NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label PRN Sarawak. Show all posts
Showing posts with label PRN Sarawak. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

BN Kaji Keputusan PRN Sarawak


BN Sarawak akan membuat bedah siasat keputusan pilihan raya negeri 16 Mac lepas, kata Tan Sri Adenan Satem, Penasihat Khas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata semua wakil rakyat daripada BN akan juga menyediakan laporan kawasan masing-masing untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya itu.
Laporan itu perlu disiapkan sebelum persidangan pertama Dewan Undangan Negeri pada Jun ini, katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.
“BN akan membuat satu bedah siasat secara terperinci…di mana kita kalah dan di mana kita menang, isu yang dibangkit dan cara untuk mengatasi isu itu pada masa hadapan,” kata Adenan.
Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Taib di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Ia dihadiri hampir kesemua ADUN daripada BN.
Adenan berkata mesyuarat turut membincangkan persiapan ADUN baru dalam BN dalam menghadapi persidangan dewan serta beberapa perkara yang perlu mereka ketengahkan pada persidangan itu nanti.
“Penjelasan tentang polisi kerajaan, pengurusan kerajaan, program serta beberapa lagi perkara juga diperjelaskan dalam mesyuarat hari ini,” katanya.
Ditanya sama ada rombakan kabinet dan bakal pengganti Taib sebagai Ketua Menteri turut dibincangkan, Adenan berkata : “Saya tidak mahu komen, perkara itu tidak pun dibincangkan.”
Pada pilihan raya negeri kali ini, BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Wednesday, April 20, 2011

Taib Mahmud Jaga Sarawak Lebih Bagus Dari Nik Aziz Jaga Kelantan - Part 2

Sambungan dari SINI

Kenapa saya memilih tajuk " Taib Mahmud Jaga Sarawak Lebih Bagus Dari Nik Aziz Jaga Kelantan"?

Sebab saya anak kelahiran Kelantan, bila melihat kemodenan dialami di Sarawak dibandingkan dengan Kelantan, saya terkilan dan sedih kenapa orang Kelantan tidak boleh memberi peluang kepada BN untuk menunjukkan kemampuan mereka walaupun untuk sepenggal?

Ini tidak lain dan tidak bukan, anak Kelantan dari kecil sudah didoktrinkan untuk menyokong PAS. Seawal umur 14 tahun atau sudah akil baligh, mereka akan dipaksa oleh ibubapa mereka untuk mengisi borang sebagai ahli PAS. Inilah hakikat yang dialami oleh orang muda Kelantan.

Mereka ditanam dengan fahaman jumud PAS, bahawa PAS itu sebuah gerakan Islam. PAS itu menjamin syurga, perjuangan PAS itu diredhai Allah S.W.T. Pemimpin-pemimpin PAS diletakkan setaraf wali. Jika tidak usahkan selipar pun dianggap suci? Gambar Nik Aziz dan para pimpinan PAS tidak boleh diejek-ejek nanti dapat bala.

Hahahaha inilah fahaman yang ditanam oleh PAS Kelantan.

Mereka menggunakan Tadika PASTI untuk mendoktrin fikiran anak-anak. Sebab itu besar saja orang Kelantan kebanyakkannya sokong PAS tanpa mengkaji, memahami perjuangan PAS yang sebenar. Bagi mereka tiada parti lain yang diredhai Allah selain PAS. Hanya PAS menjamin mereka ke syurga. Wa Kah Kah Kah.

Sehingga ada yang sanggup berkorban wang ringgit untuk disumbangkan kepada pemimpin-pemimpin PAS. Walaupun kadangkala hasil sumbangan ini tidak pernah diaudit, dan tidak pernah dilaporkan ke mana ianya dibelanjakan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Wahai orang Kelantan, mari sini ambo nak royak...

Ambo berani royak PAS loni jauh terpesong. Sebab gapo? Sebab mereka sanggup melacurkan hukum-hukum agama demi undi dan kuasa.

Kenapa saya berani kata PAS pelacur agama?

Lihat sahaja kempen PAS sekarang dan bandingkan dengan kempen PAS dahulu? Apa perbezaannya? Kempen PAS dahulu jangan mimpi akan diselitkan dengan hiburan serta nyanyian. Namun sekarang?

Tahukah tuan/puan bahawa ketika kempen di Beting Maro iaitu kerusi yang ditandingi PAS. Puak pelacur agama ini membawa seorang artis untuk hiburkan rakyat di sana? Artis ini diheret macam lembu untuk menyanyi di hadapan pintu rumah setiap pengundi Dun terbabit?

Pernahkah Nabi junjungan kita menggunakan nyanyian dan hiburan untuk menarik orang Kafir Quraish terhadap perjuangan Islam dan agama Islam?

Jangan ada yang mengatakan Nabi juga menyanyi sambil memetik alat muzik depan rumah orang kafir untuk menyebarkan Islam. Rebah saya hendak menerima kenyataan sebegini.

Bukan saja artis dikerah hiburkan pengundi - Calon mereka sendiri pun menyanyi. PAS FOR ALL betul sekarang yer..

Manakala duit-duit banyak dilaburkan untuk kerusi Dun terbabit, anak-anak muda dibayar untuk memacakkan bendera mereka di setiap penjuru.

Malah segala bentuk bantuan berupa makanan iaitu snek-snek, keropok, bihun, beras dicop dengan muka 'wali' mereka iaitu Nik Aziz Nik Mat. Mungkin makan sahaja makanan ini terus teringatkan 'bulan'. Ha Ha Ha

Ini semua tidak pernah dilakukan oleh PAS dahulu wahai tuan/puan. PAS dahulu tidak pernah melabur banyak wang setiap kali pilihanraya, PAS dahulu hanya menyampaikan ceramah-ceramah agama setiap kali kempen ceramahnya. Malah hendak melihat T-Shirt khas pun susah, yang ada hanyalah bendera-bendera parti yang dijunjung oleh pengikut-pengikut mereka.

Tapi sekarang kempen PAS diselitkan dengan hiburan, konsert serta tarian daripada artis-artis. Ini semua mungkin gara-gara terpengaruh dengan rakan dalam pakatan mereka iaitu PKR dan DAP.

PAS sanggup ketepikan soal halal dan haram, semuanya demi meraih kuasa dan memastikan BN/UMNO terkubur. Matlamat mereka bukan lagi untuk berdakwah, gerakan mereka bukan lagi gerakan dakwah.

Semua itu sudah terpadam dalam perjuangan PAS.

Apa ada di Kelantan sepanjang Nik Aziz memerintah, dan bandingkan pula pemerintahan Taib Mahmud di Sarawak? Kita ambil satu isu. Iaitu air bersih dari kerajaan. Negeri mana bagus menguruskan keperluan asas ini terhadap rakyatnya,  Kelantan atau Sarawak?

Bekalan air sempurna untuk rakyat sehingga kini masih gagal diselesaikan. Bila isu ini dimainkan, mereka segera menyalahkan kerajaan pusat kononnya menafikan peruntukkan untuk negeri terbabit.



Tahukah pokcik/mokcik/adik/kakok/ bahawa kerajaan pusat memberi peruntukkan kepada Kelantan lebih besar daripada apa yang diberikan kepada Melaka? Walhal penduduk serta rakyat Kelantan tidak pernah memberi mandat kepada BN berbeza orang Melaka yang begitu setia dengan BN?

Namun dimana peruntukkan itu dibelanjakan? Sebelum ini sudah bagi peruntukkan untuk selesaikan isu air, tapi gagal juga digunakan serta dibelanjakan dengan baik oleh PAS. Kali ini kerajaan pusat bagi lagi peruntukkan kepada PAS Kelantan.

Tahukah adik/kakok/pokcik/mokcik bahawa pada 10 April yang lalu sebanyak RM19 juta lagi diberikan kepada Kelantan untuk menyelesaikan isu air yang terus membelenggu rakyat Kelantan selama 21 tahun pemerintahan PAS?

Di Kelantan, kalau ada air pun.. air kencing saya lagi jernih dan laju..

Fokus utama peruntukkan ini disalurkan adalah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan kronik. Tetapi ini hanyalah penyelesaian berbentuk sementara. Kerana segala bentuk penyelesaian yang kekal hanya boleh dilakukan jika mandat diberikan kepada BN.

Kalau hendak tunggu PAS lagi 17 tahun akan datang pun belum tentu dapat diselesaikan masalah air ini wahai adik-kakak sekelian.

Oghe Kelate sampai bilo nok timbo air telago?
Orang Pendalaman Sarawak pun dibekalkan air kerajaan, orang kelate patut jeles!

Di sebabkan kegagalan (AKSB) yang diterajui oleh kerajaan negeri PAS, peruntukkan yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan perkara-perkara lain untuk rakyat terpaksa diberikan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah air.

Bantuan untuk menyelesaikan isu air ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan melalui Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 10 April lalu.

Lihat akhirnya setiap permasalahan siapa yang terpaksa campur tangan? Orang UMNO juga terpaksa campur tangan, sebab apa? Sebab pemikiran pemimpin UMNO semua cerdik, tidak jumud. Mereka berjuang untuk kesenangan rakyat. Bukan untuk mengkayakan menantu, atau anak beranak sendiri!

21 tahun memerintah, 1.9 juta rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah bekalan air?

30 tahun Taib Mahmud memerintah, benda paling asas begitu bukan sahaja disalurkan di kawasan bandar, malah penduduk pendalaman menerimanya walaupun kadang-kala tekanannya rendah.

Namun ianya lebih baik dari terpaksa menimba air telaga untuk mandi junub dan wudhuk. Orang Sarawak tidak perlu menimba guna tangan untuk cuci pakaian, untuk mandi, untuk memasak. Orang Kelantan terpaksa menimba, lepas satu timba satu lagi sehingga penuh satu baldi. Tidak penatkah?


RM 19 juta tempoh hari hanyalah penyelesaian berbentuk sementara atas keprihatinan kerajaan pusat, jika orang Kelantan berkehendakkan penyelesaian buat selama-lamanya. Jangan ragu-ragu untuk beri mandat kepada BN untuk penggal berikutnya.


Tidak mahukah penduduk Kelantan berubah?


Royak kok oghe kapung ..Cuba try BN sepenggal gak nok tengok.. takut gapo gak...


Bersambung..


Double Y : Rumah abe ipar ambo sendiri pun pakai air telago lagi.. mujur mampu beli enjin kalu dok.. duk timba secara manual situ la.. dok cayo? pergi Pulau Kundur tengok! Dok pun tunggu ambo kelik rakam gambar deh.. hehehehe

Candid Gambar - Gambar Sepanjang Pilihanraya Negeri Sarawak.. - Final..


Lagi gambar-gambar sepanjang Pilihanraya Sarawak. Layan..

Dr. Annuar sempat melawat pusat pengundian Saluran 1.
Petugas SPR memantau perayu undi.
Mamat ini berlagak macam Polis, periksa IC pengundi..
Calon DAP di Bawang Assan yang kalah.. kesian.. mujur muka comel. Hehehehe
Anggota Polis mengawal lokasi penjumlahan undi Dun Nangka.
Ketibaan peti-peti undi di pusat penjumlahan.
Sebelum peti undi ini tiba, saya agak gelisah memandangkan majoriti BN waktu itu agak tipis.
Petugas SPR membawa peti undi untuk dikira.
Peti-peti undi yang telah siap dikira..
Dr.Annuar dipeluk anak lelakinya setelah diumumkan sebagai YB baru untuk Dun Nangka.
Dr. Annuar Menerima ucapan tahniah daripada isterinya..
Dr. Annuar Menerima pelukan tahniah daripada sahabat-sahabatnya..
Keluarga Dr. Annuar Rapaee mengucapkan terima kasih kepada semua pengundinya. Dan berjanji akan berkhidmat dengan sebaiknya untuk penduduk Nangka.
Calon PKR Norisham masih ceria walaupun tahu beliau tewas. Sorry bro.. cuba lagi untuk next time!
Pengawai SPR mengumumkan keputusan rasmi. Dr Annuar YB baru untuk Dun Nangka!
Di julang oleh rakan serta penyokong. Laungan "HIDUP BN" bergema di dewan!!

Pada awal-awal dikira, PKR follow rapat BN.. Ketika ini saya agak gelisah. Hehehehe
Datuk Wong So Koon menerima ucapan tahniah selepas diumumkan memenangi kerusi Bawang Assan
Tetap steady walaupun penyokong DAP diluar tengah memprovokasi beliau.
Tatkala penyokong dan gangster DAP bertindak memcetuskan kekecohan di luar pagar, YB Wong tetap steady berucap, malah mengucapkan terima kasih kepada penyokong DAP kerana setia tunggu pintu pagar. Hahahaha
Aksi penyokong DAP yang tidak menerima hakikat bahawa BN menang dengan majoriti lebih 2 ribu.
YB Wong diiringi kereta peronda untuk keluar dari Dewan Suarah.
macam komunis masuk kampung!

Hendak tengok selebihnya sila masuk saya punya facebook.. hehehehe..

Untuk yang mana terlepas untuk gambar sebelum Klik PART 1 DAN PART 2 Yang selebihnya jenguk FB saya.. kikikiki..

Tuesday, April 19, 2011

Candid Gambar - Gambar Sepanjang Pilihanraya Negeri Sarawak.. - Part 2

Sepanjang kempen di Sarawak... Banyak gambar saya rakamkan. Dan kebanyakkannya tidak sempat ditayangkan kepada pembaca kerana ketiadaan masa. Jadi saya membuat posting khas untuk gambar-gambar tersebut supaya ianya ditonton oleh semua pembaca blog saya.

Mana tahu kot, dalam banyak-banyak gambar ada gambar anda sekali. Hehehehe..

Gambar-gambar ini dirakam oleh rakan blogger baru Panglima Harimau. Failed la lu bro... gambar separuh pun ado.. 

Program TPM di RH Hotel Sibu dihadiri lebih 1000 orang.
Orang ramai tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar TPM dari dekat.
Senyum sepanjang hari TPM kita walaupun penat dengan jadual yang padat.
Gambar waitress.. Tapi kameraman saya si blogger Panglima Harimau failed muka tak nampak! bengong!
Teka siapa yang tersenyum memandang lensa? jeng..jeng.. jeng.. (aku nok suko)

TPM bermesra dengan salah satu suku kaum di Sarawak. Lupa kaum apa.. hehehe
Belakang TPM adalah YB Bawang Assan Dato Wong So Koon dan YB baru Nangka Dr. Annuar Rapaee berbaju kuning. (calon saya jaga.. menang besar tu.. hehehe)
Orang kuat UMB Eizwan Abdullah bersama... siapa? Tuai Rumah barangkali.. Hahahaha!
Lihatlah hasil kerja blogger baru Panglima Harimau.. takde bakat jadi fotographer la lu bro.. huh! hehehe
TPM bersama ahli perniagaan tempatan.. Saya tak tahu siapa. Ini program rakan blogger lain yang bua liputan.
Bosan atau khusyuk dengar rakannya berbual sementara menunggu ketibaan TPM?
Percayakah anda uncle ini amat teruja dapat bersalaman dan melihat TPM secara dekat? Alhamdullilah ramai peminat TPM rupanya.. Hehehe

Kakitangan RH Hotel teruja dapat bertemu TPM secara live..
Inilah YB Dun Nangka yang baru Dr. Annuar Rapaee. Mengaminkan doa sebelum ke pusat penamaan calon.
Penyokong Dr. Annuar berarak ke pusat penamaan calon. Bro Jinggo macam bodyguard (baju belang2 biru)
Brader-brader ni terlalu laju berjalan. Calon ketinggalan di belakang. Siapa calon ni? Hehehe
Isteri kesayangan Dr. Annuar Rapaee setia menunggu suaminya..
Dr. Annuar bergurau dengan YB Nik Nazmi yang hadir menyokong calon mereka.
Dr. Annuar Rapaee Serah borang pencalonan kepada pengawai SPR.
Puteri-puteri cantik dari Parti PBB setia menyokong calon mereka.
Makcik-makcik bersemangat menyokong calon parti mereka.
Diktator a.k.a The King Of Racist Lim Kit Siang dari DAP hadir disambut Nik Nazmi di pusat penamaan calon Nangka. Hadir kejap lepas tu cabut.. malu sebab penyokong mereka 10 orang.. Wa kah kah kah.
"HIDUP BN!!" HIDUP BN!! dilaungkan dengan penuh semangat oleh puteri comel PBB. Err kenapa muka mamat berbaju hitam sentiasa ada di mana-mana? Aku nok suko... hahahaha
Satu Lawan Satu... Calon PKR yang makan gaji dengan Petronas si Norisham bajet boleh menang. Cakap pun merapu-rapu..akhirnya tewas.. kesian usia masih muda 29 tahun. Tapi fikiran beliau agak keliru. hahahaha
Orang kuat Unit Media Baru PPUM - Sentiasa update FB di mana-mana. Mamat ini kalau jadi calon. Saya kerja free untuk beliau! He's the best leader for our team in Sibu! Thanks EA!! Well done bro!!
Kemunculan brader ini menarik perhatian banyak pihak dan reporter.. Berbasikal sambil melaungkan "WE SUPPORT DR ANNUAR!!" Sepanjang perjalanan beliau bersorak.. Kagum dengan semangat beliau.. Cayalah pakcik!
Pakcik-pakcik ini best.. Budak PKR melaungkan 'reformasi". Mereka sambut "OMEGA!" Terus terdiam budak-budak PKR. Hahahahaha..
Betulkan kain samping ke Dr. Annuar? Ingat saya akan turun lagi ke Sibu.. tunaikan janji YB kepada rakyat. Saya akan melihat dari jauh!
Apa agaknya bermain di minda penyokong PKR ini? Mungkin mereka tertanya-tanya "kenapalah aku menyokong PKR?". Hahahaha kehadiran jumlah penyokong PKR cukup memalukan. Sedih tengok eh!
BN sentiasa di hati kitak!!.. Orang Sarawak semuanya bijak-bijak membuat penilaian! Tahniah!
Penyokong Norisham calon PKR Dun Nangka, terdiri daripada bapa saudara, emak saudara, sepupu, abang ipar, kakak dan abang-abang sendiri barangkali. Sebab itu jumlah mereka terlalu sedikit hahaha. Rakyat Nangka yang normal mana terima PKR?
Ada bodyguard woo escort calon kita siap wayar berjela-jela di telinga.. Macam ejen FBI pun ada sekali tengok. Hehehehe
Dr. Annuar menerima pelukan tahniah kerana berjaya menjadi calon untuk BN daripada sahabat beliau. Menang besar woo majoriti lebih 5,000. Steady Doktor!!
Satu-satunya calon yang mampu menewaskan calon DAP untuk kawasan Dun di bawah parlimen Sibu iaitu Dun Bawang Assan. Datuk Wong So Koon. Sibu orang cakap kubu kuat Wong Ho Leng tapi Datuk Wong berjaya mendapatkan undi daripada cina kawasan tersebut. Bukti bahawa jika kena cara kempen dan tunaikan janji rakyat tetap akan teima BN!

Kehadiran rakyat yang terdiri daripada kaum cina di ceramah Dun Bawang Assan bukti bahawa kaum cina masih boleh mempercayai BN. Tidak semua cina sokong rasis DAP!
Dato Ahmad Maslan bergambar kenangan bersama kakitangan syarikat GLC.. Di Sibu Jaya..
Gembira rakyat Sarawak bila Menteri Paling Handsome Dato Ahmad Maslan sudi hadir ke program makan malam anjuran mereka.
Pemimpin berjiwa rakyat. Tiada meja apa ada hal. Cayalah Tok!
Dato Ahmad Maslan bersama Dr. Annuar Rapaee. Tok Mad Maslan santai berbaju Melayu..
Berapa bulan? Mungkin itu yang diguraukan oleh Dato Ahmad Maslan kepada  Eh.. mamat ini lagi.. siapa dia ni? Aku nak suko doh ni.. Kah Kah kah..
Dato Ahmad Maslan meminta supaya Dr. Annuar Rapaee jalankan kewajipan kepada rakyat jika memenangi kerusi Dun Nangka. Dr. Annuar Rapaee kata. "Saya berjanji Dato".  Mantap Tok Ahmad Maslan ni rupanya...
BN Bagus.. itulah barangkali diucapkan oleh uncle ini kepada Dato Ahmad Maslan.
Lain macam senyum Dato.. Control hensem ke Tok?
Bersambung lagi.. kikikiki..


Double Y : Lelaki misteri berperut buncit berkaca-mata ada di mana-mana.. Siapa beliau? Special branch kut.. mamat ni setiap kali PRK mesti ada.. Aneh?Aku nak suko.. wa kah kah kah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal