Pemuda tempatan ini begitu menyenangi keperibadian calon BN |
Selesai sahaja proses penamaan calon untuk DUN N49 Nangka pagi tadi, saya merayau-rayau ke kawasan sekitar Dun tersebut untuk melihat dan menilai sendiri tahap sokongan rakyat setempat kepada calon BN dari PBB iaitu Dr. Annuar Rapa`ee.
Tujuan saya adalah untuk mendapatkan respon penduduk setempat terhadap calon BN memandangkan BN mempertaruhkan muka baru untuk DUN tersebut pada kali ini.
Daripada respon penduduk setempat, rata-rata mereka begitu senang Dr.Annuar Rapa`ee dipilih sebagai calon untuk mewakili mereka dalam pilihanraya kali ini. Dr.Annuar Rapa`ee yang juga bekas doktor pakar kardiologi di Hospital Serdang cukup dikenali di kawasan Nangka memandangkan beliau merupakan anak tempatan walaupun sebelum ini beliau bertugas di semenanjung.
Wanita muda setempat bersalaman dengan calon BN Dun Nangka. |
Bila menerima respon-respon yang positif daripada penduduk setempat, saya yakin bahawa peratusan untuk BN memenangi kerusi DUN Nangka adalah tinggi.
Ini dibuktikan dengan jumlah sokongan ketika perarakkan calon pagi tadi di mana penyokong BN berbeza 10 kali ganda dengan penyokong PKR.
Kemesraan Dr.Annuar Rapa`ee dengan penduduk setempat juga terbukti apabila ketika keluar sahaja proses penamaan calon. Rakyat setempat yang juga peniaga makanan di tepi jalan Bandong melaungkan "Hidup Dr.Annuar"! berkali-kali.
"WE SUPPORT BN OUR CANDIDATE!!" Laungan pakcik ni menarik perhatian saya. |
Bila melihat jumlah penyokong PKR yang hadir di sekitar penamaan calon tadi, jelas bahawa penduduk setempat di DUN Nangka menolak parti serta calon mereka.
20 Orang penyokong PKR - Bukti rakyat setempat menolak parti lanun! |
Dan menunjukkan bahawa PKR tidak diterima oleh majoriti penduduk di Sarawak.
Ketika meneliti borang calon yang ditampal oleh SPR di pusat penamaan calon, tidak dinafikan bahawa calon PKR merupakan orang muda, malah ada juga yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah memiliki pekerjaan tetap sebelum ini. Benarkah?
Calon PKR Nangka (kanan) tidak memiliki pekerjaan tetap? |
Double Y : Cuba semak rekod SPR.. Norisham calon PKR bukan pemilih berdaftar SPR?
2 comments:
tu masa belum menang.tak de kerja tak de harta.bila dah menang jadi cam adun pr kat perak.tak sampai setahun dah ada aset berjuta...
Dr. Annuar Rapa`ee??? sapa ya? tauk tiba2 jak balit dr semenanjung jd calon BN? Masalah sekitar kpg Datuk ngan kpg Hilir tauk ndak ka?
Post a Comment