NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, April 19, 2011

KJ Buat Hal Lagi - Apa Yang Salah Dengan Kenyataan Beliau?

Adakah Pemuda ini perlu di maki hamun gara-gara idea beliau yang terlalu "fresh" dalam politik UMNO?

Nampaknya selepas selesai proses pengumuman keputusan Pilihanraya Sarawak tempoh hari, saya mendapat tahu bahawa ramai pihak tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda BN iaitu YB Khairy Jamaluddin. 

Ada yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin mendesak supaya Pehin Sri Taib Mahmud melepaskan jawatannya sebelum PRU akan datang. Ramai pihak melompat dengan kenyataan tersebut. Malah ada yang bertindak menghentam KJ tanpa memikirkan apakah kenyataan KJ tersebut benar-benar salah atau sebaliknya.

Bagi saya tiada salahnya kenyataan KJ supaya Pehin Sri Taib Mahmud berundur dan menunaikan janjinya akan berundur dalam masa setahun kalau tidak silap saya. Ini kerana daripada pengamatan saya ketika pilihanraya negeri berlangsung. Tidak banyak isu setempat dapat dimainkan oleh pihak Pakatan melainkan isu tanah adat.

Mereka hanya membangkitkan isu atau sentimen "BENCI TAIB" sebagai senjata utama. Ini semua disebabkan tempoh pemerintahan Pehin Sri yang menjangkau 30 tahun. Walaupun Sarawak sepanjang pemerintahan Pehin Sri semuanya dalam keadaan baik.

Sentimen "BENCI TAIB" dibangkitkan setiap kali siri ceramah Pakatan, daripada ahli keluarga Taib hinggalah isteri terbaru Pehin Sri semuanya dipolemikkan oleh Pakatan dengan tujuan membangkitkan rasa benci yang meluak-luak terhadap Pehin Sri dan keluarganya.

Malah untuk membangkitkan perasaan 'BENCI TAIB' di kalangan rakyat Sarawak. Poster-poster Taib Mahmud yang dibuat oleh Pakatan menggunakan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Malah ada yang menyamakan Pehin Sri sebagai 'ASUK' atau 'ANJING'. Politik kebencian ini terbukti berjaya apabila ianya juga menjadi punca rakyat menolak Pak Lah. Rakyat dihasut dengan poster-poster Pak Lah terlelap dan tertidur, lama-kelamaan rakyat menjadi benci kononnya Pak Lah 'Sleeping PM'.

Politik kebencian yang berjaya di semenanjung inilah yang digunakan oleh Pakatan di Sarawak.Politik hasut, maki, caci inilah senjata utama mereka sepanjang di Sarawak.

Dan tahukah anda bahawa sentimen ini berjaya mempengaruhi pengundi muda dan pengundi cina di Sarawak?

Ini terbukti apabila ketika saya di rumah panjang. Risalah mengenai kekayaan Taib Mahmud dan anak-anaknya disebarkan oleh pihak lawan. Walaupun risalah tersebut banyak fakta-fakta yang salah malah lebih menjurus kepada fitnah. Sebelum saya menerangkan kepada pemuda yang memegang risalah itu, beliau mati-mati benci akan Pehin Sri Taib Mahmud sebagaimana saya laporkan di SINI

Jadi jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin meminta supaya Pehin Sri berundur sebelum berlangsungnya PRU yang akan datang, saya melihat ianya adalah gesaan yang wajar demi jangka hayat politik BN di Sarawak.

Malah ramai bersetuju rasanya supaya Pehin Sri menunaikan janjinya untuk berundur dalam tempoh beberapa tahun ini. Jika janji tidak ditunaikan ini memperlihatkan bahawa dakwaan Pakatan kononnya BN tiada pengganti Pehin Sri seolah-olah benar. Adakah kita semua perlu ambil risiko ini?

KJ tidak pernah menafikan jasa-jasa Pehin Sri sehingga ada sesetengah blogger mempersoalkan malah membandingkan pula jasa KJ dgn Pehin Sri. Ini kerja gila. Cuba katakan kepada saya siapa daripada kalangan pemimpin lama UMNO yang baru sepenggal menjawat jawatan Ketua Pemuda betul-betul berjasa dalam parti?

Kenapa dibangkitkan soal jasa KJ kepada parti? Kerana kita tahu usia KJ dalam parti masih mentah. Lainlah jika seseorang yang sudah menjawat jawatan PM selama 20 tahun, seseorang yang menjawat jawatan Ketua Menteri 30 tahun sudah tentu mereka semua ini berjasa kepada parti dan rakyatnya.

KJ tidak pernah mempertikaikan jasa-jasa pemimpin terdahulu. Malah tidak pernah beliau mempertikaikan jasa Tun Dr. Mahathir. Walaupun Tun Mahathir seorang yang kuat mengkritik pemerintahan bapa mertuanya sehingga menyaksikan Pak Lah melepaskan jawatan.

Tun Mahathir menggunakan media untuk menyerang Pak Lah dahulu. Bolehkah saya katakan bahawa serangan Tun M terhadap kerajaan Pak Lah dahulu adalah salah satu penyebab tempangnya BN sehingga gagal mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen? Kalau kata begini maka ramailah yang maki-hamun saya nanti. Hehehee...

Masih ingatkah saudara pembaca ketika awal-awal Pak Lah memegang tampuk pemerintahan? Dalam PRU-11 dimana menyaksikan BN menang besar sehingga berjaya merampas Terengganu? Dan menyaksikan PAS nyawa-nyawa ikan di Kelantan? Ini semua gara-gara pengaruh Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah ketika itu?

Kenapa pada waktu itu tiada sesiapa mempersoalkan kemampuan Pak Lah dan KJ?

Tetapi bila BN gagal di PRU-12 iaitu tsunami politik, semuanya meletakkan kesalahan kepada KJ dan Pak Lah? Walhal yang bertindak melemahkan kerajaan pimpinan Pak Lah adalah Tun Mahathir sendiri? Malah KJ dilabelkan punca utama penolakkan rakyat terhadap BN?

Kalau rakyat benci KJ kenapa beliau boleh memenangi kerusi Parlimen Rembau? Jika KJ punca kegagalan BN mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen. Seharusnya KJ juga gagal menang di kerusi Rembau. Tapi kenapa keadaan sebaliknya? Apa jasa KJ di Rembau ketika itu sehingga membuatkan rakyat Rembau memilih beliau untuk mewakili mereka di Parlimen? 

Tetapi siapa saya untuk mempertikaikan atau mengkritik ayahanda Tun Mahathir yang saya kagumi dan memuji seorang anak muda bernama KJ? Tiada sekelumit kelayakkan pun pada diri saya untuk mempertikaikan negarawan terulung itu.

Jadi janganlah dibandingkan jasa KJ dengan jasa Tun Mahathir atau jasa Pehin Sri, kerana itu perbandingan yang terlalu bodoh serta dangkal. Umpama membandingkan  kapasiti kuasa enjin kancil 660 dengan enjin Nissan Skyline. Jauh bezanya saudara sekelian.

Adakah Tunku Abdul Rahman masuk saja UMNO terus berjasa sebagaimana Dato Onn yang mengasaskan UMNO? Adakah masuk saja Tun Mahathir ke dalam UMNO terus berjasa sebagaimana Tun Abdul Razak iaitu mentor Tun Mahathir?

Tidak tuan/puan jasa-jasa ini hanya dapat dinilai setelah seseorang itu menerajui sesebuah organisasi atau negara dalam masa yang panjang.

Walaupun PBB memenangi semua kerusi yang ditandingi, harus diingat bahawa BN kehilangan 8 kerusi. Oleh sebab itu saya merasakan bahawa KJ melihat ianya satu kegagalan BN di Sarawak. Walaupun masih mendapat majoriti 2/3 tetapi hakikatnya BN hilang 8 kerusi. Kita hanya boleh mengatakan bahawa BN kuat dan berjaya jika BN dapat mengekalkan kerusi yang sedia ada iaitu 63 kerusi.

Ada yang mengatakan kita gagal sebab keluarnya SNAP dari kompenen BN. Saya tidak fikir begitu. Kerana SNAP walaupun dikatakan ada pengaruh di Sarawak dan pernah menjadi parti utama di Sarawak gagal memenangi walaupun 1 kerusi.

Ini bermakna alasan bahawa SNAP keluar daripada BN menyumbang kegagalan BN mengekalkan 63 kerusi tidak boleh digunapakai. SNAP boleh dikatakan sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat Sarawak memandangkan selalu mengalami krisis dalaman.

Malah ada yang mendakwa pemuda BN lesu di bawah KJ. Pemuda BN tidak menyumbang kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, Ketua Pemuda BN tidak berkempen pun di Sarawak. Benarkah?

Tahukah saudara bahawa KJ selaku Ketua Pemuda BN ketika kempen di Sarawak beliau memfokuskan kawasan-kawasan sukar menang? Yakni kawasan yang mana pada Pilihanraya Sarawak ke - 9 iaitu tahun 2006 kawasan-kawasan ini BN menang dengan majoriti sedikit?

Contohnya Dun Saribas yang mana Pilihanraya Sarawak kali ini memperlihatkan peningkatkan majoriti kepada lebih 1000 berbanding sebelum iaitu 94 undi? Di Dun ini KJ mengadakan beberapa program iaitu Gerak Gempur Pemuda BN.

Rumah-rumah panjang di pendalaman turut digempur oleh Pemuda BN dengan tujuan menghalang kemasukkan dakyah pembangkang ke kawasan tersebut?

Melalui kedatangan KJ ke kawasan tersebutlah, pemuda setempat berikrar menghalang sesiapa daripada parti PKR masuk ke rumah-rumah panjang. Ini semua semangat yang dibawa oleh Ketua Pemuda BN dan disambut oleh anak muda setempat.

Tahukah anda kedatangan KJ seorang pemuda yang tidak berjasa ini telah memainkan peranan besar untuk mempengaruhi pemuda setempat supaya mengundi BN? Jadi sesiapa yang menuduh Ketua Pemuda BN lesu di Sarawak serta tidak memainkan peranan dalam pilihanraya Sarawak sama sekali saya tidak boleh terima!

Bagaimana pula dengan kenyataan KJ di sebuah forum yang dibangkitkan oleh rakan blogger yang kita sedia maklum anti KJ di SINI

"Saya TIDAK SETUJU dengan hujah yang BN tidak perlu menjaga kaum cina yang tidak menyokong BN. Kita kena jaga keperluan semua kaum dan buktikan kata-kata kita melalui tindakan. Kita kena berlaku adil kepada semua orang."
Tidak usah banyak pusing kenyataan ini. Ini adalah kenyataan yang betul sebab setiap rakyat Malaysia tidak kira cina, india, melayu, orang asli waima orang kacukan sekalipun jika dia rakyat Malaysia kerajaan BN wajib menjaga setiap keperluan mereka.

Jangan dianak-tirikan sebab mereka cina, tidak menyokong kerajaan atau apa jua alasan tiada sebab untuk kerajaan BN mengabaikan mereka gara-gara mereka tidak menyokong kerajaan.

Apa yang menjadi hak mereka, kerajaan BN harus berikan jangan disebabkan mereka tidak menyokong kerajaan maka kita BN bertindak menghalang sebarang bentuk kebajikan yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Jika dinafikan kebajikan mereka saya percaya penolakan besaran terhadap BN lagi merebak dan seterusnya ianya menjadi satu barah yang tiada ubatnya.

Sepatutnya kita BN mencari punca, serta melakukan kaji selidik. Kenapa cina masih menolak BN walaupun bermacam bantuan dan peruntukkan diberikan kepada mereka. Bagaimana untuk mengembalikan semula sokongan cina kepada BN.

Bukan bertindak menghentikan sebarang kebajikan mereka gara-gara mereka tidak undi kita. Jika inilah yang dilakukan maka tidak mustahillah BN selalu dilabelkan sebagai kerajaan yang kejam dan zalim. Atau dalam bahasa mudah faham orang tidak suka kita, kita jangan bantu mereka. Tidak wajarlah begitu wahai rakan-rakan pembaca.

Jadi apa salahnya dengan dua kenyataan Ketua Pemuda BN bernama Khairy Jamaluddin itu? Adakah kenyatan itu harus dihentam, dikeji, dimaki - hamun ataupun kenyataannya itu dikaji, diselidik dan diterjemahkan kepada satu hasil yang boleh membawa kepada kebaikkan parti yang kita dokong iaitu Barisan Nasional?



Double Y : Politik sekarang lain, tidak semestinya orang bakar bendera kita pemuda pergi bakar bendera, orang kutuk kita, kita kutuk balik. Jika ini yang diamalkan oleh Pemuda, tidak mustahil orang melabelkan pemuda BN tidak cerdik...

1 comment:

vulcan933 said...

never got a post through cheating as people will not respect u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...