
Selain daripada industri kecil yang dilakukan oleh kerajaan, ada satu pusat pegumpulan ikan yang baru disiapkan di Tanjong Manis iatu Noble Mermaid. Di sini menjadi pusat pengumpulan ikan oleh para nelayan setempat.
Daripada maklumat yang saya dapat mengatakan bahawa, pusat pengumpulan ikan Noble Mermaid sejak dibuka memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat. Pusat pengumpulan ikan yang besar ini mempunyai beberapa peti sejuk beku untuk menempatkan ikan-ikan para nelayan tempatan sebelum ianya diborong oleh pemborong sekitar Sarawak.
Mengikut pekerja di pusat ini, kebanyakkan ikan yang dikumpul selalunya habis diborong dan ianya tidak cukup bekalan memandangkan pusat pengumpulan ikan Noble Mermaid kini menjadi tumpuan hampir semua pembekal ikan di Sarawak.
| Peti untuk menyimpan ikan sementara diborong oleh pemborong tempatan. |
Label:
ekonomi pendalaman,
mukah,
PRN Sarawak
Sunday, April 10, 2011
Majoriti Penduduk Pendalaman Telah Lama Tolak Parti Lanun PKR!!
Majoriti Penduduk Pendalaman Sarawak Sudah Lama Tolak PKR
Ketika menjelajah tujuh kawasan DUN tempoh hari, saya tidak melepaskan peluang untuk menemuramah penduduk-penduduk setempat untuk mengetahui pendirian serta penerimaan mereka terhadap parti lanun PKR.
| Gerai Puan Raesah lokasi kami menghilangkan dahaga di Kg. Belawai |
Daripada respon yang saya dapat, boleh dikatakan majoriti penduduk di tujuh kawasan DUN yang saya kunjungi menolak parti lanun PKR dan Anwar Ibrahim.
Bagi mereka rakyat Sarawak tidak memerlukan sebuah parti luar yang ingin menakluki negeri mereka. Dan ini dibuktikan lagi apabila saya melihat setiap rumah dan kedai-kedai kecil di kawasan pendalaman Sarawak mengibarkan bendera BN.
| Salah satu rumah penduduk kampung yang menyokong penuh BN. |
Dalam tujuh DUN yang saya melakukan tinjauan, boleh dikatakan hampir keseluruhan kampung tidak kelihatan kibaran bendera PKR. Jika ada pun hanyalah sehelai bendera PKR seolah-olah ianya dipacak oleh orang luar daripada kampung tersebut.
| Gerai menjual udang kering turut mengibarkan bendera BN |
| Gerai menjual makanan ringan di Kg. Belawai |
Rombongan kami ke beberapa kampung pendalaman mendapat sambutan baik daripada penduduk. Kesempatan ini saya gunakan untuk bertanyakan kepada mereka berhubung isu video seks Anwar Ibrahim.
| Terserempak kumpulan anak muda yang tengah memasang bendera BN. |
Antara seorang penduduk yang saya temuramah ialah Haji Oliya, katanya beliau tidak ambil peduli berhubung isu video seks Anwar Ibrahim sama ada individu dalam video terbabit adalah Anwar Ibrahim atau sebaliknya kerana baginya manusia bernama Anwar Ibrahim atau PKR langsung tiada dalam kamus hidupnya.
| Haji Oliya mendekati kami untuk menyatakan pandangan beliau terhadap PKR. |
Ini bermakna PKR langsung tidak memainkan atau memberi sebarang pengaruh kepada penduduk di pendalaman Sarawak. Kerana rata-rata rakyat Sarawak adalah penyokong kuat PBB.
Selain daripada isu video Anwar Ibrahim saya turut bertanyakan kepadanya mengenai pembangunan yang dialami oleh kampung yang didiami beliau.
Katanya setakat ini beliau amat berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan BN dalam menerajui negeri Sarawak. Namun dalam masa yang sama beliau berharap agar, kemudahan yang sedia ada di kampungnya iaitu Kampung Belawai dapat dinaik-taraf ke tahap yang lebih baik.
Bukan setakat penduduk kampung menolak parti lanun PKR, malah ada penduduk kampung yang tidak tahu-menahu apa itu PKR.
Kah Kah Kah....
Double Y : Video temubual dengan Haji Oliya akan dimuat-naik dalam masa terdekat. Penyunting video ada di KL sekarang. Banyak kerja tergendala.. Sarawak terus mansang di bawah BN!!
Label:
mukah,
PENDALAMAN SARAWAK,
PRN Sarawak
Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman Sarawak - Part 3
Sambungan dari artikel Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman - Part 2
Maaf laporan semalam tidak berapa lengkap memandangkan kemudahan serta talian internet di rumah sewa kami agak perlahan. Untuk memuat naik sekeping gambar memakan masa hampir 10 minit.
Ini antara gambar-gambar kemudahan yang disediakan kerajaan BN di sekolah-sekolah sekitar pendalaman Mukah.
Kali ini saya muat-naik gambar suasana sekolah di pendalaman untuk tatapan pembaca. Rugi rasanya jika gambar-gambar ini disimpan dan tidak disiarkan kepada orang ramai.
Selepas beberapa keping gambar persekitaran persekolahan di pendalaman saya siarkan. Adakah anda merasakan bahawa kerajaan BN mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat? Lagi-lagi rakyat di pendalaman Sarawak?
Bagaimana dengan penduduk di pendalaman Sarawak? Adakah mereka menyambut baik kehadiran parti lanun PKR? Adakah kemunculan video seks Anwar Ibrahim mempengaruhi pertimbangan politik mereka?
Bagaimana dengan ekonomi penduduk? Adakah kerajaan BN mengabaikan tanggungjawab mereka untuk meningkatkan pendapatan ekonomi penduduk pendalaman Sarawak?
Nantikan sambungan kisah penjelajahan saya....
Bersambung lagi...
Double Y : Susah untuk muat-naik video kerana penyunting video untuk pasukan saya, saudara Bro Jinggo terpaksa pulang ke KL kerana ada kes kecemasan..
Maaf laporan semalam tidak berapa lengkap memandangkan kemudahan serta talian internet di rumah sewa kami agak perlahan. Untuk memuat naik sekeping gambar memakan masa hampir 10 minit.
Ini antara gambar-gambar kemudahan yang disediakan kerajaan BN di sekolah-sekolah sekitar pendalaman Mukah.
Kali ini saya muat-naik gambar suasana sekolah di pendalaman untuk tatapan pembaca. Rugi rasanya jika gambar-gambar ini disimpan dan tidak disiarkan kepada orang ramai.
| Antara blok SK Serdeng |
| Blok Kuarters Guru Lelaki di SK Abang Galau. |
| Kemudahan Bilik Guru SK Abang Galau |
| Kemudahan Bilik Guru SK Serdeng Lokasi Pertama Kami. |
| Ruang Istirehat Untuk Guru di SK Serdeng. |
| Anak kecil yang teruja melihat kedatangan kami. |
Bagaimana dengan penduduk di pendalaman Sarawak? Adakah mereka menyambut baik kehadiran parti lanun PKR? Adakah kemunculan video seks Anwar Ibrahim mempengaruhi pertimbangan politik mereka?
Bagaimana dengan ekonomi penduduk? Adakah kerajaan BN mengabaikan tanggungjawab mereka untuk meningkatkan pendapatan ekonomi penduduk pendalaman Sarawak?
Nantikan sambungan kisah penjelajahan saya....
Bersambung lagi...
Double Y : Susah untuk muat-naik video kerana penyunting video untuk pasukan saya, saudara Bro Jinggo terpaksa pulang ke KL kerana ada kes kecemasan..
Label:
mukah,
PRN Sarawak,
sekolah pendalaman
Saturday, April 9, 2011
Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman - Part 2
Pembangunan Pendidikan.
Kemajuan sesebuah negara tidak bermakna tanpa kemudahan pendidikan yang sempurna kepada rakyatnya. Menyedari kepentingan pendidikan kepada rakyat saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri beberapa buah sekolah di sekitar pendalaman Sarawak dalam penjelajahan saya ke tujuh buah Dun semalam.
Perjalanan kami semalam turut disertai oleh kakitangan pengendali portal www.sarawakpage.com
Dalam misi kami semalam yang memakan masa 16 jam, matlamat utama saya yang sebenarnya adalah ingin melihat kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan BN di kawasan pendalaman Sarawak kerana ramai pihak yang beranggapan bahawa sekolah-sekolah di pendalaman Sarawak dalam keadaan daif.
Lokasi pertama sekolah yang kami tuju semalam adalah ialah Sekolah Kebangsaan Kg. Serdeng Daro. Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 61 orang manakala guru pengajarnya pula berjumlah seramai 13 orang. Bersebelahan sekolah ini terdapat sebuah tadika Kemas.
| Papan Tanda Menyambut Kedatang Tetamu SK Serdeng. |
Daripada apa yang saya lihat, kemudahan pendidikan di sekolah ini dalam keadaan selesa untuk digunakan. Memandangkan jumlah muridnya yang tidaklah terlalu ramai.
| Kemudahan Taman Permainan di SK Serdeng. |
| Kemudahan Tadika Kemas Bersebelahan SK Serdeng. |
| Murid-Murid SK Serdeng Teruja Melihat Kedatangan Kami. |
Dahulu jalan utama yang menghubung Kg. Serdeng hanyalah melalui feri air, namun kini kemudahan jalanraya yang sempurna telah lama disiapkan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh BN.
Selepas meninjau kemudahan di Sekolah Kebangsaan Kg. Serdeng. Kami ke perkampungan seterusnya iaitu Kampung Belawai yang terletak di bawah parlimen Tanjung Manis. Di kampung Belawai terdapat dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abg. Desa dan Sekolah Kebangsaan Abang Buyuk.
Jika melihat kemudahan bangunan sekolah bagi saya ianya cukup selesa untuk rakyat setempat.
Di sini saya tidak sempat merakamkan secara terperinci jumlah murid sekolahnya kerana memandangkan rombongan kami mendapat sambutan hangat penduduk. Di sini ada beberapa penduduk yang memanggil saya dan meminta saya rakamkan pandangan mereka serta hasrat mereka. Saya akan muat-naik rakaman video mereka dalam artikel yang akan datang.
| Penduduk Kg. Belawai Menyambut Baik Kedatangan Kami. |
Selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Abang Desa, lebih kurang 10 minit dari situ terdapat sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abang Buyuk Jerijeh juga terletak dalam Kampung Belawai.
| Papan Tanda SK Abang Buyuk. |
Sekolah ini memiliki 114 orang murid manakala tenaga pengajarnya pula berjumlah 15 orang dibantu dengan 2 kakitangan. Ketika meninjau kemudahan di Sekolah ini, saya sempat berbual bersama Penolong Kanan HEM di sekolah tersebut iaitu Cikgu Alawi Haji Sidek.
| Pen. Kanan HEM Cikgu Alawai Haji Sidek. |
| Blok Kelas di SK Abang Buyut |
Dalam perbualan ringkas kami, beliau menyatakan bahawa selama beliau mengajar di sekolah berkenaan yang mencecah hampir 15 tahun. Tidak pernah kerajaan mengabaikan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada sekolah tersebut.
| Antara Salah Satu Kelas di SK Abang Buyuk. |
| Suasana Pembelajaran di SK Abang Buyuk. |
Namun dalam masa yang sama, beliau berharap agar dapat ditambah satu blok baru memandangkan beliau menjangkakan pertambahan murid akan berlaku ekoran daripada kemajuan yang sedang dinaik-taraf di Kampung Belawai. Ini saya nyatakan di sini kerana menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat guru terbabit.
Selesai sahaja meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan Abang Buyuk, rombongan kami beredar ke sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abang Galau.
| Papan Tanda SK Abang Galau. |
Keadaan sekolah ini lebih baik kerana sekolah ini menggunakan 100 % bangunan batu. Di sekolah ini kami disambut meriah oleh para guru serta kakitangannya.
| Blok Bangunan SK Abang Galau |
| Kemudahan Makmal Komputer SK Abang Galau. |
Bersebelahan bangunan sekolah terdapat dua blok iaitu karters guru lelaki dan wanita. Malah terdapat juga satu pondok pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam demi memastikan keselamatan sekolah terbabit.
| Blok Kuarters Guru SK Abang Galau. |
Bersambung..
Double Y : Esok kisah ekonomi penduduk pula.. Maaf mengambil masa yang lama untuk menyiarkan artikel 2-3 hari ni broadband slow wifi juga agak slow.. hehehe
Label:
mukah,
PRN Sarawak,
sekolah pendalaman
Friday, April 8, 2011
Eksklusif : Temubual Bersama YB Murni Suhaili Calon DUN N37 Daro.
Rakaman video sessi temubual bersama YB Murni Suhaili semalam yang kebetulan saya terserempak beliau sedang bersantai bersama penduduk setempat.
Beliau menjangkakan berlaku perpercahan undi. Namun beliau yakin dan sedia bahawa BN mampu memenangi kerusi Dun tersebut.
Label:
daro,
mukah,
PRN Sarawak
Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman Sarawak - Part 1
Mukah : Mari Lihat Pembangunan di Bawa BN di Pendalaman Sarawak. - Part 1
Semalam saya melakukan tinjuan di tujuh kawasan DUN Negeri Sarawak untuk melihat sejauh manakah kemajuan yang di bawa oleh BN sepanjang memerintah negeri Sarawak. Perjalanan ke tujuh buah Dun memakan masa hampir 16 jam perjalanan. Ianya memenatkan namun satu pengalaman yang cukup berharga.
Perjalanan kami diketuai oleh Ketua Pemuda PBB Sibu merangkap Exco MKT Pemuda PBB Negeri iaitu Haji Raden Kadri. Dalam ekspidisi semalam turut bersama saya adalah blogger Bro Jinggo dan dibantu oleh pemandu arah merangkap jurubahasa kami iaitu Encik Wat KC pemuda tempatan Sarawak.
Lokasi kami ialah Daro sebuah daerah yang terletak di bawah Parlimen Mukah, di daerah ini terdapat banyak perkampungan-perkampungan kecil. Antaranya satu perkampungan terpencil yang menarik perhatian saya Kg. Samop. Jalan yang menghubung kampung ini adalah feri yang boleh dinaiki dengan kereta di mana kos untuk sebuah kereta hanyalah RM1.
Perjalanan kami dari Sibu ke Daro memakan masa lebih kurang 1 jam. Ketika meninjau pekan Daro saya terserempak dengan YB Murni Suhaili iaitu calon DUN N37 Daro sedang bersantai bersama beberapa penduduk kampung.
Ternyata YB Murni Suhaili seorang yang mesra rakyat, beliau mempelawa saya untuk minum bersamanya. Saya dibantu oleh Bro Jinggo tanpa berlengah melakukan sedikit temubual khas bersama beliau .
Saya bertanyakan banyak soalan kepada beliau dan dan fokus utama saya adalah pembangunan yang dibawa oleh BN di pekan Daro. Daripada mata kasar saya, saya melihat pembangunan di pekan Daro dalam keadaan yang amat baik.
Untuk membuktikan bahawa saya tidak cakap kosong. Saya rakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca.
Untuk pengetahuan pembaca, kerusi Dun N37 Daro sebelum ini dimenangi oleh BN yang menang tanpa bertanding dan YB Murni Suhaili adalah penyandang untuk kerusi tersebut.
Namun untuk Pilihanraya Negeri yang ke-10 kali ini. Kerusi Dun tersebut menyaksikan pertembungan 4 penjuru. Di mana seorang calon PKR dan dua orang calon bebas. Jumlah pengundi di Dun N37 Daro adalah 7,305 orang pengundi berdaftar.
Daripada apa yang saya dapat, dua orang calon bebas ini ditaja khas oleh seorang Ahli Parlimen PKR dengan tujuan untuk memecahkan majoriti undi calon BN.
Nampaknya taktik kotor digunakan oleh PKR dalam Pilihanraya Sarawak untuk kerusi Dun N37 Daro memandangkan majoriti penduduk di sana adalah penyokong kuat PBB. Ini dibuktikan lagi apabila ketika saya membuat tinjuan di sana, tidak kelihatan walau sehelai bendera PKR yang digantung di rumah penduduk.
Malah ada juga penduduk setempat yang langsung tidak tahu apa itu PKR. Jelas dan nyata bahawa majoriti penduduk Sarawak boleh dikatakan menolak secara total sebuah parti lanun yang cuba masuk melanun kekayaan Sarawak.
Bila melihat sendiri pembangunan yang dibawa oleh BN sepanjang memerintah Sarawak, saya boleh katakan tiada sebab untuk rakyat Sarawak menolak kerajaan BN di bawah pentadbiran Tan Sri Pehin Taib Mahmud.
Bersambung...
Double Y : Nantikan sambungan banyak lagi gambar-gambar menarik... gambar sekolah-sekolah di pendalaman.. Mundur atau ok? Tunggu...16 jam menempuh perjalanan yg mencabar... banyak story beb!
| YB Murni Suhaili Calon N37 Daro. |
Perjalanan kami diketuai oleh Ketua Pemuda PBB Sibu merangkap Exco MKT Pemuda PBB Negeri iaitu Haji Raden Kadri. Dalam ekspidisi semalam turut bersama saya adalah blogger Bro Jinggo dan dibantu oleh pemandu arah merangkap jurubahasa kami iaitu Encik Wat KC pemuda tempatan Sarawak.
| Ketua Pemuda PBB Sibu Haji Kadri (Kanan) berbual bersama penduduk Kg. Samop |
| Jalan penghubung ke Kg. Samop melalui feri. |
| Antara rumah penduduk di Kg. Samop |
| Kemudahan air kerajaan disedikan di Kg. Samop |
| Penduduk Kg. Samop menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan. |
| Penduduk Kg. Samop memakai topi tradisi mereka. |
Ternyata YB Murni Suhaili seorang yang mesra rakyat, beliau mempelawa saya untuk minum bersamanya. Saya dibantu oleh Bro Jinggo tanpa berlengah melakukan sedikit temubual khas bersama beliau .
Saya bertanyakan banyak soalan kepada beliau dan dan fokus utama saya adalah pembangunan yang dibawa oleh BN di pekan Daro. Daripada mata kasar saya, saya melihat pembangunan di pekan Daro dalam keadaan yang amat baik.
| Ikon Pekan Daro. |
| Pembangunan di Pekan Daro. Mundur Ke Macam ni? |
| Pasar di Pekan Daro. |
Untuk pengetahuan pembaca, kerusi Dun N37 Daro sebelum ini dimenangi oleh BN yang menang tanpa bertanding dan YB Murni Suhaili adalah penyandang untuk kerusi tersebut.
Namun untuk Pilihanraya Negeri yang ke-10 kali ini. Kerusi Dun tersebut menyaksikan pertembungan 4 penjuru. Di mana seorang calon PKR dan dua orang calon bebas. Jumlah pengundi di Dun N37 Daro adalah 7,305 orang pengundi berdaftar.
Daripada apa yang saya dapat, dua orang calon bebas ini ditaja khas oleh seorang Ahli Parlimen PKR dengan tujuan untuk memecahkan majoriti undi calon BN.
Nampaknya taktik kotor digunakan oleh PKR dalam Pilihanraya Sarawak untuk kerusi Dun N37 Daro memandangkan majoriti penduduk di sana adalah penyokong kuat PBB. Ini dibuktikan lagi apabila ketika saya membuat tinjuan di sana, tidak kelihatan walau sehelai bendera PKR yang digantung di rumah penduduk.
| Peniaga makanan penyokong kuat PBB |
Bila melihat sendiri pembangunan yang dibawa oleh BN sepanjang memerintah Sarawak, saya boleh katakan tiada sebab untuk rakyat Sarawak menolak kerajaan BN di bawah pentadbiran Tan Sri Pehin Taib Mahmud.
Bersambung...
Double Y : Nantikan sambungan banyak lagi gambar-gambar menarik... gambar sekolah-sekolah di pendalaman.. Mundur atau ok? Tunggu...16 jam menempuh perjalanan yg mencabar... banyak story beb!
Label:
daro,
mukah,
PRN Sarawak
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Beberapa hari lepas saya menerima komen dari seorang pembaca yang meminta saya menyiasat mengenai identiti Mohd Rashid Bin Ismail yang di...
-
Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambu...
-
Dua hari lepas saya dikatakan 'gila' kerana bertindak menghentam 'Tuhan' kepada semua bloggers iaitu PapaGomo. Ramai pihak t...
-
Terkini dari Masjid Bandar Baru Sentul. Sumpah laknat yang bakal dibuat oleh Dato Eskay dibatalkan oleh pihak pengurusan masjid kerana keke...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
RECOMMENDED
-
-
-
Umno today, Umdap tomorrow7 months ago
-
-
-
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi6 years ago
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif9 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi10 years ago
-
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-