NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, April 20, 2011

Taib Mahmud Jaga Sarawak Lebih Bagus Dari Nik Aziz Jaga Kelantan - Part 2

Sambungan dari SINI

Kenapa saya memilih tajuk " Taib Mahmud Jaga Sarawak Lebih Bagus Dari Nik Aziz Jaga Kelantan"?

Sebab saya anak kelahiran Kelantan, bila melihat kemodenan dialami di Sarawak dibandingkan dengan Kelantan, saya terkilan dan sedih kenapa orang Kelantan tidak boleh memberi peluang kepada BN untuk menunjukkan kemampuan mereka walaupun untuk sepenggal?

Ini tidak lain dan tidak bukan, anak Kelantan dari kecil sudah didoktrinkan untuk menyokong PAS. Seawal umur 14 tahun atau sudah akil baligh, mereka akan dipaksa oleh ibubapa mereka untuk mengisi borang sebagai ahli PAS. Inilah hakikat yang dialami oleh orang muda Kelantan.

Mereka ditanam dengan fahaman jumud PAS, bahawa PAS itu sebuah gerakan Islam. PAS itu menjamin syurga, perjuangan PAS itu diredhai Allah S.W.T. Pemimpin-pemimpin PAS diletakkan setaraf wali. Jika tidak usahkan selipar pun dianggap suci? Gambar Nik Aziz dan para pimpinan PAS tidak boleh diejek-ejek nanti dapat bala.

Hahahaha inilah fahaman yang ditanam oleh PAS Kelantan.

Mereka menggunakan Tadika PASTI untuk mendoktrin fikiran anak-anak. Sebab itu besar saja orang Kelantan kebanyakkannya sokong PAS tanpa mengkaji, memahami perjuangan PAS yang sebenar. Bagi mereka tiada parti lain yang diredhai Allah selain PAS. Hanya PAS menjamin mereka ke syurga. Wa Kah Kah Kah.

Sehingga ada yang sanggup berkorban wang ringgit untuk disumbangkan kepada pemimpin-pemimpin PAS. Walaupun kadangkala hasil sumbangan ini tidak pernah diaudit, dan tidak pernah dilaporkan ke mana ianya dibelanjakan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Wahai orang Kelantan, mari sini ambo nak royak...

Ambo berani royak PAS loni jauh terpesong. Sebab gapo? Sebab mereka sanggup melacurkan hukum-hukum agama demi undi dan kuasa.

Kenapa saya berani kata PAS pelacur agama?

Lihat sahaja kempen PAS sekarang dan bandingkan dengan kempen PAS dahulu? Apa perbezaannya? Kempen PAS dahulu jangan mimpi akan diselitkan dengan hiburan serta nyanyian. Namun sekarang?

Tahukah tuan/puan bahawa ketika kempen di Beting Maro iaitu kerusi yang ditandingi PAS. Puak pelacur agama ini membawa seorang artis untuk hiburkan rakyat di sana? Artis ini diheret macam lembu untuk menyanyi di hadapan pintu rumah setiap pengundi Dun terbabit?

Pernahkah Nabi junjungan kita menggunakan nyanyian dan hiburan untuk menarik orang Kafir Quraish terhadap perjuangan Islam dan agama Islam?

Jangan ada yang mengatakan Nabi juga menyanyi sambil memetik alat muzik depan rumah orang kafir untuk menyebarkan Islam. Rebah saya hendak menerima kenyataan sebegini.

Bukan saja artis dikerah hiburkan pengundi - Calon mereka sendiri pun menyanyi. PAS FOR ALL betul sekarang yer..

Manakala duit-duit banyak dilaburkan untuk kerusi Dun terbabit, anak-anak muda dibayar untuk memacakkan bendera mereka di setiap penjuru.

Malah segala bentuk bantuan berupa makanan iaitu snek-snek, keropok, bihun, beras dicop dengan muka 'wali' mereka iaitu Nik Aziz Nik Mat. Mungkin makan sahaja makanan ini terus teringatkan 'bulan'. Ha Ha Ha

Ini semua tidak pernah dilakukan oleh PAS dahulu wahai tuan/puan. PAS dahulu tidak pernah melabur banyak wang setiap kali pilihanraya, PAS dahulu hanya menyampaikan ceramah-ceramah agama setiap kali kempen ceramahnya. Malah hendak melihat T-Shirt khas pun susah, yang ada hanyalah bendera-bendera parti yang dijunjung oleh pengikut-pengikut mereka.

Tapi sekarang kempen PAS diselitkan dengan hiburan, konsert serta tarian daripada artis-artis. Ini semua mungkin gara-gara terpengaruh dengan rakan dalam pakatan mereka iaitu PKR dan DAP.

PAS sanggup ketepikan soal halal dan haram, semuanya demi meraih kuasa dan memastikan BN/UMNO terkubur. Matlamat mereka bukan lagi untuk berdakwah, gerakan mereka bukan lagi gerakan dakwah.

Semua itu sudah terpadam dalam perjuangan PAS.

Apa ada di Kelantan sepanjang Nik Aziz memerintah, dan bandingkan pula pemerintahan Taib Mahmud di Sarawak? Kita ambil satu isu. Iaitu air bersih dari kerajaan. Negeri mana bagus menguruskan keperluan asas ini terhadap rakyatnya,  Kelantan atau Sarawak?

Bekalan air sempurna untuk rakyat sehingga kini masih gagal diselesaikan. Bila isu ini dimainkan, mereka segera menyalahkan kerajaan pusat kononnya menafikan peruntukkan untuk negeri terbabit.



Tahukah pokcik/mokcik/adik/kakok/ bahawa kerajaan pusat memberi peruntukkan kepada Kelantan lebih besar daripada apa yang diberikan kepada Melaka? Walhal penduduk serta rakyat Kelantan tidak pernah memberi mandat kepada BN berbeza orang Melaka yang begitu setia dengan BN?

Namun dimana peruntukkan itu dibelanjakan? Sebelum ini sudah bagi peruntukkan untuk selesaikan isu air, tapi gagal juga digunakan serta dibelanjakan dengan baik oleh PAS. Kali ini kerajaan pusat bagi lagi peruntukkan kepada PAS Kelantan.

Tahukah adik/kakok/pokcik/mokcik bahawa pada 10 April yang lalu sebanyak RM19 juta lagi diberikan kepada Kelantan untuk menyelesaikan isu air yang terus membelenggu rakyat Kelantan selama 21 tahun pemerintahan PAS?

Di Kelantan, kalau ada air pun.. air kencing saya lagi jernih dan laju..

Fokus utama peruntukkan ini disalurkan adalah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan kronik. Tetapi ini hanyalah penyelesaian berbentuk sementara. Kerana segala bentuk penyelesaian yang kekal hanya boleh dilakukan jika mandat diberikan kepada BN.

Kalau hendak tunggu PAS lagi 17 tahun akan datang pun belum tentu dapat diselesaikan masalah air ini wahai adik-kakak sekelian.

Oghe Kelate sampai bilo nok timbo air telago?
Orang Pendalaman Sarawak pun dibekalkan air kerajaan, orang kelate patut jeles!

Di sebabkan kegagalan (AKSB) yang diterajui oleh kerajaan negeri PAS, peruntukkan yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan perkara-perkara lain untuk rakyat terpaksa diberikan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah air.

Bantuan untuk menyelesaikan isu air ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan melalui Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 10 April lalu.

Lihat akhirnya setiap permasalahan siapa yang terpaksa campur tangan? Orang UMNO juga terpaksa campur tangan, sebab apa? Sebab pemikiran pemimpin UMNO semua cerdik, tidak jumud. Mereka berjuang untuk kesenangan rakyat. Bukan untuk mengkayakan menantu, atau anak beranak sendiri!

21 tahun memerintah, 1.9 juta rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah bekalan air?

30 tahun Taib Mahmud memerintah, benda paling asas begitu bukan sahaja disalurkan di kawasan bandar, malah penduduk pendalaman menerimanya walaupun kadang-kala tekanannya rendah.

Namun ianya lebih baik dari terpaksa menimba air telaga untuk mandi junub dan wudhuk. Orang Sarawak tidak perlu menimba guna tangan untuk cuci pakaian, untuk mandi, untuk memasak. Orang Kelantan terpaksa menimba, lepas satu timba satu lagi sehingga penuh satu baldi. Tidak penatkah?


RM 19 juta tempoh hari hanyalah penyelesaian berbentuk sementara atas keprihatinan kerajaan pusat, jika orang Kelantan berkehendakkan penyelesaian buat selama-lamanya. Jangan ragu-ragu untuk beri mandat kepada BN untuk penggal berikutnya.


Tidak mahukah penduduk Kelantan berubah?


Royak kok oghe kapung ..Cuba try BN sepenggal gak nok tengok.. takut gapo gak...


Bersambung..


Double Y : Rumah abe ipar ambo sendiri pun pakai air telago lagi.. mujur mampu beli enjin kalu dok.. duk timba secara manual situ la.. dok cayo? pergi Pulau Kundur tengok! Dok pun tunggu ambo kelik rakam gambar deh.. hehehehe

3 comments:

Anak Jawa said...

betul.
wlaupun bumi sarawak itu likunya bukan kepalang, namun bantuan dan kemudahan mencukupi berbanding di kelantan, tak cukup teh beng, air paip pun boleh.. warna lebey kurang sama jer...

http://anakcucujawa.blogspot.com/

za_ahmad said...

MB Kelantan selain dari ceramah dan mengutuk Pemerintah Negara, dia tahu ke buat kerja?? Lagipun konsep dia ialah dunia ini hanya sementara dan tak perlu kejar apa-apa kerana rakyat Kelantan kena tunggu semuanya akan dapat di Syurga nanti. Namun dia sendiri dapat wang sponsor untuk pergi Haji (bukan rashuah tetapi wang hadiah halal). Keluarga dia berlumba-lumba mengaut segala jawatan dan peluang berbagai. Nik Aziz adalah PENIPU yang guna kedudukan dan tidak mahu BERHENTI kerana dia GILA DUNIA.

http://perkasapetaling.blogspot.com

Anonymous said...

Iboh ko nak molah bulak.

Sarawak, tanggar koh jeraya polah BN, kedak KIMAK punya jeraya. Kat Uganda pun lagi bagus jerayanya. Jeraya bandaraya Kuching penuh ngan gelumbang, lembang lembit ya ko padah bagus, konfom kau tok Kelantanese yang rosak akal sebab banyak gilak makan buduk.

Pasal aik, sik boh ko pegi jauh, tangga BELADIN ada aik kah ????? Tanyak ngan sidak beladin brapa lamak BN merentah, ada sidak ya aik bersih. Arapkan aik ujan jak.

So jangan nak molah bulak, balik ko kelantan, sik boh gago di Sarawak tok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...