Salah satu masjid di Kg. Belawai |
Alhamdullilah semalam saya bersama pasukan UMB yang berpusat di Sibu selamat mendarat di LCCT jam 11.00 malam. Setelah 20 hari berkampung di Sarawak.
Sepanjang 20 hari di Sarawak banyak pengalaman yang saya terima memandangkan ini adalah Pilihanraya pertama yang saya sertai. Terima kasih kepada Unit Media Baru yang dipengerusikan Tun Faisal Ismail Aziz kerana memberi peluang untuk blogger macam saya membuat liputan sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke - 10.
Apartment di Kg. Belawai |
Sebagaimana saya catatkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini.
Dari pembangunan di Sarawak saya melihat semuanya dalam keadaan amat baik. Banyak bangunan-bangunan besar dibangunkan sepanjang pemerintahan BN di sana di bawah Pehin Sri Taib Mahmud.
Masjid Baru Kg. Belawai - Bukti Islam Berkembang Dengan Baik di Bawah BN |
Noble Mermaid - Pusat Pegumpulan Ikan Tanjong Manis |
Sebagai contoh di tengah-tengah bandar Kuching, ekonomi penduduknya berkembang dalam keadaan baik. Ini dapat dilihat daripada kesibukkan arus trafik jalanrayanya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Dan kadangkala kesesakan lalulintas di bandar Kuching seolah-olah sama dengan bandar Kuala Lumpur.
Selain itu keadaan di Pekan kecil di kawasan pendalaman juga dibangunkan dengan baik, contoh di di Pekan Daro yang saya kunjungi banyak bangunan-bangunan moden tersergam indah di sana. Keadaan pasar basah yang menjadi tumpuan penduduk setempat juga dalam keadaan selesa malah tandasnya lebih bersih dari tandas masjid di Kelantan.
Masjid di Kg. Semop Sentiasa di penuhi jemaah mengikut Siak yang saya temubual. |
Antara rumah penduduk Kg. Semop |
Saya masih ingat ketika di Kg. Semop yang merupakan salah sebuah perkampungan pendalaman, saya sempat berbual-bual dengan penduduk dan cuba mencari orang yang miskin tegar. Yakni orang miskin yang makan dan pakainya tidak cukup.
Namun pencarian saya hampa. Boleh dikatakan dari kalangan mereka walaupun bekerja sebagai nelayan makan pakai mereka cukup dan tidak ada satu keluarga pun yang kebuluran.
Penduduk pendalaman mendakwa mereka dalam keadaan baik sepanjang pemerintahan BN. Tiada yang tinggal dalam kandang lembu macam di Kelantan. |
Rumah penduduk Kg. Belawai besarnya.. |
Jambatan menghubung rumah-rumah penduduk dalam keadaan baik. |
Bersambung..
1 comment:
Saya rasa ada beberapa perkara yg silap di Sini contohnya masjid. Masjid yg baru ITU bkn masjid kg belawai. ITU msjid kg. Rajang. Kena betulkan sebab taknak JD fitnah. Awk org Kelantan tak kan awk tak tau Kelantan tak dpt royalti minyak. Malas nak ckp byk. Byk lg tmpt di Sarawak awk tak pegi.
Post a Comment